+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 14, 2008

Musa: ISA tidak kejam

Mstar Online

14-05-2008 04:39:20 PM

KUALA LUMPUR: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak kejam tetapi sebaliknya masih diperlukan bagi menjamin keselamatan negara daripada sebarang bentuk ancaman dalaman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata ISA masih diperlukan untuk menjaga keselamatan negara dan beliau menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya tahanan di bawah akta itu tidak berpeluang mendapat pembelaan di mahkamah.

"Tahanan ISA masih boleh mendapat pembelaan dengan mengemukakan bukti di mahkamah" katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pertama Yayasan Pencegahan Jenayah Asean (ARCPF) di sini.

Musa berkata ISA juga mempunyai penal penasihat bagi membuat penilaian terhadap kes-kes berkaitan tahanan.

"Jika badan ini menyatakan mereka (tahanan ISA) tidak mengancam keselamatan negara, jadi kita bebaskan," katanya.

Menjawab soalan seorang wartawan dari Indonesia yang membuat liputan, Musa berkata antara tahanan ISA ialah 13 orang warga Indonesia berstatus penduduk tetap (PR) negara ini.

Mereka ditahan di kem tahanan termasuk Sabah, katanya.

Mesyuarat selama tiga hari itu memberi tumpuan kepada aktiviti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang memberi penekanan kepada aspek pencegahan jenayah daripada segi penyeludupan dadah, penyeludupan manusia dan penguatkuasaan polis.

Turut hadir Pemangku Pengerusi ARCPF Tan Sri Da'i Bachtiar yang juga bekas Ketua Polis Indonesia. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |