+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 16, 2008

Shabery Cheek, Sila Letak Jawatan!

mindakembara

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya memberikan hujah-hujah yang cukup bernas untuk mempertahankan hak rakyat. Takziah kepada Shabery Cheek kerana lebih banyak menyerang peribadi tanpa banyak menyampaikan hujah-hujah yang meyakinkan rakyat bahawa harga minyak perlu dinaikkan.

Di mana sebenarnya hujah yang diwar-warkan oleh Shabery bahawa beliau akan membawa hujah-hujah yang akan mematahkan hujah bahawa pembangkang/Pakatan Rakyat telah sebutkan sebelum ini?

Bukan 'taraf'' Shabery Chek untuk berhujah dengan Anwar. Daripada awal lagi beliau terus menngunakan peribadi DSAI sebagai sasaran. Beliau sebut tentang demonstrasi Baling, sokongan DSAI terhadap TDM dan Dr Siti Hasmah ketika di dalam kerajaan, serangan terhadap Tun Razak serta banyak lagi isu serangan peribadi yang membayangkan Shabery sudah hilang punca dalam penghujahannya.

Bangkrap idea, putus maklumat, serangan peribadi, tidak menjawab persoalan dan mempertahankan hujah yang lemah - itulah dia Datuk Shabery Cheek pada malam ini.

DSAI nampaknya tidak terperangkap dengan mainan Shabery yang cuba mengheret DSAI untuk menjawab soalan peribadi. Saya percaya sekiranya DSAI terikut-ikut rentak Shabery maka banyak persoalan tidak dapat dirungkai untuk tatapan rakyat.

Ketika saya menulis inipun pelbagai SMS diterima daripada rakan-rakan yang mengutuk Shabery yang tidak pandai untuk mengemukakan hujah yang bernas. Lebih banyak serangan peribadi digunakan sebagai senjata.

Satu perkara yang saya kira menjadi 'kebebalan' Shabery apabila terus berhujah bahawa Petronas telah membuat banyak jasa kepada ekonomi negara. Shabery terus mempertahankan bahawa kerajaan tidak akan memaksa Petronas menambahkan lagi keuntungan kepada kerajaan. Beliau tidak faham atau buat tidak faham ataupun mungkin lembab pemikiran apabila DSAI telah jelaskan daripada awal bahawa yang dikritik oleh DSAI dan Pakatan Rakyat bukannya Petronas tetapi kerajaan UMNO/BN yang tidak pandai memerintah dan mengagihkan kekayaan kepada rakyat.

Secara keseluruhannya, saya pasti bahawa jika panel bebas dilantik untuk menentukan siapa yang berhak menang dalam penghujahan tadi, mereka akan memilih DSAI sebagai pemenang. Sebentar tadi ada seorang kawan daripada Perlis menghantar SMS menyatakan hujah DSAI hebat dan hujah UMNO keluar tajuk dan serang peribadi. Walaupun beliau bukannya ahli daripada mana-mana parti politik dalam PR tetepi beliau pun sedar bahawa hujah Shabery sudah membayangkan bahawa Shabery telah kalah malam ini.

Adakah Shabery akan meletakkan jawatan? Saya meramalkan bahawa dia akan kekal dengan jawatan tersebut kerana itulah pemimpin UMNO/BN yang susah untuk mengaku kesilapan yang dilakukan. Shabery pasti yakin bahawa beliau telah menang pada malam ini kerana beliau berjaya menyerang peribadi DSAI. Itu merupakan satu kepuasan bagi Shabery. Namun, sekiranya Shabery adalah seorang yang ada maruah dan jatidiri, beliau perlu berundur daripada jawatannya sekarang.

Apa yang penting, pada malam ini DSAI telah menggunakan sepenuhnya peluang untuk muncul dikaca TV bagi menerangkan keadaan yang sebenar. Rakyat yang menonton Debat sebentar tadi sudah tentu akan membuat penilaian daripada kedua-dua penghujahan. Sekarang ini terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian. Jika masih lagi yakin dengan janji-janji UMNO/BN bahawa harga minyak mesti dinaikkan maka tunggulah bebanan yang akan menimpa kita semua kesan daripada kenaikan itu.

Tahniah Anwar, Takziah Shabery.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
15 Julai 2008, 10.28 malam

2 comments:

Unknown said...

Debat semalam diadakan bukan untuk kita melihat dan menentukan siapa yang menjadi orator yang lebih baik tapi debat tersebut adalah untuk raykat mendengar dan meneliti isu-isu yang dibawakan oleh setiap pihak.
Jadi isu siapa yang lebih pandai berkata-kata tidak menjadi keutamaan, tapi isu-isu yang dibawa lebih penting.

Sang Pemantau said...

remy,

mmg btul...debat tu bukan utk tentukan siapa menang atau kalah....
tapi, bila kita sebut debat...ianya takkan lari dari persepsi menang tau kalah....yang dianggap menang tentulah yang banyak memberikan pandangan dan cadangan yang bernas untuk kebaikan rakyat dan kepada yang cakap kosong dan hanya mengimbas sejarah inilah yang dikatakan kalah oleh orang yang mahu melabelkan begitu kepada pendebat semalam.....
memang ianya bukan medan tentukan kalah menang...tetapi hanyalah labelan saja yang diberikan oleh rakyat untuk rujukan yang mudah.....

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |