+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 12, 2008

"Ibrahim Ali akan berjuang bersama PAS" Nik Aziz

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Sinar Harian
Isnin, 12 Mei 2008

KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tidak akan melupakan budi Pas, dan tidak akan melompat ke parti lain.

Mursyidul Am Pas itu bagaimana pun menegaskan adalah menjadi hak peribadi Ahli Yang Berhormat Bebas itu untuk memilih haluan untuk kepentingan sendiri.

“Saya tidak fakir beliau akan berbuat demikian,” kata Nik Aziz ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim mengenai kemungkinan untuk melompat ke parti lain.

Ibrahim dalam pertemuan dengan Sinar Harian mengakui walaupun selesa dengan situasi sekarang sebagai wakil Bebas beliau tidak menafikan untuk beralih ke parti lain.

Dalam kenyataannya Ibrahim berkata lebih selesa dengan keadaan sekarang kerana berpeluang menyuarakan pandangan, kritikan dan sebagainya terhadap Barisan Nasional, Pas atau PKR.

Mengulas lanjut kenyataan Ibrahim, Nik Aziz berkata:

“Apabila saya memberikan peluang kepada beliau untuk bertanding di atas tiket Pas saya tidak mahu dianggap mempergunakan beliau dan saya juga tidak mahu beliau mempergunakan Pas.

“Kami sama-sama bergerak. Saya mengembangkan Islam beliau pula memperjuangkan dan membangkitkan isu-isu yang disuarakan pembangkang.”

Nik Aziz berkata, Ibrahim tidak boleh dianggap mempergunakan Pas dengan bertanding di atas tiket Pas untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum yang lepas.

“Lagipun sehingga ke hari ini beliau masih belum melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Pas,” kata beliau ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kolej Teknologi Darul Naim dengan Griffith College di pejabat beliau, semalam.

“Ini kerana saya cuba mengembangkan Islam secara syumul. Allah bagi beliau (Ibrahim) lidah yang boleh digunakan untuk menyuarakan matlamat dan dasar Islam dan menghalang perkara mungkar.

“Jadi kenapa tidak saya gunakan beliau untuk menghalang benda-benda mungkar,” jelas beliau sambil menganggap Ibrahim sebagai seorang ahli politik yang berilmu dan berpengalaman terutama pengalaman berada di dalam beberapa parti yang disertainya sebelum ini.

Mengulas mengenai isu ketuanan Melayu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak dapat menghalang orang lain daripada membangkitkan isu tersebut, namun apa yang lebih penting bagi beliau ialah menarik lebih ramai orang Melayu yang buta Islam kepada celik Islam.

“Pendekatan yang akan kami laksanakan ialah dengan memberikan pendedahan ilmu kepada golongan terbabit. Ilmu penting, sekiranya kita beri wang ia akan menjadikan seseorang manusia itu lupa dan pecah amanah.

“Kekalahan UMNO pada pilihan raya yang lalu juga adalah disebabkan wang. Ketua yang dapat duit tidak menjalankan tugas dengan amanah,” ujar beliau lagi.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |