+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 16, 2008

Skandal tanah P. Pinang didedah

Malaysiakini

Apr 15, 08 5:36pm

Butiran penyelewengan tanah yang menyebabkan Pulau Pinang kerugian berjuta-juta ringgit akan didedahkan esok, kata ketua menteri Lim Guan Eng hari ini.

Menjawab cabaran bekas timbalan ketua menteri Datuk Abdul Rashid Abdullah, lapor laman web The Star Online, Lim berkata ahli exco kerajaan negeri akan bermesyuarat esok sebelum memutuskan untuk membuat pendedahan itu.

Abdul Rashid - yang juga mantan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Tanah dan Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi - mencabar Lim agar membuktikan tuduhannya berhubung penyelewengan tanah bawah pentadbiran kerajaan BN.

lim guan eng and penangAbdul Rashid hari ini berkata Lim tidak wajar menuduh tanpa bukti kukuh.

"Pada mulanya saya tidak berniat mendedahkan butiran terperinci sekarang, saya tidak juga menuduh sesiapa kerana saya mahu memberi peluang kepada Abdul Rashid menjelaskan kenapa potongan (harga) premium diberikan kepada pihak-pihak tertentu dan kenapa tanah-tanah kerajaan negeri diperuntukkan kepada syarikat-syarikat besar," Lim dilaporkan berkata di pejabatnya selepas menerima kunjungan Majlis Suku Cina Pulau Pinang.

"Kami tidak bercadangkan mengenakan sesiapa tetapi kerana beliau mencabar saya untuk memberikan butiran terperinci, saya akan dedahkan."

Agensi berita Bernama pula melaporkan, sebelum mengambil tindakan lanjut, Lim mahu mengadakan pertemuan dan berbincang secara terperinci dengan Abdul Rashid.

"Saya bersedia berjumpa dengan beliau (Abdul Rashid) pada bila-bila masa dan saya buat undangan rasmi menerusi media," beliau dipetik sebagai berkata.

Lim menambah, beliau ingin bersikap adil, oleh itu pertemuan dengan wakil rakyat BN itu penting.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |