+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, March 30, 2009

PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas

Malaysiakini

Mar 30, 09 2:03pm

PAS mendakwa imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menolak dakwaan menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam.

Pengarah pilihanraya parti itu Datuk Mustafa Ali menambah, Mohamad Nizar yang juga calon PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang sedang berlangsung sehingga 7 April.

bukit gantang pas pc 300309"Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimamkan solat Maghrib.

"Jika BN dakwa Nizar dan PAS guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," Mustafa dipetik berkata pada sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning pagi ini.

Beliau mengulas kenyataan menteri besar BN Perak mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah sedangkan ketika itu sepatutnya untuk majlis anjuran BN.

Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya, seperti laporan laman web Berita Harian.

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Mohamad Nizar berdepan dengan calon BN Ismail Safian dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |