+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 24, 2008

Anwar sangsi siasatan polis

Harakahdaily

Intan Abdullah

Thu | Jul 24, 08 | 7:21:38 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim masih sangsi dengan kaedah siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dalam kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Saiful Bukhari Azlan yang pernah menjadi pembantu peribadinya sebelum ini.

"Saya ada pengalaman mengenai siasatan yang pernah dijalankan sebelum ini, saya ada rasa syak wasangka mengenai hal tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KeADILan, Merchant Square Damansara semalam.

Tidak menafikan apa yang sedang dialami merupakan pengalaman yang perit, Anwar berkata," ianya sangat zalim apabila turut memalukan dirinya serta keluarga kerana ia membabitkan soal maruah."

Beliau beranggapan bahawa wujud unsur penipuan dalam memastikan kes tersebut berjalan seperti mana yang direncanakan.

Ditanya mengenai permintaan mengenai laporan yang perlu dikemukakan seperti mana yang didedahkan tentang bentuk dan kaedah siasatan yang memintanya berbogel itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak keberatan melakukannya.

"Jika dia nak laporan mengenainya, saya boleh bagi laporan tersebut," ujarnya kepada pemberita.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang media pengisytiharan penyertaan bekas ahli parlimen Beserah, Dato' Haji Fauzi Abdul Rahman kepada KeADILan di ibu pejabat parti itu petang tadi.

Fauzi yang pernah menjadi Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1997 sehingga 1999 pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Kementerian Penerangan.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan kesediaan untuk bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru jika pilihan raya kecil diadakan di situ.

Katanya, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada penyandangnya, Zulkifli Nordin yang merupakan ahli parlimen KeADILan.

Mahkamah Pilihan raya akan mendengar petisyen yang dikemukakan oleh calon BN untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi tersebut.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, Zulkifli telah menyatakan persetujuan untuk memberi laluan kepadanya bertanding di kerusi tersebut. - mks. _

1 comments:

Unknown said...

Jadi cuba cadang sikit macammana supaya kes ni dapat di siasat dengan cara yang memuaskan hati semua pihak?
Banyak sangat dah spekulasi yang timbul daripada kes ni.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |