+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, March 29, 2008

Ahmad Said maaf 22 Adun

Berita Harian

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Mohammad Ishak, Hamid Salleh dan Suhaidi Mohamed Amin


Datuk Ahmad Said

Menteri Besar baru nafi bermusuh dengan Idris, mendendami sesiapa

CUKAI: Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said, sedia memaafkan semua 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu yang sebelum ini menentang pelantikannya ke jawatan itu.

Malah, Ahmad yang juga Adun Kijal menegaskan, beliau tidak pernah bermusuh dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan tidak pernah berdendam dengan sesiapa.


"Dulu saya bertanding dengan (Menteri Penerangan) Datuk Ahmad Shabery Cheek (mewakili Parti Semangat 46 pada pilihan raya kecil 1990), tetapi pada 2004, saya memanggil Ahmad Shabery menyertai Umno.


"Alhamdulillah hari ini Datuk Ahmad Shabery berjaya dalam karier politiknya. Begitu juga pada 2000, Datuk Abu Bakar Ali (bekas Adun Kemasik) selaku Pemangku Ketua Umno Bahagian Kemaman pernah memecat saya, tetapi apabila saya menang dalam pemilihan parti, tiada tindakan diambil terhadapnya,” kata Ahmad kepada pemberita di rumah ibunya di sini, petang semalam.

Kelmarin, MT memperakukan pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu, sekali gus menyelesaikan kemelut dalam kepemimpinan kerajaan di negeri itu yang berlarutan selama tiga minggu sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Ahmad berkata, beliau berterima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak serta ahli MT yang mahu kontroversi berhubung pemilihan Menteri Besar Terengganu diselesaikan dengan sempurna.


Ditanya sama ada beliau akan terus menerima idea Idris bagi membentuk barisan Exco, Ahmad berkata:

"Tidak ada masalah kerana saya akui beliau (Idris) seorang pemimpin hebat yang pernah dilahirkan oleh negeri Terengganu. Beliau adalah sahabat saya di universiti. Saya pernah bercakap dengan beliau beberapa hari lalu di Putrajaya dan kami sentiasa berterus terang."

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada Exco lama akan dilantik semula, Ahmad berkata ‘dalam politik tiada musuh berkekalan, tidak ada kawan berkekalan’.

Katanya, beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail di Istana Maziah, esok manakala pelantikan Exco akan disempurnakan dalam tempoh 10 hari selepas itu.

Beliau yang Ketua Umno Bahagian Kemaman berkata, keutamaannya kini adalah untuk merapatkan hubungan dan menjelaskan salah faham yang wujud sebelum ini.

“Sebenarnya saya tidak nampak ini adalah satu permasalahan kerana semua ketua bahagian di Terengganu saling mengenali antara satu sama lain. Saya rasa ini adalah sebahagian pengajaran kepada kami semua bahawa kita tidak mampu berpecah dan episod yang berlalu biarlah berlalu.

“Kita harus terus dengan keyakinan baru kita untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Insya-Allah saya tidak nampak, bahawa akan berlaku sebarang masalah. Apa yang penting, pemimpin Umno mesti berjiwa besar untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Idris terus membisu berhubung keputusan MT memperakukan pelantikan Ahmad.

Beliau, yang tiba di kediamannya di Kampung Tok Has, Jertih, kira-kira jam 6 petang juga tidak berucap sekali pun lebih 10,000 penyokongnya dari daerah Besut dan Setiu berkumpul di rumahnya sejak selepas solat Jumaat.

Adun Jertih itu yang ditemani isterinya, Toh Puan Seri Kamariah Zakaria, hanya bersalaman dan bertanya khabar dengan penyokongnya yang sesetengahnya kelihatan mengesat air mata.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Idris berkata beliau belum bersedia membuat sebarang kenyataan kerana takut disalah anggap.

“Saya akan ke Kuala Terengganu Ahad ini untuk memohon pertukaran sekolah anak saya di Besut,” katanya sambil menyatakan hasrat berehat bersama keluarga dan belum ada sebarang perancangan.

Di KUALA TERENGGANU, Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata semua 22 Adun BN yang sebelum ini menyokong Idris, akur dengan keputusan MT.

“Idris pun tenang dan tidak emosional. Dia anggap, apa yang berlaku sebagai takdir,” katanya.

Rosol berkata, selepas mesyuarat MT kelmarin, Idris dan 22 Adun berkenaan juga mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri. Beliau yang juga Adun Ajil, bagaimanapun tidak mendedahkan perkara yang dibincangkan dalam perjumpaan itu.



Read More...

Gabungan parti alternatif mampu ganti kerajaan BN

Harakahdaily

Salmah Mat Husain
Fri | Mar 28, 08 | 3:11:32 pm MYT


KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh) - Parti-parti dalam pakatan Barisan Alternatif (BA) dan DAP diharap menjaga kemenangan yang diberi rakyat dengan baik bagi mempertahankan kejayaan pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Ramai percaya BA boleh menjadi sebuah gabungan yang utuh seperti Barisan Nasional (BN).

Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kerja sama erat yang sedia terjalin dalam BA bukan sahaja perlu diperkemaskan, sebaliknya menyusun gerak kerja yang lebih mantap.

"Rakyat mengharap kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang telus setelah mereka kecewa dengan kerajaan BN. Gabungan BA boleh menggantikan kerajaan yang ada sekarang.

"Jadi kita berharap lima negeri termasuk Kelantan yang dipimpin PAS, KeADILan dan DAP menunaikan janji kepada rakyat seperti tertera dalam manifesto.

"Kejayaan BA kali ini sebagai satu percubaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Peluang semakin terbuka kepada BA," ujarnya pada sidang media sempena majlis kesyukuran dan makan malam di sebuah restoran di sini, baru-baru ini.

Wan Abdul Rahim yang juga Timbalan Ketua Pengarah II Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat berkata, kemenangan besar calon-calon BA merupakan satu percaturan baru dalam politik Malaysia.

Katanya, hasil sokongan masyarakat pelbagai kaum mereka boleh menerima calon BA dan DAP.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau mengumumkan Lim Guan Seng sebagai wakil peribadinya bagi masyarakat Cina dan Muhammad Nor bagi masyarakat Melayu dan lain-lain bangsa.

"Pelantikan Seng sebagai wakil peribadi saya sebagai satu hadiah untuk masyarakat Cina yang telah memberi sokongan padu kepada PAS pada pilihan raya umum lalu.

"Peningkatan sokongan itu begitu membanggakan berbanding tahun-tahun sebelumnya," tambah beliau. - mj/mr

Read More...

Terima Ahmad Said, Umno jilat najis sendiri

Harakahdaily

Salahuddin Ayub

Fri | Mar 28, 08 | 4:54:24 pm MYT

DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan pendekatan politik terdesak Umno yang akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak Sultan Terengganu selepas penat 'bersilat' menderhakai istana Terengganu itu.

Keputusan yang diambil oleh MT Umno semalam dipercayai selepas mempertimbangkan kemungkinan Umno/BN akan kehilangan kuasa di Terengganu dan krisis politik dengan Istana Negara di peringkat Pusat.

Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan', manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu. Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana

Kerana bimbangkan kehilangan kuasa tersebut, Umno terpaksa menjilat najisnya sendiri yang selama ini cuba dicampakkan ke muka Tuanku Sultan Terengganu.

Umno semenjak kemenangan pilihan raya pada 8 Mac 2008 telah bersikap kurang ajar, biadap dan derhaka terhadap Sultan Terengganu apabila menamakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun istana telah memberi isyarat untuk tidak menerimanya.

Apabila istana menamakan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar, para pemimpin Umno dari Pusat dan negeri terus-menerus menyerang tindakan sultan, sehingga ada yang mengeluarkan ugutan.

Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan', manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu.

Setiausaha Agung dan Presiden Umno pula mengancam untuk memecat Ahmad Said, manakala Umno Terengganu sudah memecatnya.

Lebih biadap lagi apabila para pemimpin Umno yang menolak pilihan sultan mahu mengenakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said, selain mengugut untuk meletakkan jawatan.

Tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya. Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah sebagai Presiden Umno dan ketua kerajaan telah melakukan satu tindakan yang amat memalukan bagi rakyat negara ini kerana mengarah satu perbuatan biadap terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Bagi DPP Pusat, tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya.

Tidak pernah dalam sejarah orang Melayu bersikap begitu biadap terhadap sultan sedangkan baginda bertindak demikian untuk membela keadilan bagi pihak rakyat.

Kita biasa mendengar raja-raja ditentang kerana kezaliman mereka, tetapi hari ini raja yang adil cuba diderhakai oleh pemimpin zalim BN.

Akhirnya, hukum karma menimpa Umno apabila terpaksa mengalah di atas kezaliman mereka dan tunduk kepada kemahuan sultan.

Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana.

Ketua Dewan Pemuda PAS

Read More...

Semua Adun Terengganu akur pelantikan Ahmad Said

Berita Harian

oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

KUALA TERENGGANU: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu menghormati dan menerima keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno merestui pelantikan Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar walaupun terkejut dengan keputusan dibuat pucuk pimpinan tertinggi Umno itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata pihaknya akur keputusan yang memihak kepada Ahmad dan akan mengadakan pertemuan dengan Adun lain untuk membincangkan perkara berbangkit, termasuk kenyataan mereka sebelum ini untuk meletak jawatan jika Datuk Seri Idris Jusoh tidak dilantik Menteri Besar.

"Kita mudah saja...pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat sudah menyatakan keputusan mereka dan kita sebagai ahli parti perlu akur kerana yang penting kita bersama parti," katanya tanpa enggan bercakap panjang ketika dihubungi Berita Harian, di sini, hari ini.


Sebelum ini, kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu memuncak apabila semua 22 Adun sebulat suara menolak calon selain Idris untuk dilantik Menteri Besar dan sebahagian mereka turut menyatakan kesanggupan meletak jawatan jika Idris tidak dipilih semula ke jawatan itu.

Ahmad menerima watikah perisytiharan pelantikan jawatan daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tetamu, di sini, Ahad lalu.

Adun Alur Limbat yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang, Alias Abdullah, berkata majoriti wakil rakyat yang menyokong kepemimpinan Idris selepas mendapat watikah daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agak terkejut dengan keputusan MT, tetapi mereka menghormati kehendak parti.

Beliau berkata, semua wakil rakyat menyokong Idris kerana berdiri teguh bersama kepemimpinan parti, terutama Presiden Umno yang awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada wakil rakyat lain supaya tidak cuba merebut peluang bekas Menteri Besar itu untuk dilantik semula ke jawatan itu.


"Keputusan MT menerima pelantikan Ahmad memang mengejutkan kerana sebelum ini tidak ada petunjuk yang menunjukkan kepemimpinan parti akan menerima calon Menteri Besar selain Idris. Tetapi, sebagai ahli yang sentiasa patuh pada pucuk pimpinan kita terpaksa terima keputusan itu.

"Selama ini (sepanjang tempoh selepas keputusan pilihan raya), sokongan padu terhadap Idris dibuat bukan saja kerana menyokong individu itu, tetapi kerana ia pegangan parti. Tetapi, semalam mereka sudah memutuskan untuk mempersetujui kehendak MPPR dan kami akur.

"Tidak timbul soal kami (Adun) menderhaka kepada istana berikutan tetap mahu mempertahankan Idris kerana tindakan dan sokongan kami adalah bersandarkan kepatuhan dan kesetiaan kepada kehendak parti.

"Saya juga melihat kesanggupan beberapa wakil rakyat untuk meletak jawatan sebelum ini adalah reaksi yang dibuat ketika menghadapi keadaan sukar dan terdesak seperti itu," katanya.

Alias berkata, rakyat pastinya tidak mahu wakil rakyat yang dipilih dan diberi mandat oleh mereka meletak jawatan sehingga boleh menjejaskan kekukuhan parti BN yang cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu apabila menang dengan majoriti lebih dua pertiga.

Sementara itu, Adun Bandar, Toh Chin Yaw, berkata ahli parti harus akur dengan apa juga keputusan yang dibuat pucuk pimpinan, termasuk keputusan terbaru mempersetujui pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar.

"Dulu keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti (mahu Idris sebagai Menteri Besar) dan sekarang pun keputusan parti (mempersetujui pelantikan Ahmad). Jadi kita sebagai ahli parti perlu terima dan sokong. Yang penting, kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan," katanya.

Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam, berkata ahli parti perlu mengikut disiplin parti dengan menyokong apa juga keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.

"Kita nak kata apa. Yang penting nasib rakyat akan terus dibela dan kepemimpinan yang baru menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin di peringkat akar umbi," katanya.

orangkita kata :
sudahlah 23 penyamun....konon kata kalau mat said jadi MB nak letak jawatan....apa lagi...letak le....hari tu berapi-api sangat konon nak boikot....dei thambi!!! kasi malu sama orang lain ah.....korang duduk satu kapal pun bole tak sehaluan....lagi nak pimpin rakyat....hancur!!!!!

Read More...

Idris Jusoh terus membisu

Berita Harian

JERTIH: Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, terus membisu berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti semalam, merestui pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Malah, beliau yang tiba di kediamannya di Kampung Tok Has di sini, kira-kira jam 6 petang ini tidak berucap, sekali pun lebih 10,000 penyokongnya dari daerah Besut dan Setiu berkumpul di rumahnya sejak selepas solat Jumaat.

Adun Jertih itu yang ditemani isterinya, Toh Puan Seri Kamariah Zakaria, hanya bersalaman dan bertanya khabar dengan penyokongnya, yang sesetengahnya kelihatan mengesat air mata kerana terharu dengan cabaran yang terpaksa dilalui bekas Menteri Besar itu.


Idris yang ditemui pemberita berkata, beliau belum bersedia membuat sebarang kenyataan kerana takut disalah anggap.


"Saya akan ke Kuala Terengganu, Ahad ini untuk memohon pertukaran sekolah anak saya di Besut," katanya sambil menyatakan keinginan untuk berehat bersama keluarga dan ketika ini beliau belum ada sebarang perancangan.

Cubaan wartawan untuk mendapatkan ulasan Idris sebelum meninggalkan kediaman rasminya di Batu Burok juga gagal apabila beliau hanya melambaikan tangan sewaktu berlepas ke Jertih, jam 4.23 petang.

Sebuah lori juga kelihatan berada dalam kawasan kediaman itu, dipercayai untuk mengangkat barangan peribadi Idris untuk dihantar ke rumahnya di Jertih.


orang kita kata :
Pokyeh...pokyeh....yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ada hikmah le tu pokyeh wei......lain kali jangan berlagak sangat...muhasabah diri sket....berpijak di bumi yang nyata....hehehe...."terpahat sudah sejarah....."memahat sejarah, mencipta tamadun konon....semua retorik je.....hampeh!!!!


Read More...

Selepas 36 hari bertarung, Deris Di Hambat Keluar Padang

Buletin Online



Ditulis oleh Editor
Friday, 28 March 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita2/tuankutaekwondo1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Pertarungan Idris ‘hidup atau mati’ akhirnya menyebabkan beliau ditendang keluar dari ‘padang politik’ dan kalah sebanyak 3 kali kepada Mad Said.

Isu permainan kotor Deris yang menjadikan suhu politik Terengganu panas bermula pada 20hb Februari selepas beliau mengumumkan nama-nama calon UMNO/BN yang akan bertanding pada Pilihanaraya Umum ke 12(PRU 12).
Dari situlah sebenarnya bermula pertarungan antara Mad Said dan Deris.

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/tuankutaekwondo.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto : Ramai yang tidak mengetahui, Tuanku juga hebat dalam Tae Kwon Do)

Deris yang dikenali ‘tidak mendengar cakap orang’ memulakan langkahnya dengan mencongak nama-nama calon yang akan disenarai pendekkan didalam catatan peribadinya, apabila Pak Lah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 13 Februari lalu.

Bacaan politik Mad Said lebih tajam dari tokoh-tokoh veteran UMNO seperti Man Bakar, Tengku Putera dan Pak Rosli.

Mungkin kelebihan itu yang menjadi kekuatan kepada Mad Said sehingga diperkenan Istana Terengganu menjadi Menteri Besar, kini.

Mad Said dapat membaca pemikiran Deris yang akan melakukan ‘cantasan’ mega, membuang veteran UMNO dari senarai pendeknya.

Apabila dapat peluang, kebetulan bertemu dalam satu majlis di Kemaman, Mad Said terus memberi amaran kepada Deris didepan majlis dan orang ramai.

“Ni.. lah orang nya yang buat punoh UMNO Terengganu,
”Kalu mu tok letok nama aku jadi calon, jangan harap mu boleh menang di Jerteh,” kata Mad Said dengan marah kepada Deris.

Justeru, pada 20hb Februari, semua warga politik Terengganu terkejut.

Baik yang berparti atau tidak, semuanya hairan bagaimana nama Mad Said masih ada dalam senarai Deris. Pak Rosli hanya dapat berkata-kata dengan genangan air mata, Ku Putera terus tidak terkata dan Man Bakar dihina begitu rupa.

Mad Said telah menang pusingan pertama.

Pada malam 8hb Mac, Idris dengan bangga mengumumkan kemenangan ditanah tumpah darahnya, Besut.

Dia dijulang oleh para ‘wok yek’ nya bagai hulubalang yang menang peperangan, walaupun empat kerusi DUN dan 1 Parlimen terlepas kepada PAS.

Saat yang dinanti pun tiba.

Pada 10hb Mac, semuanya umpama sediakala, setelah menang berjalan dengan bergaya ke Istana Raja untuk mengangkat sumpah setia.

Namun hampa apabila Majlis Penyerahan Watikah dan Angkat Sumpah Menteri Besar dibatalkan secara tiba-tiba dan ditangguh ke suatu masa yang entah kan bila.

Pandangan Deris menjadi gelap seketika, namun tidak putus asa, terbang ke Kuala Lumpur berjumpa Sang Berkuasa, Imam Hadhari Pak Lah namanya.

Disitulah mungkin Deris mendapat wasiat(watikah) dari Pak Lah, dan Deris tersenyum semula kerana dia akan kembali berkuasa.

Namun dari minit ke jam, jam ke hari dan hari ke hari, penantian Deris untuk dipanggil ke Istana tak nampak adanya.

Kedengaran desas-desus, khabar berita disini sana, Tuanku Sultan murka kepadanya.

Segala usaha diambil, pelobi dan ‘power broker’ kesana kemari. Media pengampu menulis berita, sebagaimana biasa propaganda Deris semasa dia berkuasa.

Habis semua usahanya, Istana masih tindak ‘berdegih’.

Saat hampir lupus kuasanya tiba.

Pada 22hb Mac, Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR) dengan rasminya mengeluarkan kenyataan melantik Mad Said sebagai Menteri Besar.

Deris tidak putus asa, terus mengasak dengan menggunakan budak-budaknya. Rosol kedepan berlagak wira membuat ugutan ‘bodoh’ sehigga tersalah bahasa.

Sekali lagi mainan kotor Deris di padang politik UMNO, heboh diwartakan media, Mad Said disiasat Badan Pencegah Rasuah

Namun sebagai orang lama, Mad said ada kira bicara dan helahnya.

Pada keesokkannya, Mad Said masuk ke Istana, menerima watikah dari pihak pemangku raja.

Pada 25hb Mac, Mad Said naik ke ‘takhta’, masuk ke Wisma Darul Iman dengan penuh bergaya.

Mad Said menang pusingan kedua.

Dan pada hari ini 27hb Mac, pusingan lengkap, Majlis Tertinggi UMNO membuat pusingan 360 darjah, dari ugutan Setiausaha Agong untuk memcat Mad Said bertukar, terpaksa menerima pelantikan Mad Said.

Tiga kosong keatas Deris. Satu lawan 23 ADUN, menang Mad Said.

Pak Lah terkulat-kulat membuat pengumuman, menelan kata-kata sebelumnya, ‘pelantikan Mad Said tidak ikut perlembagaan’.

Rosol dan 23 ADUN lagi, bila nak letak jawatan, kami semua sedia menghadapi pilihanraya!

Dibawah catatan pelbagai berita, artikel dan pendapat selama 36 hari pertarungan Deris, akhirnya di tending keluar kerana terlalu gilakan kuasa……..

Hari

Tarikh/Bulan

Berita Buletin Online

1

21 Feb

Idris Isytihar Calun Pilihannya - Pak Rosli Paling Sedih
Bantahan Oleh ahli-ahli UMNO bermula selepas Idris umumkan calun

2

22 Feb

Bantahan Hari Kedua Terus Berlaku
Lebih banyak bendera BN dijangka tumbang di Terengganu
‘Pesta Turun Bendera UMNO’ hanya Propaganda, Dr. Latiff di kunjungi penyokong, Man Bakar ke K Lumpur

3

23 Feb

Arahan Bayar Duti Setem Cubaan Batal Pencalonan- BERSIH
Polis jangan lindungi ‘Pengundi Hantu’ - Presiden PAS
Deris Ke Kuala Lumpur lagi – Pak Lah & Najib main jongkang jongkit

4

24 Feb

Ketegangan di Marang – Pemuda UMNO menyerang dengan parang dikejarkan ke hospital

5

25 Feb

Idris Ajak Rakyat Terengganu Tolak PAS Demi Keamanan – Gedebe Besut terus bermaharajalela

6

26 Feb

Ahli UMNO cabut tiang bendera besar di hadapan Pejabat UMNO DUN Jabi
‘Pakat Perebah’ Pak Yih

7

27 Feb

Presiden PAS angkuh? Dakwaan Idris cuba menutup isu ‘Gedebe’

8

28 Feb

Pemuda UMNO menyertai PAS
Manifesto BN ‘Selamat, Aman, Makmur’ – cakap tak serupa buat

9

29 Feb

Kadar Jenayah Meningkat di Besut – siapa dalangnya ?

10

1 Mac

Tabung Darul Iman(TDI) yang ditubuhkan oleh Kerajaan PAS Terus Dimanfaatkan UMNO/BN
UMNO Terengganu pulih? Tak nampak pun kelibat Man Bakar, Ku Putera dan Pak Rosli…………

11

2 Mac

Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu menyahut cabaran untuk menangkap pengundi hantu

12

3 Mac

Lagi penyelewengan SPR - senarai pengundi pos bertindih/berulang
‘Grand Design’ Deris : Man Bakar kalah dengan Deris, Deris pula kalah dengan Mad Said

13

4 Mac

Salleh Husin yang menurunkan bendera di Jabi jemput Tok Guru Ceramah

14

5 Mac

Peluang PAS cerah di DUN Kemasik – ahli-ahli UMNO protes calon ‘perampas’, bertindak keluar UMNO
UMNO/BN Terengganu sangat Terdesak !

15

6 Mac

Najib kata Man Bakar terkorban macam ‘Khalid al-Walid’ – dapat projek jambatan RM 300 juta
Ustaz Latif kembali ke pangkuan PAS – peluang tawan Terengganu semakin cerah
Pengundi hantu, IC palsu bakal selamatkan Idris

16

7 Mac

JKKK Kemasik sertai PAS, di Kuala Besut ‘Tebang Undi’
Senario dan Maklumat Terkini di Terengganu
Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Terengganu
Cubaan bawa masuk pengundi luar (hantu)- guna khidmat 190 buah bas, 2000 kereta
73 orang menyertai PAS di DUN Kuala Berang – UMNO/BN semakin kelam kabut

17

8 Mac

Surat palsu dari Presiden PAS - Laporan Polis dibuat
Ketegangan dan kekecohan di Peti Undi Rusila - pakatan terancang Barisan Nasional

18

9 Mac

Presiden menang Rhu Rendang dan Parlimen Marang, peningkatan kemenangan 100%
Orang Terengganu mesti mula berfikir

19

10 Mac

Idris gagal angkat sumpah – Terengganu bakal dapat MB baru?
Insiden Rusila - Rakyat bangkit menuntut hak, pengundi luar(hantu) tiada hak.

20

11 Mac

Percaturan sengit walaupun BN menang – siapa MB Terengganu ?
Pilihanraya Umum ke 12 tidak telus, tidak bersih dan tidak adil

21

12 Mac

84.3% Tidak Percaya Kerajaan boleh menangani ‘Pengundi Hantu’
Idris Serah Kepada Istana - Jawatan Menteri Besar kembali ke Kemaman

22

13 Mac

Wakil Rakyat Baru PAS mula turun padang
Istana 'Murka' Idris

23

14 Mac

Terkini – Rahin Said MB Terengganu ?
Gembiranya Seorang Sultan - Retro
Deris Ke Kuala Lumpur lagi – Pak Lah & Najib main jongkang jongkit

24

15 Mac

Sebuah lagi akhbar melobi Idris kekal MB
Isu MB Terengganu tambah kronik - Perjumpaan 23 Adun BN dan MPPR dibatalkan
Krisis perlantikan MB – Dari Perlis sampai ke Terengganu, Allah bayar ‘cash’!

25

16 Mac

Ramai yang berangan nak jadi MB Terengganu

26

17 Mac

Dosa Besar Idris terhadap rakyat Terengganu
Memorandum 7 ketua bahagian punca Idris Jusoh gagal jadi MB?
Calon MB 'derhaka' – Presiden PAS
Rakyat Terengganu berdiri teguh di belakang Tuanku!

27

18 Mac

Tiada Upacara Angkat Sumpah hari ini - Terengganu masih belum ada Menteri Besar
Banner’ Rakyat Berdiri Teguh di Belakang Tuanku di Musnahkan oleh Penyokong Kerajaan

28

19 Mac

Pelantikan Wan Farid Satu Penghinaan Kepada Idris dan Rakyat Terengganu
Perlantikan Menteri Besar Terengganu - Peguam Negara Campur Tangan

29

20 Mac

Isyarat Kemenangan Terengganu pada PRU13 yang Jelas
Drama politik terhangat - Rakyat masih perlu kepemimpinan Idris?

30

21 Mac

Idris masih Menteri Besar Terengganu?
Tak Perlu Ubah Pimpinan Umno – Idris semakin bercelaru
10 sebab mengapa Idris wajar berundur

31

22 Mac

Sehingga Kini, Idris satu dari 3 Pengampu
Empat Sukarelawan yang ditahan, dibebaskan
Sambutan Maulidur Rasul Terengganu tanpa kehadiran istana – Idris wajib berundur
Ahmad Said Dilantik Menteri Besar Terengganu – Puak Idris akan tentang habis-habisan

32

23 Mac

Ahmad hadapi tindakan jika angkat sumpah MB
Ahmad Said selamat terima watikah, Penyokong Idris buat Himpunan Haram
Ketegangan BN-istana isu MB T'ganu
Idris Mungkir, UMNO Biadap

33

24 Mac

Idris ada 3 fail, Ahmad Said ada 25
MB Terengganu: Calon lain atau pilihanraya lagi?
Undang-undang dari Litar F1 – Tafsiran Abdullah dangkal
Presiden PAS seru rakyat Terengganu hormati keputusan Istana
AMK Terengganu cadang buat laporan polis, terhadap Idris dan 23 ADUN BN
Ahmad Said Mula Tugas Esok – (Lakonan) Rosol berubah watak

34

25 Mac

Nik Aziz tegur Idris kerana biar Adun BN bertindak negatif
Siapa dituduh binatang? Sultan?
Derhaka’ kepada Institusi Raja - Abdullah dan Idris mesti bertanggungjawab

35

26 Mac

PAS Sokong Keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR)
Mad Said masuk kerja – Deris tak tahu apa dosanya?
Umno hina istana, Pemuda PAS Terengganu buat laporan polis

36

27 Mac

Rakyat diseru pertahankan Institusi Raja Berperlembagaan
UMNO hina Institusi Raja Berpelembagaan - MAMPAT buat laporan polis
Mad Said Kekal – Tiada Keputusan Setelah Pak Lah menghadap Tuanku
Polis siasat sepanduk hina istana
Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?
Gerakyat Melancarkan Kempen Sokongan Kepada Institusi Beraja
Mad Said Menang Deris balik kampung – MT UMNO perakui lantikan
Angin Perubahan (Piala) Monsun

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |