+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 18, 2008

Perak akan jadikan Kelantan sebagai model pentadbiran - Menteri Besar

Harakahdaily

Salmah Mat Husain

Sun | May 18, 08 | 8:11:28 pm MYT

KOTA BHARU, 18 Mei (Hrkh) � Menteri Besar Perak, Dato� Seri Ir Muhammad Nizar Jamaludin, berkata Kelantan akan menjadi contoh dalam pentadbirannya, memandangkan kerajaan negeri itu telah berjaya memenuhi hasrat rakyat pelbagai bangsa selama 18 tahun.

Katanya lagi, selain itu Perak juga akan mengutamakan konsep kebajikan dan amanah yang menjadi teras Pakatan Rakyat (PR), memandangkan rakyat di negeri itu begitu �haus� dengan konsep tersebut hasil kegagalan kerajaan terdahulu melaksanakannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra dan sesi dialog bersama pemimpin kerajaan negeri di Bilik Gerakan, Kota Darulnaim, di sini tengahari tadi sempena lawatan rasminya ke Kelantan hari ini.

Nizar dalam rangka lawatan kerjanya turut ditemani Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, Chen Fook Chye, Adun Selising, Husin Din, Adun Semanggul, Ramli Husin, Setiausaha Politik dan akhbarnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Anuar Hashim.

Dalam rangka lawatan selama empat jam ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nizar turut diraikan pada majlis makan tengahari bersama Anggota Exco kerajaan negeri dan Adun sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Tuan Guru di pejabatnya.

"Untuk kita, pihak kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk memikul amanah itu sebaiknya dan akan melaksanakan konsep kebajikan dan beramanah sebagaimana yang rakyat inginkan.�Dalam masa yang sama, Perak memerlukan sokongan semua pihak termasuk rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan kerajaan kita agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah," ujarnya.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut kedatangan Nizar bersama 10 orang deligasi lain kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di kediaman rasmi JKR 10, di sini.Sebelum mengadakan sesi ramah mesra dan dialog, Nizar diraikan pada majlis makan tengahari di JKR 10.

Turut hadir dalam majlis makan tengahari itu, Timbalan Menteri Besar, Dato� Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasharuddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun dan lain-lain pimpinan.

Selepas itu, beliau mengunjungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz di pejabat Menteri Besar kira-kira pukul 2.30 petang.Kehadiran Nizar buat pertama kali ke negeri itu, menjadi perhatian para media termasuk RTM, TV3, TV9 untuk membuat liputan.

Tegasnya lagi, kerajaan Perak juga akan menjadikan Kelantan sebagai model dalam semua hal termasuk pentadbiran memandangkan kejayaan negeri itu telah menerajui perubahan sejak 18 tahun lalu.Turut berucap pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato� Ahmad Yaacob./wann.

Read More...

Buang pasport lebih 'selamat'

Kosmo Online


PASPORT-PASPORT Indonesia yang dibuang di sebuah kawasan semak di pinggir Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Nilai sebenar pasport Indonesia hanyalah untuk melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia ketika memasuki negara ini.

Itulah pengakuan beberapa warga Indonesia ekoran penemuan pasport-pasport negara itu yang dibuang di kawasan-kawasan semak setelah tempoh tinggal yang dibenarkan di negara ini tamat.

Apa motif pemiliknya? Kebanyakan warga Indonesia tanpa pasport yang ditemui berkata, cara begitu disifatkan lebih selamat kerana mereka akhirnya akan dihantar juga pulang ke negara asal jika ditangkap.

"Paling lama, kami akan ditahan dalam pusat tahanan selama enam bulan atau satu tahun dan kemudian kami akan dihantar pulang.

"Kalau balik sendiri melalui cara haram risikonya tinggi selain terpaksa keluar duit untuk bayar tambang bot atau mungkin ditangkap pihak berkuasa," kata seorang pendatang tanpa izin (PATI) yang dikenali sebagai Sudir.

Menurut seorang PATI yang cuma ingin dikenali sebagai Sarjono pula, mereka pada hakikatnya datang secara sah dan keluar dari negara ini juga secara sah.

"Melupuskan pasport adalah cara terbaik untuk balik semula ke negara kami setelah tinggal melebihi tempoh dan cara kepulangan kami juga lebih selamat kerana dihantar oleh pihak berkuasa.

"Jika ditangkap, kami tidak kisah pulang sehelai sepinggang kerana kami pasti akan datang semula satu hari nanti tetapi menggunakan pasport baru yang berlainan identiti," katanya penuh yakin.


ANTARA pasport Indonesia yang sengaja dibuang di kawasan semak di Hulu Yam, Selangor baru-baru ini.


Seorang lagi PATI yang dikenali sebagai Ludin berkata, jika mereka ditangkap di Malaysia kerana memiliki pasport yang telah tamat tempoh, tindakan yang dikenakan lebih menyusahkan.

Dia yang datang semula ke negara ini buat kali kedua dengan nama lain pernah dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan sebelum dihantar pulang pada tahun 2003.

"Ada pasport pun tiada guna sebab telah tamat tempoh malah masalah yang kami tanggung lebih teruk berbanding mereka yang memasuki negara ini secara haram.

"Cara terbaik, buangkan sahaja dan mengaku sahaja masuk ke negara ini secara haram," jelasnya yang pernah dihantar pulang melalui program pemutihan beberapa tahun dulu.

Sebelum itu, pada pengalaman pertama, dia masuk ke negara ini secara haram menggunakan jalan laut yang diatur oleh calo (orang tengah yang membawa masuk mereka secara haram).

"Melalui calo, kami perlu membayar wang yang banyak sehingga ada yang terpaksa berhutang dan risikonya juga tinggi," jelasnya.

Seorang lagi pendatang asing yang cuma dikenali sebagai Bambang menjelaskan, walaupun tanpa pasport, mereka tetap juga akan dihantar pulang jika ditangkap.

"Kami dapat pulang dengan percuma tanpa perlu membiayai sebarang kos perjalanan dan selalunya kalau ada pasport, macam-macam perkara perlu kami lalui.

"Selepas tiga bulan, kami akan datang semula secara sah dengan pasport baru," ujarnya.


Jaafar


Sementara itu, Pegawai Rela Daerah Gombak, Leftenan Kolonel (Rela) Jaafar Abdul Rahman mendedahkan, penemuan pasport yang dibuang oleh warga asing adalah perkara biasa.

Read More...

Saya Paling Tidak Banyak Cita-cita, Kata Muhyiddin

Bernama




Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyambut hari jadinya yang ke 61 memotong kek di majlis makan malam di New York. Berdiri disebelah beliau ialah isterinya, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman. Foto: Baizura Basri

NEW YORK, 17 Mei (Bernama) -- "Saya paling tidak banyak cita-cita di kalangan ahli politik," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara berseloroh pada jamuan malam di sini Jumaat.

Kenyataan beliau itu mencuit hati kira-kira 100 orang pelajar, profesional dan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia di majlis itu.

Beliau menjawab soalan dari seorang hadirin mengenai kemungkinan beliau bakal menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin, yang menyambut hari jadinya yang ke 61 Khamis lepas, mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Detroit dan New York dari 13 hingga 19 Mei. Jamuan adalah bersempena misi itu.

Menyentuh isu lain secara lebih serius, Muhyiddin, yang juga naib presiden Umno berkata cabaran paling besar bagi parti itu dan negara ialah memiliki kepimpinan yang kuat.

"Perkara paling penting buat Umno ialah mempunyai kepimpinan yang kuat bagi menyediakan masa depan yang lebih baik untuk parti. Anda perlu mempunyai kepimpinan yang kuat memandangkan profil penduduk Malaysia telah berubah.

"Ini cabaran paling besar dan persoalannya bagaimana menanganinya," kata beliau.

Muhyiddin berkata Barisan Nasional (BN) dan Umno khususnya, akan "hanyut" jika krisis kepimpinan sekarang tidak dikendalikan dengan betul.

"Terdapat anjakan dalam cara pemikiran rakyat, jadi kita perlu menyusun semula tentang apa yang harus dilakukan untuk menangani ini," kata menteri itu.

Oleh itu, Umno dan BN mesti memahami perubahan cara pemikiran ini, terutama di kalangan genersi muda yang terus mahukan perubahan," ujarnya.

-- BERNAMA

Read More...

Misteri RM 3 Bilion (3,000,000,000.00) Duit Royalti Serta Kaitannya Semakin Menarik

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Saturday, 17 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/kemanaroyalti.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Misteri RM 3 bilion duit royalti Terengganu yang masih menjadi rahsia, akan terdedah dan diketahui umum tidak lama lagi.

Ini berikutan kenyataan Menteri Besar, Dato’ Mad Said hari ini, bahawa beliau sudah bertemu tarikh untuk bertemu dengan Pedana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Sebahagian dari misteri duit royalti telah pun terdedah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berakhir pada minggu lalu

Dalam Sidang DUN Terengganu tersebut, Exco Infrastrur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) menjawab soalan bertulis ADUN Wakaf Mempelam YB Mohd Abdul Wahid Endut mengenai kos pembinaan Taman tamadun Islam.

Yahya memberitahu bahawa kos asal TTI ialah RM 249 juta manakala kos sebenar pembangunan TTI meningkat RM 10 juta kepada RM 259 juta.

Yahya berkata, pemaju projek itu adalah Taman Tamadun Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej kerja kepada 64 subkontraktor.

Menurut Yahya, 36 atau 56.25 peratus adalah subkontraktor tempatan manakala 28 atau 43.75 peratus adalah subkontraktor luar.


Pendedahan angka berjuta-juta yang dibelanjakan dalam pembinaan projek-projek mega di Terengganu dan kaitan yang dapat dibuat dengan projek-projek tersebut, semakin hari semakin menarik.

TTI adalah salah satu daripada projek yang dibiayai oleh Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau duit ehsan/ duit royalti minyak Terengganu

Setelah pendedahan yang ‘terburai’ berkaitan dengan pengendali Monsoon Cup, T-Best Event Sdn Bhd yang majoriti sahamnya bukan milik kerajaan Terengganu, kini satu lagi kaitan menarik di temui berkaitan TTI.

Yahya memberitahu pemaju projek TTI adalah dimajukan oleh Taman Tamadun Sdn Bhd dan ia adalah suatu info baru bagi rakyat Terengganu yang selama ini diberitahu TTI dimajukan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

Dari carian umum internet, kaitan yang ditemui adalah amat menarik dimana alamat Taman Tamadun Sdn Bhd adalah di No.1, Jalan Putra Permai 1 A, Taman Equine, Seri Kembangan 43300 Selangor.

Pastinya pejabat syarikat Taman Tamadun Sdn Bhd itu berdekatan dengan pejabat T-Best Event yang beralamat di 16-1, Jalan Putra Permai 1B, Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.

Taman Equine adalah Bandar yang dimajukan oleh Equine Capital, syarikat kepunyaan Patrick Lim.

Ini bermakna ketiga-tiga syarikat yang berkaitan dengan projek mega Monsoon Cup dan TTI adalah berpusat di Taman Equine, Seri Kembangan.

Oleh yang demikian, terlalu amat munasabah kalau rakyat Terengganu mengesyakki bahawa RM 3 bilion duit royalti yang masih misteri itu ada kaitan dengan Patrick Lim.

Sehubungan dengan itu, timbul pula persoalan, berapa banyakkah lagi dari RM 3 bilion duit royalti itu berbaki ? Atau sebenarnya telah habis dibelanjakan ??

Kalau kita perhatikan segala projek Mega yang dilaksanakan dari 2004 hingga sekarang serta pengakuan Menteri Besar bahawa pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) adalah dibiayai dengan DKKP, maka kemungkinan besar duit royalti RM 3 bilion yang menjadi misteri itu tidak berbaki lagi.

Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menyatakan bahawa wang ehsan/ DKKP/ duit royalti memberikan banyak kebaikan kepada rakyat Terengganu tanpa perincian seolah-olah duit tersebut telah habis dibelanjakan.
Memang ada logiknya, memang duit royalti tersebut tinggal hanya sedikit sahaja, sekiranya tidak habis semuanya dibelanjakan oleh kerajaan pusat dengan kerjasama Idris Jusoh.

Dibawah disenaraikan projek mega yang telah dilaksanakan sejak tahun 2004 dengan kos-kos yang telah didedahkan ;

Bil

Projek

Kos (RM – juta)

1.

Kompleks Sukan Negeri Terengganu

544

2.

LPT2

1,800

3.

Menaiktaraf Terminal LTSM

130

4.

Menaiktaraf Landasan Terbang LTSM

530

5.

Monsoon Cup

360

6.

Taman Tamadun Islam

259

7.

Benteng Pemecah Ombak (Brakwater)

509

JUMLAH

4,132

Read More...

Jangan bicara sendiri - Ini tidak adil bagi individu terbabit klip video Lingam – PM

KUALA LUMPUR 17 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak termasuk media supaya tidak melakukan perbicaraan sendiri ke atas individu-individu terbabit atau dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menunggu sehingga siasatan Jabatan Peguam Negara ke atas perkara tersebut selesai dijalankan.

‘‘Kita jangan lemparkan apa-apa tuduhan hingga mewujudkan pendakwaan melalui media kerana ini tidak adil kepada mereka yang berkenaan selain memang tidak sepatutnya dilakukan.

‘‘Apa yang terdapat dalam laporan itu terserahlah kepada pihak yang berkenaan (Peguam Negara). Maka tunggulah siasatan selesai dan bukannya buat siasatan sendiri, kemudian tuduh yang bukan-bukan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Malaysia ke-11 di sini hari ini.

Abdullah diminta mengulas mengenai kedudukan keenam-enam individu yang disebut dalam laporan suruhanjaya berkenaan termasuk berhubung kedudukan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, ada kemungkinan berlaku kesalahan di sisi undang-undang membabitkan individu yang disebut dalam laporan berkenaan.

Berikutan itu, Zaid memaklumkan Kabinet telah mengarahkan supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya itu.

Keenam-enam individu itu ialah peguam, Datuk V.K. Lingam, ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan; Tengku Adnan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin; dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, ditanya apakah kerajaan akan mengecualikan Dr. Mahathir daripada sebarang tindakan memandangkan kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri, Abdullah berkata;

‘‘Laporan berkenaan telah diserah kepada Peguam Negara dan beliau selaku penasihat undang-undang kepada kerajaan akan memaklumkannya kepada kerajaan.

‘‘Jadi pada waktu ini saya tidak ada apa-apa kenyataan berhubung perkara ini,’’

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa kerajaan bersetuju untuk melaksanakan beberapa syor yang dikemukakan oleh suruhanjaya untuk memperbaiki sistem kehakiman negara.

‘‘Semuanya (yang dicadangkan suruhanjaya) itu kita fikirkan dan pertimbangkan, cuma terpulang kepada kerajaan untuk menentukan bentuk tindakan yang akan diambil.

‘‘Sebenarnya sebelum ini pun tindakan telah diambil (untuk memperbaiki sistem kehakiman). Selain dari itu saya tak nak buat apa-apa komen lanjut, tunggu nasihat daripada Peguam Negara,’’ katanya.

Read More...

PM: Batal dakwat budi bicara SPR

Malaysiakini

May 18, 08 6:30am

Keputusan membatalkan penggunaan dakwat khas dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu bukan satu arahan, tetapi sebaliknya pandangan kerajaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata walaupun pada dasarnya keputusan itu dibuat oleh kerajaan namun ia disampaikan dalam bentuk pandangan dan keputusan akhir tetap tertakluk kepada budi bicara SPR selaku suruhanjaya yang menggerakkan perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.

"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.

Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam, bahawa penggunaan dakwat khas itu tidak diluluskan oleh Kabinet walaupun telah dipersetujui oleh SPR.

Perdana Menteri berkata, pihaknya ada menerima laporan bahawa penggunaan dakwat itu akan membawa kepada beberapa masalah yang tidak diingini justeru ia dibatalkan selepas mengambil kira faktor-faktor tertentu.

"Saya kata begini, soalnya kita hendak teruskan juga (penggunaan dakwat khas) dan biarkan kemungkinan berlaku sesuatu daripadanya atau kita kata tak payah pakailah kerana itu lebih terjamin, tidak akan ada masalah.

Laporan polis JPM

"Pilihanraya sudah berjalan dengan baik, keputusan sudah diumumkan dan semua pihak dah menerima, jadi apa lagi yang hendak dijadikan isu," katanya.

Sementara itu, Bernama juga memetik Abdullah sebagai mempertahankan tindakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuat laporan polis ke atas beberapa akhbar berikutan penyiaran kandungan laporan siasatan suruhanjaya diraja mengenai klip video perbualan seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.

Sambil menyifatkan penyiaran tersebut sebagai `sesuatu yang tidak betul dan tidak wajar', perdana menteri berkata, laporan berkenaan seharusnya dibentangkan terlebih dahulu kepada kerajaan.

Beliau berkata keputusan sama ada hendak menjadikan laporan itu bahan bacaan umum atau bahan rahsia adalah hak kerajaan, justeru tidak wajar sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang ingin mendahului kerajaan dalam hal itu.

"Itu adalah perkara yang penting, jadi sebelum kerajaan buat apa-apa keputusan, tidak wajarlah bagi mana-mana pihak hendak mendahului kerajaan mengeluarkan dan melaporkan hal-hal yang berkaitan dengan beberapa perkara yang ada dalam laporan itu.

"Ini satu tindakan yang tidak betul, tidak wajar dilakukan jadi tentulah pihak jabatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan laporan ini akan merasa sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang tidak betul, sesuatu yang melanggar undang-undang yang mengikut pandangan mereka. Maka sebab itulah mereka membuat aduan itu dan tindakan itu satu tindakan yang wajar," katanya di sini, Sabtu.

Abdullah diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh JPM berikutan tindakan akhbar The Star, New Straits Times dan Berita Harian menyiarkan kandungan laporan siasatan suruhanjaya berkenaan.

Kedudukan Tengku Adnan

Menjawab dakwaan bahawa laporan itu tidak tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), perdana menteri berkata pihak yang berkenaan perlu mengambil kira keperluan untuk laporan tersebut disampaikan kepada kerajaan terlebih dahulu.

"Jadi itu yang pentingnya, kerajaan dulu, sebab itu apabila saya ditanya mengenai laporan ini, adakah mahu mendedahkannya kepada umum, saya kata tunggu kejap. Pada waktu itu saya pun belum baca lagi, saya sendiri belum tengok, tiba-tiba saya kata umumkannya, takkan begitu.

"Kalaupun saya dah baca, saya kena tunggu juga untuk membentangkannya kepada jemaah menteri. Ini yang lazimnya yang kita lakukan untuk laporan-laporan suruhanjaya lain," katanya.

Abdullah berkata adalah tidak wajar untuk menyiarkan laporan itu sedangkan ia belum dibentangkan kepada kerajaan.

Mengulas mengenai kedudukan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung pembabitannya dalam siasatan suruhanjaya berkenaan, Abdullah meminta kerjasama media agar tidak membuat spekulasi sendiri mengenai perkara itu.

Beliau berkata perkara itu tidak seharusnya dijadikan 'pendakwaan awam' memandangkan ia akan mewujudkan ketidakadilan kepada individu yang terlibat dalam siasatan itu.

"Jangan buat tuduhan yang bukan-bukan. Ini tak adil kepada orang yang berkenaan. Tunggu siasatan, jangan buat siasatan itu dan ini dan buat tuduhan sendiri," katanya.

Katanya, laporan siasatan itu telah diserahkan kepada peguam negara selaku penasihat kerajaan dalam aspek perundangan untuk tindakan selanjutnya.

Read More...

"Asal bukan Abdullah" Dr M seru Ahli Umno tukar Presiden

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Agendadaily, Utusan
Ahad, 18 Mei 2008

JOHOR: Serangan bekas Perdana Menteri terhadap penggantinya diteruskan lagi dan kali ini Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan segera Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi untuk menyelamatkan parti itu daripada terus musnah.

Beliau turut menyebut nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara nama-nama yang layak menggantikan Abdullah.

Katanya, beliau tidak kisah siapa yang akanmenjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera.

Beliau mengibaratkan UMNO sebagai magnet yang mampu menarik parti-parti komponen lain untuk memperkukuhkan Barisan Nasional (BN).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika UMNO kuat, ia akan memulihkan keyakinan terhadap BN.

"Berdasarkan pengamatan saya, UMNO yang lemah tidak mungkin dapat menubuh serta memimpin sebuah kerajaan yang berwibawa. Ini kerana UMNO merupakan sebuah parti yang menunjangi pemerintahan negara di bawah naungan BN,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh peserta yang menghadiri Forum UMNO Pasca Pilihan Raya: Suara Hati Rakyat di Hotel M. Suites di sini hari ini.

Forum anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-ahli Akar Umbi UMNO Johor dengan kerjasama mykmu.net itu dihadiri lebih 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini.

Ahli-ahli panel yang turut menjayakan forum itu ialah penulis blog, Datuk A. Kadir Jasin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Zin.

Turut sama ialah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad manakala Datuk Syed Hussein Alhabshee bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menasihatkan semua ahli parti supaya bersatu memperjuangkan hasrat dan matlamat parti, bukannya berjuang untuk mengekalkan pemimpin tertentu.

"Parti UMNO tetap kekal, tetapi pemimpin boleh silih berganti,'' katanya

Read More...

Pakatan Rakyat sedia mentadbir Johor

Harakahdaily

Salman Hussin

Sun | May 18, 08 | 11:28:06 am MYT

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Hrkh) � Kejayaan Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mendorong PR di negeri ini mencari jalan serta melipatgandakan usaha bagi menuruti jejak langkah negeri-negeri tersebut.

Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ini terbukti apabila mereka sentiasa duduk semeja berbincang serta merancang bagi merealisasikan matlamat dan hala tuju perjuangan gabungan itu pada masa depan.

"Apa yang kita lakukan ini menunjukkan bahawa kita memang serius untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini dari BN pada PRU akan datang; hasrat dan cita-cita ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan jika semua pihak terus konsisten dan ikhlas untuk membela nasib rakyat," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dato� Dr Mahfodz Muhamad selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat Johor di Skudai, 13 Mei lalu.

Hadir sama pada perjumpaan itu ialah Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Haw, Pengerusi KeADILan Johor, Abdul Halim Dawam, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan para pemimpin Pakatan Rakyat Johor.

Pakatan Rakyat Johor mempunyai lima wakil di Dun Johor iaitu Dr Mohamad Taslim (Maharani), Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (Sungai Abong), Dr Boo Cheng Haw (Skudai), Ong Kow Meng (Senai) dan Ng Lam Hua (Mengkibul).

Menurut Dr Mahfodz, berbagai perkara telah dibincangkan dan dipersetujui pada pertemuan kali ini.

"Saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi terhadap masa depan Pakatan Rakyat di negeri ini berasaskan kepada keputusan PRU lalu.

"Bagaimana pun sokongan rakyat ini masih belum mencukupi bagi PR untuk meraih kemenangan besar sehingga membolehkan kita memerintah negeri ini, begitu pun kita tetap bersyukur dengan kemenangan beberapa kerusi Dun dan satu Parlimen di Johor, ini adalah petanda yang sangat baik bagi Pakatan Rakyat negeri ini.

"Kita mengharapkan kemenangan yang lebih besar akan diperolehi pada pilihan raya umum akan datang," katanya.- tajdid

Read More...

Dr. M: Dakwa saya, sedia dedah semua di mahkamah

Mstar Online

17-05-2008 09:17:45 PM

JOHOR BARU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau bersedia disiasat dan didakwa di mahkamah berhubung isu aturan pelantikan hakim-hakim, sebagaimana disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja Mengenai Klip Video Datuk V.K Lingam.

Kata beliau, pendakwaan terhadapnya di mahkamah akan memberi peluang untuk menerangkan tentang pelbagai perkara yang dilakukan oleh hakim-hakim termasuk berkenaan usaha melobi.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum UMNO Pascapilihan Raya Umum Ke-12 anjuran Badan Bertindak Gabungan AhliAhli Akar Umno Johor dan MykmuJohor.com di sini hari ini, Dr. Mahathir berharap siasatan terhadapnya tidak akan ditamatkan di atas alasan tiada kes.

"Jikalau didakwa di mahkamah, maka saya dapat menerangkan apa yang saya lakukan dan apa yang orang lain termasuk hakim telah lakukan di dalam perkara lobi.

"Saya hendak cerita berkenaan hakim-hakim yang melobi saya. Jikalau melobi adalah salah, maka hakimhakim ini sepatutnya disiasat," kata beliau.

Semalam Kabinet memutuskan supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja itu, yang menyiasat klip video yang mengandungi perbualan Lingam, seorang peguam kanan dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.

Selain beliau, Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan, dua bekas ketua hakim negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak menyangka mereka yang melobi itu melakukan perkara yang salah, kerana sepanjang menjadi perdana menteri, banyak pihak yang melobinya, baik untuk jawatan menteri, timbalan menteri dan jawatan-jawatan di dalam kerajaan.

Bagaimanapun kata bekas Perdana Menteri itu, keputusan yang dibuatnya tentang sesuatu pelantikan termasuk hakim-hakim adalah berdasarkan kepada penilaiannya sendiri.

"Keputusan saya adalah berdasarkan penilaian saya. Saya tidak peduli siapa lobi, siapa cerita, kalau saya putuskan orang itu patut dilantik, saya akan lantik. Jikalau tak patut dilantik, walau dicadang oleh hakim, saya tidak akan lantik.

"Saya bukan posmen, bila Ketua Hakim cadang saya pun kata lulus dan pergi ke Yang di-Pertuan Agong dan baginda lulus. Kalau macam itu, lebih baik kata pelantikan Ketua Hakim harus diputuskan oleh Ketua Hakim, jadi saya tiada peranan langsung. Saya tidak mahu jadi posmen," kata Dr. Mahathir.

Beliau juga ditanya cadangan Suruhanjaya Diraja agar siasatan turut dilakukan terhadap Vincent Tan dan Tengku Adnan.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui peranan mereka kerana mereka tidak pernah melobi dengannya.

"Sesiapa sahaja boleh memberi pandangan tentang pelantikan sesiapa, Perdana Menteri atau bakal Timbalan Perdana Menteri," menurutnya sambil menambah, sistem pelantikan hakim sedia ada adalah baik.

"Apa yang menjadikan sistem itu tidak berjalan dengan baik adalah manusia," katanya.

Forum itu dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang, termasuk anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin, bekas anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad yang menjadi anggota penal majlis tersebut.

Read More...

SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal

Malaysiakini

Soon Li Tsin | May 17, 08 3:19pm

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendedahkan bahawa kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

rashid uiam election seminar 170508"Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini (foto kanan).

SPR, katanya, sudah bersedia memperkenalkan langkah tersebut demi menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda.

"Kami menerima tekanan dari banyak pihak (untuk melaksanakan dakwat).

"Saya tidak menyatakan ia hanya datangnya daripada parti pembangkang tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak kami berbuat sesuatu demi menghilangkan kebimbangan akan berlaku penipuan dalam pilihanraya.

"Kami memang percaya bahawa untuk meyakinkan orang ramai (bahawa kami memang suruhanjaya bebas), kami harus berbuat sesuatu dan setidak-tidaknya kami bersetuju menggunakan dakwat kekal.

"Kami sangat serius (untuk melaksanakannya). Kami menggariskan peraturannya dan menyerahkan kepada kabinet," katanya.

Tahun lalu SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian pada 8 Mac dengan alasan keselamatan.

Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti telah dikesan oleh polis.

Siasatan tentang sabotaj itu tidak didedahkan dan sehingga kini tiada individu yang didakwa di mahkamah berhubung pembelian dakwat itu secara haram seperti didakwa oleh polis.

Selasa lalu, menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu Dewan Rakyat bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin".

Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.

"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.

"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," katanya.

Menurut Abdul Rashid lagi, selepas dimaklumkan tentang keputusan kabinet itu, beliau diarahkan agar memikul sepenuhnya tanggungjawab susulan kontroversi akibat pembatalan dakwat kekal.

"Dan saya dipanggil dan dimaklumkan tentang perkara itu dan saya diminta memikul sepenuhnya tanggungjawab kerana bersetuju memperkenalkan dakwat kekal itu (pada awalnya).

"Saya pikul tanggungjawab itu sepenuhnya."

abdul rashid ec chairman house red paint splashed 060308 repaintBeliau berkata, sebagai pengerusi SPR selama bertahun-tahun, beliau memikul "tanggungjawab" bagi keputusan-keputusan kontroversi yang telah diambil suruhanjaya tersebut.

Abdul Rashid, yang akan bersara Disember ini, telah terlibat dalam pengendalian pilihanraya di Malaysia selama tiga puluh tahun.

"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR dan saya memang memikul tanggungjawab itu tetapi ia merosakkan saya dan rumah saya.

"Mereka mencampak cat merah pada rumah saya dan pintu pagar (foto kiri)," katanya.

Pada 6 Mac, dua hari selepas membuat keputusan kontroversi itu, beberapa individu yang tidak dikenali membaling cat merah di luar rumahnya di Bukit Pantai, Kuala Lumpur - kejadian yang disifatkannya "bermotifkan politik." Berita asal

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |