+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 4, 2008

Kelantan sedia eksport dasar pentadbiran ke negeri Pakatan Rakyat

Harakahdaily

Lanjusoh

Wed | Apr 30, 08 | 3:42:53 pm MYT


KOTA BHARU, 30 April (Hrkh) � Kelantan sedia mengeksport dasar-dasar pentadbiran yang telah lama diperkenalkan di negeri ini untuk dikongsi bersama negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Teras pentadbiran yang diperkenalkan di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu iaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan boleh menjadi model kepada negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan timbalannya, Muhammad Fairoz Khairuddin menyatakan minat untuk meniru pentadbiran yang dilaksanakan di Kelantan.

�Lim Guang Eng memberitahu akan menggunakan pendekatan sebagaimana diamalkan Omar Abdul Aziz, khalifah Islam yang masyhur di zaman lampau.

�Ini secara jelas inti pentadbiran yang berteras Membangun Bersama Islam telah diterima negeri-negeri Pakatan Rakyat biar pun ia tidak diisytihar secara rasmi,� katanya ketika menjawab soalan Mohd Adhan Kechik (BN � Bukit Bunga) pada persidangan Dun di sini, hari ini.

Persidangan Dun kali ini agak kurang hangat memandangkan pembangkang hanya mempunyai enam wakil. Barisan pembangkang diketuai Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN � Kok Lanas). Hari ini beliau tidak kelihatan ketika persidangan berlangsung.

Menjawab soalan tambahan Ustaz Mohamed Mustapha (PAS � Demit) katanya aspek pentadbiran yang sebelum ini hanya tercatat dalam kitab dan buku-buku Islam sudah dilaksanakan di Kelantan sejak 18 tahun lalu.

Contohnya kata beliau kerajaan negeri membenarkan orang bukan Islam minum arak yang menggambarkan keadilan Islam kepada kaum-kaum lain.

�Malah Menteri Besar mahu hak-hak orang bukan Islam dipertahankan termasuk dibenarkan sebuah kuil Hindu dibina di Jalan Hamzah, sedangkan perkara itu tidak berlaku pada masa lampau.

�Melalui hubungan dan komunikasi itu secara tidak langsung telah dapat menarik sokongan orang India kepada PAS dan pembangkang sehingga mencapai kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum lalu,� ujarnya.

Begitu juga katanya, sistem pajak gadai Islam (Ar Rahn) yang dilaksanakan di Kelantan telah ditiru banyak pihak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Utiliti, Alam Sekitar dan Perumahan, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, pembinaan jejantas yang melintasi landasan kereta api di Pasir Mas sudah mencapai kemajuan lebih 20 peratus.

�Sehingga kini sebanyak RM5.5 juta sudah dibelanjakan. Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2009,� katanya menjawab soalan Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS � Chetok).

Menjawab soalan tambahan Haji Hanifa Ahmad (PAS � Pengkalan Pasir) kata beliau fasa pertama projek itu dikendalikan sepenuhnya kerajaan negeri.

Bagaimanapun bagi fasa kedua yang melibatkan pembinaan jalan susur sepanjang 1.5 km sedia dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan bagi mendapat kemudahan tertentu.

Menurutnya kerja-kerja pengambilan tanah bagi membina jalan susur tersebut sedang dijalankan dan reka bentuknya disiapkan Jabatan Kerjaraya.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, sehingga sekarang terdapat 10 kedai yang dikenali sebagai K � Pasar Halal Shop yang beroperasi di Kelantan.

Menjawab soalan Haji Ismail Yaakub (PAS � Manek Urai) katanya sebanyak 10 kali rangkaian kedai serupa akan dibuka tahun ini.

Selain itu sebuah K Pasar yang bertarat hypermarket akan dibuka di Kelantan menjelang tahun 2010.

Persidangan Dun Kelantan berakhir tengahari tadi selepas dua rang undang-undang yang dibentang diluluskan.

Selain itu, Speaker, Ustaz Nasharuddin Daud mengumumkan kerajaan negeri menangguhkan pemilihan anggota Dewan Negara yang sepatutnya diadakan semalam. - mj

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |