+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 9, 2008

Isu babi di Selangor - fakta yang perlu dijelaskan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Isu ternak babi di Selangor menjadi tajuk utama akhbar-akhbar media arus perdana sejak sehari dua kebelakangan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Akhbar 'Utusan Meloya' menyiarkan tajuk yang menggambarkan bahawa kerajaan Selangor dengan penuh bangga meneruskan projek babi yang kononnya mendapat bantahan yang begitu kuat dikalangan rakyat Selangor khasnya dan umat Islam Malaysia amnya. Sebelum itu, 'Utusan Meloya' ini telah menyiarkan berita yang begitu berat sebelah mengatakan hampir semua rakyat Selangor yang ditemui begitu terkejut dan membantah kerajaan PR Selangor kerana meluluskan projek RM 100 juta di Sepang ini. Isu ini diulas juga oleh 'Berita Hairan' yang mana tajuk yang dikeluarkan bertujuan memburukkan imej PAS dimata orang Islam di Malaysia. Memang media arus perdana ini takut untuk serlahkan kebenaran. Mengapa tidak menyiarkan fakta yang betul??Mengapa perlu menakut-nakutkan orang ramai khususnya rakyat Selangor??? Dengar sini rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Buka mata, buka minda. Berfikir secara rasional.

Sehubungan dengan isu babi di Selangor ini, kenyataan media Menteri Besar Selangor telah dikeluarkan pada 8 April 2008 dan saya telah paparkan kenyataan itu di sini. Di sini jelas mengatakan bahawa projek ternakan babi itu telah diluluskan oleh kerajaan BN yang terdahulu pimpinan Dr Khir Toyo dan ianya diteruskan dengan memantapkan lagi proses perlaksanaannya. Penjelasan yang perlu diketahui oleh semua rakyat :-

  1. Projek ternakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat telah diluluskan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) dalm Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Dr Khir Toyo pada 30 Januari yang lalu.
  2. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid merasakan wajar meneruskan projek tersebut memandangkan kawasan tersebut memang tapak ternak babi di Selangor.
  3. Tempat ternakan memenuhi piawaian kualiti yang tinggi yang ditetapkan oleh kementerian yang ditetapkan dan kerajaan Selangor.
  4. Tiada bahan buangan yang dikeluarkan kerana ia akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjana elektrik, air untuk pembersihan ladang dan penanaman makanan untuk babi yang diternak.
  5. Tiada ladang khinzir baru yang diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di kawasan ini hendaklah dipindahkan operasinya ke sini. Dakwaan yang mengatakan kerajaan Selangor menambah bilangan ladang ternak babi adalah tidak berasas dan yang sebetulnya adalah kerajaan Selangor telah membuat pengumpulan ternakan babi dan ini menjadikannya lebih efisyen kerana kawasan ternakan babi di Selangor tidak berserak seperti di negeri lain.
Saya berharap media arus perdana mengeluarkan kenyataan media ini di muka depan media mereka supaya semua rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah diusahakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tunjukkan fakta yang betul dan sahih bukannya menyiarkan artikel yang tipu, bacul dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Dan kita sebagai rakyat yang prihatin, beritahu dan sampaikan cerita yang sebenar kepada orang-orang yang tidak sampai maklumat kepada mereka. Kita mesti memainkan peranan kita meperbetulkan fakta yang sengaja digelapkan oleh media yang bacul ini.

--------------------------------------------------
catatan orangkita : 9 April 2008, 2.00 am
http://sangpemantau.blogspot.com/
--------------------------------------------------

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |