+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 3, 2008

Natijah Najib suka hidup mewah

Harakahdaily

Ali Bukhari Amir

Wed | Jul 02, 08 | 1:46:50 am MYT

Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna di dalam sebuah muktamar khusus kepada mahasiswa pernah menyebutkan perihal dua golongan pemuda yang lahir dalam politik yang berbeza di negara masing-masing. Idea ini masih tetap kekal relevan sebagai perbahasan.

Menurut al-Banna, mahasiswa atau pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang bergolak akan lebih cepat matang berbanding pemuda yang lahir dalam negara yang tiada masalah, tenang tanpa kekacauan politik atau tiada peperangan.

Jika dilihat zaman pergolakan sekitar 50-an, 60-an, 70-an yang menyaksikan peperangan-peperangan melawan penjajah British dan Jepun, maka pemuda pada zaman itu berkualiti lebih berbanding pemuda yang lahir pada zaman senang sekarang.

Penyair, pimpinan politik, penguasa negara, pemimpin parti, wartawan atau apa sahajalah kerjaya pada zaman itu lebih dihormati kini, lantaran idea-idea itu lahir sebagai respon ke atas zaman-zaman pergolakan yang dilalui mereka.

Namun, pada hari ini pun tidak semuanya senang. Masih ada keluarga yang senang serta yang susa h. Hasan al-Banna mengaitkan perihal kemahasiswaan dan kepemudaan dengan negara yang sedang mereka nikmati udaranya, airnya dan tanahnya.

Sebenarnya, kita boleh merendahkan sedikit peru mpamaan organisasi negara ini dengan organisasi keluarga. Kita boleh berkata begini. Pemuda yang lahir dalam keluarga susah lebih berkualiti berbanding pemuda yang lahir dalam keluarga yang senang.

Yang lahir dalam keluarga susah itu lebih berdikari (berdiri di atas kaki sendiri) hidupnya bermandiri sementara yang lahir dalam keluarga senang itu akan hidup bergantungan dan tak pandai berusaha mencari wang sendiri kerana semua diperolehi dengan mudah.

Generasi pertama yang hidup pada tahun kesusahan sekitar 50-an, 60-an, 70-an telah pun berhasil membina kehidupan sendiri dan mungkin mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup menderita susah, lalu mereka menabur kemewahan kepada anak-anak mereka.

Inilah salah asuhan. Akhirnya, generasi kedua telah rosak, dibinasakan oleh harta benda orang tua mereka sendiri. Di universiti, bukanlah satu pemandangan yang aneh dan pelik apabila melihat anak-anak muda berkereta mewah dan di dalamnya ada rakan-rakan yang menemani mereka berlibur. Tentu sekali mereka ini ramai yang ber'couple'.

Kalau ditinjau lebih teliti dan dekat, mereka ini adalah anak kepada usa hawan, saudagar, orang-orang kenamaan yang barangkali punya gela ran Dato' Seri, Tan Sri serta pelbagai lagi. PTPTN tidak pula menyiasat dari mana mereka dapat kemewahan sebegini. Mereka inilah anak-anak bangsawan yang mungkin bangkit sebagai pemimpin negara pada masa depan yang tidak menghiraukan derita orang lain.

Najib gemar gaya hidup mewah


Salah seorang anak bangsawan yang telah terbiasa hidup mewah dan tidak pernah susah itu adalah Timbalan Perdana Menteri kini, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ketika ayahnya Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Najib mungkin sudah biasa dengan amalan gaya hidup bermewah ini. Sejak muda lagi Najib telah terbiasa mendapat wang banyak dan hal itu mula menjadi amalan kebiasaan dalam hidupnya.

Maka, urusan pembelian pembelian helikopter, jet, kapal selam dan semuanya itu sudah pun menjadi adat, budaya keluarga mereka. Komisennya berjuta-juta. Sebab itu, apabila tersiarnya berita bahawa Najib ingin memberi insentif RM1 juta kepada atlet negara baru-baru ini, semua nilai adalah perkara biasa bagi diri seseorang yang bernama Najib.

Baginya, apa sangat nilai RM1 juta jika dibandingkan dengan komisen berjuta-juta yang telah diterimanya dan dicekaunya sebelum ini? Bayangkan RM1 juta bagi kita yang mahu makan dan mahu beli alat keperluan pun tidak cukup. Sejuta itu tujuh keturunan tak habis dimakan, kalau kena dengan cara pengurusan wang tersebut.

Sebelum ini, atlet akan menerima insentif bern ilai RM160,000. Angka sebesar ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah sederhana yang boleh menampung sebuah keluarga. Dan, rumah adalah suatu keperluan asas bagi setiap manusia.

Baca kenyataan Najib dalam laporan akhbar untuk mengkaji apa yang terkandung dalam pemikiran Najib atau bagaimana Najib berfikir secara glokal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun hadiah itu dianggap besar, ianya wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.

Najib berkata negara-negara jiran juga seperti Singapura menawarkan insentif S$1 juta untuk atlit mereka yang meraih emas di temasya Olimpik.

Beliau berkata ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali.

Hujah Najib


Dalam hujah pertama, Najib berkata memberi imbuhan sebesar itu adalah suatu keperluan memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.

Mengukuhkan hujahnya lagi, kata Najib, negara-negara jiran seperti Singapura memberi insentif S$1 juta untuk atlit mereka yang meraih emas dalam Olimpik. Tetapi, kenapakah Singapura saja yang dirujuk Najib? Kenapa tidak dirujuk negara-negara lain juga?

Ketiga, kata Najib, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan kerana temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali.

Markah bonus bagi menilai 'keglokalan' pemikirannya ialah ketika beliau ditanya tentang penubuhan pusat latihan sukan berprestasi tinggi yang sebelum ini dicadang di London tetapi projek itu terpaksa dibatalkan. Maka, apakah pendirian Najib tentang hal ini?

"Tidak semestinya di United Kingdom tetapi akan dibuat di mana-mana negara. Kita ada fleksibiliti dan kita akan cari tempat itu yang disokong dengan kepakaran sains sukan untuk menentukan atlit kita bukan saja dapat mengambil bahagian pada peringkat yang tertinggi tetapi juga dapat faedah daripada penggunaan sains sukan," katanya.

Duit siapa dan duit mana yang Najib mahu gunakan untuk membina pusat latihan sukan? Tentulah bukan duit komisen kapal selam beliau. Itu tentunya wang kerajaan (duit rakyat) juga. Terkadang kita keliru adakah Najib ini TPM atau Menteri Belia dan Sukan sehingga bercakap mengenai penubuhan pusat latihan sukan tersebut?

Pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengeluarkan suatu bantahan berhubung cara Najib membelanjakan wang terlalu banyak dalam hal tersebut. Adapun istilah dan ungkapan yang digunakan dalam hal ini ialah imbuhan mewah.

Mewah ertinya, menggunakan harta pada jalan yang tidak sepatutnya. Mewah ada kaitan dengan pembaziran dan pemborosan. Najib sebenarnya merosakkan atlit dan pemikiran atlit kita melalui jalan memberikan kemewahan kepada mereka.

Bantahan pertubuhan pelajar itu ada asas yang kuat. Menurut mereka, dalam keadaan di mana rakyat tertekan ekoran kenaikan harga minyak, barang keperluan dan segala macam lagi, insentif kemewahan itu tidak melambangkan situasi sebenar kehidupan rakyat.

"Apakah kerajaan tidak merasai nadi denyutan rakyat yang dihimpit kesusahan?" kata Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli. "Dalam kesempitan menanggung harga barang naik kerajaan harus bijaksana menumpukan kepada kebajikan rakyat terbanyak."

Rakyat masih ingat bahawa Najiblah antara pemimpin yang menyeru rakyat agar diubah cara hidup mereka. Apakah atlit itu bukan rakyat Malaysia ? Kenapa ada dua cara fikiran yang berbeza yang bersarang dalam jiwa Najib?

Daripada suatu segi rakyat sebenarnya dapat menerima saranan mengubah cara hidup itu. Tapi, ketika ungkapan itu lahir daripada lidah pemimpin yang terbiasa dengan gaya hidup mewah sejak awal kehidupannya, maka rakyat menjadi marah. Itu sahaja.

Sebenarnya, ramai lagi pemimpin hari ini yang lahir dalam keluarga bangsawan dan pada akhirnya, mereka hidup untuk jahanamkan rakyatnya. Bukan Najib seorang. Ada banyak lagi contohnya. Tapi, Najiblah antara contoh sesuai kerana beliau anak bekas PM.

Sungguh tepat apa yang dibicarakan Hasan al-Banna itu. Iaitu, pemuda yang lahir dalam negara yang berkocak, akan lebih manusiawi berbanding yang berada dalam negara yang senang. Hal ini boleh diumpamakan dengan keluarga mewah dan susah juga.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |