Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Jul 23, 08 1:47pm |
PAS "tidak berminat menerima tawaran" Umno sewaktu rundingan wakil parti itu dengan perdana menteri dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Mac lalu. "Sesiapa juga yang datang kepada kami untuk menawarkan jawatan ataupun menawarkan kedudukan yang menggiurkan, kita tidak akan terima. Kita ada prinsip, harga diri. Pimpinan PAS bukan boleh ditawarkan jawatan sedemikian," kata ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub. Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata: "Sama ada tawaran itu perdana menteri, menteri besar walau apa pun, kami tidak berminat untuk bincang tentangnya. "Kita ada mandat, kita ada tanggungjawab dan prinsip perjuangan. Kita boleh bincang tentang kepentingan negara," tambahnya dalam satu sidang akhbar mengenai pendirian rasmi Pemuda PAS dalam isu tersebut. Menurut beliau, pihaknya sedia bersama-sama kerajaan membincangkan isu-isu seperti tuntutan perairan sekitar Pulau Batu Puteh. Mengulas tindakan PAS terus mengadakan perbincangan tertutup dengan Umno selepas mengetahui wujudnya tawaran itu, beliau berkata: "Ya, selepas pilihanraya (umum) Khir Toyo mempelawa kita. Kita bersedia untuk dengar. PAS walaupun menang agak besar dalam pilihanraya yang lepas, tidaklah kita menang besar sangat, tetapi kita lebih baik daripada 2004, kita tidak sombong. 'Kita boleh bincang' "Kita tidak angkuh, walaupun Umno mengajak kita, kita bersedia datang dan mendengar. Kita tidak boleh menunjukkan keangkuhan kita. Mentang-mentanglah kita menang banyak sikit, Umno nak ajak bincang pun, kita tak mahu. Bukan begitu sikap kita," kata Salahuddin. Ditanya kenapa pertemuan itu dilakukan sedangkan agendanya mengenai perkongsian kuasa PAS-Umno, Salahudin berkata: "Mungkin tidak begitu. (Umno) telefon hendak bincang, macam saya, biasa... menteri-menteri, itu biasa, kita boleh bincang tentang apa-apa topik, di parlimen, di luar parlimen. Kita boleh jumpa di mana-mana coffee house, tetapi kita ada prinsip. Kalau itu (jawatan) yang ditawarkan, kita tidak berminat tentang itu." Sebelum itu, Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata Pemuda PAS tidak pernah menutup sebarang pintu perbincangan dengan mana-mana pihak yang melibatkan masalah negara dan antarabangsa. "Sebagaimana kami putuskan pada (mesyuarat khas) malam tadi, PAS sebagai sebuah parti dalam negara kita ini, tidak pernah menutup mana-mana inti perbincangan dengan mana-mana pihak kerana itulah dasar dan pendekatan kita. "Kita bersedia untuk berbincang dengan siapa-siapa sahaja pada bila-bila masa untuk kepentingan negara, kepentingan rakyat dan apa jua isu yang melibatkan negara kita sama ada isu itu melibatkan persoalan dalam negeri dan juga persoalan antarabangsa," katanya. Namun, tambahnya, perbincangan itu bukan melibatkan "pakatan politik" seperti rundingan awal Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mohamad Khir dengan timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa beberapa hari selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac diketahui. Tolak pakatan politik "Kita menolak dan menentang sekeras-kerasnya muzakarah yang bersifat atau cuba memfokuskan kepada pakatan politik ataupun kerjasama politik antara PAS dan Umno buat masa ini," katanya. Dalam blognya, Dr Mohamad Khir mendedahkan butiran pertemuan tersebut, antaranya beliau mencadangkan agar PAS diberi jawatan menteri besar Selangor dan timbalan menteri besar serta empat exco. Salahuddin berkata, Pemuda PAS bagaimanapun menolak kerjasama politi antara dua parti Melayu itu dan tetap kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat. "PAS mesti terus dalam Pakatan Rakyat. Pakatan adalah keutamaan, Pakatan sebagai wadah alternatif kepada BN. Fitnah, hasutan untuk memecahkan Pakatan Rakyat akan ditentang keras Pemuda PAS," katanya. Mengulas penolakan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap usaha muzakarah, Salahuddin berkata "itu pendirian beliau" dan penolakan menteri besar itu dalam konteks perkongsian kuasa. "Itu pendirian dia. Dan saya yakin dia bercakap dalam konteks muzakarah itu ke arah perkongsian kuasa. Itu saya yakin dia maksud begitu, sebab rakyat di bawah sana agak terkeliru tetapi rakyat faham muzakarah itu adalah perkongsian kuasa buat masa ini. "Itu mungkin Tok Guru Nik Aziz mengambil sikap dia tidak setuju buat masa ini adanya muzakarah antara PAS dan Umno. Faham peranan masing-masing Ditanya sama ada pendirian Pemuda itu dipersetujui oleh pimpinan di peringkat pusat, beliau berkata "pendiriannya jelas" dan "tidak kisah kalau pemimpin tidak setuju". Ditanya sama perbincangan isu perpaduan Melayu dan Islam akan menjejaskan hubungan dengan DAP, beliau berkata: "DAP juga berhak berjumpa dengan sesiapa sahaja. Hatta kita melihat sampai tahap bekas pimpinan Gerakan mengetuai beberapa syarikat kerajaan negeri. Di selangor juga, saya difahamkan bekas ahli parlimen Segambut daripada Gerakan juga bersama DAP. "Saya rasa itu tidak mengikat kita dan masing-masing faham peranan masing-masing," katanya selepas sidang media tersebut yang diadakan di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur. "Mereka juga ada dasar dan pendekatan mereka. Kita ada dasar dan pendekatan kita. Untuk membincangkan masa depan orang Melayu, agama Islam (dalam keadaan) yang Umno sekarang masih lagi menjadi teras kekuasaan, apa masalahnya untuk PAS mengadakan perbincangannya telus, bukan pakatan sulit," tambahnya. Bagaimanapun, ketika menjawab soalan pemberita, beliau berkata, muzakarah PAS dan Umno sukar menjadi kenyataan kerana "stigma di kalangan ahli-ahli PAS di peringkat bawah" yang mengaitkan muzakarah itu dengan perkongsian kuasa. |
Wednesday, July 23, 2008
PAS 'tidak minat tawaran' Umno
1 comments Labels: malaysiakini, PAS, UMNO haprak
Matlamat Sama Cuma Ubah Nama!
msomelayu
ADA setitik cemas berpusar di lubuk hati sementara menanti apakah keputusan dan hasil pertemuan para Shibul Samaah, ahli Majlis Syura Pas dengan Tokguru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas di Kota Bharu petang tadi.
Resah dan gelisah takut mereka berbalah. Al maklumlah (sekurang-kurangnya) lima lawan seorang. Lima ahli majlis syura dan seorang Tok Guru. Kalau bertumbuk tentu Tok Guru yang rebah!
Mereka tidak berbalah, tetapi berbincang sebenarnya.
Sehingga jam 3:00 petang tidak ada apa-apa berita dari Kota Bharu. Apakah mereka semua sudah cedera jiwa dan hati selepas hebat berdebat dan membelek kitab? Menyebabkan keputusan tidak dicapai?
Puas cuba melongkar internet mencari blog orang-orang di KB takut-takut ada yang lapor. Tetapi tidak ada juga. Nak telefon direct kepada individu berkenaan (ahli majlis syura) rasanya tidak profesional, nanti orang kata menggunakan konteks peribadi untuk dapat bahan berita. Tak aci lagu tu.... jadi kena tunggulah.
Jam 6:36 pm baru ada masuk satu SMS yang memaklumkan perkembangan di Kota Bharu. Bunyi SMS itu; "Asm TGNA beri lampu hijau muqabalah dengan Pak Lah, presiden ketuai urusan politik.."
Terpinar juga biji mata sekejap membaca perkataan muqabalah. Apa menatang muqabalah tu? Lepas tanya di pengirim baru tahu, rupa-rupanya maknanya bersemuka. Tak pa lah tidak muzakarah, bersemuka pun jadilah...
Selepas berita TV3 yang kadang boleh dipercayai dan kadang tidak itu menyiarkan kenyataan ringkas (sambil berdiri) Abdul Hadi, barulah kelegaan sebenarnya terdampar di hati.
Lega kerana cadangan baik itu mendapat restui Nik Aziz. Pertemuan membuahkan hasil yang baik seperti didoakan.
Maknanya pertemuan dan kerja majlis syura ulama itu menyelesaikan masalah yang bertompok hari ini. Semua pihak diharap dapat menerima apa yang diputuskan itu. Bahawa tidak ada perbicangan untuk bergabung dengan Umno. Tidak ada pengkhianatan dengan PKR, tidak ada soal sesiapa nak jadi menteri, timbalan menteri ataupun pemandu kereta speaker.
Alhamdulilah...
Dan sekejap tadi saya menerima satu lagi SMS berhubung hal yang sama. Pelik bunyinya. "He he aku menang...! Siapa yang menang? Saya menumpang rasa menang dengan pengirim berkenaan, aku menang. Bukan aku, tetapi kita orang-orang yang benar dan ikhlas!
Menang kerana melihat pemimpin tertinggi PAS duduk sekali dan masih memakai akhlak Rasulullah s.a.w. dalam berbincang dan membuat keputusan parti. Tahniah kepada Tok Guru Nik Aziz dan semua ahli majlis syura ulama dan mereka yang menerima baik hasil temubincang di Kota Bharu itu.
Setidak-tidaknya kekalutan isu yang timbul kini telah menambahkan perbendaharaan kata yang berbunyi MUQABALAH. [wm.kl 9:30 pm 23/07/08]
1 comments Labels: msomelayu, muqabalah, muzakarah
Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am
Tranungkite "Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini. Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam. Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud. Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman. Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa). Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara. Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu. Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara. "Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno. "Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya. Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama. Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini. Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan. Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu. "Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face. "Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya. Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia. Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan. "Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya. Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno. Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno. "Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks.
Dilulus terbit pada Wednesday, July 23 @ 21:56:57 MYT oleh greenboc
KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).
"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.
0 comments Labels: muqabalah, TGNA, tranungkite
PAS kekal dengan Pakatan, tidak dengan Umno
Siasahdaily
Wednesday, July 23, 2008
KOTA BHARU, 23 Julai: Pemimpin tertinggi PAS menegaskan tidak pernah berbangkit PAS hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno bahkan akan kekal dalam Pakatan Rakyat.
Ketika bertemu dengan media, tiga pemimpin utama PAS, Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi dan Datuk Dr Harun Din berkata, PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat.
0 comments Labels: Pakatan Rakyat, PAS, siasahdaily
politik damai
Salam Kamunting,
Ramai datang bertanya saya mengenai rundingan PAS-UMNO. Saya jadi laku untuk disoal sebab saya sendiri telah menulis di laman ini mengenainya. Saya menyokong, sedang yang bertanya itu pelbagai. Ada yang datang bertanya sambil membawa kalungan tahniah, ada yang membawa selambak kekeliruan dan yang betul - betul berang dan marah, belum datang lagi walaupun ada yang memang betul - betul berang dan marah dengan tulisan saya.
Bila saya jawab, harapan saya ia menenangkan mereka. Itulah harapan daripada sebuah jawaban. Tapi, siapalah saya untuk menenangkan semua, sedang persoalannya adalah besar. Ia isu terbaru politik semasa walaupun ia bukanlah baru dalam politik Malaysia, apatah politik Islam.
Saya rasa elok untuk dikongsi beberapa persoalan dan jawaban yang merungkai.
1) Bila Islam akan berdaulat di Malaysia dan bagaimana?
Jawaban saya: Bila itu janji Allah. Bila Allah berjanji maka janjiNya adalah benar dan dekat. Dunia ini terlalu dekat dan akhirat itu tidak jauh. Cukuplah bagi seorang mukmin itu sebuah keyakinan yang terpaku di hatinya. Keyakinanlah asas segala pergerakan dan natijahnya.
Bagaimana? Ia berlaku dengan sunnah Allah dan jadualNya. Islam itu milikNya dan kita hanya menikmati perjalanannya. Apabila Allah menghendaki, dijadikan hambaNya yang beriman itu tersedia dengan kekuatan yang cukup, kualiti dan kuantiti, lalu tercetuslah kemenangan yang di nanti.
Kualiti itu mendahului. Ia bermaksud taqwa, ikhlas dan menjadikan ar Rasul sebagai ikutan ( mutaba’at ul Rasul ). Kemudiannya adalah kuantiti. Dihijrahkan ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam demi menyempurnakan tuntutan bilangan yang diperlukan untuk sebuah kemenangan Islam. Dulu satu mampu menewaskan sepuluh. Adapun untuk ummat Nabi akhir zaman, ia memerlukan satu jumlah yang lebih baik ( Rujuk al Anfal:64-65 ).
Bagaimana di Malaysia? Ia sama. Sunnah Allah berjalan. Dalam bicara konteks demokrasi pilihan raya hari ini, Islam akan berdaulat dengan penyempurnaan tuntutan sunnahNya jua.
Kita perlukan undi kualiti. Setiap kita ada satu undi. Tetapi undi seorang ‘Carburator Dung’ untuk PAS tak sama dengan undi seorang tuan guru. Undi tuan guru mengaut ribuan undi pengikutnya. Itulah undi kualiti. Jikalah kita pemilik undi kualiti..
Maka tiadalah jalan untuk perjuangan ini tanpa kehadiran para ulama yang bertaqwa.
Kemudian, kita perlukan undi umat Islam yang ramai. Islam didaulatkan oleh umatnya jua. Tiada dalam sunnah Allah golongan bukan Islam menjadi pendukung kemenangan sebelum umat Islam sendiri. Mereka sekadar membantu. Sesetengah mereka yang dibuka pintu hatinya oleh Allah. Allah memegang hati setiap manusia.
Bangsa Melayulah yang akan memenangkan Islam di Malaysia jika ianya hari ini. Melayu adalah kekuatan Islam. Yang akan memenangkan Islam di Malaysia adalah Melayu PAS, Melayu UMNO dan semua Melayu. Kemudiannya adalah undi muslim bukan Melayu. Undi mereka mungkin lebih berkualiti tetapi bukan pada kuantitinya.
Kemudiannya pula adalah undi bukan Islam. Beberapa individu bukan Islam ( musyrikin ) membantu RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam di dalam perjuangan baginda. Di dalam negara kita, akan ada sekelompok bukan Islam yang terpesona dengan Islam dan kecewa dengan sistem lain yang akan membantu Islam. Ramaikah? Mungkin, tetapi ia tak mungkin diimpikan daripada mereka melebihi harapan kepada umat Melayu Islam sendiri.
Gobala mungkin ya, tetapi belum lagi Tian Chua, apatah Xavier Fernandes.
Di Kelantan, Islam tidak menang kecuali sesudah Melayu UMNO dan Melayu atas pagar beralih kepada PAS. Samada mereka mendaftar sebagai ahli PAS atau Allah memaut hati mereka untuk mengundi PAS. Jadilah PAS menang dalam demokrasi berpilihan raya.
Justeru, kemenangan Islam adalah melalui gerakan Islam yang dipimpin ulama ( kualiti ) dengan sokongan bangsa Melayu seramainya.
Jika anda memahami ini, maka anda akan faham mengapa orang UMNO begitu bernilai untuk PAS demi kemenangan Islam.
Jika anda memahami ini, maka anda akan faham bagaimana mendekati UMNO adalah tuntutan yang tidak akan berubah dan pudar.
Jika anda memahami ini, anda akan faham betapa berusaha memecahkan tembok keras UMNO yang memagari dan menutup orangnya daripada didekati adalah tuntutan sepanjang masa.
Jika anda sudah faham, fahamilah bahawa berunding dengan UMNO yang telah membuka pintu itu adalah peluang keemasan untuk memperkenalkan Islam kepada ahli UMNO yang telah lama dikongkong pemikiran mereka.
Saya mengupas dalam konteks kita di dalam sistem demokrasi hari ini. Allah lebih tahu bila dan bagaimana sebenarnya. 1% adalah usaha, 99% adalah tawakkal. Sekelumit kecil daripada kita. Itupun kerana Allah inginkan untuk kebaikan kita. Seagungnya adalah penyerahan segala daya dan upaya kepada Allah jua. Itulah akidah kita para pejuang.
2) Tidakkah UMNO itu ditakuti kejahatan mereka dan disempadani tipu daya dan makar mereka? Apa lagi yang diharapkan daripada mereka selepas mereka sendiri menetang Islam mendahului DAP sendiri?
Jawaban saya: Ya, sejarah kejahatan UMNO siapa boleh mengubahnya? Tipu daya adalah sebahagian kejahatan. Tetapi, adakah penyelesaiannya adalah dengan hanya menjauhinya? Sedang anda memerlukan orang UMNO untuk didekati. Memanggil dari jauh tidak sama dengan memanggil dari dekat. Dari dekat anda mudah didengari dan mudah dikenali.
Adakah kita ini buruk sehingga dijauhi sesudah dikenali atau kita pasti didampingi sesudah dikenali kebaikan kita?
Kemudian, adakah kita sudah begitu lemah untuk berhadapan tipu daya mereka? Mengaku kalah sentiasa selepas perit ditipu berkali - kali. Adakah kita lemah atau bilakah pula kita akan gagah? Tidakkah kita sendiri yang berkata dan berbangga bahawa kitalah lebih kuat hari ini?
UMNO jahat kerana mereka berkuasa. DAP sudah pun tunjuk belang sebelum mereka berkuasa. Mereka tidak pernah menerima sistem Islam. Hanya wujud beberapa individu yang tampak bersedia menerima. Apa beza dengan UMNO? Anda yakin mereka lebih baik? Yakin? Atau itu hanya satu telahan daripada jutaan. Anda kata UMNO sudah terbukti. Saya kata, DAP sudah terbukti. Adakah anda menunggu bukti sesudah mereka berkuasa?
Kemudian, sudahkah anda membaca dan memahami ayat ini ( al Anfal:61-62 ) sejelasnya sebelum anda bermati - matian bertempik - tempik menolak rundingan dan menganggap bodoh terhadap penerima rundingan ( sebagaimana ucapan seorang pemimpin di PUTIK ) ?
Mari saya tuliskan maksudnya: “Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”
Lebih cemerlang jika anda memahami bagaimana ayat ini menyusul selepas ayat ke 60 dan disusuli ayat 63. Di situ ada keindahan sungguh. Belajar berilmu dan jangan asyik membodohkan orang. Nanti kamu diperbodohkan.
Ayat di atas mudah difahami maksudnya. Tetapi anda akan lebih jelas jika menelaah tafsirnya. Cari dan baca sendirilah. Saya malas nak tulis panjang - panjang.
Kemudian pula, sudahkah anda meneliti dan fana dengan fiqh perjanjian Hudaibiyah di antara ar Rasul dan kaumnya yang musyrikin di Makkah? Jelaskah di kotak faham anda bagaimana demi perdamaian dan keluhuran, ar Rasul memilih penangguhan 10 tahun ( atas kertas perjanjian ) memasuki Kota Makkah dengan kemenangan daripada memilih kemungkinan kemenangan keesokannya melalui serangan dan libasan pedangnya yang perkasa ke atas kota pembukaan itu?
Cerita panjang Hudaibiyah bacalah sendiri. Ada masa saya akan ulas, insya Allah. Sekarang saya malas.
Kita hanya tahu politik perang dengan UMNO. RasuluLlah tahu berperang dan tahu berdamai dengan UMNO Makkah. Baginda mengajar kita politik.
Adakah anda tak nak belajar politik damai sesudah anda mahir politik perang? Nak tak nak? Hah..?
Atau, jika anda mahu menjenguk ke Palestin hari ini, maka di sana ada pelajaran.
Israel itu zalim dan terzalim. Ia membunuh dan membakar. Antara senjatanya, perjanjian damai. PLO seribu kali terperangkap dalam perdamaian. Kemudian datang HAMAS yang lebih baik sebagai pengganti demi perjuangan yang lebih suci.
Adakah HAMAS berkata, NO for peace with Israel? Tidakkan? HAMAS terlibat dengan pertemuan, rundingan dan gencatan senjata dengan Yahudi itu. Bezanya, HAMAS lebih sedia dan lebih cemerlang berbanding PLO dan Fatah sebelumnya. HAMAS pun ditipu, tetapi Israel mengaku HAMAS semakin kuat.
Begitu politik damai!
PAS dan HAMAS, pada perjanjian Hudaibiyah itu adalah ikutan yang baik buat semua pejuang Islam.
Saya tidak akan kata PAS pasti bertambah kuat selepas berdamai dengan UMNO. Saya hanya akan kata, PAS mungkin akan bertambah kuat. Pandai - pandailah pemimpin kita bawa diri. Struktur parti PAS gagah untuk membuat keputusan. Saya yakini.
UMNO tidak akan rugi jika PAS kuat. UMNO hanya rugi jika mereka semakin jauh daripada Islam. PAS untuk semua. PAS untuk UMNO dan PAS untuk bukan Islam juga.
3) Bagaimana dengan PKR? Tidakkah kita diangap pengkhianat? Kita pengkhianat rakyat?
Saya yakin PKR tidak akan dipinggirkan. Salah besar jika PAS meminggirkan PKR. Tetapi salah lebih besar jika PKR meminggirkan Islam. Jika PKR meminggirkan kepentingan Islam, PKRlah yang mengkhianati PAS.
Saya hanya tahu bahawa PAS berkerja sama dengan PKR sesudah wujud persefahaman bahawa PKR, jika diberi kuasa bersama, mereka akan memberi ruang lebih selesa untuk Islam dan menyekat usaha - usaha membantutkan laluan kepada Islam. Itulah yang saya tahu dan itulah yang anda kena tahu kerana itulah siasah syar’ieyah pada segala maksudnya ( maqasid ).
Selepas pilihan raya yang menyaksikan segenggam kuasa telah diberi dan PKR diberi mandat untuk terus memburu kuasa, PAS menuntut satu penegasan semula atas jaminan sebelumnya.
Apakah jaminan untuk Islam yang lebih baik jika bersama PKR? UMNO sudah datang dengan tawaran baru yang tidak pernah dicadangkannya sebelum ini. UMNO datang begitu sebab mereka lemah dan mereka mengaku kita kuat hari ini. Saya yakin tawaran UMNO menggiurkan. Di dalamnya ada madu. Di dalamnya ada racun juga.
PAS perlu mengukur pada pengukur Allah. PAS hanya setia pada satu iaitu Islam. Selagi Islam, PAS tidak akan khianat pada rakyat. Ini, kecualilah rakyat lari daripada Islam. Maka jangan kata PAS khianat. Yang khianat ialah rakyat.
Politik tiada hukum selain siasah syar’ieyah. Siasah syar’ieyah bergerak bagai air yang mengalir. Di mana Islam dijunjung, di situlah ia bertakhta.
Jangan hidup dalam teka teki kehidupan. Teka teki membingungkan. Hiduplah pada yang pasti. Tiada yang pasti selain Islam.
4) Adakah PAS akan bergabung dengan BN?
Dua yang saya tahu dan dua yang saya tak tahu.
Yang saya tahu ialah pertemuan telah berlaku. Mungkinkah akan wujud persefahaman, saya tak tahu.
Yang saya tahu ialah tiada pernah wujud usaha bergabung dengan BN. Ia jauh sekali dari tuntutan siasah syar’iyah hari ini. Mungkinkah ia berlaku, saya tak tahu.
Saya harapkan persefahaman berlaku demi Islam. Saya tak harapkan penggabungan berlaku. Saya tak nampak baiknya berbanding hodohnya.
5) Tidakkah ahli PAS akan marah jika perdamaian PAS - UMNO berlaku? Bagaimana jika rakyat marah, apatah bukan Islam?
Adakah anda boleh bayangkan ahli PAS akan marah pada pemimpinnya? PAS bergerak dalam kerangka sebuah gerakan Islam. Ia hidup dengan kekuatan sendiri yang tiada dalam parti politik lain. Dengan jaminan seorang ketua dan syura yang ditaati, adalah sukar dibayangkan ahli bangkit melawan.
Marah itu mungkin berlaku. Marah itu tanda sayang. Marah itu akan reda bila datang keredhaan.
Ya, rakyat mungkin marah sesetengahnya. Tapi ia akan diganti dengan yang lain. Rakyat adalah sokongan yang ditagih, tetapi dalam politik ia seperti angin. Ia datang dan ia berlalu. Yang tetap hanyalah daripada yang memahami perjuangan.
Begitulah bukan Islam. Dalam sejarah politik Malaysia, PAS bukan pengkhianat bangsa dan negara, apatah agama.
0 comments Labels: bloggers united, muzakarah, PAS
Rakyat Terengganu terkejut pembelian Mercedes
KUALA TERENGGANU 22 Julai – Rata-rata rakyat Terengganu terkejut dengan tindakan kerajaan negeri membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar raya ini mendapati penduduk kesal dan tidak bersetuju dengan pembelian kereta berkenaan kerana menganggap ia satu pembaziran.
Seorang pekerja swasta, Badrul Hisham Ashari, 44, ketika ditemui berkata, ia merupakan pembaziran wang rakyat walaupun pembelian kereta Mercedes berkenaan tidak melibatkan wang royalti minyak.
‘‘Tidak kira pembelian kereta itu tidak menggunakan wang royalti minyak, rakyat yang menanggung kos pembelian kereta ersebut berdasarkan pembayaran pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri.
‘‘Kerajaan negeri sepatutnya memikirkan secara mendalam sebelum membeli kereta mewah itu,’’ katanya.
Seorang peniaga restoran, Allen Ho, 36, pula berkata, pembelian kereta sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri sepatutnya mengikut kemampuan kewangan negeri.
‘‘Semua orang tahu Terengganu bukanlah negeri kaya tetapi apa tanggapan orang luar apabila melihat pemimpin-pemimpin negeri memakai kereta mewah seperti Mercedes ini,” ujarnya.
Seorang lagi pekerja swasta, Saiful Bahrin Abd. Ghani, 35, berkata, kerajaan negeri sepatutnya membeli kereta Proton Perdana V6 Executive baru yang harganya lebih murah.
‘‘Kerajaan negeri menyatakan hendak melakukan penjimatan jadi beli sahaja kereta Perdana V6 Executive kerana kereta baru tidak cepat rosak selain kosnya lebih rendah,” katanya.
Seorang kerani di sebuah syarikat swasta, Razlan Aminuddin, 25, berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan kereta nasional sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri.
‘‘Kos penyelenggaraan tidak sepatutnya menjadi faktor pembelian kereta import kerana ia tidak dilakukan setiap bulan,’’ katanya.
Rakannya, Mohd. Fakeri Ali, 27, berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya membeli kereta mewah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
‘‘Jika pembelian itu tidak dilakukan, wang tersebut dapat digunakan untuk melaksanakan program bagi membantu rakyat,’’ ujarnya.
Dalam pada itu, seorang peniaga pakaian, Sheikh Faisal MR-Sallah, 35, pula berkata, pembelian kereta Mercedes E200 perlu dilihat dari sudut yang berbeza.
‘‘Exco-Exco memerlukan sebuah kereta yang lasak dan tahan lama jadi kereta Mercedes ini amat sesuai dengan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan ketika menemui rakyat,’’ katanya.
0 comments Labels: pembaziran, terengganu, utusan
Papan tanda perlu diturunkan
GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang bercadang memasang papan tanda pelbagai bahasa di negeri ini khususnya di kawasan yang mempunyai nilai warisan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar negeri, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan bagi tujuan itu.
Bagaimanapun katanya, hanya kawasan yang mempunyai nilai warisan sahaja dibenarkan dipasang papan tanda menggunakan bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, Inggeris dan Arab.
"Ia akan dipasang di kawasan warisan seperti Little India melibatkan bahasa Tamil dan Khoo Kongsi dalam Mandarin.
"Ini bukan isu politik tetapi adalah projek yang dirancang lebih awal," katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Beliau mengulas tindakan beberapa ahli Gerakan yang memasang enam papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin di beberapa jalan di sini kelmarin.
Mereka berbuat demikian untuk memberikan peringatan kepada DAP bahawa parti itu perlu memasang papan tanda dalam bahasa itu memandangkan parti itu kini memerintah Pulau Pinang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menyentuh isu itu Kon Yeow menegaskan, kerajaan negeri akan menghantar notis kepada Gerakan supaya menurunkan semula papan tanda tersebut.
"Mereka perlu menurunkan papan tanda itu kerana ia di luar bidang kuasa mereka," katanya.
Bekas Ahli Majlis, Dr. Thor Teong Ghee yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Gerakan berkata, papan tanda dalam Mandarin adalah perlu memandangkan George Town sudah disenaraikan sebagai tapak warisan dunia.
Selain Lebuh Pantai, jalan lain yang dipasang papan tanda dalam bahasa itu ialah Jalan Burmah, Macalister, Lebuh Carnarvon, Lebuh Chulia dan Jalan C Y Choy.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Zainal Rahim, perbuatan tersebut melanggar peraturan MPPP.
Menurut beliau, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana PBT itu juga menghadapi masalah yang sama.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tidak ada negara yang memasang papan tanda dalam pelbagai bahasa dan untuk mengaitkannya dengan pelancongan adalah sesuatu yang tidak wajar.
0 comments Labels: DAP, kosmo, Pulau Pinang
Anwar sedia bertanding di Kulim
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Jul 23, 08 4:44pm |
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan kemenangan calon PKR tidak sah. Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen itu bulan depan selepas menangguhkan prosiding itu yang asalnya dijadualkan minggu ini. Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Zulkifli. Anwar berkata, belilau juga telah memberitahu pucuk pimpinan PAS dan DAP mengenai perkara tersebut. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini
Umno mencari 'talian hayat' bersama PAS
Basiron Abdul Wahab Wed | Jul 23, 08 | 5:29:43 pm MYT | |
TEMERLOH, 23 Julai (Hrkh) � Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata krisis dalaman Umno yang meruncing menyebabkan parti itu berusaha mencari 'talian hayat' untuk memulihkannya. Katanya, antara usaha yang sedang giat dilakukan ialah melalui strategi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat melalui tiga pendekatan berbeza kepada tiga parti utama Pakatan Rakyat iaitu KeADILan, DAP dan PAS. Umno katanya, menggunakan isu liwat untuk menghancurkan KeADILan, isu agama dan Islam bagi melumpuhkan sokongan masyarakat Cina terhadap DAP dan isu kerjasama Umno-PAS bagi menghura-harakan dalaman PAS. "Mereka berharap melalui isu-isu berkenaan dengan sokongan media arus perdana yang dikuasainya akan dapat menimbulkan kecurigaan sesama anggota Pakatan Rakyat dan seterusnya melemahkan pakatan itu. "Selain itu, apa yang sedang dilakukan Umno adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat dan kadar inflasi yang meningkat. "Apa yang sedang dibuat Umno adalah untuk mengalih perhatian terhadap isu kenaikan kos sara hidup serta perbalahan besar didalam Umno pasca pilihan raya umum ke-12 lalu," jelasnya ketika berucap pada Program Pemuda Bersamamu anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh dikampung Darat Sanggang, dekat sini. Menurut Hatta, pemimpin dan ahli PAS tidak sekali-kali lupa apa yang Umno lakukan terhadap PAS pada masa lampau. Isu perpaduan Melayu yang ditonjolkan dengan begitu menarik hanya apabila Umno tersepit pernah dibuat pada tahun 1999, tetapi semasa Umno kuat pada 2004, ia langsung tidak kedengaran tetapi muncul semula sekarang ketika Umno sedang menuju kehancuran. Bagaimanapun kata beliau, PAS bersikap terbuka dan boleh bebincang dengan sesiapa sahaja (termasuk Umno). Dr Hatta berkata, PAS kini berada didalam posisi yang kuat, beliau yakin kekuatan PAS tidak akan menjadikanya biduk yang boleh dicatur. Jelasnya dalam pilihan raya, PAS bertanding di kerusi yang sama direbut oleh Umno, ertinya setiap kerusi yang PAS menangi bererti kekalahan kepada Umno. Setiap kehilangan kerusi Umno adalah penambahan kerusi bagi PAS dan kerusi-kerusi tersebut hakikatnya masih kekal di tangan Melayu. Justeru katanya, tidak timbul isu kekuatan Melayu terangcam kerana setiap kerusi Umno yang hilang sebenarnya berada di tangan Melayu, iaitu di tangan PAS atau KeADILan. "Tidak timbul soal isu kedudukan Melayu terangcam kerana setiap kerusi Umno yang hilang itu berana ditangan PAS yang juga Melayu, yang terancam ialah Umno bukanya orang Melayu,"tegasnya. Beliau menasihatkan ahli supaya jangan panik dengan strategi Umno yang cuba meniupkan sentimen perkauman kerana umno kini berada didalam kesusahan. "Kita yakin Umno kini berada didalam kesusahan manakala PAS berada di dalam posisi sebaliknya (kuat),"tegasnya. Sementara itu, Yang Dipertua PAS Bera, Ustaz Sulaiman Mohamad berkata, isu kerjsama Umno-PAS ini adalah strategi Umno. Katanya, pemimpin Umno dibawah telah pun ditaklimatkan mengenai strategi yang akan diambil oleh para pemimpin parti itu selepas pilihan raya umum lalu. Menurutnya, maklumat di peringkat akar umbi Umno turut memperkatakan isu penyatuan Umno-PAS. Ahli-ahli Umno ini bercakap kononnya PAS akan diberi tempat di dalam kabinet dan sebagainya. Perkara sama diakui oleh Bendahari PAS kawasan Bera, Dr (EM) Salim Musa. Menurutnya para pemimpin Umno di peringkat bahagian turut memperkatakan isu sama seperti yang diperkatakan pemimpin Umno kononya wujud kerjasama PAS Umno. Malah, kononnya PAS akan memperolehi kerusi tertentu di dalam kabinet dan sebagainya. Ini bererti Umno telah merangcang isu kerjasama ini sejak parti itu kehilangan banyak kerusi (Melayu) miliknya kepada PAS dan KeADILan dalam pilihan raya umum lalu. - mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, muzakarah, PAS, UMNO
Kemasukan Tokoh UMNO Pahang ke dalam PKR
Anwaribrahimblog
“Rakyat jua yang menang akhirnya.” Itulah jawapan Datuk Fauzi Abdul Rahman apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tokoh ini terkenal kerana berani menentang korupsi di negeri asal beliau iaitu Negeri Pahang Darul Makmur. Beliau memilih PKR apabila mendapati kerosakan yang merebak dalam UMNO sukar lagi untuk dipulihkan. Beliau yakin faham yang mendasari perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat akan membawa perubahan yang besar demi Malaysia yang adil dan makmur. Malah tokoh ini menegaskan di bawah Pakatan Rakyat dan PKR, semua kaum akan mendapat perlindungan yang sama rata. Di bawah ini dilampirkan biodata ringkas Datuk Fauzi.
PROFIL DATUK FAUZI BIN ABDUL RAHMAN
Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran (era Tunku Abdul Rahman Putra).
Datuk Fauzi merupakan lepasan Imperial College, Universiti of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.
Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 ( 1990). Pada tahun 1995, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.
PEJABAT ANWAR IBRAHIM
0 comments Labels: DSAI, keluar BN, PKR
Majlis Syura Ulamak Mengunjungi Mursyidul Am Pas
msomelayu
AHLI Majlis Syura Ulamak Pas hari ini mengunjungi Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini bagi menjelaskan isu mengenai muzakarah Pas - Umno yang menimbulkan kekeliruan.
Perjumpaan dijangka berlangsung selepas Zohor ini di JKR 10 di Kota Bharu Kelantan.
Antara ahli majlis syura yang hadir ialah Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Ahmad Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ikut sama dalam kunjungan itu ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din.
Kunjungan bagi menjelaskan isu berkaitan penting memandangkan timbul berbagai kekeliruan dan salah tanggapan mengenai rancangan mengadakan muzakarah berkenaan.
Nik Aziz sendiri dalam soal ini mengerluarkan kenyataan berbagai-bagai di mana ia menyebabkan timbul kekeliruan di kalangan ahli. Dan lebih parah apabila ia menampakkan wujud ketidaksefahaman beliau dengan Presiden.
Kenyaataan terakhir beliau memberi gambaran bahawa rundingan (muzakarah) itu tidak perlu diadakan sama sekali dan dalam masa sama beranggapan jika berlaku ia menyebabkan Pas akan jahanam dan rakyat akan marah.
Kenyataan Nik Aziz juga kelihatan begis dan begitu sombong dan ini menyebabkan tanda tanya apakah sebenarnya yang berlaku.
Pandangan beliau itu dilihat bertentangan dengan keputusan Majlis Syura sendiri yang memberi laluan kepada mana-mana individu dalam Pas untuk mengadakan perhubungan/perjumapan dengan pemimpin Umno bagi membincang masalah pepaduan ummah dan mengenai kepentingan Melayu dan Islam.
Pertemuan majlis syura dengan Mursyidul Am itu dikira satu peristiwa penting yang bakal menentukan apakah status mengenai ura-ura berkenaan. Apa juga hasil dari kunjungan majlis itu ke atas Nik Aziz akan merumuskan semua yang timbul berikutan cadangan itu.
Pertemuan awal ke arah muzakrah itu telah pun diadakan seperti mana didedahkan oleh Umno menerusi Presdiennya, Abdullah Ahmad Badawi.
Satu kenyataan akhbar dikatakan akan dikeluarkan di Kota Bharu lewat petang ini berhubung perkara berkenaan dan hasil pertemuan majlis syura dengan Nik Aziz itu.
Sementara itu Dewan Pemuda Pas yang mengadakan mesyuarat malam tadi telah memutuskan menyokong muzakarah berkenaan dengan mengenakan syarat ianya tidak terarah kepada perbincangan untuk berkongsi kuasa.
Bagaimana pun dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari menerusi ketuanya Sallehudin Ayub, Pemuda Pas mengambil pendirian menentang muzakarah berkenaan. Kenyataan Sallehudin itu dikatakan bertentangan dengan pendirian dewan itu dan telah menimbulkan kontroversi di kalangan pemuda.
Sallehhuddin juga dianggap telah memanipulasikan pendirian dewan berkenaan. Laporan dan analisa mengenai Pemuda Pas ini akan menyusul. [wm.kl 1:50 pm 23/07/08]
0 comments Labels: msomelayu, muzakarah, PAS
Muzakarah hakis sokongan bukan Melayu...
Malaysiakini |
Jul 23, 08 7:15pm |
Kelab Penyokong PAS Kebangsaan berkata langkah parti itu mengadakan muzakarah dengan Umno akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli akar umbi dan penyokong bukan Islam parti itu. Malah, katanya, sokongan terutamanya dari masyarakat bukan Melayu terhadap PAS, mungkin terhakis. Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad pula berkata muzakarah dengan PAS menunjukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak. |
0 comments Labels: malaysiakini, muzakarah
PAS tolak muzakarah, syor muqabalah dengan Umno
Mstar Online
23-07-2008 09:47:59 PM
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN HUSSAIN
NIK Abdul Aziz Nik Mat (tengah) dikerumuni wartawan selepas menghadiri mesyuarat tertutup pemimpin tertinggi parti itu di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din (kiri), Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (belakang) dan timbalannya Nasharudin Mat Isa (dua, kiri). - fotoBERNAMA
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Empat hari selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan tiga pertemuan telah diadakan membabitkan beliau dan tiga pemimpin PAS sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, pemimpin-pemimpin PAS petang ini sebulat suara menolak muzakarah membabitkan Umno-PAS.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin kanan PAS yang bertemu petang ini di Kelantan mengesyorkan diadakan muqabalah sahaja - pertemuan bersemuka.
Perkembangan ini menandakan PAS menolak sebarang dialog kerjasama politik kedua-dua parti.
Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat petang esok.
Sambil menegaskan PAS sememangnya berminat untuk mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan pemimpin Umno bagi membincangkan mengenai masa depan umat Islam, pemimpin-pemimpin parti itu berkata, perbincangan itu perlu diadakan secara bersemuka berbentuk "muqabalah" dan bukannya dalam bentuk perdebatan yang dinamakan muzakarah seperti diminta oleh Umno.
Justeru, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekarang beliau menutup fail berhubung syor "muzakarah" tetapi membuka konsep "muqabalah".
"Apa yang saya dimaklumkan ialah pertemuan-pertemuan (sebelum ini) dengan Umno hanya diadakan atas dasar peribadi. Kesemua itu adalah benar dan ia dilakukan untuk memperkukuhkan Islam," kata beliau kepada pemberita
Kata sepakat itu dicapai dalam satu pertemuan yang diadakan kira-kria tiga jam di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Bharu.
"Saya mahukan muzakarah itu ditukarkan kepada muqabalah dalam membincangkan isu berkaitan umat Islam kerana ianya lebih sesuai," kata Nik Abdul Aziz.
Pertemuan itu diadakan tiga hari selepas beliau menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan pertemuan bersifat muzakarah antara pemimpin Umno-PAS.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa turut hadir pada mesyuarat itu.
Hadi mengetuai rombongan empat wakil Majlis Syura menemui Nik Aziz bagi menerangkan isu muzakarah dan tiga pertemuan yang telah diadakan dengan Umno.
Kelmarin, Nik Abdul Aziz melahirkan pandangan bahawa sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara PAS dan Umno perlu dihentikan segera kerana jika ia diteruskan, parti berteraskan Islam itu bakal menghadapi perpecahan.
Beliau mendakwa muzakarah itu merupakan gimik Umno semata-mata untuk menjatuhkan PAS.
"Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam," katanya.
Nik Aziz berkata jika muzakarah itu menjadi realiti, PAS akan menjadi seperti "kera sumbang" dan tidak lagi dipercayai oleh sekutunya daripada Pakatan Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.
Pada Ahad lalu, Perdana Menteri mendedahkan Umno telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan PAS bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.
Abdullah berkata, bagaimanapun pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS itu tidak disertai Nik Aziz.
Nik Abdul Aziz berkata, tidak timbul isu pertemuan PAS dan Umno akan membawa kepada penggabungan keduadua parti kerana pertemuan itu lebih berbentuk kerjasama demi satu matlamat dan turut menafikan isu muzakarah itu telah memecahbelahkan kepimpinan PAS.
Abdul Hadi yang dipetik Bernama pula berkata, muzakarah yang dinamakan oleh Umno lebih kepada bentuk perdebatan sedangkan apa yang dimahukan oleh Umno adalah muqabalah iaitu perbincangan untuk selesaikan masalah rakyat.
Beliau berkata, PAS boleh menjalinkan kerjasama dengan Umno berdasarkan satu matlamat iaitu membincangkan masa depan Umat Islam di negara ini.
Kata beliau, adalah menjadi satu kewajipan agama bagi PAS untuk mengadakan perbincangan itu kerana PAS sememangnya parti yang memperjuangkan Islam demi kepentingan orang Islam dan bukan Islam.
Abdul Hadi menafikan bahawa pertemuan itu akan menyebabkan PAS menyertai Umno kerana PAS mampu memenuhi kehendak politik rakyat berdasarkan sokongan rakyat yang dicerminkan dalam pilihan raya umum lepas.
"Walaupun berbeza pendirian politik ia tidak akan menjadi halangan untuk PAS dan Umno duduk berbincang," katanya.
Abdul Hadi turut menafikan pertemuan tiga pemimpin PAS sebelum ini dengan Abdullah selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno dilakukan atas arahan beliau.
"Tiga pertemuan itu dilakukan atas usaha Presiden Umno dan bukan Presiden PAS," katanya.
0 comments Labels: mstar online, muzakarah, PAS, UMNO
Kerajaan Terengganu tetap perlu beli kereta nasional - Shahrir
PUTRAJAYA 23 Julai — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan Terengganu tetap perlu membeli kereta nasional dan bukannya Mercedes Benz yang dipasang dalam negara untuk anggota pentadbirannya.
Beliau berkata kerajaan Terengganu telah tersilap tafsir maksud kenderaan yang dipasang dalam negara mengikut Arahan Penbendaharaan kerana ia tidak melibatkan kereta tetapi hanya melibatkan kenderaan lain termasuk jip dan pacuan empat roda.
“Kadangkala ada keperluan kenderaan seperti pacuan empat roda untuk jabatan kerajaan. Jabatan kerajaan juga ada guna jip, jika nak beli jip bukan yang diimport tetapi yang dipasang di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa kerajaan negeri akan menggunakan kereta jenis Mercedes Benz sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive kerana ia tidak melanggar Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan.
Shahrir berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet hari ini dan perbincangan berasaskan kepada Arahan Perbendaharaan itu.
“Memang dari segi kerajaan adanya Arahan Perbendaharaan yang membolehkan membeli kenderaan yang dipasang dalam negara tetapi bagi anggota pentadbiran, ianya khusus kepada kenderaan Proton Perdana Executive. Mungkin itu yang jadi salah faham.
“Mereka mungkin tak baca untuk anggota pentadbiran, maknanya menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang perlu pakai Proton Perdana, bukan terbuka kepada kenderaan yang dipasang di dalam negara,” katanya.
Shahrir berkata tiada keputusan baru dibuat berhubung perkara itu.
“Keputusan sudahpun dibuat bahawa sebenarnya sudah ada Arahan Perbendaharan menyatakan bahawa untuk kegunaan anggota pentadbiran iaitu termasuk ahli majlis mesyuarat kerajaan, digunakan Proton Perdana Executive,” katanya.
Beliau berkata jikapun ada masalah mengenai kereta Proton, maka kerajaan negeri perlu memberi input kepada Proton untuk meningkatkan kualiti produknya. — BERNAMA
1 comments Labels: pembaziran, terengganu, utusan
Fauzi serah borang sertai PKR
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Jul 23, 08 1:42pm |
Bekas ahli parlimen Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang menyertai parti itu hari ini berkata, ramai lagi pemimpin Umno Pahang akan menyertai parti itu dalam tempoh terdekat ini. "Kami dapat meramalkan penyertaan pemimpin Umno secara beramai-ramai ke dalam PKR dan fenomena ini adalah berterusan. "Sebenarnya tidak ada tempoh tertentu untuk mereka menyertai PKR kerana kami tidak menetapkan sebarang syarat kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini. Fauzi bersama dua lagi pemimpin Umno Pahang menyerahkan borang penyertaan ke dalam PKR kepada ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Bagaimanapun, penyokong kuat Anwar itu enggan mendedahkan identiti dua pemimpin terbabit tetapi difahamkan bekas ahli jawatankuasa pusat MCA Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dijangka menyertai PKR. "Rakyat termasuk ahli dan pemimpin Umno marah dengan cara kerajaan melayan Anwar yang sedang menghadapi tududan liwat sekarang. "Jangan naik kerana keburukan orang lain kerana ini bukan budaya rakyat Malaysia, sebaliknya perlu menampilkan kewibawaan diri. "Isu liwat itu akan menjadi senjata makan tuan, rakyat akan semakin benci kepada Umno dan masuk PKR," katanya lagi. Sementara seorang pemimpin Umno di Pahang yang dihubungi hari ini berkata, dakwaan Fauzi bahawa ramai pemimpin Umno akan menyertai PKR sukar dipercayai. Katanya, mungkin beberapa pemimpin veteran akan berbuat demikian tetapi ia tidak menjejaskan kekuatan Umno. "Saya tidak dengar ada pemimpin utama negeri atau bahagian akan menyertai PKR dalam masa terdekat ini. "Jadi dakwaan Fauzi itu mungkin hanya seronok didengar tetapi belum tentu kesahihannya," katanya yang enggan namanya disiarkan. |
0 comments Labels: keluar BN, malaysiakini, PKR
Ada niat lain Umno bersungguh mahu bermuzakarah - Nik Aziz
Harakahdaily Lanjusoh Wed | Jul 23, 08 | 2:55:23 pm MYT | |
KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan. "Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin. "Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS. Menurutnya Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu. "Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu. "Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja," katanya. Bagaimanapun katanya, kalau perlu juga kepada muzakarah bolehlah difikirkan selepas pilihan raya umum ke-13. Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa Umno dan PAS sudah mengadakan tiga kali pertemuan membincangkan perkara berkaitan agama dan perpaduan Melayu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa bimbang PAS akan dianggap sebagai khianat kepada rakan-rakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. "Saya cukup kesal. Selaku Mursyidul Am, saya berhak menegur. Ini berasaskan prinsip Wal-Ashr. Dalam semangat demokrasi pun, ini menandakan bahawa masih suburnya proses konsultasi, berbeza atau bersamaan pendapat dalam PAS. "Pada saya, muzakarah boleh, tetapi atas dasar peribadi dan tidak atas nama parti,"ujarnya. Kata beliau apa jaminan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berpecah dengan langkah terlalu ghairah untuk bermuzakarah sesetengah pemimpin Ini katanya boleh disifatkan sebagai anti perpaduan dan anti kestabilan. "Contoh telah pun ada pada tahun 1970-an di mana PAS berpecah tiga iaitu Berjasa, Hamim dan Bebas Bersatu. Bagaimanapun, jika diteruskan juga dan berlaku perpecahan. "Saya tidak mahu memikul tanggungjawab langkah yang saya tidak restu,"kata beliau. - mj/mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, muzakarah, TGNA
Nelayan Pengarang protes tindakan S'pura
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Jul 23, 08 4:08pm |
Persatuan Nelayan Kawasan Pengerang tidak bersetuju dengan tindakan Singapura untuk menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh. Pengerusinya, Abu Bakar Mohamad menyifatkannya sebagai langkah terdesak, seolah-olah Singapura mahu untuk meluaskan kawasan sempadannya dan nelayan di Pengerang yang akan menerima kesannya. "Jika dilihat, perairan (di situ) lebih kepada kita. Kalau terpesong sedikit, mereka (Singapura) akan masuk perairan kita. "Kalau dia tuntut, dia tak bimbang masuk perairan Malaysia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Menurutnya, terdapat kira-kira 2,000 nelayan yang berdaftar di bawah Persatuan Nelayan kawasan tersebut. Tuntutan tersebut, kata Abu Bakar, dilihat sebagai usaha untuk memonopoli kawasan itu dan berat sebelah. "Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, cukup strategik kerana sumber perikanan banyak di kawasan itu," tambah Abu Bakar. 'Perlu berbincang' Semalam, Menteri Kanan Singapura, Balaji Sadasivan berkata, Singapura mempunyai kawasan perairan Wialayah sehingga 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982, di mana Singapura adalah sebuah pihak berkenaan. Menurut Abu Bakar, beliau beranggapan sebarang cadangan Singapura adalah untuk membolehkan mereka menguasai perairan Batu Puteh. "Singapura tidak boleh berbuat begitu. Singapura kena berbincang dengan kerajaan Malaysia terlebih dahulu. Singapura tidak boleh bertindak sendirian," katanya. Bagaimanapun beliau menyerahkan hal ini kepada kebijaksanaan kerajaan Malaysia untuk berunding dengan kerajaan Singapura berhubung tuntutan mereka. "Kami akur apa sahaja keputusan yang dicapai dalam rundingan (kerajaan Malaysia) dengan kerajaan Singapura," katanya. Beliau juga mencadangkan agar Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) campurtangan dalam soal tuntutan Singapura ini. Mei lalu, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia. Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada. |
0 comments Labels: Johor, kedaulatan negara, malaysiakini
Cara Singapura dipersoal
Berita Harian
Oleh Junita Mat Rasid
bhnews@bharian.com.my
SATU MATLAMAT: Rais (empat dari kiri) berpegangan tangan bersama rakan sejawatnya ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) Ke-41, di Singapura, semalam. |
Tuntutan perairan Batu Puteh wajar dibincang bersama: Rais kedua-dua negara mengumumkan tuntutan
SINGAPURA: Malaysia mempersoalkan tindakan Singapura mengumumkan tuntutannya terhadap kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh tanpa berbincang dengan Kuala Lumpur terlebih dulu.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim menegaskan apa saja tuntutan atau cadangan terhadap kawasan itu perlu dibincangkan bersama kedua-dua negara kerana kedudukan Batu Puteh dan Batuan Tengah serta Tubir Selatan yang berdekatan menyukarkan penilaian dibuat.
"Ini adalah perkara baru kepada kita. Sepatutnya ada perbincangan peringkat awal lagi peringkat jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan bersama.
"Sebarang tindakan (tuntutan) membabitkan undang-undang tertentu dan kita memerlukan nasihat pakar bagi mengendalikannya menyebabkan tindakan berkenaan tidak sepatutnya dijalankan dengan cepat.
"Kita akan merujuk perkara ini kepada jawatankuasa teknikal bersama yang dibentuk kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Singapura yang menuntut kawasan perairan wilayah dan EEZ di sekitar Batu Puteh, yang diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei lalu dalam menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia.
Semalam, Menteri Kanan republik itu, Balaji Sadasivan, ketika sesi soal jawab di Parlimen dilaporkan, berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982.
Pada 23 Mei lalu, ICJ memutuskan Batu Puteh dimiliki Singapura, manakala Malaysia mendapat Batuan Tengah yang terletak tidak jauh dari pulau itu.
Kedaulatan Tubir Selatan pula akan menjadi milik negara yang menguasai perairannya.
Rais berkata, Malaysia berpendapat sebarang cadangan atau tuntutan terhadap perairan pulau itu perlu dibuat dengan semangat persefahaman Asean serta diteliti terlebih dulu.
Katanya, isu di kepulauan itu bukan mudah kerana ia membabitkan udang-undang spesifik.
0 comments Labels: Berita Harian, kedaulatan negara
Muzakarah: Dewan Pemuda PAS Pusat perjelas pendirian
Harakahdaily Nyza Ayob & Nuha Rahim | Foto Nasir Sudin Wed | Jul 23, 08 | 4:07:18 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menegaskan menjadi dasar umum dan pendekatan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengadakan apa jua bentuk perbicangan, dialog mahupun muzakarah dengan mana-mana pihak sebagai membuktikan PAS adalah parti yang sangat terbuka dan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pendekatan demi kepentingan negara, rakyat dan khususnya perjuangan Islam dalam negara ini. Menurut Salahuddin dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini, ketetapan dan ketegasan tersebut dibuat setelah mengadakan perbincangan selama tiga jam setengah dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja Dewan Pemuda Pas Pusat malam tadi. Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sabki Yusuf; Exco Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Kamaruzzaman Mohamad. Jelas Salahuddin, di samping sikap keterbukaan itu, Dewan Pemuda PAS menentang sebarang usaha sekiranya muzakarah yang hendak diadakan menjurus dan memfokuskan kepada agenda kerjasama politik ataupun perkongsian kuasa di antara PAS dan Umno. Tambahnya, melalui mesyuarat tersebut, Dewan Pemuda PAS juga membuat ketetapan komited kepada Pakatan Rakyat yang sedang terjalin. Salahuddin menegaskan, Pakatan Rakyat merupakan satu-satunya wadah untuk menjadi alternatif kepada Barisan Nasional. Katanya, Dewan Pemuda PAS juga akan menentang sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk memecah belah serta menimbulkan fitnah dan hasutan terhadap Pakatan Rakyat. Sehubungan itu katanya, sekiranya berlaku muzakarah antara PAS dan Umno, ia tidak akan berakhir dengan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat serta menyertai atau berkongsi kuasa dengan Barisan Nasional. "Oleh itu rakyat seharusnya faham bahawa muzakarah yang digembar gemburkan jika menjurus kepada perbincangan perkongsian kuasa serta agenda untuk meninggalkan Pakatan Rakyat, menjurus kepada kerjasama politik ia merupakan perkara yang tidak benar sama sekali. "Rakyat seharusnya yakin dengan kepimpinan PAS serta perjuangan PAS hari ini. Kita sebenarnya sedang menerima mandat rakyat selepas Pilihan raya lalu dan telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri. Ini merupakan amanah dan tangggung jawab yang kita tunaikan dengan penuh kesedaran. Kita mempunyai prinsip dan pegangan yang cukup kuat tanpa ada pemikiran lain untuk lari atau mengkhianati daripada Pakatan Rakyat ,"tegasnya. Dalam pada itu, Salahuddin menegaskan sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam Pakatan Rakyat, perkara tersebut akan diselesaikan dengan baik. - mks._ |
1 comments Labels: Harakahdaily, muzakarah, PAS, pemuda
Batu Puteh: S'pura tuntut perairan wilayah
Malaysiakini |
Jul 22, 08 10:16pm |
Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei lalu, dalam menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia. Menteri kanan republik itu Balaji Sadasivan berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Dis 1982, di mana Singapura adalah sebuah pihak berkenaan. Penyelaras perairan wilayah Singapura dan EEZ akan diumumkan jika tiba masanya, katanya menjawab soalan di Parlimen semalam, demikian menurut laporan Bernama. Transkrip sesi soalan dan jawapan dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura. Balaji berkata jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara-negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara-negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa. ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Puteh dan Malaysia bagi Terembu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, milik negara itu di perairan wilayah tersebut di mana ia terletak. Malaysia telah menegaskan bahawa ia akan terus mencari bukti lagi mengenai kes Batu Puteh dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ bahawa batuan itu milik Singapura. Dalam rujukan ini, Balaji berkata di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon untuk satu kajian penghakiman ICJ jika "ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya semasa penghakiman diberikan, yang tidak diketahui oleh Mahkamah itu dan juga kepada parti yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian". Balaji berkata bahawa dengan penyelesaian pertikaian ini melalui penghukuman pihak ketiga, kedua-dua negara telah menunjukkan hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian ini dalam cara aman. Kes ini memberikan contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain, tambah beliau. |
0 comments Labels: Johor, kedaulatan negara, malaysiakini
Johor yang semakin hilang.
Tranungkite
Dilulus terbit pada Wednesday, July 23 @ 14:10:48 MYT oleh reformis
Oleh Melayunett
"Senario politik membuktikan Johor semakin hilang. Bukan dalam sehari atau dua hari ini tetapi dijangka dalam masa 10 ke 20 tahun ini. Berikut ialah penjelasan lengkap bagaimana Johor semakin hilang.
Johor merupakan suatu negeri Melayu yang mempunyai sejarah yang lama. Semenjak jatuhnya kerajaan Melaka, Johor menjadi tempat harapan sebilangan besar rakyat Melayu di kawasan selatan semenanjung sehinggalah penubuhan Malaysia.
Semenjak abad ke -14, Kesultanan Johor menjadi tempat berlindung rakyat Melayu. Selepas penjajahan selama beratus tahun, UMNO lahir dari Johor lalu membela nasib anak bangsa, bersama-sama dengan parti-parti politik yang lain. Johor yang dikawal British semenjak 1914 kini dikawal oleh Malaysia. Untuk satu jangka masa, UMNO dilihat mampu mempertahankan kepentingan Melayu dan Malaysia. Malangnya, langit tidak sentiasa cerah. Kepimpinan UMNO mula hilang taringnya apabila kepimpinan jatuh ke tangan orang-orang politik yang tidak berkebolehan, dan Johor semakin hilang.
Kedaulatan Malaysia & Johor semakin hilang berdasarkan bererapa perkara. Berikut ialah sebahagian darinya:-
1. Perjanjian air yang berat sebelah antara Malaysia & Singapura membebankan Malaysia. Malaysia melalui Johor menjual air dengan harga 3sen untuk 1000 gelen kepada Singapura dan perjanjian sah sehingga 2050. Singapura kemudiannya menjual air ini kepada syarikat perkapalan yang berlabuh dengan harga US20 dolar untuk 1000 gelen.
2. Malaysia seterusnya hilang kedaulatan apabila tidak berani membuat jambatan bengkok dalam kawasan Malaysia kerana takut reaksi balas Singapura. Begitulah komen Tun Mahathir.
3. Malaysia membenarkan kereta-kereta Singapura masuk keluar dengan cukup mudah. Pemandu Singapura terkenal sebagai pemandu yang laju dan merbahaya sewaktu memandu di Malaysia. Di Singapura, undang-undang mereka ketat di mana kereta Malaysia tidak boleh keluar Singapura sehingga semua saman dijelaskan. Ini berbeza dengan Malaysia di mana pemandu Singapura bebas keluar masuk.
4. Kehilangan pulau Batu Puteh. Modus operandi cukup mudah. Dapatkan dokumen dari malaysia bahawa Malaysia tidak menuntut kawasan tersebut. Kemudian laburkan beberapa juta untuk infrastruktur. Akhirnya, bawa kes ke mahkamah antarabangsa. Kebijaksanaan pemimpin seperi Lee Kuan Yew yang dahulunya peguam memang terserlah berbanding pemimpin Malaysia yang setakat belajar kesusasteraan Melayu.
5. Isu-isu penambakan yang sentiasa membesarkan Singapura.
6. Usaha Singapura menjadikan nagara tersebut negara kasino membawa kesan kepada Malaysia. Kaki judi dari malaysia akan mengalirkan matawang malaysia ke Singapura yang merugikan ekonomi Malaysia.
7. Singapura sentiasa kepimpinannya bijak di mana majoriti kepimpinan mempunyai ijazah sarjana dari Harvard dan Oxford. Ini berbeza dgn malaysia di mana kepimpinan negara tidak terpelajar.
Berdasarkan modus operandi yang sama ke atas Batu Puteh, Wilayah Pembangunan Iskandar akhirnya berkemungkinan besar boleh menjadi kepunyaan Singapura."
0 comments Labels: Johor, kedaulatan negara, tranungkite
Akuan bersumpah: Notis Karpal panggil lima saksi termasuk Bala, Najib ditolak
Mstar Online
23-07-2008 01:26:54 PM
(Mutakhir) SHAH ALAM: Mahkamah Tingga Shah Alam menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk memanggil semula penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam (gambar) bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu selain meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta tiga yang lain menjadi saksi dalam kes berprofil tinggi itu.
Notis usul itu didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin pagi ini sebelum mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pendakwaan.
Kelmarin Karpal selaku peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu (gambar) memfailkan notis usul tersebut.
Di dalam notis usul itu, Karpal memohon mahkamah menggunakan peruntukan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memanggil semula Balasubramaniam yang merupakan saksi pertama pendakwaan untuk memberi keterangan.
Karpal Singh juga memohon mahkamah mengguna pakai seksyen yang sama untuk memerintahkan Najib, pegawai polis DSP Musa Safri, dan Ketua Bahagian Jenayah balai polis Brickfields DSP Idris, serta peguam Dhiren Rene Norendra menjadi saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.
Selain itu Karpal Singh juga memohon satu perintah untuk menangguhkan semua prosiding kes perbicaraan Altantuya pada Rabu ini sementara menunggu keputusan permohonan beliau.
Dalam notis usul itu Karpal mempertikaikan keterangan Balasubramaniam dalam perbicaraan kes bunuh tersebut sebelum ini, kerana Balasubramaniam membuat Akuan Berkanun pada 1 Julai lepas yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri serta tiga individu berkenaan.
Bagaimanapun Karpal mendakwa melalui satu lagi Akuan Berkanun bertarikh 4 Julai, Balasubramaniam menarik balik keseluruhan kandungan akuan kanun yang pertama itu dengan alasan bahawa beliau dipaksa mengikrarkan akuan berkanun pertama.
Kata Karpal, adalah amat penting untuk mahkamah menentukan sama ada kenyataan di dalam akuan berkanun pertama itu benar dan sekiranya benar, mahkamah perlu memanggil semula Balasubramaniam dan memerintahkan Najib untuk memberi keterangan bagi memberi keputusan yang adil dalam kes itu.
Pada 23 Jun lepas, pihak pendakwaan telah menutup kes bunuh wanita Mongolia itu setelah memanggil seramai 84 saksi termasuk Balasubramaniam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang memakan masa selama 124 hari.
Mohd Zaki menetapkan perbicaraan disambung semula hari ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.
Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa itu melibatkan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, yang dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan 1 pagi keesokannya, di satu kawasan di Bukit Raja dekat sini.
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula dituduh bersubahat dengan mereka. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
0 comments Labels: Altantuya, badan kehakiman, Karpal, mstar online
Tiga tokoh Pemuda Umno dapat projek RM1.2 bilion?
Harakahdaily Azamin Amin Wed | Jul 23, 08 | 11:22:30 am MYT | |
KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) - Tiga tokoh penting Pemuda Umno Malaysia didakwa mendapat projek sistem perisian komputer E-Tanah sejumlah RM1.2 bilion secara runding terus tanpa tender terbuka namun sehingga kini gagal dilaksanakan semenjak dimulakan pada tahun 2006. Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga individu terbabit dikaitkan juga dengan Precision Portal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dengan sistem perisian komputer di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membabitkan kos hampir RM250 juta. "Masalahnya ialah sistem itu tidak menetapi spesifikasi LHDN dan salah dalam kiraan taksiran. Ini serius sebenarnya. "Hari ini kakitangan LHDN terpaksa betulkan kesilapan sistem komputer itu satu persatu cara 'manual' dan 80 peratus daripada masa kakitangan terpaksa digunakan," katanya ketika memohon penjelasan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) di Dewan Rakyat baru-baru ini. Berikutan itu katanya, kelemahan dan kesilapan syarikat ini terpaksa ditanggung oleh LHDN sedangkan jutaan ringgit telah pun dibayar kepada syarikat terbabit walaupun sistem perisian tersebut gagal dilaksanakan. "Projek syarikat ini, syarikat ini sudah dapat duit habis, sistem dia tidak jalan. LHDN balik asal. Ini berat ini. Kerajaan yang amanah, cemerlang, terbilang dan segala-gala macam itu harus teliti perkara ini dengan serius,"tambahnya lagi. Beliau juga turut membangkit isu sistem E-Tanah berjumlah RM65 juta yang diperuntukkan untuk 'pilot project' di Pulau Pinang namun gagal juga dilaksanakan. "Mengaibkan, memalukan! RM1.2 bilion 'witout open tender', bagi sahaja, belakangnya Pemuda Umno Malaysia berjuang untuk agama, bangsa dan negara tetapi rompak di siang hari," katanya. - mks._ |
1 comments Labels: Harakahdaily, penyelewengan, UMNO haprak