+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 17, 2008

Krisis harga besi - Kena bayar caj 'atas angin' sehingga RM900

Kosmo Online


KUALA LUMPUR - Setiap kontraktor terpaksa membayar caj atas 'angin' antara RM500 hingga RM900 hanya untuk mendapatkan satu tan besi keluli di pasaran sekarang didakwa berpunca daripada permainan pembekal.

Menurut sumber, masalah itu berpunca daripada peranan ejen pembekal atau orang tengah yang sengaja mencetuskan kenaikan harga dengan alasan permintaan tinggi bahan itu di kalangan negara-negara Teluk, China, India, Singapura dan Vietnam.

Malah kos operasi yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga petrol juga sering digunakan pihak terbabit untuk terus-menerus menekan kontraktor yang tidak mempunyai pilihan lain selain membeli dengan harga yang ditawarkan atau berdepan dengan pelbagai risiko seperti kelewatan projek atau terbengkalai.

"Antara taktik yang sering digunakan ejen ialah mengenakan caj tambahan dinyatakan sebagai kos pengangkutan, penyimpanan, kos pemandu dan sebagainya yang perlu diserap kontraktor mendapatkan bahan itu," dakwanya kepada Kosmo! semalam.

Bagi memastikan kegiatan itu terlepas daripada pandangan pihak berkuasa, menurut sumber, caj itu diasingkan daripada bil yang asal, malah senarai harga yang dikeluarkan juga tidak pula memperincikan butiran mengenainya.

Justeru kenaikan mendadak bahan asas berkenaan bukan sahaja menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga projek yang sedang dilakukan malah menimbulkan kekeliruan untuk menentukan harga di dalam kontrak tender.

Menurut sumber, statistik sepanjang bulan sepanjang tahun lalu sahaja, harga besi keluli di pasaran meningkat mendadak di antara 20 hingga 30 peratus walaupun ia diletakkan sebagai harga kawalan.

Sebagai perbandingan mengikut statistik harga kawalan besi keluli yang ditetapkan kerajaan pada April 2007 ialah RM1,962 setan, meningkat kepada RM2,100 setan pada Jun berikutnya dan kini berada sekitar paras RM2,400 setan bermula awal tahun ini.

Biarpun harganya kini dikawal, realitinya harga besi keluli di pasaran jauh lebih tinggi terutama besi keluli dari jenis besi tetulang, besi billet dan bar yang digunakan begitu meluas dalam sektor pembinaan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |