+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 24, 2008

Keputusan Kah Choon Keluar Parti Bijak, Kata Penganalisis Politik

Bernama

23 April, 2008 21:29 PM

Oleh Teoh Bao Lian

PULAU PINANG, 23 April (Bernama) -- Penganalisis politik Datuk Dr Cheah See Kian hari ini menyifatkan tindakan bekas timbalan setiausaha agung parti Gerakan Datuk Lee Kah Choon yang keluar daripada parti Gerakan satu keputusan bijak kerana ini dapat mengelakkan perbalahan antara parti itu dengan DAP berterusan.

"Lewat membuat penyelesaian hanya akan menyebabkan parti DAP dan Gerakan berada dalam keadaan serba salah dan perbalahan kedua-dua parti akan berterusan," kata Cheah yang juga Pengetua Kolej Han Jiang dalam satu temubual dengan Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kontroversi Lee menerima jawatan pengarah dalam dua agensi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berakhir berikutan pengumuman beliau keluar daripada Gerakan.

Cheah berkata demikian ketika diminta mengulas Lee yang mengumumkan keluar daripada parti Gerakan hari ini berikutan tindakannya menerima tawaran jawatan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dapat diterima oleh kepimpinan partinya.

Ahad lepas, Lee menerima tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang.

Mengenai kenyataan Lee semalam yang pelantikannya dan kerjaya politik tidak mempunyai sebarang perkaitan, Cheah berkata kenyataan itu sukar diterima oleh orang ramai.

"Beliau seorang ahli politik, tambahan pula sebelum pilihan raya lepas beliau merupakan salah seorang calon Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau seorang tokoh politik yang berstatus tinggi. Jadi kenyataan beliau itu sukar diterima orang ramai," katanya.

Bagaimanapun Cheah berkata pencapaian Lee sehingga hari ini adalah "jasa daripada Gerakan yang sering memberinya peluang" untuk meningkat dalam kerjaya politik.

-- BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |