+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, September 8, 2008

Keluar BN Perbuatan Terpuji

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh WanKay
Sunday, 07 September 2008

http://buletinonline.net/images/Berita10/1stpru.gif
Kuala Nerus – Kerajaan yang ditubuhkan hasil peralihan sokongan ahli-ahli yang berhormat bukan perkara baru kerana sejarah silam telah membuktikan Barisan Nasional (ketika itiu perikatan) menggunakan cara yang sama bagi membentuk kerajaan di Terengganu pada tahun 1959. (Gambar - suasana Pilihanraya Umum Kali Pertama tahun 1959)

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata kerajaan PAS yang memenangi Pilihan Raya Umum Pertama tahun 1959 pernah ‘dijatuhkan’ akibat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Negara yang ‘melompat’ menyertai parti Perikatan.


Beliau berkata pada waktu itu parti Perikatan adalah ‘minoriti’ hanya mempunyai tujuh kerusi tetapi telah berjaya mengemukakan usul undi tidak percaya dan mendapat sokongan dari ADUN ‘lompat’ yang dipercayai ‘telah dibeli’ oleh pihak tertentu.


http://buletinonline.net/images/Berita10/tepoh-abu%20bakar%20abdullah.jpg “Kita (PAS) ada pengalaman itu. Kerajaan PAS Terengganu tahun 1959 tidak dapat bertahan lama kerana pada 30 Oktober 1961, parti Perikatan telah membawa usul undi tidak percaya dan ‘disokong’ pula oleh tiga wakil parti Negara,” jelasnya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, dengan peristiwa ‘lompat parti’ itulah menyebabkan parti Perikatan kemudiannya menjadi Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah Terengganu hingga ke hari ini, kecuali pada tahun 1999-2004.


Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menyelar pihak-pihak yang bercakap soal demokrasi dan kerajaan, namun tidak menoleh sejarah hitam UMNO dan BN.


“BN dan pihak-pihak yang menyokongnya, jangan bercakap soal demokrasi dan pemerintahan yang suci, kerana merekalah yang telah melanggar demokrasi dan menghalalkan apa saja untuk memperolehi kuasa,”tambah beliau.


Justeru, menurutnya bukan menjadi suatu masalah besar sekiranya Pakatan Rakyat mampu mengambil-alih kerajaan dengan cara yang hampir sama, yang pernah digunakan oleh BN.


Katanya, keluar parti tidak menjadi kesalahan disisi undang-undang Negara, bahkan adalah satu perbuatan yang berani dan terpuji sekiranya individu keluar dari BN kerana ia merupakan kerajaan yang rasuah dan pilih kasih.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |