+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 21, 2008

Selangor tidak berhasrat jadi pengesport babi, kata Khalid Ibrahim

Harakahdaily

Roy Rasul | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Sat | Apr 19, 08 | 5:18:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 April (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor tidak berminat untuk mengeksport babi ke luar negara termasuk China kata, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

ImageKatanya, ini kerana tujuan kerajaan mewujudkan pusat babi yang besar di Selangor adalah untuk memberi fokus kepada penternak di seluruh Selangor menjalankan kegiatan mereka hanya di satu tempat.

"Kita tidak berminat untuk menjadikan Selangor pusat pengeksport khinzir (babi) walaupun ia menguntungkan," katanya ketika menjawab soalan sama ada kerajaan Selangor berminat atau tidak mengeksport babi ke negara China.

Beliau yang bercakap kepada media dalam Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan raya Penunggang Motosikal dan Pemilikian Lesen memandu B2 (Motosikal) di Dataran Shah Alam, Selangor hari ini berkata, pembinaan pusat babi yang terletak di Sepang itu adalah salah satu tanggung jawab sosial kerajaan negeri.

Ini katanya, semua kaum berhak untuk menjalankan operasi budaya dan sosial mereka.

"Tugas kami adalah memberikan peruntukkan tetapi ia terhad kepada kaum yang memerlukan saja," katanya.

Katanya, sekalipun ada permintaan yang tinggi terhadap babi mereka boleh membeli di banyak lagi negara lain yang menternak binatang tersebut.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan hari ini dipetik, sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport babi ke negaranya.

Tan Sri Khalid berkata, Selangor berminat mengusahakan benda lain dengan mengikut 'economy of skill'.

Image"Jika kita hendak mengembangkan sektor penternakan babi ia memerlukan tanah yang luas.

"Tetapi kerajaan Selangor tidak akan memberi tanah lebih daripada apa yang kita rancangkan," katanya sambil berkata keluasan tanah tersebut adalah 400 ekar.

Katanya, penternakan babi secara komersial juga bukan bererti untuk pengeskportan sebaliknya untuk membantu aktiviti penternakan secara moden dan komersial.

Cara tersebut katanya, boleh mengurangkan risiko kepada negeri Selangor sendiri.

Tambahan pula katanya, penyatuan lokasi penternakan dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit Japanese Encephalitis (JE).

"Maknanya ia boleh memberikan kesan yang tinggi dan sebab itu kami memfokus kepada satu tempat.

"Kesan penternakan babi juga akan menyebabkan pencemaran kepada sungai-sungai dan akhirnya memberi kesan yang tidak baik kepada rakyat Selangor," katanya.

Katanya, jika tidak teratur, projek tersebut boleh menimbulkan kesan yang tidak menyenangkan kepada penduduk setempat.

Sehubungan itu katanya, berdasarkan kepada perkembangan tersebut kerajaan negeri mengambil keputusan menyatukan pusat penternakan babi di Selangor.

ImageSementara itu menyentuh mengenai kempen keselamatan jalan raya penunggang motosikal yang dirasmikan beliau, Khalid berkata, pada tahun 2007 Selangor mencatatkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang tertinngi di Malaysia iaitu sebanyak 1,027 kematian.

Daripada jumlah tersebut katanya, 616 atau 60 peratus terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal.

Manakala pada Januari hingga March 2008 sebanyak 286 kematian dicatatkan dalam kemalangan jalan raya di negeri tersebut.

Katanya, sebanyak 186 kematian atau 65 peratus melibatkan motosikal.

"Program seumpama ini amat diperlukan kerana penunggang dan pembonceng motosikal merupakan golongan yang berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan maut bukan hanya di Selangor bahkan di seluruh Malaysia," katanya.

Program tersebut dianjurkan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri Selangor.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah exco kerajaan iaitu, iaitu Ronie Liu, Dr Halimah Ali, Roziah Ismail dan Yaakob Safari serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ramli Mahmud.

Beberapa jabatan kerajaan dan swasta antaranya Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pusat Zakat Selangor, Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) dan TM Net turut mengambil bahagian dalam program tersebut yang diadakan hari ini dan esok.

Satu demontrasi mengenai cara menunggang mosikal yang betul juga dipersembahkan kepada hadirin. - mns

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |