+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 4, 2008

Kedah pertimbang naik elaun guru Kafa

Mstar Online

03-05-2008 02:53:43 PM

ALOR STAR: Kerajaan negeri Kedah sedang mempertimbang untuk menaikkan kadar elaun 2,772 guru Kelas Asas Fardu Ain (Kafa) termasuk 44 orang penyelia.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta untuk tujuan tersebut.

"Bagaimanapun kita masih mengkaji jumlah peratus kenaikan elaun untuk setiap guru Kafa berkenaan.

"Jumlahnya akan diberi mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri," katanya selepas merasmikan mesyuarat Agung Guru-guru Kafa peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.

Pada masa ini guru-guru Kafa di negeri ini menerima kadar elaun antara RM500 hingga RM530 mengikut gred masing-masing.

Mengenai pembukaan 1,500 hektar kawasan tanah sawah baru bagi meningkatkan jumlah pengeluaran padi, Azizan berkata peruntukan bagi tujuan tersebut sudah ada dan kini hanya menunggu laporan teknikal daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

"Kerajaan negeri menyediakan tanah, sebarang perancangan dari segi teknikal diserahkan kepada Mada," katanya.

Selain tidak membenarkan sebarang pembangunan dilakukan di kawasan tanah sawah, kerajaan negeri juga turut mengenalpasti beberapa kawasan pinggir Mada di negeri ini untuk dijadikan kawasan tanah sawah baru. BERNAMA

1 comments:

along80 said...

mb kedah cakap macam orang munafik nauzubilah....

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |