+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 14, 2008

Presiden PAS lancar tabung bantuan kemanusiaan di Parlimen

Harakahdaily

Salmiyah Harun | Foto Nasir Sudin

Wed | May 14, 08 | 2:39:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - PAS melancarkan tabung bantuan kemanusiaan mangsa Taufan Nargis di Myanmar dan mangsa gempa bumi di Sichuan barat daya China, di parlimen hari ini.

ImageTabung kemanusiaan itu dilancarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama barisan ahli parlimen PAS.

Sebagai sembolik pelancaran tabung kemanusiaan itu, semua ahli parlimen PAS masing-masing memasukkan sejumlah wang ke dalam tabung yang disediakan.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua pihak bukan sahaja ahli PAS bahkan orang lain bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada dua bencana yang menimpa rakyat negara terbabit.

Katanya, PAS akan berusaha sedaya upaya melalui mekanisme yang ada di dalam PAS, yang punya pengalaman dalam misi kemanusiaan ketika tsunami di Indonesia dan peperangan di Afghanistan untuk membantu mangsa yang terlibat.

"Apabila sesuatu perkara di atas nama kemanusiaan kita mestilah memecahkan sempadan agama dan politik," katanya dalam pertemuan dengan wartawan.

ImageBeliau juga mengharapakan Junta Mynamar membenarkan semua pihak memasuki negara itu bagi membantu mangsa-mangsa bencana.

"Masalah politik, kaum dan perbezaan agama tidak boleh dijadikan alasan untuk menyekat bantuan, faktor kemanusiaan harus dipandang serius, saya rasa di Cina kita tidak ada masalah untuk menyalurkan bantuan," katanya.

Tuan Guru Abdul Hadi juga meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak mendesak kerajaan Myanmar membuka jalan untuk misi kemanusiaan.

Dalam pada itu, Dr Hatta Ramli memberitahu pasukan kemanusiaan dari PAS sudah bersedia untuk berlepas cuma tidak ada kebenaran masuk di pihak kerajaan Myanmar.

Tambahnya, di Cina pihak PAS tidak mempunyai masalah jadi misi kemanusiaan PAS akan bertolak dalam masa terdekat ini.

"Jadi kita terpaksa menunggu sampai ada kebenaran, kita tidak mahu berada di pinggir Mynamar, rombongan ini akan diketuai salah seorang exco kerajaan negeri Kedah," katanya.

Misi kemanusiaan itu katanya, tidak lebih daripada membawa barangan keperluan seperti makanan dan pakaian serta perubatan.

Katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan bantuan itu melalui media PAS dan semua cawangan PAS di peringkat negeri.

Kira-kira 100,000 penduduk dipercayai terbunuh dalam taufan yang melanda kawasan pertanian dan perkampungan di kawasan Delta Irrawaddy.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 1.5 juta penduduk Myanmar terjejas teruk akibat taufan yang melanda pada 3 Mei lalu.

Manakala gempa berukuran 7.8 pada skala Richter telah melanda wilayah Sichuan di barat daya China mengakibatkan sekurang-kurangnya 12,000 orang dilaporkan maut.

Sekurang-kurangnya 18,000 orang tertimbus di bandar Mianyang dan lebih 10,000 lagi terperangkap di bandar Mianzhu. - mns

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |