+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 14, 2008

Tak perlu peraturan halang wakil rakyat lompat parti - Nik Aziz

Harakahdaily

Salmah Mat Husain

Wed | May 14, 08 | 6:02:17 pm MYT

KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tidak perlu kepada undang-undang khas menghalang mana-mana wakil rakyat melompat parti.

Ini kerana kata beliau ia adalah hak individu terbabit.

"Walaupun undang-undang dibuat untuk mengekang kemaraan anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya tidak melompat parti, namun tindakan melompat parti boleh berlaku juga," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Menurutnya kerajaan Kelantan pada awal 1990-an pernah meminda undang-undang bagi menghalang Adun melompat parti, bagaimanapun ada juga Adun iaitu dari Parti Semangat 46 melompat parti.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim mencadangkan undang-undang menyekat wakil rakyat melompat parti digubal bagi menjaga kepentingan awam.

Isu itu ditimbulkan selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen sekarang.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menyifatkan cadangan menggubal undang-undang menghalang wakil rakyat melompat parti dibuat atas kepentingan Umno dan bukannya atas dasar demokrasi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, beliau mengalu-alukan kalau ada wakil rakyat Umno atau BN yang beragama Islam menyertai PAS.

"Ia bersesuaian dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam, jadi sekiranya kita menyertai PAS bererti kita telah kembali kepada jalan sebenar iaitu untuk memperjuangkan Islam.

"Bagaimanapun kalau mereka enggan menyertai PAS, mereka boleh masuk parti lain dalam Pakatan Rakyat termasuk KeADILan. Itu hanya hak masing-masing, terpulang kepada individu terbabit," ujarnya.

Ditanya hasrat anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali menyertai parti yang serasi dengan perjuangannya kata beliau, dialu-alukan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu kalau ingin menyertai PAS.

Bagaimanapun katanya beliau tidak berminat membuat pelawaan, cuma lebih suka pendekatan dakwah walaupun Ibrahim pernah bertanding menggunakan lambang bulan pilihan raya umum lalu.

"Saya tak suka mempelawa, tetapi suka memberi dakwah dan penerangan kepada orang lain. Pelawa ni saya tak suka sangat," ujarnya.

Ibrahim minggu lepas menemui Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di Kota Darulnaim. Selepas itu beliau membuat kenyataan kemungkinan menyertai mana-mana parti tidak lama lagi. - mj

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |