+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 9, 2008

Samy Vellu kritik pengkritik PM, ulangi sokong Abdullah

Klpos




Oleh Webmaster
Isnin, 07 April 2008

KL: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dalam mengulangi sokongan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya kepada kepimpinan negara terutama perdana menteri.

"Perdana menteri adalah dipilih oleh rakyat terutama pengundi, oleh itu mandat rakyat ini perlu dihormati dan disokong oleh semua pihak.

Sebarang tindakan tidak hormat kepada perdana menteri boleh dianggap sebagai tidak menghormati rakyat yang telah memilih beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata bekas Menteri Kerja Raya itu.

Dalam satu kenyataan, beliau meminta pemimpin termasuk yang lepas supaya tidak merosakkan lagi kedudukan kerajaan menerusi kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Ia hanya menimbulkan gangguan kepada pentadbiran harian kerajaan. Rakyat telah memilih kerajaan Barisan Nasional untuk berkhidmat kepada mereka.

Mereka mahu tindakan dilaksanakan untuk menangani masalah mereka. Bagaimana perdana menteri dan jemaah menterinya hendak melaksanakan tugas kepada rakyat dengan berkesan sekiranya terdapat pihak yang berterusan menyerang pucuk pimpinan.

"Para pengkritik tersebut perlu diingatkan bahawa tindakan mereka hanya akan menjejaskan BN. Keadaan sekarang adalah seperti menaiki bot yang mempunyai lubang besar.

BN telah mewakili rakyat sejak 50 tahun lalu. Nasihat saya kepada para pengkritik ialah jangan biarkan ia (BN) tenggelam dengan tindakan anda semua.

"Jangan kita lakukan ketidakadilan kepada rakyat yang telah memilih pemimpin mereka dan jatuh ke dalam perangkap pembangkang," kata Samy Vellu.

Beliau mengulangi sokongan MIC kepada Abdullah sebagai perdana menteri dan pengerusi BN serta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalan perdana menteri.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |