+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 1, 2008

Pelakon Yusni Jaafar meninggal dunia

Berita Harian


Allahyarhamah Yusni Jaafar

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.

Yusni, 63, menghembuskan nafasnya pada kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurut anak keduanya Raja Ema kepada di sini hari ini, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Januari lalu.


Katanya, jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya, dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15, pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.

Antara pencapaian allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Pesta Filem Malaysia kelapan pada 1989.

SENIMAN melawat Yusni Jaafar semasa beliau terlantar di Hospital Selayang. (Dari kiri berdiri) Mustapha Maarof,A.R Badul,Wazata Zain dan kanan sekali M Daud (duduk) YAB Toh Puan Datuk Seri Utama Zurina Kassim isteri Gabenor Melaka serta Sukarni Jaafar sedang tunduk.

Lakonan terakhir allahyaram ialah dalam filem Cuci pada tahun lalu.

Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan. - Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |