+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, November 9, 2008

Kes Altantuya: Mongolia akan bawa ke Mahkamah Antarabangsa

Suara Keadilan

Oleh Syafiq Sunny

KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER (SK) - Kerajaan Mongolia melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan perkembangan terkini kes pembunuhan kejam warganegara terbabit, Altantuya Shariibuu dan tidak teragak untuk membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa.

Dalam aporan akhbar negara berkenaan, Kerajaan negara itu dengan nada serius melahirkan rasa kesal dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah membebaskan Abdul Razak.

Abdul Razak Abdullah Baginda yang juga penganalisa politik terkemuka telah dituduh bersubahat dengan dua yang lain,Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) membunuh warga Mongolia, Altantuya Shariibuu pada Oktober 19, 2006 di Puncak Alam, Shah Alam.

“Kerajaan Monggolia kesal dengan keputusan hakim mahkamah tinggi malaysia yang telah membuat keputusan pada 31 Oktober lalu bagi membebaskan Abdul Razak Baginda yang disyaki membunuh warga mongolia Altantuya Shaaribuu,” lapor Agensi Berita Montsame.

Beliau dibebaskan pada 31 Oktober lalu setelah hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Agensi itu turut mendedahkan bahawa Menteri Hubungan Luar Negara Mongolia, S Batbold telah menghantar surat kepada Menteri Luar Negara Malaysia, Rais Yatim bagi memastikan prosiding mahkamah berlaku dengan adil tanpa campur tangan luar dan politik.

Walaupun Mongolia tidak mempunyai hak untuk mengambil bahagian didalam prosiding mahkamah, agensi berkenaan melaporkan kerajaan negara berkenaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi hak sah dan kepentingan warganegaranya berdasarkan perjanjian perundangan antarabangsa dan negara.

Lapor agensi berita itu lagi, kerajaan Mongolia juga tidak teragak-agak untuk menarik perhatian Mahkamah Antarabangsa sekiranya prosiding mahkamah bagi kes ini dilihat tidak adil.

“Surat itu juga menyampaikan kenyataan kerajaan Mongolia yang mempunyai satu alasan kukuh untuk menarik mahkamah luar bagi memastikan hak dan kepentingan warganegara negara berkenaanterbela sekiranya mahkamah Malaysia tidak adil dalam perbicaraan dan prosiding mahkamah,” menurut agensi itu lagi.

Sebelum ini, bagi memastikan perbicaraan belaku dengan adil, Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negara berkenaan telah menghantar beberapa surat kepada rakan sejawat mereka di negara ini bagi meminta penjelasan yang betul mengenai undang-undang negara ini yang akan membawa pembunuh ini ke muka pengadilan di mahkamah.

Abdul Razak, 48 tahun yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia merupakan tertuduh ketiga pembunuhan kejam Altantuya Shariibuu.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Manakala Abdul Razak pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Oktober tahun 2006.

Mayat Altantuya dilupus dengan cara diletupkan dengan bahan letupan serta cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.

Hakim Mohd Zaki pada hari pembebasan Abdul Razak mengumumkan 10 November ini sebagai tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan.

Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati.

Read More...

Harga minyak turun-harga barang turun,PAS akan pastikan

Harakahdaily

WanKay
Sun | Nov 09, 08 | 6:23:21 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 9 Nov (Hrkh) - Kerajaan Pusat tidak serius menangani masalah kenaikan harga barangan yang dihadapi oleh rakyat, meski pun harga minyak dunia mulai turun.

Justeru itu, PAS akan memastikan kerajaan akan mengambil tindakan proaktif bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan tersebut.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata penurunan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan terlalu kecil dan tidak sepadan dengan penurunan harga minyak dunia hari ini.

"Saya lihat kerajaan tidak serius tangani masalah kenaikan harga barang meski pun harga minyak dunia sudah turun dengan banyak dan kerajaan perlulah proaktif.

"Rakyat amat terasa terbeban dengan kenaikan itu walau pun Pak Lah (Perdana Menteri) telah turunkan harga minyak tetapi tidak padan dengan masa minyak dikenaikan,� ujarnya yang dipetik oleh Buletin Online.

Menurut Mustafa, dengan penurunan harga minyak dunia hari ini kerajaan sepatutnya dapat menurunkan harga minyak negara lebih banyak lagi.

Katanya, kerajaan juga perlu bijak menangani krisis ekonomi terutama berkaitan harga minyak agar tidak membebankan rakyat.

"Kita (PAS) mahu pastikan kerajaan dapat turunkan harga barangan selari dengan penurunan minyak.

"Kerajaan perlu hati-hati membuat jangkaan berhubung dengan harga minyak dan tidak menaikkan harga minyak secara mendadak kerana 'takut' (bimbang) nanti dikatakan tidak pandai meramal,"ujarnya.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil pengajaran dan pengalaman daripada apa yang berlaku sebelum ini akibat tidak membuat jangkaan tepat terhadap kenaikan harga petrol dan diesel pada April 2008 lalu.

Kesannya, kata beliau rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang dalam tempoh yang lama.

Oleh itu, katanya kerajaan pusat juga perlu serius dalam menangani masalah kenaikan harga barang dan krisis ekonomi.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 4 November 2008 lalu telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter. - mks._

Read More...

7 artikel Raja Petra ditulis di Kamunting dipos waktu terdekat

Mstar Online

AKSI tersendiri Raja Petra Raja Kamaruddin ketika ditemu bual di rumahnya di Sungai Buloh, selepas 24 jam dibebaskan daripada tahanan ISA kelmarin. foto The Star oleh LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang dibebaskan kelmarin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menghasilkan tujuh artikel yang menyentuh pelbagai parti dan personaliti negara ini.

Artikel-artikel berkenaan yang menyentuh perkembangan semasa dihasilkan ketika berada dalam tahanan hampir dua bulan dan akan disiarkan menerusi laman webnya dalam waktu terdekat, kata beliau yang turut dikenali dengan gelaran RPK.

"Saya juga berfikir apa yang akan saya buat sekarang... apa yang perlu saya tulis dalam blog saya.

"Semasa berada dalam di kem (tahanan) Kamunting, saya sempat menulis enam hingga tujuh artikel dan saya akan menunggu masa yang sesuai untuk menerbitkannya dalam Malaysia Today," kata beliau ketika ditemui mStar Onlinedi rumahnya di Sungai Buloh petang semalam.

Sambil menjelaskan yang beliau tidak tidur sejak dibebaskan petang kelmarin, Raja Petra berkata, beliau secara terus-menerus menerima kunjungan dan mengunjungi kawan-kawasan dan saudara-mara sejak dibebaskan 3.20 petang.

Raja Petra yang terkenal kerana tulisan-tulisannya yang kritikal dan kontroversi, yang membawa kepada penahanan di bawah ISA dan Akta Hasutan menambah:

"Bukan mudah menjadi penulis kontroversi seperti saya. Risikonya tetap ada... mungkin ditahan di bawah ISA tapi mereka tidak akan dapat merasai apa yang saya rasa semasa ditahan di Kamunting.

"Masyarakat suka melihat sedikit pertelingkahan. Saya menentang kerajaan, masyarakat suka melihatnya, cuma yang perlu difikir balik adalah sejauh mana mereka komited untuk turut serta dalam apa yang diperkatakan."

Beliau yang turut berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta Hasutan, kes yang sedang dibicarakan mengakui bahawa tidak ramai yang berani bersuara untuk menegakkan kebenaran.

"Laman web Malaysia Today memprovokasi masyarakat... ada perkara yang menyentuh sensitiviti tertentu, anda akan ditahan... ibarat menjolok sarang tebuan, kadang-kadang kita akan disengat.

"Tapi itu adalah cara untuk mengajak masyarakat agar bersama-sama bersatu untuk membetulkan keadaaan," katanya.

Mengulas lanjut pendirian dan sikapnya dalam tulisan dihasilkan selama ini dan selepas dibebaskan, beliau berkata, "hakikatnya saya menulis untuk mengkritik agar masyarakat mempunyai kesedaran tentang isu-isu sejagat."

"Saya tidak hanya menghentam kerajaan, saya juga ada mengkritik PAS. Ini termasuklah artikel terbaru yang saya tulis semasa di Kamunting, saya ada tulis tentang Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan pemimpin PKR) biarpun dia kawan saya, saya tidak peduli siapa pun anda.

"Saya juga ada mengkritik PAS, orang Melayu, Cina dan India... saya mengkritik semua pihak jika saya rasa apa berlaku itu tidak betul," katanya lagi.

Beliau menarik perhatian bahawa terlalu ramai yang mengkritik kerajaan tapi mereka hanya bercakap tanpa mengambil apa-apa tindakan.

"(Misalnya) bila ditanya siapa yang mereka undi, mereka kata mereka tidak mendaftar sebagai pengundi. Mereka yang mengkritik kerajaan paling banyak adalah mereka yang tidak mengundi pada pilihan raya umum yang lalu," katanya.

Dalam temu bual ini, beliau juga menyentuh pentingnya negara dipimpin oleh barisan kepimpinan muda.

Antara nama-nama disentuh beliau ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; Exco Pemuda Umno, Datuk Muhkriz Tun Dr. Mahathir dan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah serta

"Kita perlu beri peluang yang lebih banyak kepada golongan muda untuk memerintah negara kerana mereka yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

"Saya suka melihat Umno sekarang, pemimpin-pemimpin muda seperti Khairy (Jamaluddin) dan Mukhriz (Mahathir), mereka perlu diberi peluang untuk ke depan.

"Pemimpin yang berusia perlu bagi peluang kepada mereka ini. Saya tahu walaupun Khairy tidak suka dengan saya tapi dia menyokong untuk menghapuskan ISA.

"Ini satu perkara yang menjadi titik persamaan kebanyakan perubahan yang dimahukan oleh rakyat.

"Saya tidak kisah jika dia tidak suka saya. Saya bukan menyokong dia cuma apa yang perlu dilihat apa yang masyarakat mahukan," katanya.

Kata Raja Petra, beliau melahirkan sokongan kerana mereka merupakan golongan muda yang mempunyai pendidikan tinggi.

"Mereka ini yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan. Bukan hanya mereka sahaja, kita ada Puteri Reformasi, Nurul Izzah, Hanna Yeoh (ADUN Subang Jaya) mereka ini boleh jadi pemimpin yang berwibawa dengan pendidikan dan kebolehan yang mereka miliki," katanya.

Khairy, Mukhriz, Nurul dan Hanna merupakan wakil rakyat penggal pertama dengan memenangi kerusi dalam pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Katanya, negara dan rakyat tidak boleh menoleh ke belakang kerana Malaysia bukan lagi berada di era 1969 yang menyaksikan pergolakan perkauman.

"Masyarakat hari ini sudah bijak dan berfikiran terbuka," jelas beliau.


IKUTI TEMU BUAL BERSAMA RAJA PETRA KAMARUDDIN SEMALAM


SOALAN: Apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran selepas dibebaskan daripada tahanan ISA semalam?

RAJA PETRA: Saya sangat letih dan mahu berehat. Saya tidak cukup tidur sejak dibebaskan semalam. Selepas dibebaskan saya pergi rumah kawan yang mengajak saya makan di rumahnya dan kami berbual panjang tentang pelbagai perkara.

Selepas itu saya ke Seremban dan apabila pulang ke rumah sudah pukul 2 pagi. Bila balik rumah saya buka laptop saya dan buat kerja hingga pagi. Bila dah pagi ramai kawan-kawan dan saudara mara saya mula berkunjung ke rumah.

Mereka datang kerana ingin berjumpa dan bertanya khabar setelah hampir dua bulan saya ditahan. Saya tak dapat tidur yang cukup sejak Jumaat lalu. Perkara pertama yang saya lakukan adalah berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara dan berbincang dengan mereka sejak dibebaskan 24 jam yang lalu. Sejak pukul 3 petang semalam saya asyik bercakap dan bertemu dengan mereka. Rasanya dalam tempoh 24 jam yang lepas saya masih berjumpa dan berbincang dengan mereka mengenai pelbagai perkara.

Saya juga meluangkan masa untuk mengemas kini beberapa perkara laman blog saya. Ia bukan perkara pertama yang terlintas di fikiran tapi kerana terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian selepas dibebaskan semalam.

Saya juga berfikir apa yang akan saya buat sekarang, apa yang perlu saya tulis dalam blog saya. Semasa berada dalam di kem Kamunting saya sempat menulis 6 hingga 7 buah artikel dan saya akan menunggu masa yang sesuai untuk menerbitkannya dalam lawan web Malaysia Today.

SOALAN: Ditahan selama 52 hari di Kamunting di bawah ISA, apa bezanya kali ini?

RAJA PETRA: Tak banyak bezanya, saya diletakkan dalam keadaan orientasi dan saya keseorangan dalam sel berkenaan. Hanya saya seorang diletakkan di blok berkenaan. Setiap hari bermula pada pukul 7 pagi mereka (pegawai polis) buka sel saya dan biarkan berjalan dan duduk dalam blok berkenaan sahaja. Saya tidak dibenarkan ke mana selain berada di tempat tersebut.

Untuk menghabiskan masa terluang, saya banyak membaca ada buku pelbagai genre. Ada buku yang dapat saya habiskan dalam masa sehari, ada juga buku saya habiskan dalam dua hari... semuanya terpulang kepada ketebalan buku berkenaan.

Dan, apabila tiba pukul 7 malam saya dikunci dalam sel, dan begitulah pada hari-hari seterusnya. Cuma pada waktu malam saya sukar untuk membaca kerana lampu dalam sel tidak berapa terang.

SOALAN: Bagaimana dengan makanan yang disediakan ketika berada dalam tahanan?

RAJA PETRA: Saya tidak sentuh langsung makanan yang diberikan dalam kem berkenaan selama dua bulan ditahan. Saya hanya minum susu yang diberikan oleh isteri saya, Marina setiap hari. Saya hanya makan nasi sekali seminggu semasa keluarga melawat saya. Selalunya pada hari Sabtu. Begitulah rutin harian saya selama berada di kem Kamunting.

SOALAN: Apakah perbezaan bila ditahan kali pertama di bawah ISA (lima tahun lalu) dan penahanan kali ini?

RAJA PETRA: Semasa kali pertama ditahan saya banyak melaui sesi soal siasat bersama pihak polis. Namun ketika penahanan kali kedua saya dihantar ke kem Kamunting, saya diletakkan dalam sel. Selepas hari raya ada kira-kira empat hingga lima kali saya mendengar sesi ceramah agama. Ceramah agama itu disampaikan secara terbuka dan semua tahanan mendengarnya bersama-sama. Tiada sesi kaunseling khas diadakan ke atas saya.

SOALAN: Adakah pernah menyangka bahawa akan dibebaskan dengan segera seperti yang berlaku semalam?

RAJA PETRA: Semasa mereka (barisan peguamnya) memfailkan habeas corpus keyakinan saya untuk menang hanya sekitar 30 peratus. Tapi apabila saya lihat sendiri hujah-hujah yang dikemukakan oleh barisan peguam bela saya mula percaya bahawa peluang untuk menang kes ini ada, tapi peluangnya masih 50-50.

Saya rasa peguam saya telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka mengumukakan hujah-hujah yang kuat untuk menolak penahanan saya di bawah akta ini. Mereka buat kajian yang mendalam berkenaan dakwaan ke atas saya.

Namun apa yang jelas, saya dapat lihat hakim semalam telah membuat keputusan berdasarkan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dia juga tidak melihat kes saya dari sudut politik. Dia tidak takut untuk membuat keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan dan dia yakin keputusan yang dibuatnya. Saya fikir (Perdana Menteri) Pak lah tidak campur tangan dan beliau serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan membebaskannya. Saya juga yakin tidak ada campur tangan politik dalam pembebasan saya semalam. Semuanya diserahkan kepada mahkamah kerana itu saya dibebaskan.

SOALAN: Adakah anda percaya bahawa penahanan anda kali ini bertujuan melindungi kepentingan politik seseorang?

RAJA PETRA: Jika dilihat pada cara saya didakwa, bukti yang dikemukakan sangat tidak kukuh dan banyak kesilapan. Saya rasa Menteri (Dalam Negeri) berkenaan patut meminta nasihat Peguam Negara untuk memberi nasihat sebelum menandatangani surat dakwaan ke atas saya. Beliau sepatutnya meletakkan undang-undang lebih daripada kepentingan politik.

Membuat tuduhan mengatakan saya mengajak masyarakat Islam supaya tidak bersembahnyang, semuanya tidak masuk akal. Saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang saya maksudkan dalam artikel yang saya tulis adalah satu sindiran sinis kepada mereka yang membawa maksud sebaliknya daripada apa yang saya tulis. Semasa saya disoal siasat oleh pegawai polis (Cawangan Khas), saya telah menerangkan... barulah mereka faham. Masalahnya mereka tidak faham apa yang saya tulis, adakah itu salah saya apabila mereka tidak boleh mentafsir artikel bahasa Inggeris yang saya tulis. Jika bahasa Inggeris yang saya tulis mereka tidak faham adakah itu menjadi satu kesalahan? Dan, sebab itu saya perlu dihantar ke Kem Kamunting? Semua ini tidak masuk akal, saya tidak boleh menulis dalam bahasa Melayu dengan baik dan jika anda tidak faham dengan artikel yang saya tulis, anda tidak perlu baca. Itu lebih baik.

SOALAN: Ada dimaklumkan sebab penahanan anda di bawah ISA?

RAJA PETRA: Apa yang mereka (polis) beritahu adalah, saya ditahan kerana menghina Islam dan penyiaran artikel menghina Nabi Muhammad dan artikel Let’s sent the Altantuya murder to hell. Setelah saya jelaskan kepada mereka, mereka berjanji akan membuat satu laporan mengenai maksud sebenar artikel yang disiarkan dalam laman web saya. Namun keesokan harinya, mereka datang bukan membawa laporan tapi membawa surat penahanan, saya akan ditahan di Kem Kamunting. Pada masa itu saya terkejut dan tidak tahu mahu bercakap apa lagi dan hanya berserah. Mereka suruh saya tandatangan surat untuk menghantar saya ke Kem Kamunting... saya enggan berbuat semikian. Saya kata, saya tidak tahu permainan apa yang sedang berlaku.

SOALAN: Adakah anda ditahan kerana artikel Lets sent the Altantuya murder to hell?

RAJA PETRA: Ini salah satu sebabnya. Namun satu perkara yang agak pelik adalah saya didakwa dua kali atas satu kesalahan yang sama. Saya telah didakwa di bawah Akta Hasutan tapi pada masa yang sama saya ditahan di bawah ISA kerana menulis artikel berkenaan. Bagaimana saya boleh didakwa dua kali atas satu kesalahan yang sama? Ini satu perkara pelik. Mana satu yang mereka mahu.. hendak dakwa saya atau tahan saya? Saya tidak faham.

SOALAN: Bagaimana (hendak menghadapi) perjalanan kes di bawah Akta Hasutan kerana (dituduh) memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya sebagai saksi yang menyaksikan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibbuu?

RAJA PETRA: Kes tersebut sedang berjalan dan akan disambung Isnin ini (esok). Saya akan hadir. Peguam saya, Gobind Singh juga akan bertanya soalan kepada pegawai penyiasat yang meyiasat kes pembunuhan tersebut. Saya serahkan kepada peguam saya untuk membuat apa yang mereka mampu lakukan saya tidak mahu campur tangan.

SOALAN: Bagaimana dengan kes pembunuhan Altantuya... adakah anda bersedia untuk menjadi saksi pada 10 November (Isnin ini), sebagaimana dilaporkan sebelum ini?

RAJA PETRA: Saya serahkan semuanya kepada peguam saya dengan peguam Sirul untuk berbincang. Mereka lebih arif mengenainya. Jika peguam saya merasakan saya perlu menjadi saksi kepada Sirul, saya akan ikut. Cuma kali ini tangan saya tidak lagi digari.

SOALAN: Pandangan anda tentang cadangan supaya ISA dimansuhkan?

RAJA PETRA: Ia bukan cadangan saya. Saya tidak mampu menghapuskannya seorang diri. Persatuan seperti Gerakan Mansuhkan ISA yang ditubuhkan oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor telah melakukan pelbagai program dan saya memberi kerjasama yang baik dengan persatuan ini. Lebih baik saya menyokongnya. Hari ini saya lihat banyak pihak mahu ISA dimansuhkan kerana parti politik kerajaan seprti Gerakan dan MCA turut sama mahu ia dimansuhkan. Saya rasa ini petanda yang cukup baik kepada kerajaan untuk menghapuskannya.

SOALAN: Adakah penggunaan ISA menyekat kebebasan media di negara ini?

RAJA PETRA: Saya tidak tahu apa yang difikirkan oleh kerajaan. Jika ada kesalahan tertentu, tangkap mereka di bawah, tahan mereka di bawah ISA. Mereka patut lebih terbuka dalam menilai kesalahan sesuatu perkara.

SOALAN: Menjadi seorang penulis yang kontroversi dengan artikel-artikel yang ditulis dan dihebahkan melalui portal, apa yang diinginkan oleh anda?

RAJA PETRA: Bukan mudah menjadi penulis kontroversi seperti saya. Risikonya tetap ada. Mungkin ditahan di bawah ISA tapi mereka tidak akan dapat merasai apa yang saya rasa semasa ditahan di Kamunting. Masyarakat suka melihat sedikit pertelingkahan. Saya menentang kerajaan, masyarakat suka melihatnya, cuma yang perlu difikir balik adalah sejauh mana mereka komited untuk turut serta dalam apa yang diperkatakan.

Tidak ramai yang berani bersuara untuk menegakkan kebenaran. Laman web Malaysia Today memprovokasi masyarakat, namun ada perkara yang menyentuh sensitiviti tertentu, anda akan ditahan... ibarat menjolok sarang tebuan, kadang-kadang kita akan disengat. Tapi itu adalah cara untuk mengajak masyarakat untuk bersama-sama bersatu untuk membetulkan keadaaan.

Hakikatnya saya menulis untuk mengkritik agar masyarakat mempunyai kesedaran tentang isu-isu sejagat. Saya tidak hanya menghentam kerajaan, saya juga ada mengkritik PAS. Ini termasuklah artikel terbaru yang saya tulis semasa di Kamunting, saya ada tulis tentang Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan pemimpin PKR) biarpun dia kawan saya, saya tidak peduli siapa pun anda. Saya juga ada mengkritik PAS, orang Melayu, Cina dan India... saya mengkritik semua pihak jika saya rasa apa berlaku itu tidak betul.

Terlalu ramai yang mengkritik kerajaan tapi mereka ini hanya bercakap sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan. Bila ditanya siapa yang mereka undi, mereka kata mereka tidak mendaftar sebagai pengundi. Mereka yang mengkritik kerajaan paling banyak adalah mereka yang tidak mengundi pada pilihan raya umum yang lalu.

Apa yang penting saya mahu mereka turut serta dan turut serta dalam menyelesaikan masalah tersebut. Saya tidak mahu mereka menjadi penonton dan tahu mengkritik sahaja.

SOALAN: Apakah yang perubahan yang perlu dilakukan kepada negara?

RAJA PETRA: Kita perlu beri peluang yang lebih banyak kepada golongan muda untuk memerintah negara kerana mereka yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Saya suka melihat Umno sekarang, pemimpin-pemimpin muda seperti Khairy (Jamaluddin) dan Mukhriz (Mahathri), mereka perlu diberi peluang untuk ke depan.

Pemimpin yang berusia perlu bagi peluang kepada mereka ini. Saya tahu walaupun Khairy tidak suka dengan saya tapi dia menyokong untuk menghapuskan ISA. Ini satu perkara yang menjadi titik persamaan kebanyakan perubahan yang dimahukan oleh rakyat. Saya tidak kisah jika dia tidak suka saya. Saya bukan menyokong dia cuma apa yang perlu dilihat apa yang masyarakat mahukan.

Ada seorang pelancong bertanya kepada saya, jika Khairy dipilih sebagai Perdana Menteri, adakah anda akan menyokongnya, saya kata, 'ya'. Saya akan sokong dia kerana dia seorang yang bijak. Saya tidak akan masuk Umno hanya kerana menyokong dia. Tapi saya akan tetap menentang dia, saya tidak benci dia. Kita perlu menjadi realistik dalam keadaan ini, mereka ini adalah pemipin masa hadapan.

Saya menyokong mereka kerana mereka ini golongan muda yang punya pendidikan tinggi. Mereka ini yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan. Bukan hanya mereka sahaja, kita ada Puteri Reformasi, Nurul Izzah, Hanna Yeoh mereka ini boleh jadi pemimpin yang berwibawa dengan pendidikan dan kebolehan yang mereka miliki. Kita tidak boleh menoleh ke belakang Malaysia bukan lagi berada di zaman 1969 (peristiwa 13 Mei) yang hanya tahu bergaduh sesama sendiri. Masyarakat hari ini sudah bijak dan berfikiran terbuka.

Read More...

Kerajaan Tidak Serius Tangani Masalah Kenaikan Harga Barang – Mustafa Ali

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh WanKay
Sunday, 09 November 2008

http://buletinonline.net/images/berita13/cpa.jpgKuala Terengganu - Kerajaan Pusat tidak serius menangani masalah kenaikan harga barangan yang dihadapi oleh rakyat, meski pun harga minyak dunia mulai turun.


Justeru itu, PAS akan memastikan kerajaan akan mengambil tindakan proaktif bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan tersebut.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata penurunan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan terlalu kecil dan tidak sepadan dengan penurunan harga minyak dunia hari ini.

“Saya lihat kerajaan tidak serius tangani masalah kenaikan harga barang meski pun harga minyak dunia sudah turun dengan banyak dan kerajaan perlulah proaktif.

“Rakyat amat terasa terbeban dengan kenaikan itu walau pun Pak Lah (Perdana Menteri) telah turunkan harga minyak tetapi tidak padan dengan masa minyak dikenaikan,” ujarnya ketika dihubungi kelmarin.

Menurut Dato’ Mustafa, dengan penurunan harga minyak dunia hari ini kerajaan sepatutnya dapat menurunkan harga minyak negara lebih banyak lagi.

Katanya, kerajaan juga perlu bijak menangani krisis ekonomi terutama berkaitan harga minyak agar tidak membebankan rakyat.


“Kita (PAS) mahu pastikan kerajaan dapat turunkan harga barangan selari dengan penurunan minyak.


“Kerajaan perlu hati-hati membuat jangkaan berhubung dengan harga minyak dan tidak menaikkan harga minyak secara mendadak kerana ‘takut’ (bimbang) nanti dikatakan tidak pandai meramal,” ujarnya.


Menurutnya, kerajaan perlu mengambil pengajaran dan pengalaman daripada apa yang berlaku sebelum ini akibat tidak membuat jangkaan tepat terhadap kenaikan harga petrol dan diesel pada April 2008 lalu.


Kesannya, kata beliau rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang dalam tempoh yang lama.


Oleh itu, katanya kerajaan pusat juga perlu serius dalam menangani masalah kenaikan harga barang dan krisis ekonomi.


Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 4 November 2008 lalu telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter.

Read More...

Harga minyak dijangka turun lagi

Malaysiakini

Nov 9, 08 5:57pm

Harga minyak dijangka turun lagi pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Pada awal bulan ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini, kata Shahrir.

"Oktober lalu harga minyak berada di paras AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut," katanya kepada pemberita di Johor Bahru hari ini.

Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Trend harga minyak yang menurun itu, katanya, akan membolehkan harga minyak di pam-pam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Ia merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober.

Harga minyak pesawat

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.

Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan.

Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu.

Harga minyak yang diimport dari Amerika Syarikat, Australia dan Thailand itu ditentukan oleh penjualnya.

Kenaikan itu, katanya, adalah sementara dan dijangka kembali normal tidak lama lagi.

Katanya, kerajaan akan melihat kemungkinan membuka penjualan minyak ini kepada pihak lain selain Petronas.

Beberapa sekolah penerbangan dan pemilik pesawat ringan peribadi dilaporkan merungut berikutan kenaikan harga minyak itu yang jauh berbeza dengan harga yang dijual di negara jiran Singapura pada S$2.61 (RM6) seliter.

Read More...

Zaki cuba elak dengar kes Umno

Malaysiakini

Nov 8, 08 7:54pm

Ketua Hakim Negara yang baru dilantik Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau seboleh mungkin akan mengelak daripada mendengar kes-kes melibatkan Umno apabila ia dibawa ke mahkamah memandangkan beliau pernah mewakili parti itu sebagai peguam.

Katanya setakat ini beliau akan berbuat demikian sehinggalah merasakan persepsi umum terhadap diri beliau sudah berubah.

zaki azmi chief justice installation event 291008 03"Setakat ini kes Umno yang datang ke mahkamah, saya tidak akan membicarakan. Saya kata saya tidak mahu (membicarakannya)… sehingga saya dapat menunjukkan kebebasan diri saya," katanya dalam Wawancara Khas bersama Pengerusi Bernama Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini yang disiarkan menerusi Bernama TV.

Zaki ditanya bagaimanakah beliau akan mengendalikan kes-kes melibatkan Umno memandangkan wujud keraguan sesetengah pihak kerana beliau sebelum ini pernah mewakili Umno sebagai peguam.

Zaki, 63, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenan Majlis Raja-Raja pada 18 Oktober lepas. Zaki yang sebelum itu adalah Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed yang bersara wajib.

Zaki juga berkata imej badan kehakiman kini semakin baik selepas pelantikan Tun Abdul Hamid Mohamed sebagai Ketua Hakim Negara apabila keputusan-keputusan perbicaraan mahkamah terutama berhubung petisyen pilihanraya tidak semata-mata memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Begitu juga, katanya, keputusan Mahkamah Khas yang memerintahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Abdul Rahman membayar AS$1 juta (RM3.5 juta) kepada sebuah bank selepas memutuskan baginda perlu mematuhi terma-terma dalam surat kredit.

"Tidak campur tangan'


"(Keputusan mahkamah) itu semua menunjukkan kehakiman adalah bebas. Pada saya, hanya masa boleh menentukan atau menunjukkan kebebasan kehakiman," kata Zaki.

Ketua Hakim Negara itu juga berkata beliau tidak akan campur tangan dalam keputusan penghakiman yang dibuat oleh hakim-hakim dan beliau juga meminta ketua-ketua hakim supaya turut berbuat demikian bagi hakim-hakim di bawah mereka.

"Saya sendiri tidak campur tangan, tidak membuat cadangan kepada mereka dan mereka membuat keputusan mengikut undang-undang," katanya.

Ditanya apakah usaha beliau untuk mengembalikan imej Badan Kehakiman pada tahap pra-1980-an atau sebelum peristiwa pemecatan Tun Salleh Abas, beliau berkata imej badan itu sedikit sebanyak telah diperbaiki setelah Tun Abdul Hamid Mohamad dilantik Ketua Hakim Negara, dan beliau akan terus berusaha memperbaikinya.

Zaki juga yakin tidak wujud lagi gejala rasuah dalam Badan Kehakiman dan beliau pasti sekiranya masih wujud segelintir yang cenderung ke arah itu, mereka tidak akan berani berbuat demikian.

Beliau seterusnya meminta orang ramai supaya tidak menggoda anggota badan kehakiman untuk menerima rasuah.

Kepada pihak media, beliau memohon supaya tidak mensensasikan berita mengenai sesuatu kes sebaliknya membuat laporan tepat yang akan membantu kenaikkan imej badan kehakiman.

Kes tertunggak

Zaki juga berkata, menjamin pengadilan lebih cepat dan menyelesaikan tunggakan kes yang besar merupakan prioriti utamanya sebagai Ketua Hakim Negara.

"Saya mahu pastikan pengadilan dicapai dengan cepat. (Saya mahu) menyelesaikan timbunan kes. Jika saya dapat lakukan ini, maka saya cukup berpuas hati," katanya.

Tokoh undang-undang terkemuka berusia 63 tahun itu juga berikrar, antara lain, menangani kerenah birokrasi di mahkamah, menghapus halangan pentadbiran, memperbaiki sistem penyampaian kehakiman dan mengurangkan penangguhan kes.

Selaku bekas peguam, Zaki berkata beliau memahami masalah-masalah di mahkamah dan satu daripada sebab beliau menerima jawatan tertinggi dalam badan kehakiman itu ialah beliau mahu membantu memperbaiki imej sistem kehakiman negara.

"Saya diminta untuk menjadi hakim...saya berfikir kalau saya boleh bantu kerajaan untuk memperbaiki badan kehakiman, mengapa tidak. Jadi saya setuju. Ini untuk memperbaiki imej kehakiman. Imej bukan daripada segi rasuah tetapi daripada segi perkhidmatan yang diberi kepada orang ramai. Yang penting ialah sistem penyampaian dalam badan kehakiman," kata Zaki, anak bekas seorang Ketua Hakim Negara, allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed.

Zaki berkata sebagai seorang peguam, beliau selalu merasa amat kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh badan kehakiman, bukan hanya di peringkat mahkamah tetapi juga di peringkat pendaftar mahkamah.

"Apabila kita hendak mendapat perintah balik, ia memakan masa, surat yang ditulis untuk mendapat jawapan juga memakan masa, kita pergi ke mahkamah terpaksa menunggu berjam-jam untuk kes kita dibicara, malah sekarang saya sudah sampaikan perasaan ini kepada hakim-hakim yang ada. Betapa mengecewakan, saya terpaksa menunggu selama dua jam untuk dipanggil bagi sesuatu kes. Saya harap perkara ini yang akan dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata ada masalah yang dihadapi oleh badan kehakiman yang boleh diselesaikan dengan serta merta, dan ada pula masalah yang memerlukan masa untuk diselesaikan.

Sistem fail

Zaki berkata ketika menjadi Presiden Mahkamah Rayuan, dalam masa dua bulan setengah, beliau telah dapat menyusun semula 50,000 fail (jilid) dan mengurangkan jumlah kerani yang menjaga fail itu daripada 13 orang kepada hanya dua orang.

"Sekarang kalau hendak fail daripada Mahkamah Rayuan, tiga minit atau lima minit sudah boleh dapatkan fail tersebut. Walhal sebelum itu 13 orang menjaga 13 longgok fail dan tiap seorang itu mempunyai sistem mereka sendiri. Tetapi ini hanya boleh dilakukan dengan sokongan kakitangan. Kalau kakitangan tidak memberi sokongan, saya tidak dapat melaksanakannya," katanya.

Beliau berkata jika sesuatu fail itu boleh didapati dalam masa yang singkat, perintah mahkamah juga akan dapat dikeluarkan dengan cepat.

Zaki berkata perkara ini benar kerana semasa lawatannya ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, beliau mendapati mahkamah memerlukan dua hingga tiga minggu hanya untuk mengeluarkan perintah kerana waktu itu diperlukan untuk mencari dan mendapatkan fail sesuatu kes.

Ditanya jika soal ini perkara yang remeh bagi seorang ketua hakim seperti beliau, Zaki berkata: "Semasa saya di sektor swasta, saya lihat sendiri masalah…emahami masalah dan memberi arahan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan".

"Sebulan selepas itu kita lihat sama ada sasaran dapat dicapai. Dan memberi perangsang kepada pekerja-pekerja, saya melawat ke (pejabat) pendaftar dari semasa ke semasa," katanya.

Katanya beliau akan memberi tumpuan kepada masalah tunggakan kes dan kelambatan dalam proses membuat keputusan sesuatu kes.

"Terlalu banyak kes yang perlu dibicara dan diselesaikan. Kita amat kekurangan hakim. Selain daripada itu, saya juga pohon kerjasama daripada pihak peguam. Ini kerana pihak peguam juga boleh mempercepatkan perjalanan perbicaraan. Saya akan berjumpa dengan pihak peguam untuk memohon kerjasama," katanya.

Tulis alasan kehakiman

Beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penulisan penghakiman yang mengambil masa terlalu lama kerana terdapat hakim yang boleh menulis penghakiman mereka dalam masa yang singkat tetapi ada juga hakim yang mengambil masa yang terlalu lama untuk berbuat demikian.

Zaki berkata beliau telah membuat cadangan kepada hakim pada majlis penutupan Persidangan LawAsia baru-baru ini, agar mereka belajar menulis alasan penghakiman mereka secara ringkas tertumpu kepada persoalan penting dalam sesuatu kes.

"Seorang hakim semasa saya dua tahun di bahagian komersial di Mahkamah Kuala Lumpur menulis 500 alasan penghakiman. Bukanlah penghakiman itu panjangnya sehingga 50 muka tetapi mungkin dalam lima atau 10 muka…boleh dihabiskan dalam tempoh satu jam. Ini kerana setiap kali hakim membuat keputusan, alasan penghakiman sudah ada dalam fikiran mereka… sebab-sebabnya sudah ada, cuma perlu ditulis di atas kertas, itu sahaja," katanya.

Ditanya bagaimana masalah tersebut boleh diatasi, Zaki berkata satu cara adalah dengan menghantar peringatan kepada hakim yang belum menyerahkan alasan penghakiman dan mengadakan log alasan penghakiman untuk semua hakim, yang akan membolehkan mereka membuat perbandingan.

Ditanya mengenai tegurannya terhadap hakim-hakim lain yang dibuat secara terbuka di Persidangan LawAsia, beliau berkata hakim, peguam dan kakitangan badan penghakiman faham perangai beliau yang tidak memberi ruang kepada sebarang kepincangan pentadbiran.

"Saya ingat impaknya (membuat teguran secara terbuka) lebih kuat. Apabila saya baca surat khabar, saya tidak sangka impaknya macam itu. Selepas saya membuat ucapan semasa hari pelantikan saya sebagai Ketua Hakim Negara, ada hakim-hakim berjabat tangan dengan saya dan saya percaya mungkin 90 peratus hakim menyokong saya berhubung apa yang saya katakan. Ada kemungkinan sedikit yang tidak bersetuju," katanya.

Zaki berkata penangguhan kes oleh peguam juga menyumbang kepada tunggakan kes dan sejak beliau menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan, beliau telah berkali-kali memberitahu peguam-peguam yang mahu tangguhkan kes pada saat terakhir bahawa penangguhan tidak dibenarkan dan di peringkat Mahkamah Rayuan semasa saya menjadi Presiden, hakim-hakim Mahkamah Rayuan diberi arahan supaya tidak benarkan penangguhan.

Pada tahun lepas, penangguhan kes di Mahkamah Rayuan adalah 32 peratus bermakna jika 1,000 kes ditetapkan, 320 kes ditangguhkan.

Tugas pentadbiran


"Tahun ini, sejak saya mengambil alih sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, terdapat pengurangan 10 peratus dalam penangguhan kes. Mesej ini sampai kepada peguam dan peguam tahu perkara ini," katanya.

Zaki berkata sistem kehakiman negara ini terbahagi kepada dua fungsi iaitu pentadbiran dan kehakiman, dengan pentadbiran antara lain terlibat dalam penyampaian rekod, penyisihan fail, dan pengeluaran arahan manakala kehakiman tertumpu kepada menyampaikan penghakiman dan menentukan tidak ada timbunan kes.

Sebagai Ketua Hakim Negara, katanya beliau perlu melakukan kedua-duanya kerana "jika pentadbiran tidak bergerak, kehakiman tidak boleh bergerak lebih pantas".

"Di sini, saya bukan saja seorang hakim tetapi juga seorang pengurus," kata Zaki, yang merasakan Ketua Pendaftar wajar mengambil alih tugas pentadbiran.

"Itu yang ingin saya tegaskan…bahawa Ketua Pendaftar mesti melakukan tugas pentadbiran. Seperti mentadbir sebuah hospital. Hospital swasta mengambil pentadbir hospital yang dilatih khusus. Mereka adalah juga doktor tetapi mereka tidak merawat pesakit," katanya.

Beliau juga menghuraikan mengenai punca tunggakan kes.

"Masalahnya bukan saja mahkamah tetapi juga peguam, yang memohon penangguhan.

"Seorang ahli kimia perlu bekejar dari satu mahkamah ke satu mahkamah. Pegawai yang membuat serbuan juga perlu melakukan demikian. Dalam kes bunuh, ahli patologi yang sama perlu memberi keterangan di mahkamah berasingan.

"Ada kes seorang ahli kimia hadir di mahkamah A pada sebelah pagi, kemudian bekejar ke mahkamah B pada sebelah petang. Mereka keliru dengan fakta. Bagaimana ini hendak diatasi?

"Saya mempunyai 17 kamar Mahkamah Tinggi yang tidak diisi. Saya boleh lantik 17 hakim dengan segera, tetapi dari mana mereka datang? Saya boleh dapatkan daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan tetapi saya perlu pula mengisi jawatan mereka yang sebelumnya. Jadi ini bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam sekelip mata. Mungkin dalam tempoh 100 hari, saya boleh lakukan," kata Zaki.

Read More...

'Tak pernah restu mereka kahwin' - keluarga Memey

Kosmo Online




KOTA TINGGI - Keluarga Memey Suhaiza Abdul Rahman (gambar) menegaskan, mereka tidak pernah merestui perkahwinan pelakon baru itu dengan Norman Hakim.

Ibunya, Norlela Abdul Rahman, 44, memberitahu Kosmo! Ahad, beliau benar-benar terkilan dan sedih dengan laporan sebuah akhbar semalam mengenai perkahwinan itu.

"Wartawan akhbar itu mengasak bapa Memey, dan bertanya jika Norman dan Memey bernikah adakah pak cik merestuinya.

"Jadi pak cik kata jika ada jodoh dia terima tetapi kami tidak kata kami merestui perhubungan itu," katanya ketika ditemui di Teluk Sengat di sini semalam.

Menurut akhbar tersebut, bapa Memey, Suhaimi Sarwani, 45, dilaporkan merestui perkahwinan tersebut asalkan Memey gembira dan bahagia bersama pasangannya.

Norlela yang enggan gambarnya diambil bimbang laporan tersebut akan menyebabkan orang ramai termasuk orang kampung di Felda Tenggaruh 1, Kota Tinggi membuat tanggapan negatif terhadap Memey dan keluarganya.

Pada 30 Oktober lalu, Memey, 20 bersama pelakon, Mohamed Norhakim Zaidon atau lebih dikenali Norman Hakim, 32, dicekup pihak berkuasa atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Klang menyebabkan rumah tangga pelakon siri Gerak Khas itu kini bergolak.

Pada masa sama, kata Norlela, keluarganya menyerahkan kes tersebut kepada mahkamah untuk memutuskannya.

"Apabila diberitahu oleh Memey tentang kejadian itu, Auntie tidak memarahinya malah memberi sokongan agar tabah menghadapi cabaran hidup sebagai artis.

"Kami sekeluarga sudah cukup tertekan dengan liputan media setiap hari," katanya.

Read More...

Syed Hamid: KDN tidak akan pertikai keputusan mahkamah bebaskan Raja Petra

Mstar Online

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri tidak akan mempertikai keputusan mahkamah berhubung pembebasan penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Itu mahkamah punya keputusan, jadi kalau dia dibebaskan, itu hak mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Penjara Kajang, Hulu Langat, di sini hari ini.

Raja Petra, 58, ditahan di bawah ISA pada 12 Sept lepas selepas bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab menyiarkan artikelartikel tulisannya yang mempersenda dan menghina orang Islam, kesucian Agama Islam serta peribadi Nabi Muhammmad S.A.W yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini.

Raja Petra dibebaskan hari ini atas perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menerima permohonan habeas corpus daripada penulis blog itu.

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid meminta pihak yang melemparkan dakwaan rasuah ke atasnya agar membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi kesahihan.

Mengulas laporan polis yang dibuat Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman yang mendakwa beliau merasuah penyokongnya bagi meraih jawatan Naib Presiden Umno, Syed Hamid berkata pihak terbabit perlu menggunakan saluran yang betul dalam mendapatkan penjelasan dan bukannya menggunakan taktik fitnah.

"Saya hairan kenapa PAS buat laporan itu. Saya tengok mereka (PAS) ni suka cari benda fitnah. Semua ada saluran dan caranya, siapa tidak puas hati boleh bawa kepada BPR dan terpulang kepada BPR untuk menentukan siasatannya," katanya. BERNAMA

Read More...

DR M: Hakim-hakim berkenaan dipecat

Malaysiakini

Nov 8, 08 6:57pm

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa tiga hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988 telah dipecat, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menyatakan mereka diminta meletak jawatan.

"Setahun saya, mereka dipecat," katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas isu itu, di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

salleh abas and malaysia parliamentBeliau bagaimanapun berkata, bekas-bekas hakim itu tetap menerima pencen atas dasar ihsan, termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, demikian menurut laporan Bernama.

"Sekalipun beliau dipecat, beliau telah memberikan khidmat kepada kerajaan dalam beberapa tahun beliau di situ. Untuk memisahkan beliau sepenuhnya dari pencen adalah amat zalim, jadi diputuskan beliau dan hakim-hakim lain diberikan pencen mereka," kata Dr Mahathir.

Khamis lalu, Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa tidak pernah keluar perintah daripada tribunal berkenaan supaya memecat hakim-hakim itu, dan dalam sidang akhbar selepas itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa hakim-hakim itu telah diminta meletak jawatan.

Tun Salleh Abas, allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Edward Seah dipecat dari jawatan selepas tribunal berkenaan mendapati mereka bersalah atas salahlaku dalam krisis kehakiman 1988, manakala tiga hakim lain Tan Sri Datuk Mohd Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh digantung tugas tetapi kemudian
dikembalikan ke jawatan mereka.

Dr Mahathir enggan mengulas bila ditanya sama ada jumlah yang dibayar kepada hakim-hakim itu mencukupi, dan berkata itu harus ditanyakan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Dr.Mahathir berkata kerajaan sepatutnya membayar pampasan kepada bekas ketua setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad yang telah dibebaskan Selasa lalu dari tuduhan bersubahat dalam kes jenayah pecah aman dan menipu melibatkan RM9 juta.

Dr Mahathir, Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana sebelum itu melancarkan triathlon amal oleh perenang termuda jarak jauh negara, Salman Ali Shariati Abdul Halim, serta menyampaikan ucaptama dalam forum "Nilai Belia dan Kepimpinan Masa Depan" selepas pelancaran itu.

Salman Ali Shariati, 11, memulakan triathlon itu dengan acara berenang sejauh lapan kilometer, kemudian berbasikal sejauh 360 kilometer dan berlari sejauh 84 kilometer, dan dijangka tamat jam 5 petang esok.

Read More...

KDN rayu keputusan mahkamah bebaskan Raja Petra

Mstar Online

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri akan merayu terhadap keputusan mahkamah semalam membebaskan editor laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata walaupun kementeriannya tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu, keputusan itu tetap dihormati.

"Bagi saya, kalau ada sesiapa yang mengatakan mahkamah di dalam negara kita tidak bebas, ini (keputusan) membuktikan bahawa proses penghakiman dan keadilan di negara kita adalah satu proses yang bebas dan tidak membuat keputusan semata-mata memihak kepada kerajaan.

"Walaupun kita tidak bersetuju dengan keputusan itu, kita akan membuat rayuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelasnya, penahanan Raja Petra mengikut ISA merupakan langkah pencegahan sebelum tercetus konflik dan salah faham berasaskan agama akibat penulisan editor itu dalam laman web tersebut.

Katanya, sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku berikutan tindakan pihak atau individu tertentu bermakna ISA, yang bertindak sebagai undang-undang pencegahan, tidak berkesan.

"Tetapi mahkamah mempunyai hak untuk mentafsirkan bagaimana sesuatu keputusan yang diambil oleh menteri mengikut kuasa yang diberikan di bawah undang-undang.

"Kuasa itu diberikan di bawah perlembagaan Malaysia untuk mengadakan akta pencegahan," katanya.

Beliau berkata, kementeriannya juga akan mendapatkan penjelasan terperinci daripada mahkamah supaya tidak wujud keraguan dalam mengambil tindakan mengikut peruntukan di bawah ISA, termasuk kuasa menteri dalam membuat keputusan menahan seseorang. BERNAMA

Read More...

Bapa restui Norman-Memey

Mymetro

KUALA LUMPUR: “Kalau sudah ditakdirkan Memey bertemu jodoh dengan Norman, abang tidak ada masalah, malah merestuinya,” kata bapa pelakon Suhaiza atau Memey, 20, Suhaimi Sarwani, 45, ketika dihubungi di kediamannya di Felda Tenggaroh 1, Kota Tinggi, Johor, malam tadi.

Suhaimi yang membahasakan diri dengan panggilan abang, berkata dia sekeluarga sedia menerima pilihan hidup Memey asalkan anaknya gembira dan berbahagia bersama pasangannya.

“Terpulang kepadanya untuk membuat pilihan sendiri...abang ikut saja pilihannya.

“Oleh itu, abang akan merestui hubungan mereka sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh,” katanya mengulas kejadian menimpa Memey yang ditangkap khalwat dengan Norman Hakim di Ukay Perdana, pada 30 Oktober lalu.

Ditanya pandangan masyarakat kampungnya berkaitan kejadian terbabit, Suhaimi berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah kerana penduduk memahami situasi dialami Memey.
“Orang kampung tidak pernah meminggirkan kami, sebaliknya mereka memberi sokongan. Mereka dapat menerima kejadian menimpa anak abang kerana ia sebahagian asam garam kehidupan sebagai seorang artis.

“Abang tidak pernah menghalang Memey berkecimpung dalam industri seni, malah sentiasa menggalakkan dia meneruskan bidang diceburi kerana memang diminatinya sejak kecil,” katanya.

Selepas kejadian itu, Suhaimi berkata, Norman ada menghubungi ibu Memey untuk menjelaskan perkara sebenar dan meminta maaf dengan apa yang berlaku.

Katanya, Norman memberi jaminan tidak akan mengaitkan insiden itu dengan keluarganya.

Menurutnya, Memey yang juga anak ketiga daripada enam beradik selalu menghubungi keluarganya untuk bertanya khabar.

“Hampir setiap hari Memey menghubungi isteri saya tak kira waktu pagi, petang atau malam kecuali kalau dia ada penggambaran kerana mungkin terlalu sibuk berlakon,” katanya.

Mengenai keretakan rumah tangga Norman bersama Abby Abadi, kata Suhaimi, dia tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga pasangan berkenaan.

“Biarlah mereka selesaikannya dengan baik. Saya tak nak komen apa-apa pasal rumah tangga mereka,” katanya tenang menjawab soalan yang dikemukakan wartawan Harian Metro.

Suhaimi turut menyerahkan kepada mahkamah menentukan kes khalwat Memey bersama Norman.

“Apa saja keputusan, saya terima seadanya. Sekiranya terbukti mereka melakukan kesalahan itu, saya tetap menerima anak saya dan Norman,” katanya.

Pada awal pagi 30 Oktober lalu, Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, (gambar) dan Memey ditangkap khalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pejabat pelakon lelaki itu di Ukay Perdana.

Ini menyebabkan kemelut perkahwinan Norman dengan Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 30, yang sudah lama berlanjutan semakin parah.

Abby yang berang dengan tindakan Norman mempunyai hubungan dengan Memey kini menuntut suami menceraikannya.

Kelmarin, Norman yang ditemui selepas menunaikan solat hajat dan istikarah di Masjid Nur Hidayah Kampung Pandan, berkata dia pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby.

Read More...

Pembebasan Raja Petra: Kejayaan luar biasa, Syed Hamid wajar lepaskan jawatan

Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER (SK) - Keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Raja Petra Kamarudin dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu keputusan yang diluar jangka.

Menurut bekas tahanan ISA, Saari Sungib adalah satu kejayaan luar biasa bagi rakyat Malaysia semalam apabila hakim membenarkan Raja Petra dibebaskan setelah Horbus Corpus.

“Adalah satu kejayaan luar biasa dalam perjuangan menghapuskan ISA, Raja Petra berja dibebaskan dan hakim pula menafikan

Saari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang berkata, dalam kes ini Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar haruslah melepaskan jawatan kerana tidak berwibawa dalam melaksanakan tugas dengan wibawa.

“Syed Hamid berhak melepaskan jawatan beliau sebagai menteri kerana beliau tidak berwibawa menjalan tugas,” katanya lagi.

Ujarnya kesilapan beliau menahan wartawan yang melindungi keselamatan wartawan beliau amat diragui.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertaraf antarabangssa, Amnesty International penggunaan ISA yang digunapakai dinegara ini dan menuntut agar kesemua tahanan ISA dibebaskan.

“Amnesty International meminta agar kerajaan membubarkan ISA dengan segera serta mendakwa dengan kesalahan dan membicarakan atau membebaskan kira-kira 60 orang yang masih lagi ditahan dibawah ISA” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam penghakiman semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.

Beliau turut mengarahkan agar Raja Petra, yang ketika itu berada di Kem Tahanan Kamunting (Kemta), Taiping, yang ditahan sejak 12 September lepas, dibawa ke mahkamah sebelum pukul 4 petang semalam bagi urusan pembebasannya.

Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun dan boleh disambung bila-bila masa.

Para peguam yang mewakili Raja Petra adalah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah.

Raja Petra yang tiba dari Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di mahkamah lebih kurang jam 3 petang kelihatan tenang.

Read More...

Mesyuarat Pemuda Rembau 'kecoh sedikit'

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Nov 8, 08 2:41pm

Mesyuarat Pemuda Umno Rembau 'kecoh sedikit" sewaktu proses pencalonan bagi ketua Pemuda Umno Malaysia diadakan pagi tadi.

Ia berlaku selepas nama Khairy Jamaluddin yang juga ketua Pemuda bahagian tersebut dicadang dan disokong untuk jawatan tersebut.

khairy jamaluddinSebaik sahaja nama Khairy dicalon, ada perwakilan yang terus membuat cadangan supaya pencalonan ditutup dan disokong oleh perwakilan lain.

Menurut sumber-sumber, ketika itu ramai perwakilan meluangkan nama 'Khairy' tanda penyokong pencalonannya

Ketika itu, seorang lagi perwakilan berjalan ke arah mikrofon dan meminta supaya dibuka semula pencalonan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nama calon-calon mahu dicadangkan.

Perwakilan lain yang melihat keadaan itu mula bangun dan menjerit "KJ, KJ, J" serta "Pencalonan ditutup, pencalonan ditutup".

Seramai 308 perwakilan hadir dalam mesyuarat perwakilan itu yang dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengerusi tetap kemudiannya memutuskan pencalonan telah ditutup atas alasan majoriti perwakilan mahu Khairy dicalonkan sebagai ketua Pemuda.

Berikutan itu, Khairy terpilih sebulat suara sebagai calon ketua Pemuda, manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk naib ketua.

Setakat ini, Datuk Mukhriz Mahathir mendahulu dengan 74 pecalonan, Khairy 53 dan Datuk Khir Toyo (58). Bagi naib pula ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului dengan 94 pencalonan dan Reezal sehingga ini mendapat 82 pencalonan.

Sementara itu, Khairy berkata, pencalonan beliau di tempat sendiri itu telah melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.

"Pencalonan ini tidak sempurna jika rakan-rakan saya sendiri tidak
menyokong kita. Ini maruah saya," katanya selepas mesyuarat itu.

Sementara itu, Khairy juga kekal sebagai ketua Pemuda Umno bahagian tersebut selepas menang tanpa bertanding hari ini.

Manakala Mohd Shafrul Azman juga menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Pemuda bahagian selepas memperoleh 96 pencalonan daripada 100 cawangan dalam bahagian berkenaan.

Read More...

Pemimpin amal politik wang tiada tempat dalam UMNO - Najib

Utusan Online

PEKAN 8 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa tidak ada tempat dalam UMNO bagi pemimpin parti itu yang terlibat dalam gejala politik wang.

Tegasnya, UMNO memerlukan pemimpin yang memiliki kredibiliti dan bersih daripada amalan politik wang untuk meneruskan perjuangan parti ke peringkat tertinggi.

Bagaimanapun, kata beliau, ia terpulang kepada ahli parti untuk memilih pemimpin dan bergantung tahap penguatkuasaan parti berhubung gejala itu.

''Tidak ada tempat untuk pemimpin yang mengamalkan politik wang tetapi ia akhirnya terpulang kepada ahli UMNO untuk membuat pilihan.

''Ia juga bergantung kepada tahap penguatkuasaan kita. Ia macam perangkap laju, ada yang terlepas dan ada yang terkena," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan empat tahun lalu.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pihaknya sedar untuk menangani politik wang dalam pemilihan parti bukan sesuatu yang mudah tetapi usaha ke arah itu perlu diperhebatkan.

''Kita sedar ia bukan mudah. Bercakap memang mudah tetapi hendak melakukannya sukar. Namun bukan bererti usaha-usaha ke arah itu kita hentikan. Kita patut memperhebatkan lagi usaha kita," tegasnya.

Ditanya mengapa tiada sebarang tindakan diambil ke atas calon-calon tertentu setakat ini, katanya, setiap aduan dan laporan memerlukan bukti kukuh untuk mensabitkan seseorang calon dengan politik wang.

''Walaupun ia (Lembaga Disiplin UMNO) bukan mahkamah tetapi asas bukti (politik wang) mesti ada iaitu di mana berlaku kejadian, berapa jumlah wang yang diterima dan bukti wangnya," jelasnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, UMNO sedang meneliti kesahihan setiap aduan politik wang yang sebahagiannya dipercayai palsu dan bertujuan menjatuhkan calon tertentu.

Menurut beliau, pihaknya mengaku menerima banyak aduan berhubung politik wang tetapi setiap tindakan tidak boleh diambil terburu-buru bagi mengelakkan mana-mana calon teraniaya.

''Aduan itu banyak tetapi kita jangan menganiaya sesiapa. Kadang-kadang ada aduan palsu dan kurang tepat. Kadang-kadang pihak tertentu hendak mengena atau menjatuhkan mana-mana pemimpin dengan politik wang.

''Setiap aduan mesti disiasat dari segi kesahihan laporannya," katanya

Beliau menegaskan, amalan politik wang perlu dibanteras bagi memastikan imej parti tidak terjejas selain perjalanan proses pemilihan adalah bersih.

Amalan politik wang, tambah Najib, akan menyebabkan pemimpin yang tidak sepatutnya dipilih memegang sesuatu jawatan.

''Kita mungkin mempunyai barisan pemimpin yang tidak dapat mengangkat perjuangan UMNO ke tahap yang lebih tinggi lagi selain merosakkan kredibiliti parti itu sendiri.

''Rakyat akan menilai terhadap UMNO melalui pemimpin yang diketengahkan," jelasnya.

Read More...

Gesa senjata nuklear dihalang, Obama hadapi kecaman sulung Iran

Mstar Online

[DIKEMAS KINI] CHICAGO: Barack Obama yang mencatatkan kemenangan bersejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) Selasa lalu, semalam berkata bahawa usaha antarabangsa adalah perlu bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear.

Bagaimana beberapa jam selepas kenyataan itu dikeluarkan, Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengecam pendirian Obama.

"Ini menggambarkan kesinambungan dasar yang salah, yang sama seperti pada masa lalu," kata Ali ketika mengulas kenyataan Obama itu, di Teheran hari ini.

"Jika Amerika Syarikat mahu mengubah pendiriannya yang berkaitan dengan rantau ini ia harus menghantar isyarat-isyarat baik,' katanya.

Bercakap pada sidang akhbar 20 minit di sebuah hotel di sini semalam, Obama berkata:

"Pembangunan senjata nuklear Iran, saya percaya sesuatu yang tidak boleh diterima."

"Iran menyokong pertubuhan pengganas, yang saya merasakan sesuatu yang perlu dihentikan," katanya.

Obama muncul Presiden AS yang ke-44 dengan menewaskan John McCain pada pemilihan Selasa lalu.

Kemenangan itu diharap oleh masyarakat dunia dan dipercayai akan membawa perubahan dalam dasar luar AS.

Obama memberitahu, beliau akan meneliti surat ucapan tahniah yang dihantar oleh Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan akan menjawab sewajarnya.

Dalam suratnya kepada Obama, Mahmoud selain mengucapkan tahniah beliau juga menggesa Presiden yang baru itu supaya mengamalkan perubahan "fundamental dan adil" dalam dasar luar AS di rantau tersebut.

"Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan menawan undi majoriti... saya berharap anda akan mengutamakan kepentingan awam yang sebenar dan keadilan untuk mengakhiri permintaan tidak habis-habis sebuah minoriti yang hanya mementingkan diri sendiri," kata beliau dipetik IRNA.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |