+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 30, 2008

Opinion : Ezam kembali kepada Umno dengan agenda tersendiri?

Husammusa.com

29/05/2008

Semalam Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor kembali menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada parti pembangkang itu tahun lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama dengan yuran keahlian seumur hidup RM 100.

Apa yang lebih menarik ialah perjumpaan Ezam dengan Presiden Umno itu telah diadakan di bangunan Parlimen dengan siaran langsung dilakukan oleh TV3.

Kemasukkan Ezam semula ke Umno seolah-olah cuba digambarkan terdapat suatu usaha pemulihan dalaman yang dilakukan untuk menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang kembali kuat dan kukuh.

Disini Pak Lah akan dilihat sebagai seorang yang berjaya menyatukan semula perpecahan yang telah berlaku di dalam Umno terutamanya ketika zaman Tun Mahathir menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Dalam harakahdaily pula melaporkan Ustaz Idris Ahmad mengatakan beliau pernah menghantar sms kepada Ezam supaya tidak menyertai Umno kembali tetapi dibalas dengan yakin oleh Ezam tentang keputusan beliau itu serta beliau mempunyai agenda sendiri dengan tindakan tersebut.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah agenda peribadi beliau tersebut. Adakah beliau akan bertindak sebagai salah seorang pelindung untuk Pak Lah. Bukan setakat menjadi pelindung untuk Pak Lah menentang pihak Pakatan Rakyat tetapi melindungi Pak Lah dari serangan dari dalaman parti sendiri.

Kita masih ingat saudara Ezam dengan enam kotak misteri yang pernah menjadikan beliau hidup susah kerana mempertahankan kotak tersebut. ISA dan OSA pernah beliau hadapi dalam mempertahankan kebenaran yang cuba beliau bawa.

Adakah kemasukkan beliau kembali ini bersama-sama dengan kotak rahsia tersebut. Adakah beliau masih berminat untuk membawa individu-individu yang tersenarai dalam kotak tersebut ke muka pengadilan.

Ataupun kotak-kotak tersebut akan digunakan pula untuk menakutkan musuh-musuh dalaman parti yang mengharapkan Pak Lah turun dari puncak kuasa. Kerana kita semua tahu semalam, Ezam berkata kemasukkan beliau semula ke dalam Umno adalah kerana tertarik dengan kepimpinan Pak Lah dalam melawan gejala rasuah dalam negara.

Kemanakah pula arah Ezam selepas ini untuk meneruskan agenda peribadi beliau yang sehingga sekarang kelihatan masih samar.

webmaster

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |