+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, August 1, 2008

Umno usah ajak PAS, sedia serah kuasa kepada Pakatan Rakyat

Harakahdaily

Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri | Aug 01, 08 | 1:01:29 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Umno-BN disarankan agar bersiap sedia untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar juga turut mengingatkan agar Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan kesempatan yang ada untuk menunaikan amanah dalam ruang waktu yang masih ada.

"Jagalah kerajaan yang tidak berapa hari sahaja lagi masih ada kerana ia akan berubah tidak lama lagi, sekali gus Umno akan kehilangan kuasa tersebut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menegaskan bahawa pihak Umno tidak perlu membuang masa memberi tawaran mahupun pelawaan untuk berkongsi kuasa dengan dengan PAS.

Image"Tidak usahlah buang masa dengan memberi tawaran kepada PAS, kerana kami tidak ada keinginan untuk menerimanya.

"Sebaliknya kami menawarkan ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama membina Malaysia Baru demi kepentingan rakyat pada masa akan datang," ujarnya.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam, Mahfuz berharap keputusan Mesyuarat bersama Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura Ulama telah merungkai segala kekaburan semua pihak khususnya ahli dan para pengundi.

"Jelas PAS tidak mempunyai sebarang niat untuk mengkhianati perjuangan rakyat yang telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kepimpinan negara," katanya.

ImageTambahnya walaupun hasrat tersebut masih belum kelihatan, beliau berharap akan berlaku satu perubahan kepada kepimpinan negara dalam tempoh terdekat ini.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Mohd Daud Iraqi pula meminta para ahli bertenang serta meneliti pendirian yang telah ditetapkan oleh pimpinan parti selepas mesyuarat yang diadakan semalam.

"Kita harap segala kecelaruan yang timbul sebelum ini tidak lagi timbul selepas ini," ujarnya lagi.

Tegasnya, kepimpinan parti telah sepakat membuat ketetapan bahawa segala keputusan yang dibuat hendaklah dipatuhi oleh semua pihak. - mns_

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |