Harakahdaily Ali Bukhari Amir Wed | Jul 02, 08 | 1:46:50 am MYT | |
Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna di dalam sebuah muktamar khusus kepada mahasiswa pernah menyebutkan perihal dua golongan pemuda yang lahir dalam politik yang berbeza di negara masing-masing. Idea ini masih tetap kekal relevan sebagai perbahasan. Menurut al-Banna, mahasiswa atau pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang bergolak akan lebih cepat matang berbanding pemuda yang lahir dalam negara yang tiada masalah, tenang tanpa kekacauan politik atau tiada peperangan. Jika dilihat zaman pergolakan sekitar 50-an, 60-an, 70-an yang menyaksikan peperangan-peperangan melawan penjajah British dan Jepun, maka pemuda pada zaman itu berkualiti lebih berbanding pemuda yang lahir pada zaman senang sekarang. Penyair, pimpinan politik, penguasa negara, pemimpin parti, wartawan atau apa sahajalah kerjaya pada zaman itu lebih dihormati kini, lantaran idea-idea itu lahir sebagai respon ke atas zaman-zaman pergolakan yang dilalui mereka. Namun, pada hari ini pun tidak semuanya senang. Masih ada keluarga yang senang serta yang susa h. Hasan al-Banna mengaitkan perihal kemahasiswaan dan kepemudaan dengan negara yang sedang mereka nikmati udaranya, airnya dan tanahnya. Sebenarnya, kita boleh merendahkan sedikit peru mpamaan organisasi negara ini dengan organisasi keluarga. Kita boleh berkata begini. Pemuda yang lahir dalam keluarga susah lebih berkualiti berbanding pemuda yang lahir dalam keluarga yang senang. Yang lahir dalam keluarga susah itu lebih berdikari (berdiri di atas kaki sendiri) hidupnya bermandiri sementara yang lahir dalam keluarga senang itu akan hidup bergantungan dan tak pandai berusaha mencari wang sendiri kerana semua diperolehi dengan mudah. Generasi pertama yang hidup pada tahun kesusahan sekitar 50-an, 60-an, 70-an telah pun berhasil membina kehidupan sendiri dan mungkin mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup menderita susah, lalu mereka menabur kemewahan kepada anak-anak mereka. Inilah salah asuhan. Akhirnya, generasi kedua telah rosak, dibinasakan oleh harta benda orang tua mereka sendiri. Di universiti, bukanlah satu pemandangan yang aneh dan pelik apabila melihat anak-anak muda berkereta mewah dan di dalamnya ada rakan-rakan yang menemani mereka berlibur. Tentu sekali mereka ini ramai yang ber'couple'. Kalau ditinjau lebih teliti dan dekat, mereka ini adalah anak kepada usa hawan, saudagar, orang-orang kenamaan yang barangkali punya gela ran Dato' Seri, Tan Sri serta pelbagai lagi. PTPTN tidak pula menyiasat dari mana mereka dapat kemewahan sebegini. Mereka inilah anak-anak bangsawan yang mungkin bangkit sebagai pemimpin negara pada masa depan yang tidak menghiraukan derita orang lain. Najib gemar gaya hidup mewah
Ketika ayahnya Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Najib mungkin sudah biasa dengan amalan gaya hidup bermewah ini. Sejak muda lagi Najib telah terbiasa mendapat wang banyak dan hal itu mula menjadi amalan kebiasaan dalam hidupnya. Maka, urusan pembelian pembelian helikopter, jet, kapal selam dan semuanya itu sudah pun menjadi adat, budaya keluarga mereka. Komisennya berjuta-juta. Sebab itu, apabila tersiarnya berita bahawa Najib ingin memberi insentif RM1 juta kepada atlet negara baru-baru ini, semua nilai adalah perkara biasa bagi diri seseorang yang bernama Najib. Baginya, apa sangat nilai RM1 juta jika dibandingkan dengan komisen berjuta-juta yang telah diterimanya dan dicekaunya sebelum ini? Bayangkan RM1 juta bagi kita yang mahu makan dan mahu beli alat keperluan pun tidak cukup. Sejuta itu tujuh keturunan tak habis dimakan, kalau kena dengan cara pengurusan wang tersebut. Sebelum ini, atlet akan menerima insentif bern ilai RM160,000. Angka sebesar ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah sederhana yang boleh menampung sebuah keluarga. Dan, rumah adalah suatu keperluan asas bagi setiap manusia. Baca kenyataan Najib dalam laporan akhbar untuk mengkaji apa yang terkandung dalam pemikiran Najib atau bagaimana Najib berfikir secara glokal. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun hadiah itu dianggap besar, ianya wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat. Najib berkata negara-negara jiran juga seperti Singapura menawarkan insentif S$1 juta untuk atlit mereka yang meraih emas di temasya Olimpik. Beliau berkata ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali. Hujah Najib
Mengukuhkan hujahnya lagi, kata Najib, negara-negara jiran seperti Singapura memberi insentif S$1 juta untuk atlit mereka yang meraih emas dalam Olimpik. Tetapi, kenapakah Singapura saja yang dirujuk Najib? Kenapa tidak dirujuk negara-negara lain juga? Ketiga, kata Najib, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan kerana temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali. Markah bonus bagi menilai 'keglokalan' pemikirannya ialah ketika beliau ditanya tentang penubuhan pusat latihan sukan berprestasi tinggi yang sebelum ini dicadang di London tetapi projek itu terpaksa dibatalkan. Maka, apakah pendirian Najib tentang hal ini? "Tidak semestinya di United Kingdom tetapi akan dibuat di mana-mana negara. Kita ada fleksibiliti dan kita akan cari tempat itu yang disokong dengan kepakaran sains sukan untuk menentukan atlit kita bukan saja dapat mengambil bahagian pada peringkat yang tertinggi tetapi juga dapat faedah daripada penggunaan sains sukan," katanya. Duit siapa dan duit mana yang Najib mahu gunakan untuk membina pusat latihan sukan? Tentulah bukan duit komisen kapal selam beliau. Itu tentunya wang kerajaan (duit rakyat) juga. Terkadang kita keliru adakah Najib ini TPM atau Menteri Belia dan Sukan sehingga bercakap mengenai penubuhan pusat latihan sukan tersebut? Pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengeluarkan suatu bantahan berhubung cara Najib membelanjakan wang terlalu banyak dalam hal tersebut. Adapun istilah dan ungkapan yang digunakan dalam hal ini ialah imbuhan mewah. Mewah ertinya, menggunakan harta pada jalan yang tidak sepatutnya. Mewah ada kaitan dengan pembaziran dan pemborosan. Najib sebenarnya merosakkan atlit dan pemikiran atlit kita melalui jalan memberikan kemewahan kepada mereka. Bantahan pertubuhan pelajar itu ada asas yang kuat. Menurut mereka, dalam keadaan di mana rakyat tertekan ekoran kenaikan harga minyak, barang keperluan dan segala macam lagi, insentif kemewahan itu tidak melambangkan situasi sebenar kehidupan rakyat. "Apakah kerajaan tidak merasai nadi denyutan rakyat yang dihimpit kesusahan?" kata Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli. "Dalam kesempitan menanggung harga barang naik kerajaan harus bijaksana menumpukan kepada kebajikan rakyat terbanyak." Rakyat masih ingat bahawa Najiblah antara pemimpin yang menyeru rakyat agar diubah cara hidup mereka. Apakah atlit itu bukan rakyat Malaysia ? Kenapa ada dua cara fikiran yang berbeza yang bersarang dalam jiwa Najib? Daripada suatu segi rakyat sebenarnya dapat menerima saranan mengubah cara hidup itu. Tapi, ketika ungkapan itu lahir daripada lidah pemimpin yang terbiasa dengan gaya hidup mewah sejak awal kehidupannya, maka rakyat menjadi marah. Itu sahaja. Sebenarnya, ramai lagi pemimpin hari ini yang lahir dalam keluarga bangsawan dan pada akhirnya, mereka hidup untuk jahanamkan rakyatnya. Bukan Najib seorang. Ada banyak lagi contohnya. Tapi, Najiblah antara contoh sesuai kerana beliau anak bekas PM. Sungguh tepat apa yang dibicarakan Hasan al-Banna itu. Iaitu, pemuda yang lahir dalam negara yang berkocak, akan lebih manusiawi berbanding yang berada dalam negara yang senang. Hal ini boleh diumpamakan dengan keluarga mewah dan susah juga. |
Thursday, July 3, 2008
Natijah Najib suka hidup mewah
0 comments Labels: Harakahdaily, najib razak, pembaziran
”Saya tidak kata saya tidak pergi ke Kondo itu,” kata Anwar selepas Tok Guru Nik Aziz Menziarahinya
Buletin Online |
Ditulis oleh Editor | |
Thursday, 03 July 2008 | |
Laporan NST kelmarin menyatakan pengawal keselamatan yang menjaga pintu keluar masuk utama Kondominium Mewah di Damansara, pernah melihat kelibat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Kondo tersebut sekitar lebih kurang sebulan yang lalu. “Saya tidak pernah kata saya tidak pernah ke Anwar juga enggan menjawab persoalan samada beliau membawa bersamanya Saiful dalam perjalanannya keluar negeri berikutan beberapa liputan media yang mendakwa tuduhan terhadap Anwar juga berlaku di Singapura, Tok Guru turut melahirkan rasa kesalnya dengan permainan taktik kotor yang berulang kali kedua dalam masa sepuluh tahun. "Tok Guru kata kepada saya, supaya saya sabar menghadapinya,” kata Anwar. Anwar mengucapkan terima kasih atas kesudian Tok Guru Nik Aziz yang mengunjunginya ketika beliau berhadapan dengan dugaan tersebut. Pertemuan antara beliau dan Tok Guru Nik Aziz berlangsung selama 45 minit. |
4 comments Labels: buletin online, DSAI, konspirasi, TGNA
Guan Eng minta Abdullah 'balik kampung' jelas pada rakyat
KLpos |
0 comments Labels: klpos, KM PPinang, Pak Lah undur
Pengakuan Rosmah tidak cukup, kes bunuh bukan isu kecil - Mahfuz
Harakahdaily Azamin Amin Wed | Jul 02, 08 | 3:06:01 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Pengakuan Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bahawa beliau tidak bersalah dalam dakwaan yang dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak mencukupi untuk membersihkan nama baik dan imejnya termasuk suami beliau yang sudah tercemar. Malah anggapan bahawa beliau tidak menyaman Raja Petra Kamaruddin kerana membuat fitnah itu, kerana tidak mahu menumpukan pada isu-isu yang tidak perlu, diselar dan kritik hebat hari ini oleh Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar. "Sejak bila kes bunuh ini adalah isu kecil atau tidak perlu ditumpukan malah tuduhan terhadapnya adalah serius dan mesti dibersihkan mengikut lunas undang-undang. "Raja Petra sendiri sanggup berhadapan dengan tindakan undang-undang untuk dedahkan bukti dan bersedia disaman dan ke mahkamah," kata Mahfuz yang berada di Parlimen ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. Katanya kesan kepada pengakuan Rosmah dengan tidak melakukan sebarang tindak balas menyebabkan orang ramai tertanya-tanya sama ada maklumat yang didedahkan oleh Raja Petra dalam Surat Akuan Berkanun itu adalah benar. Ini katanya memberi impak tidak baik kepada negara dari segi politik dan ekonomi apabila isteri Timbalan Perdana Menteri dikaitkan dengan kes pembunuhan dan menghilangkan kepercayaan rakyat termasuk masyarakat antarabangsa terhadap negara ini Kata Mahfuz lagi, jika 'kaedah' Rosmah ini digunakan oleh Penasihat Dato Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat pemuda tempoh hari , sudah pasti beliau tidak perlu di siasat atau kes tersebut diabaikan begitu sahaja. "Adakah dengan pengakuan Anwar bermakna kes ini ditutup sama seperti tuduhan terhadap Rosmah? Sudah pasti polis dan mahkamah mahukan bukti kukuh atas dakwaan dan pembelaan Anwar," katanya "Dan Anwar sendiri bertindak menyaman pemuda itu demi membersihkan nama baiknya. Rosmah perlu menyaman Raja Petra, demi mendedahkan bukti yang sebenarnya. "Jika tidak rakyat beranggapan bahawa isteri TPM menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum" katanya. Rosmah dipetik sebagai berkata bahawa beliau bukan seorang ahli politik malah tidak bertanding untuk merebut jawatan dalam parti, oleh itu tiada ada yang perlu dirisaukannya. Berdasarkan Surat Akuan Bersumpah blogger Raja Petra pada 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mendakwa bahawa Rosmah Mansor berada di tempat kejadian sewaktu mendiang Altantuya dibunuh. Dalam kejadian malam pembunuhan itu tiga orang telah disyaki berada ditempat kejadian iaitu Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri, Pemangku Kolonel Aziz Buyong (kini Leftenan Kolonel) seoarang pakar C4 dan isteri Aziz iaitu Norhayati yang merupakan ADC bagi Datin Rosmah, kata Raja Petra dalam surat akuannya itu Menurut Raja Petra lagi bahawa ketiga-tiga mereka ini sehingga kini masih belum disabitkan dalam kes ini ataupun di panggil sebagai saksi lagi dan berharap pihak polis akan menjalankan siasatan atas dakwaannya itu. Lebih mengejutkan, Raja Pertra mendakwa menurut sumbernya bahawa Aziz telah menempatkan bahan letupan C4 itu di beberapa anggota badan Altantuya sambil disaksikan sendiri oleh Rosmah dan Norhayati. Surat Akuan bersumpah ini turut disiarkan melalui laman web yang dikendalikan Raja Petra iaitu Malaysian Today dan beberapa blog yang lain./wann _ |
0 comments Labels: Altantuya, Harakahdaily, rosmah
Najib dituduh bersama Altantuya
Malaysiakini |
Jul 3, 08 12:40pm |
Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - yang ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda. Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu. P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya. Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai. Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya. Dan beliau turut mendedahkan bahawa bahagian yang mengaitkan Najib dalam kes tersebut, telah dibuang oleh pihak polis dari pada kenyataan beramarannya, untuk melindungi pemimpin itu. Hantar SMS Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya yang datang ke Malaysia pada tahun 2006 untuk menyelesaikan beberapa perkara dengan penganalisis itu. Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor. Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam berkata, beliau diberitahu oleh Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya. Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara". Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara". Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut. Laporan polis Balasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib. Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa. Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama Musa dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut. Ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya memalsukan bukti dalam kes ditumbuk Tan Sri Rahim Noor, ketua polis negara waktu itu, pada 1998. Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya. |
0 comments Labels: Altantuya, DSAI, malaysiakini, najib razak
Isu liwat gugatkan Rosmah, Najib dan Umno
Harakahdaily Lanjusoh Wed | Jul 02, 08 | 6:01:48 pm MYT | |
KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) � Nampaknya budaya kejutan mewarnai dimensi politik baru di Malaysia. Isu baru perlu dicipta untuk menutup isu sebelumnya. Inilah lanskap baru ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin terumbang ambing. Sekiranya konspirator yang diatur melalui Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 gagal menyegat pastinya BN bakal menjadi arwah. Jelas kelihatan isu yang diletupkan Raja Petra Kamaruddin dengan akuan bersumpah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Altantuya benar-benar mengejutkan. Sekiranya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sering terlena, mungkin beliau akan cepat bingkas dengan isu tersebut. Sekurang-kurang menyelamatkan kedudukannya di kerusi presiden kerana Datuk Seri Najib Razak semakin tidak bertenaga mencabarnya. Dakwaan kes membabitkan isterinya telah memudarkan karier politik Najib. Mengharap pelan peralihan kuasa seperti yang pernah dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad, kelihatan seperti tidak mungkin berlaku. Dan kalau berlaku pun bukan kepada Najib kerana isu Altantuya berlingkar di sebalik kehidupan keluarganya. Ramai orang berhujah mengapa Najib dan Rosmah tidak menjawab segala tuduhan Raja Petra dengan membuat laporan polis. Kenyataan Rosmah, di mana beliau memberitahu tidak mahu menumpukan perhatian terhadap isu tidak perlu kerana banyak perkara lain yang harus dilakukan untuk rakyat dan negara mengundang reaksi tidak berpenghujung. �Kenyataan itu seperti ada sesuatu yang cuba diselindungkan. Dalam situasi sekarang pemimpin Umno mengharapkan sepenuhnya bantuan polis. �Dan dalam kes Altantuya laporan polis dianggap begitu perlu, setidak-tidaknya dapat membersihkan Rosmah buat seketika,� kata Setiausaha Bahagian KeADILan Pasir Mas, Haji Kamaruddin Zakaria. Maka mungkin sebagai jalan pintas untuk melakukan kejutan diciptalah isu kes liwat sekali lagi membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setidak-tidaknya ia diharap dapat menutup ruang yang terbuka luas dalam isu Rosmah, Altantuya dan Najib. Minggu ini semua orang bercakap mengenai liwat, biar pun kesamaran terhadap dakwaan yang dibuat semakin jelas. Beberapa insiden yang mungkin tidak disengaja antaranya pembatalan sidang media keluarga Saiful memperluaskan ruang gelap kes itu. Tampilnya individu yang digelarkan sebagai Uncle Pat boleh memperlihatkan siapa sebenarnya keluarga Saiful. Ditambah pula pendedahan Anwar, ada alibi bagi menyokong penafiannya. Mungkinkah pendakwa bakal mengubah tarikh lagi selepas ini. �Ia sudah mampu mengurangkan nilai kepercayaan terhadap dakwaan bekas pelajar Uniten yang gagal dalam pengajian tersebut,� kata seorang bekas pegawai kanan Kementerian Kewangan. Biar pun media harian nampaknya cuba membuat conggakkan bagi menghodohkan wajah Anwar, namun ia kelihatan seperti tersasar. Kesepakatan pemimpin Umno cuba menafikan wujud konspirasi menjelaskan lagi keadaan. Itu belum lagi diambil kira dakwaan kononnya Anwar licik meraih simpati. Bagi manusia yang waras, mungkin kes liwat bukan perkara gurauan. Kesnya lebih menguris perasaan berbanding seorang pemandu lori kahwin empat atau pemimpin politik ceraikan isteri muda. Bagi Timbalan Pesuruhjaya 3, Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, kes itu tidak perlu dirujuk ke mahkamah sivil kerana ia membabitkan pelaku beragama Islam. �Tampilkan empat orang saksi sebagaimana ditetapkan dalam perundangan Islam. Kalau sekadar seorang yang membuat tuduhan itu asasnya tidak cukup kuat. �Lagi pun negara ini sudah dimasyhurkan dengan Islam Hadhari. Inilah masanya untuk memperkasakan mahkamah syariah,� katanya di sini. Menurut beliau sekiranya syarat empat saksi gagal ditampilkan, maka jelas isu liwat akan menjadi seumpama belon yang meletup kerana terkena rumput. Kata beliau tanpa perlu pergi lebih jauh, kelihatan jalan cerita kes liwat versi terkini begitu tempang berbanding peristiwa yang pernah diuar-uarkan pada 1998. Seorang pemimpin peringkat cawangan turut berminat berkongsi isu tersebut. Katanya, isu liwat akan terhenti apabila empat anggota Parlimen BN yang didakwa mahu menyertai KeADILan membuat kenyataan terbuka. �Kalau sebelum ini isu Ketua Pemuda MIC, S. A Vigneswaran mengeluarkan kenyataan meletak jawatan dan keluar parti kurang dihiraukan, namun empat wakil rakyat BN sertai Pakatan bakal mengejutkan,� kata Haji Mat Soleh, 65 dari Kuala Krai. Kalau isu Altantuya hampir berjaya ditutup dengan kejutan liwat, maka penghijrahan empat anggota parlimen BN boleh meredakan isu liwat. Laluan kedua bagi menyahkan isu itu melalui Protes Sejuta Rakyat, 6 Julai ini. Sekiranya berjaya mengulangi himpunan anjuran Bersih November lalu, maka isu liwat beransur-ansur tenggelam. Tidakkah ini dinamakan politik berskala pendek alaMalaysia. Selepas liwat isu apa lagi yang mampu menggugat Anwar. Ada orang berhujah, isu liwat bukan mencederakan Anwar, sebaliknya menggugat Rosmah, Najib dan Umno. - mj _ |
0 comments Labels: Altantuya, Harakahdaily, konspirasi, najib razak, rosmah
Anwar: Polis didakwa gugur info hubungan Najib-Altantuya
Mstar Online
03-07-2008 01:33:35 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
(Mutakhir) PETALING JAYA: Pada sidang akhbar hari ini - yang ketiga selepas dakwaan meliwat didedahkan Sabtu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polis telah mengetepikan maklumat penting tentang hubungan anatra Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dengan Altantuya yang diberikan oleh penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam.
Maklumat itu dinyatakan dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Julai 2008 yang dibuat oleh Balasubramaniam.
Ketika mengeluarkan kenyataan itu di sini sebentar tadi, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Balasubramaniam pernah memberikan maklumat berkenaan kepada polis, tetapi ia tidak dibawa ke mahkamah.
"Perkara ini adalah kaedah yang sama iaitu memanipulasi maklumat dan tidak direkodkan seperti yang berlaku dalam kes saya tahun 1998," katanya pada akhbar di sini.
Anwar mengadakan sidang akhbar pertama selepas berhadapan dengan isu dakwaan meliwat pada Isnin lalu sejurus selepas keluar dari berlindung di rumah Duta Turki di Kuala Lumpur.
Sidang akhbar susulan diadakan kelmarin selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.
Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.
Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.
BERITA TERDAHULU
Dakwaan liwat: Dua pertiga percaya bermotif 'bunuh' kerjaya politik Anwar
(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Hampir 60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini, berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik.
Hanya 11 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa isu terbaru yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berunsur 'pembunuhan kerjaya politik', kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian kepada mStar Online petang tadi.
Kata beliau, kajian itu melibatkan 225 responden Melayu yang ditemui Isnin dan Selasa lalu iaitu dalam tempoh dua hingga tiga selepas isu tersebut didedahkan oleh media massa.
"Ini kajian ringkas dan data diperoleh ketika isu ini masih baru lagi. Kajian ini akan dikembangkan dan ada kemungkinan pendapat dan pandangan responden boleh berubah berdasarkan perkembangan semasa," tambah beliau.
Kata beliau, kajian ini hanya mengemukakan dua soalan.
Berhubung soalan sejauh mana mereka percaya laporan mengenai isu berkenaan, seramai 49 peratus responden mengatakan tidak percaya sama sekali manakala enam peratus mengatakan bahawa mereka percaya dengan dakwaan itu. Seramai 34 peratus responden mengatakan tidak tahu manakala 11 peratus enggan menjawab soalan berkenaan.
Tahap peratusan ralat kajian adalah kira-kira 6.5 peratus.
Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.
0 comments Labels: Altantuya, DSAI, mstar online, najib razak, polis