+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, July 14, 2008

Wakil rakyat Pakatan boikot Parlimen

Malaysiakini

Jul 14, 08 12:03pm

Usul tergempar hilang keyakinan pada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dibawa oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat ditolak sebentar tadi.

Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan oleh ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Susulan keputusan yang dipertua dewan, semua anggota parlimen PKR, DAP dan PAS meninggalkan dewan beramai-ramai dan memulau sesi persidangan sepanjang hari hingga petang ini.

Malaysiakini difahamkan sebahagian ahli parlimen PKR hadir di rumah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dipanggil polis bagi siasatan dakwaan liwat terhadapnya - di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun mereka dipercayai sedang membincangkan isu-isu yang akan dibawa ke Dewan Rakyat esok.

parliament building police blockade 140708 09Selain mendapatkan perintah mahkamah menghalang perhimpunan di sekitar lima kilometer dari bangunan Parlimen, polis juga mengadakan sekatan-sekatan jalan raya sejak semalam bagi menghalang sebarang perhimpunan berhampiran bangunan tersebut (foto kanan).

Perhimpunan itu yang tidak dianjurkan oleh parti-parti pembangkang, dikatakan bagi menghadapi usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar semalam berkata Pakatan Rakyat dan partinya tidak terlibat dalam penganjuran sebarang perhimpunan hari ini.

"Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara ex parte oleh ketua polis daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (semalam)," katanya.

Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu "fitnah dan menyalahgunakan proses undang-undang."

Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.

Usul itu diserahkan untuk dibahaskan Khamis lalu.

opposition pakatan rakyat parliament walkout pc 140708 02Antara lain, usul tersebut menyatakan bahawa pilihanraya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Menurut usul lagi, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan melalui pembohongan.

Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihanraya walaupun timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihanraya - berjanji ia tidak akan berlaku.

Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri.

Perkembangan tersebut, tambahnya, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap perdana menteri dan anggota kabinetnya.

Rakyat, menurut usul itu lagi, berdepan dengan beberapa krisis seperti kenaikan harga bahan bakar makanan.

Menurutnya lagi, keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum semua,

Apakah faedahnya sesebuah wakil rakyat yang dipilih oleh orang ramia untuk memboikot parlimen hanya disebabkan ingin mengetengahkan perkara yang dianggap tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Mereka ini hanya ingin menumbangkan pemimpin kerajaan yang hanya tidak memenuhi keperluan dan kehendak yang memihak kepada pihak mereka tanpa memikirkan keperluan dan keingina rakyat secara khususnya.

Pemboikatan sebegini hanyalah sesuatu tindaka yang sia-sia dan merugikan masa sahaja. Tugas mereka adalah untuk membahaskan isu-isu yang memenuhi keperluan rakyat secara khususnya.

Sang Pemantau said...

saudara dave,

Saya bersetuju pendapat saudara tu...
tapi, bagi saya ini adalah satu pendekatan saikologi yang boleh membawa kepada pemerhatian dari semua pihak...jikalau mereka tidak memboikot dengan keluar dewan, mungkin ramai yang tak tau aqpa yang sebenarnya yang terjadi....

usul yg dikemukakan sebenarnya penting untuk rakyat. Usul undi tidak percaya buat Pak Lah. Apabila ditolak speaker dengan sebab yang tak munasabah, tu sebab diaorang membantah dan dengan cara itu ianya boleh menarik perhatian rakyat yang selama ini tido dengan apa yang berlaku dia dalam negara kita.

Jadi saya bersetuju dengan cara ini. Kalau diorang buat tak tau je, just pasrah...memang takdela bahan yg nak diceritakan media yang boleh menarik perhatian rakyat khususnya.
Betul tak???Tau Takpe.....:)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |