+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 16, 2008

Presiden MIC: Saya sudah jangka...

Malaysiakini

RK Anand | Apr 16, 08 12:38pm

MIC mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. Parti komponen ketiga terbesar dalam Barisan Nasional (BN) - kalah 18 daripada 28 kerusi yang ditandinginya, dan hampir semua pemimpin tertingginya kecundang.

Malah, presidennya sendiri, Datuk Seri S Samy Vellu kecundang di parlimen Sungai Siput yang menjadi kubu kuatnya sejak tiga dekad yang lalu. Moral ahli parti kaum India itu menjunam dan akar umbinya kini tertanya-tanya mengenai masa depan mereka.

samy vellu interview 160408 01Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di ibupejabat MIC di Kuala Lumpur semalam, Samy Vellu berkata, beliau sudah dapat merasai kedatangan ‘ombak besar' sehingga parti itu kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Ditanya sama ada beliau merupakan faktor penyumbang kepada prestasi buruk parti tersebut, pemimpin berusia 72 tahun itu sebaliknya menuding jari terhadap kerajaan.

"Saya tahu mengapa (kita) kalah teruk. Ianya kerana kerajaan mengabaikan masyarakat India.

"Saya tidak pernah berhenti memperjuangkannya dan saya nampak ia (kekalahan itu) akan berlaku. Enam bulan sebelum pilihanraya, saya menemui perdana menteri dan memberitahu beliau ‘saya mempunyai program pendek untuk tempoh tiga tahun akan dating. Bolehkah Datuk Seri beri peruntukan untuk menaikkan moral parti di kalangan orang India'.

"Mula-mula beliau berkata, ‘Saya akan timbang', kemudian beliau berkata, ‘Tidak', beliau tidak dapat beri (peruntukan). Jadi sejak itu saya terfikir, ‘Apa yang boleh kita lakukan?'".

Menurut Samy Vellu lagi, keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu adalah "satu ombak besar perubahan".

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |