+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 21, 2008

"Kata dua Mukhriz ancaman kepada parti" Hishammuddin

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Rabu, 21 Mei 2008

KL: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengecam tindakan Datuk Mukhriz Mahathir yang meletakkan syarat agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur daripada semua jawatan sebelum Julai ini.

Tegas Hishammuddin, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen dan Exco Pergerakan Pemuda Umno tidak wajar memberikan syarat-syarat sedemikian.

"Saya kecewa dengan kenyataan Mukhriz," kata beliau kepada pemberita di Parlimen.

Semalam, Mukhriz, anak Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan yang beliau akan tetap kekal dalam Umno.

"Selaku Ketua Pemuda, merasakan kesetiaan kepada parti tidak boleh dijual beli dan dipersendakan. Bayangkan perasaan akar umbi yang sedang bertungkus-lumus menyelamatkan parti dan mereka tetap setia.

"Macam mana perasaan mereka apabila mendengar seorang pemimpin yang bakal bertanding memimpin Ketua Pemuda meletakkan syarat sebegini.

"Tergamatnya beliau meletakkan syarat dengan memberi tempoh kepada Presiden untuk meletakkan jawatan. Ini merupakan perkara yang berbeza daripada apa yang diluahkan dalam surat (kepada Abdullah dua bulan lalu)," katanya.

Bagaimanapun Hishammuddin tetap mengakui bahawa kata dua Mukhriz itu sebagai satu bentuk ancaman kepada parti.

"Proses peralihan kepimpinan parti tidak akan berjalan lancar sekiranya kita meletakkan desakan dan ugutan," katanya lagi.

Sebaliknya beliau menggesa Abdullah agar berundur untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Malam kelmarin, Mukhriz telah mengadakan pertemuan dengan Hishammuddin dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di kediaman Hishammuddin.

Semalam, beliau berkata,Majlis Tertinggi (MT) Umno juga perlu membuka seluas-luasnya ruang demokrasi kepada anggota Umno untuk menyuarakan pandangan mereka termasuk melalui mesyuarat agung luar biasa.

Katanya, MT Umno juga tidak harus menghalang atau mengeluarkan arahan mengekang mana-mana anggota atau pemimpin daripada apa-apa perkara untuk kebaikan parti selagi ia selari dengan prinsip demokrasi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Ketika ditanya sama ada Mukhriz akan diambil tindakan disiplin, Hishammuddin memberitahu, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pengurusan untuk memutuskan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |