+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 21, 2008

Sarawak sebagai jelapang padi kesembilan negara

Mstar Online

20-04-2008 05:16:24 PM

JELI: Sarawak akan dijadikan negeri jelapang padi kesembilan negara bagi memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi di bawah Pelan Strategi Jaminan Makanan Negara (FSs), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.

Katanya langkah menambah kawasan baru penanaman padi adalah bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi tanpa bergantung kepada import.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan di Sarawak Sabtu ini bagi meninjau potensi negeri itu," katanya kepada pemberita selepas melawat projek tanaman limau madu oleh 38 peserta di kawasan seluas 46 hektar di Legeh, di sini hari ini.

Mustapa berkata Sarawak mempunyai potensi menjadi negeri jelapang padi kerana mempunyai kawasan tanaman yang luas dan penduduknya tidak ramai berbanding di Semenanjung.

Kementerian akan melihat kaedah bantuan infrastruktur yang diperlukan dalam bentuk pembinaan tali air bagi tujuan pengairan tanaman padi serta bantuan subsidi tahunan kepada pesawah.

FSS adalah persediaan jangka pendek dan panjang bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi serta mengelak timbulnya sebarang krisis bekalan makanan asas seperti beras, gula, gandum dan minyak masak serta binatang ternakan.

Katanya kementeriannya akan memebentangkan laporan FSS yang mengandungi kaedah pelaksanaan projek tanaman, implikasi kos dan kemudahah infrastruktur kepada Kabinet minggu depan. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |