+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 29, 2008

UMNO-PAS: Karpal Singh 'melompat'


Agenda daily

Salahkah orang Melayu nak bercakap tentang perpaduan dan bersatu atas hal-hal kepentingan bersama tanpa mengambilkira idelogi politik?

Sebenarnya ramai dikalangan the silent majority yang bimbang melihat berbagai perkembangan melibatkan kepentingan orang Melayu secara keseluruhan ekoran dari keputusan pilihanraya 8 Mac yang lalu.

Diketika Parti Keadilan Rakyat dilihat oleh sesetengah pihak lebih condong kepada konsep Malaysian Malaysia ,harapan kini diletakan ada PAS untuk berganding dengan UMNO bagi membendung benteng pertahanan orang Melayu dari semakin terhakis.

Bagi Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh beliau lebih mengambilkira sudut kepentingan politik pembangkang semata-mata bila melihat dengan penuh curiga perkembangan muzakarah UMNO-PAS.

Maka tidak hairanlah Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang vokal itu mengeluarkan satu kenyataan Ahad mempersoalkan kredibiliti PAS dalam Pakatan Rakyat hingga meminta ia menimbang secara serius keanggotaan PAS.

Siapa yang boleh lupa tentang kenyataan Karpal Singh satu ketika dulu ketika berkrisis dengan PAS ' langkah mayatnya dulu' jika parti itu nak laksanakan konsep negara Islam di Malaysia jika ia berkuasa.

"Jaminan Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa PAS tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini.

"Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, PAS mengadakan perbincangan dengan Umno bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu," katanya.

Beliau juga menyelar langkah PAS mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan UMNO "atas nama perpaduan Melayu" dan menyifatkan langkah bersifat perkauman oleh PAS itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat.

"Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan serius. Kenyataan Nik Aziz ini mengetepikan kenyataan Hadi Awang di Ipoh semalam bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno atau menyertai Barisan Nasional.

"Jelas sekali, kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini memberi persepsi bahawa mereka akan meninggalkan Pakatan Rakyat," kata Karpal.

Tidak kurang menarik bila Karpal mempersoalkan komen Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak memihak kepada Penasihat PKR itu.

"Minggu lepas, Setiausaha Agung (sebenarnya timbalan presiden) PAS Nasharudin Mat Isa berkata orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan meliwat yang dihadapi Anwar Ibrahim.

"Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (timbalan presiden).

"Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat.

"PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal.

Beliau berkata pilihan raya umum pada 8 Mac lepas memberi mandat kepada gabungan pembangkang untuk memerintah lima negeri dan mempamerkan dengan jelas bahawa rakyat mahukan sistem dua parti.

"Perkara paling penting, rakyat tidak mengundi mengikut kaum. PAS memilih untuk berusaha bagi menyatupadukan semua orang Melayu dan bukannya berusaha ke arah melaksanakan dasar bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia, sedangkan Pakatan Rakyat ditubuhkan bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia," katanya.- 27/7/2008

3 comments:

Unknown said...

Siapa yang boleh lupa tentang kenyataan Karpal Singh satu ketika dulu ketika berkrisis dengan PAS ' langkah mayatnya dulu' jika parti itu nak laksanakan konsep negara Islam di Malaysia jika ia berkuasa. Ini pula kata mereka ingin menyatupadukan semua rakyat malaysia? HAH!!

Salahkah orang Melayu nak bercakap tentang perpaduan dan bersatu atas hal-hal kepentingan bersama tanpa mengambilkira idelogi politik?

Namun begitu, rakyat lebih arif kerana tidak mengundi mengikut kaum. PAS memilih untuk berusaha bagi menyatupadukan semua orang Melayu dan islam yang secara tidak langsung akan berusaha ke arah melaksanakan dasar bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia.

Unknown said...

Sejak kebelakangan ini, bahtera Pakatan Rakyat makin terumbang ambing dilanda ribut. Sejak nakhoda kapal menghadapi tuduhan liwat, anak-anak kapal yang berlainan bangsa pun dah mula tak sependapat. Ada yang nak terjun dari bahtera. Ada anak kapal yang cuba berunding dengan anak kapal dari bahtera lain. Ada yang cuba berusaha mengawal layar. Dan ada juga anak kapal yang cuba memporak porandakan keadaan. Ada juga yang cuba menolak antara satu sama lain. Dan macam-macam gelagat lagi. Mereka pada dasarnya mahu melayar bahtera bersama-sama agar sampai ke destinasi walaupun mereka berlainan bangsa.. Dan akhirnya bahtera tersebut.......(sambung sendirilah...)

raspintar said...

Sambutan saranan blog raspintar terjawab sudah. Lakukanlah dengan bijaksana.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |