+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 14, 2008

Pakatan menang kerana undi Cina, India

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | May 14, 08 1:53pm

Menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata pengundi Cina dan India telah memenangkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinDalam pilihanraya tersebut, Pakatan berjaya merampas empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak - manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Manakala di peringkat pusat pula, Pakatan berjaya menafikan Barisan Nasional (BN) penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat. BN menang 140 kerusi parlimen manakala Pakatan pula menang 82 kerusi.

Bercakap dalam sesi soaljawab di majlis makan malam media anjuran PAS, Mohd Nizar berkata, pengundi bukan Melayu mengetahui kedudukan sebenar mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam di negara ini

Katanya, mereka mengetahui perkara tersebut kerana mempunyai akses kepada laman-lamanweb dan blog, terutama semasa kempen pilihanraya umum lalu.

Menurut, peranan lamanweb dan blog telah memberi tekanan kepada parti pemerintah dan berjaya ‘memujuk' mereka supaya mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Tolak akhbar utama

Malah, tambah, semasa kempen pilihanraya umum lalu, akhbar-akhbar utama tidak mendapat tempat kerana laporan yang tidak benar.

"Bagaimana (kini) kita hendak fikir supaya ia juga sampai kepada orang Melayu," tambahnya.

hadi awangBercakap di majlis yang sama, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pilihanraya umum lalu telah berjaya memecahkan tembok fanatik perkauman dan agama, dengan pengundi kaum Cina dan India mengundi calon-calon PAS.

Bekas menteri besar Terengganu itu juga berkata, pengundi Cina dan India juga turut mengundi calon Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pengundi di kawasan bandar, yang terdiri daripada orang terpelajar, telah membuat perubahan yang unik tetapi ia tidak berlaku di kawasan pedalaman," katanya.

Hadi juga berkata, konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP tidak penting, sebaliknya objektif keadilan dan perpaduan adalah lebih utama.

Keadilan untuk rakyat

Katanya, dari sudut agama, Islam tidak boleh menghapus bangsa dan bangsa kaum lain apabila menjadi pemerintah..

"Ini mesti difahami kerana kita semua rakyat Malaysia. Orang Cina dan India tidak fikir hendak balik negeri lagi.

"Kita mesti terima apa itu keadilan. Ekonomi tidak boleh menyatupadukan masyarakat, sebaliknya keadilan boleh berbuat demikian.

ronnie liuSementara itu, exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu pula berkata, bekalan air percuma merupakan janji pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

"Oleh kerana kedudukan kewangan negeri Selangor yang lebih baik, kita boleh beri kemudahan itu (air percuma).

"Kalau kerajaan negeri lain sudah mampu, mereka juga boleh memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |