+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 30, 2008

Azalina halang pelancong di lima negeri Pakatan Rakyat

Harakahdaily

Saidah Hairan

Fri | May 30, 08 | 4:11:08 pm MYT

SHAH ALAM, 30 Mei (Hrkh) - UITM Shah Alam mendapat arahan daripada pihak atasan supaya tidak menerima dana daripada Kerajaan Selangor dan tidak membenarkan sebarang jemputan kepada exconya untuk menghadiri program berkenaan pelancongan.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping dalam kenyataan medianya.

Beliau mendesak Menteri Pelancongan, Dato' Azalina Othman Said perlu mengkaji semula kewajaran pembatalan Memorandum of Understanding (MoU) terhadap lima negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Katanya, exco pelancongan di lima negeri itu sedia berunding dengan pihak kementerian agar pelancongan di Malaysia boleh dibangunkan tanpa halangan fahaman politik.

"Jika Azalina benar-benar ikhlas untuk membangunkan sektor pelancongan di Malaysia semua projek tersebut perlu diteruskan demi produk dan infrastruktur pelancongan di Selangor dapat dinaikkan tarafnya," tegas beliau.

Menurut beliau, kerajaan Pusat perlu menghormati dan menerima hakikat bahawa rakyat Selangor telah memberi mandat dan amanah kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor.

Disamping itu katanya, rakyat Selangor turut membayar cukai pendapatan dan taksiran kepada kerajaan Pusat oleh itu segala pembangunan dan peruntukkan yang diberikan mesti berlandaskan prinsip tanpa diskriminasi.

Tambah beliau, pembatalan MoU dan melantik Adun sesama parti politik dengan Menteri Pelancongan untuk menjadi Pengerusi MTPN Selangor tanpa mengumumkan kepada pihak kerajaan negeri.

Beliau berkata, tindakan itu jelas membuktikan bahawa Kementerian Pelancongan masih mengamalkan diskriminasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Halangan daripada Menteri Pelancongan secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan sektor pelancongan negeri Selangor telah berlaku.

"Minit bebas yang dikeluarkan oleh Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia pada 26 Mac 2008; "Adalah dimaklumkan bahawa senarai acara bagi beberapa negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan kelantan digugurkan daripada senarai acara `Signature Events'."

"Sehubungan itu pihak tuan adalah dipohon untuk tidak menyenaraikan acara berkenaan dalam Calender of Events, Laman Web secara bahan promosi dan publisiti'.

Beliau kesal dengan tindakan Azalina yang masih mengamalkan diskriminasi terhadap lima negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. - mr

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |