+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 31, 2008

"Hubungan sesama 'pakatan' masih mantap" Wan Azizah

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Mstar
Selasa, 29 Julai 2008

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yakin keanggotaan Pas bersama Pakatan Rakyat akan terus kekal dan mantap.

“Hubungan kami (PKR, Pas dan DAP) masih baik dan akan terus baik seperti biasa,” kata beliau kepada mStar Online untuk mendapatkan ulasan mengenai tanda-tanda keretakan yang wujud dalam Pakatan Rakyat apabila Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mempersoalkan keanggotaan Pas bersama Pakatan Rakyat.

Ditanya mengenai cadangan yang dikemukakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai pembubaran Pas dan Umno bagi membentuk sebuah parti baru, beliau berkata, perkara itu mungkin hanya cadangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah orang Melayu.

“Mungkin beliau (Nik Aziz) cuba selesaikan masalah. Namun saya belum mendapat penjelasan lanjut mengenai cadangan yang dikemukakan itu.

“Kita perlu dengar dulu penjelasan Pas. Buat masa ini saya tak boleh beri komen lanjut,” katanya.

Beliau turut ditanya sama ada ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu ini, beliau berkata “soalan itu kena tanya Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim).”

Dr. Wan Azizah bagaimanapun menyifatkan Umno sengaja membesar-besarkan isu ini kerana parti itu sememangnya mengamalkan budaya politik perkauman.

“Umno mengamalkan politik perkauman, namun Pakatan Rakyat adalah berteraskan keadilan untuk pelbagai kaum dan etnik di Malaysia,” katanya.

1 comments:

Unknown said...

Macam mana Wan Azizah boleh katakan hubungan sesama Pakatan masih baik sedangkan mereka sebenarnya sebaliknya. Nik Aziz dengan kenyataannya untuk bubarkan PAS jika ingin bergabung dengan UMNO. DAP pula kelihatan seperti tak senang dan seolah-olah curiga dengan tindakan PAS untuk muqabalah dengan UMNO. Mantap ke hubungan macam tu?

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |