+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 1, 2008

Anwar mohon tinggal atas alasan keselamatan - Kedutaan Turki

Utusan Online

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Kedutaan Turki di sini hari ini menjelaskan bahawa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan berada di kediaman dutanya atas dasar perikemanusiaan semata-mata.

Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberi alasan keselamatan diri sebagai sebab beliau ingin mendapat perlindungan di kediaman duta berkenaan pada Ahad bagi tempoh sementara, sehinggalah isu tertentu berhubung keselamatan dirinya, ditangani.

"Hasrat Anwar itu dipenuhi atas dasar perikemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menegaskan, bahawa Anwar tidak pernah langsung dijemput mendapatkan perlindungan di kedutaan berkenaan.

Katanya, Anwar meninggalkan kediaman duta berkenaan pada 6.45 petang ini setelah mendapat jaminan tentang keselamatan dirinya daripada Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Semalam, Anwar mendakwa beliau dijemput Duta Turki ke Malaysia Barlas Ozener untuk berlindung di kedutaan itu.

Anwar mencari perlindungan di Kedutaan Turki di sini semalam selepas seorang pembantu beliau berusia 23 tahun, membuat laporan polis pada Sabtu yang mendakwa penasihat PKR itu meliwatnya pada Khamis lalu.

Anwar mendakwa, beliau mendapat maklumat daripada sumber kerajaan dan perisik tentera kononnya ejen Barisan Nasional (BN) merancang mencederakan atau mungkin membunuh beliau dan mencederakan anggota keluarga serta penyokongnya.

- Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |