+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 21, 2008

Hishammuddin sangkal laporan Malaysiakini

Utusan Online

KUALA LUMPUR 19 April - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan laman web Malaysiakini bahawa Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin mengakui isu keris merupakan salah satu punca kemerosotan sokongan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Tegasnya, berita-berita daripada laman web, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu diteliti terlebih dahulu kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan kredibiliti seseorang individu itu.

''Tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-39 dan Pengisytiharan 110 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas mengenai kenyataan Khairy dalam laman web tersebut yang dipetik sebagai berkata, isu keris menjadi salah satu daripada beberapa punca sokongan terhadap BN merosot dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, Khairy dalam laporan itu menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utamanya.

Khairy dilaporkan oleh laman web tersebut memberikan komen itu ketika ditemui pemberita pada Program Permukiman Ahli-Ahli Parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Mengulas perkara tersebut, Hishammuddin menegaskan, keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

''Perkara ini dibangkitkan hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak tertentu tambahan kita berada dalam negara majmuk dan untuk mempengaruhi adalah perkara biasa,'' katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan mesyuarat PIBG berkenaan, beliau mengumumkan S.K Semenyih sebagai sekolah angkat Kementerian Pelajaran.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah terbabit diambil sebagai anak angkat kerana keunikan dan kelebihannya iaitu dari segi sokongan pihak PIBG.

''Sekolah ini, setiap kali mesyuarat PIBG, kedatangan tidak pernah kurang daripada 300 orang, maka kerana itu ia telah menjadi sekolah contoh," katanya.

1 comments:

Samuel Goh Kim Eng said...

"Yes" or "No" only those involved and God know
When you're not too sure please don't publicly show
Anything that can cause others to hot and cold blow
We have to allow events to take their natural flow

(C)Samuel Goh Kim Eng - 210408
http://MotivationInMotion.blogspot.com
http://msi.Rocky101.com
Mon. 21st April 2008.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |