+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 21, 2009

Ahmadinejad kutuk rejim Israel

Berita Harian




Diplomat EU keluar sidang kaum PBB tak tahan ucapan pemimpin Iran

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam membuka persidangan pertama isu perkauman yang diboikot Amerika Syarikat dan lapan negara lain kerana bimbang negara Islam akan menuntut supaya Israel dikutuk dan kritikan terhadap agama Islam diharamkan.

Pentadbiran Presiden Barack Obama, ketua negara Amerika berkulit hitam pertama, Sabtu lalu mengumumkan bahawa ia akan memboikot sidang itu di Geneva.


Obama menganggap draf deklarasi itu menimbulkan risiko kejadian di Durban mungkin berulang apabila peserta meluahkan perasaan marah yang meluap-luap terhadap Israel.

"Menjelang sidang ini, kami melahirkan kebimbangan bahawa jika cara yang dilakukan pada 2001 diguna pakai bagi sidang kali ini, kami tidak akan ambil bahagian," kata Obama.

Belanda dan Jerman mengumumkan tindakan boikot kelmarin. Australia, Kanada, Israel, Itali, Poland dan New Zealand memberitahu tidak akan hadir. Britain menghantar diplomat walaupun bimbang sidang akan jadi forum berunsur anti-Semitik.

Ini membolehkan tumpuan diberi sepenuhnya kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang akan berucap Jumaat ini.

Beliau tiba di Geneva petang kelmarin dan mengadakan perjumpaan peribadi dengan Presiden Hans-Rudolf Merz dari Switzerland, negara yang mewakili kepentingan diplomatik Amerika di republik Islam berkenaan.

Israel dan kumpulan Yahudi lain melobi kuat menghalang negara Barat menghadiri sidang kerana berpendapat kehadiran Amerika dan negara Eropah akan dianggap sebagai satu sokongan sah terhadap perbuatan anti-Semitik. � AP

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |