+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 25, 2008

Idris tidak akan letak jawatan

Utusan Online

IPOH 24 Mei - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, walaupun tindakan tersebut boleh menyebabkan kebuntuan politik di negeri tersebut.

Katanya, beliau menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu mempunyai para penyokongnya sendiri, tetapi beliau (Idris) juga mendapat sokongan besar ahli-ahli kerana berjaya memimpin UMNO Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.

"Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga. Pada asasnya, anggota UMNO masih bersatu, cuma sekarang ini ada kebuntuan daripada segi perasaan di kalangan anggota," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Misi Puteri 2013 di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri Selasa lepas bahawa UMNO Terengganu kini berpecah dua dengan satu kumpulan menyokong Idris, manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad sehingga menimbulkan kekeliruan di negeri itu.

Menurut Idris, penyokong UMNO di Terengganu kini masih di peringkat penyesuaian berikutan perubahan pucuk pimpinan pentadbiran negeri sedangkan 23 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu masih lagi menyokong beliau.

Katanya beliau akan terus aktif dalam politik termasuk mempertahan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Besut jika mendapat sokongan di peringkat cawangan.

- Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |