+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, September 8, 2008

'Desakan Gerakan bukan ugutan' - Najib

Berita Harian

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my


RINGANKAN BEBAN: Najib menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Abd Rahman Lakim, 72, dari Kampung Ketapang, di Masjid Kampung Ketapang, Pekan, semalam.

Perbincangan cari jalan terbaik jaga keharmonian Barisan Nasional: Najib

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menganggap tindakan Gerakan mendesak BN melakukan perubahan sikap dan pendekatan, selain meminta musyawarah diwujudkan semula dengan adil di antara parti komponen supaya semua pandangan diambil kira, sebagai satu ancaman yang boleh menyebabkan parti itu keluar daripada BN.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan paling penting sekarang ialah mengadakan perbincangan dan mencari jalan terbaik untuk menjaga keharmonian dan semangat setia kawan dalam BN terus terpelihara.

Berikutan itu, beliau berkata, perkara berkenaan akan dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan diadakan dalam sedikit masa lagi.

"Gerakan belum buat apa-apa keputusan untuk keluar daripada BN, malah kita menghargai peranan semua parti komponen BN dan sebarang masalah yang berlaku diharap akan dirundingkan atas semangat BN.

"Saya sendiri tidak menganggap desakan Gerakan terhadap BN yang mahukan perubahan itu sebagai satu ancaman atau ugutan, dan berharap ia tak akan sampai ke peringkat Gerakan keluar BN," katanya selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Umno Bahagian Pekan, di sini petang semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan, Gerakan membuat perakuan untuk kekal bersama BN, walaupun sebelum itu wujud nada mengugut untuk bertindak keluar daripada BN jika tidak dilakukan sebarang perubahan atau pembaharuan bagi mengembalikan semula kegemilangan BN.

Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, semalam juga mengulangi perkara sama, sambil mendesak supaya BN menggubal kod etika dan membentuk lembaga disiplin bagi memastikan anggota parti gabungan itu tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan anggota lain.

Sementara itu, mengulas saranan MCA Kedah yang meminta diwujudkan empat Timbalan Perdana Menteri mewakili kaum, Najib berkata:

"Tak payahlah... ada macam-macam pandangan dan tak payah kita ulas," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |