+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 9, 2008

Pakatan Rakyat mahu kerajaan lantik wakilnya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sedang berusaha meyakinkan kerajaan supaya membenarkan sekurang-kurangnya satu daripada dua jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat diisi oleh seorang anggota yang dipilih daripada pembangkang.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, berkata langkah ini perlu bagi menggambarkan keadaan sebenar dalam Parlimen selepas pilihan raya umum baru-baru ini apabila parti pembangkang memenangi 82 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) iaitu 140 kerusi.

Dalam pilihan raya itu, BN buat kali pertama, gagal memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. “Kami akan meyakinkan kerajaan dalam usaha untuk berlaku adil kepada semua parti. Sekurang-kurangnya satu jawatan Timbalan Yang Dipertua diwakili oleh pembangkang. Ini akan memberikan gambaran yang lebih adil,” katanya hari ini.

Timbalan Yang Dipertua perlu dipilih daripada anggota Dewan Rakyat dan jawatan itu sebelum ini disandang oleh anggota yang dipilih daripada BN selaku parti yang memerintah — Datuk Lim Si Cheng daripada MCA (BN-Kulai) dan Datuk Dr Yusof Yacob daripada Umno (BN-Sipitang).

Lim dan Dr Yusof tidak bertanding dalam pilihan raya umum, baru-baru ini. - Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |