+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, November 25, 2008

Himpunan Mansuhkan ISA kecoh, 9 ditahan

Harakahdaily

Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Mon | Nov 24, 08 | 9:09:24 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) -Polis bertindak menghentikan Ceramah Perdana Himpunan Mansuhkan ISA yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis.

Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama lima minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

Difahamkan belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain. Image

Dilaporkan suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.

Menurut laporan kira-kira tujuh orang petugas yang terdiri daripada Unit Amal PAS ditahan di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Pengarah Unit Amal (3); Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah, ImageHafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid.

Sejurus kemudian, selepas sidang media di Balai Polis sama, Salahuddin dan Mohamad Sabu dipanggil masuk semula ke balai.

Kempen dan ceramah tersebut tersebut dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dijadual dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, malam tadi Anwar tidak hadir.-Hrkh _

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |