+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 14, 2008

Makan keledek, ubi kentang ganti nasi

Utusan Online

KUALA TERENGGANU 13 Mei - Rakyat Malaysia disaran memakan keledek dan ubi kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, pengambilan ubi-ubi berkenaan sebagai pengganti beras sesuai dengan trend makanan masyarakat sekarang.

"Kanak-kanak sekarang juga menggemari kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi termasuk kerepek ubi yang dapat membantu mengubah trend makanan rakyat negara ini.

"Di Jepun, harga keledek sangat mahal kerana penduduk negara itu lebih menggemari makanan tersebut berbanding nasi," katanya pada sesi pertama forum umum bertajuk Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat: Langkah Semasa dan Masa Depan di sini hari ini.

Felo Kanan ISIS, Dr. Larry Chee Yoong Wong turut menjadi panel dalam sesi pertama forum sehari yang dipengerusikan oleh Pengerusi ISIS, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.

Dr. Mahani memberitahu, penukaran makanan ruji itu akan membantu rakyat terutama penduduk berpendapatan rendah daripada mengalami beban ekoran kenaikan harga beras di pasaran.

Dr. Larry turut menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Mahani itu.

Beliau berkata, keledek yang terdiri daripada pelbagai warna mempunyai berbagai-bagai khasiat yang baik untuk kesihatan.

"Berdasarkan kajian pakar, keledek mempunyai pelbagai vitamin dan khasiat seperti beta-karotena yang baik untuk kesihatan.

"Justeru, pilihan keledek dan kentang sebagai pengganti nasi dilihat keputusan yang baik," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |