+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, May 3, 2008

Tunai janji, kerajaan PAS Kedah umum penurunan cukai tanah

Harakahdaily

Bashir Ishak

Fri | May 02, 08 | 12:29:04 pm MYT

ALOR STAR, 2 Mei (Hrkh) - Kerajaan Kedah yang diterajui PAS melaksanakan janji dalam manifesto pilihan raya baru-baru ini dengan mengumumkan penurunan cukai tanah untuk rakyat negeri ini.

Pada tahuh 2006, kerajaan Kedah yang diterajui oleh Barisan Nasional telah menaikkan kadar cukai tanah di negeri ini antara 100 peratus hingga 300 peratus.

Penurunan tersebut melibatkan tiga kategori tanah antara 25 dan 75 peratus mulai tahun ini.

Antara jenis tanah ialah kawasan padi MADA diturunkan sebanyak 25 peratus dari RM20 kepada RM15 sehektar atau RM5.75 kepada RM4.31 serelung; tanah kampung: RM60 kepada RM25 sehektar (58 peratus) atau dari RM17.27 serelung kepada RM7.19 serelung; PPRT: RM30 kepada RM20 satu lot (33 peratus).Rumah sesebuah (banglo): RM0.25 kepada RM0.15 satu meter persegi atau minimum RM150 kepada minimum RM100 (40 peratus); rumah teres: RM0.20 (minimum RM60) kepada RM0.12 meter persegi (minimum RM45) (40 peratus); rumah kos rendah: RM0.15 meter persegi (minimum RM50) kepada RM0.12 meter persegi (minimum RM35) (30 peratus).Tanah industri sederhana: RM0.20 meter persegi (minimum RM600) kepada RM0.15 sen (minimum RM400) (50 peratus): industri ringan: RM0.15 (minimum RM300) kepada RM0.11 sen (minimum RM300).

"Penurunan cukai tanah itu adalah bagi memenuhi sebahagian daripada manifesto pilihan raya dan janji PAS kepada rakyat Kedah," katanya.

Begitu juga, orang ramai diberi kelonggaran membayar cukai tanah sehingga bilan Disember ini tanpa dikenakan denda yang biasa dikenakan kepada mereka yang menjelaskannya selepas akhir bulan Mei.

Selain itu Azizan turut mengumumkan bahawa mesyuarat exco telah bersetuju mengenakan bayaran RM10 sahaja bagi setiap lot tanah setahun kepada sekolah swasta yang tidak berorientasikan keuntungan.

"Ini adalah satu berita gembira kepada sekolah-sekolah swasta yang bukannya "profit oriented", sama ada Sekolah Cina, Tamil mahupun Sekolah Agama Rakyat," jelasnya.

Menjawab pertanyaan wartawan kemudiannya, Azizan memberitahu bahawa hasil penurunan cukai tanah ini, kerjaan Kedah dijangka kehilangan pendapatan dalam bentuk hasil sebanyak RM15 juta setahun.

Bagaimanapun katanya kehilangan pendapatan itu bakal diganti memalui kaedah lain.

"Kehilangan hasil kerajaan negeri ini akan diganti balik dengan membuat perbelanjaan berhemah, hasil daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tender terbuka kawasan pembalakan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam.

Dalam pada itu, Azizan turut mengumumkan kerajaan Kedah hanya akan memberikan kawasan balak secara tender terbuka mulai tahun depan.

Menurutnya, dari seluas 2,400 hektar kawasan balak yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini bagi tahun 2008, cuma berbaki 700 hektar yang belum ditebang.

"Mulai tahun depan tiada lagi tender berasaskan rundingan bagi kawasan balak. Semuanya akan dibuat secara tender terbuka. Ini akan menambah pendapatan kerajaan negeri," katanya./wann.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |