+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 5, 2008

‘Saya bertanggungjawab’ -Ada banyak sebab kita kalah, penjelasan akan dibuat esok – PM

Utusan Online


Oleh FAUZI JAAFAR

KUCHING 4 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau bertanggungjawab di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan lima negeri tewas di tangan parti pembangkang.

“Ia betul, kita telah kalah daripada apa yang kita sasarkan, tapi kita ada banyak sebab kenapa kita kalah... saya bertanggungjawab,” kata beliau.

Pengerusi BN itu berkata, sehubungan itu satu pertemuan dengan ahli UMNO akan diadakan pada Ahad ini untuk beliau menjelaskan keadaan dan apa yang sebenarnya berlaku dalam parti.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin BN negeri yang mewakili Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di sini hari ini.

Abdullah bagaimanapun, enggan mengulas lanjut perkara itu.

Menurutnya, rakyat sebenarnya tidak mahu melihat pergeseran di antara pemimpin kerana ia boleh merugikan negara.

“Rakyat tidak mahu selepas mereka bagi mandat tapi pemimpin sibuk dengan hal sendiri berkelahi sesama kita, tak ada kerja lain sibuk dengan hal bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Dalam nada serius, beliau berkata, ada orang yang membuat tuduhan terhadapnya dan pihak media pula melaporkan banyak perkara mengenai hal itu.

“Kita faham mesej rakyat,” kata beliau ketika diajukan soalan mengenai sama ada beliau terjejas dengan desakan untuk meletak jawatan berikutan kekalahan BN di negeri-negeri tersebut termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Abdullah dalam hal ini sekali lagi mengulangi yang beliau tidak akan meletak jawatan kerana masih mendapat mandat yang besar untuk meneruskan agenda pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, apa yang penting kini ialah meneruskan agenda pembangunan termasuklah merapatkan jurang kemiskinan di luar bandar dengan di bandar.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |