GENTING (April 4, 2008): MCA will accept any good policies which benefit the people with an open heart,said its president Datuk Seri Ong Ka Ting today.
“We should be doing anything that are good for the people. All political parties have to servie the people,” he said when met after the opening of the late Tan Sri Dr Lim Goh Tong Memorial Hall here.
Ong was asked to response to the new policies which have been announced by the Pakatan Rakyat state governments.
Pakatan Rakyat comprises PKR, DAP and PAS, wrested the administration of Kelantan, Kedah, Penang, Selangor and Perak in the just-concluded general election.
Ong said the party is watching closely all the policies which would be implemented by the Pakatan Rakyat state governments.
“We hope they will realise whatever policies that thay have announced. If they can realise it, we compliment them. Otherwise, they should be more careful when making statements. They should only say things which are possible to realise,” he said.
“(I hope) they will fulfil whatever they have said. Otherwise the people will also judge them in the future.”
Ong declined to comment on MCA veteran leader Tan Sri Dr Ting Chew Peh’s statement that the party should be ashamed that it had not been able to resolve the permanent land titles problem which the Perak state government could resolve it only after three weeks in power.
“I respect his views. I don’t think we have to response to every single comment,”he said.
On Wednesday, Perak state government had announced that the permanent land titles would be issued to all planned villages and new villages in the state.
MCA had been criticised that it only be able to obtain temporary land titles for the new villages which residents are predominantly Chinese.
Ong also urged the party members to contribute to the party and the Chinese community.
“All the party members should not be disappointed (with the election results). We have a lot of things that have to be done within the party,” he said, adding that he was collecting feedback from the party members about MCA’s setback in the election.
“The people’s wish must be given serious consideration. We are open to criticism,”he added.
Asked to comment on MCA vice president Datuk Donald Lim Siang Chai’s statement that the government should release the five Hindu Right Action Force (Hindraf) leaders, Ong said: “All MCA leaders entitled to their personal views.”
Earlier, Ong also witnessed the presentation of cheque of a donation of RM9.5million to medical and educational institutions and charity homes in conjunction with the opening of the Memorial Hall.
Other present at the ceremony were Genting Group chairman and chief executive Tan Sri Lim Kok Thay,Local Government and Housing Minister Datuk Ong Ka Chuan and Health Minister Datuk Liow Tiong Lai.
Saturday, April 5, 2008
MCA accepts good polices of Pakatan Rakyat state governments
0 comments Labels: MCA, Pakatan Rakyat, The Sun
No longer a shoe-in for Khairy
The Star Online
The political tsunami has levelled the playing field and it is going to be a wide-open race for the Umno Youth leadership.
JUST three weeks ago, they were waging a fierce election campaign and raining accusations on each other.
But on Thursday, all that seemed far behind them when the newly-elected and re-elected MPs turned up in Parliament for a briefing.
And this was perhaps best illustrated in a photograph of PKR’s Member of Parliament for Batu Tian Chua and Barisan Nasional’s MP for Rembau Khairy Jamaluddin walking together in the Parliament lobby, wearing their best smiles.
Khairy has been keeping a rather a low profile since the elections. He is aware of the mood out there about him and the pressure is not about to end just yet.
As such, the man who many assumed would inherit the Umno Youth chief’s chair is now watching the action from the sidelines.
It is still a good eight months before the Umno elections but the race for the Umno Youth leadership has effectively begun.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein flagged off the race when he announced that he would not be defending his leadership of the wing.
It was hardly breaking news because Hishammuddin was known to be eyeing one of the three vice-president’s posts since last year. Some even thought the announcement was Hishammuddin’s way of diverting the attention of Umno Youth members from the party’s post-election woes.
Whatever his reason, the contest for Umno Youth chief is going to be a wide open race.
To date, Datuk Mukhriz Mahathir and Datuk Seri Dr Khir Toyo have confirmed they will be vying for the post.
“The political tsunami of March 8 has levelled the playing field. The fear factor is not there anymore and people are not afraid to challenge the status quo,” said an Umno Youth politician.
To put it bluntly, few had been prepared to take on Khairy who was then the leading contender.
But Khairy has suffered considerable political damage from the elections and few see him going for the post for a number of reasons.
First, his candidacy will cause resentment that may spill over to the Prime Minister and he would not want that. Second, public opinion is against him and Umno may have a harder time winning back the non-Malay middle ground with him as the next Youth leader.
Besides, at only 33, he can afford to hold on to his No 2 post in the wing.
But, as an Umno strategist pointed out, three people had a part in the perfect storm during the elections.
One was, no doubt, Khairy and his controversial statements. The other was Hishammuddin who wielded the keris. Then there was Dr Khir whose state officers demolished the Hindu temple.
“Together, they created the perfect storm,” said the Umno strategist.
Even Mukhriz will have to prove that he can do more for the Youth wing than defend his father’s causes.
But these are early days yet. The nominations for posts, including those for the Youth wing, will take place when division meetings start in October and that’s when the games really begin.
More candidates are likely to emerge in the meantime. The possibilities are lawyer Razali Ibrahim and chartered accountant Datuk Norza Zakaria, the Youth heads for Johor and Federal Territory respectively.
They have probably not jumped in yet because they do not have the sort of war chests that Mukhriz and Khir are reputed to have.
Razali may be the dark horse because he is closely allied to Hishammuddin who has reportedly asked him to consider going for the post.
It is not necessarily all over for Khairy because the Umno Youth heads of Perlis, Penang, Perak, Pahang and Terengganu have pledged their support if he goes for the No 1 post.
“He still has our support,” said Perlis Umno Youth head Datuk Rozabil Abdul Rahman.
The catch is that state Youth heads are appointed by the Umno Youth chief and they do not always command the ground.
In fact, their actions have often been criticised as reflecting the interests of the leadership rather than the sentiments on the ground.
Meanwhile, Khairy is playing it cool.
He has neither confirmed nor dismissed his options but said he needs to listen to the grassroots’ views before making a decision.
0 comments Labels: KJ beruk, the star
Usah musnahkan Umno - Shabery Chik
Berita Harian
Oleh Saufi Hamzah dan Yahya Awang
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berucap di majlis perhimpunan bulanan dan menyampaikan amanat sulungnya kepada kakitangan Kementerian Penerangan di Angkasapuri, di sini semalam. |
Dr Mahathir sudah lama hancurkan parti: Ahmad Shabery
KUALA LUMPUR: Pelbagai masalah yang didakwa berlaku dalam Umno oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga parti itu kini dikatakan seolah-olah berada di ambang kehancuran, sebenarnya berpunca daripada tindakan bekas Perdana Menteri itu sendiri ketika memimpinnya.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata di sebalik kritikan lantang Dr Mahathir, beliau sebenarnya ialah individu yang menghancurkan Umno kerana memperkenalkan pelbagai peraturan tidak demokratik, termasuk menghalang Presiden dan Timbalan Presiden dicabar.
Beliau berkata, Umno 'dicekik dan dilemaskan' sedikit demi sedikit ketika zaman Dr Mahathir menjadi Presiden sehingga menyebabkan parti itu diharamkan pada 1988.
"Ketika kepemimpinan Dr Mahathir, Umno mati, musnah, dibatalkan pendaftarannya dan terus mati lagi dalam bentuk yang lain... kita tidak mahu Umno yang menjadi parti keramat orang Melayu ini sekali lagi mati hanya kerana Dr Mahathir.
"Umno pernah diharamkan pada zaman beliau dan kita tak mahu perkara ini berlaku lagi. Semua perkara ini saya percaya orang Melayu tak lupa, tetapi mungkin Dr Mahathir sendiri lupa mengenai apa yang pernah dilakukannya ketika memimpin Umno. "Saya sedih terpaksa bercakap perkara ini tetapi ingatlah bahawa keterbukaan Pak Lah (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) jangan diambil kesempatan.
"Di bawah Dr Mahathir, tak ada peluang RTM nak keluar berita cerca kerajaan dan kepemimpinan kerana Dr Mahathir tidak benarkan, tetapi zaman sekarang beliau sendiri menikmati segala-galanya (untuk mengkritik kerajaan)," katanya.
Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata demikian selepas majlis perhimpunan bulanan dan menyampaikan amanat sulungnya kepada kakitangan Kementerian Penerangan di Angkasapuri, di sini semalam. Hadir sama, Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe.
Beliau diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa Umno kini lemah dan menghadapi pelbagai masalah kerana ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu hanya menjadi pak turut dan tidak berani menasihatkan Presiden.
Ahmad Shabery berkata, persoalan mengenai siapa yang berani atau sebaliknya tidak harus timbul kerana sejarah sudah membuktikan bahawa paling ramai pemimpin Umno yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah ketika pemerintahan Dr Mahathir.
"Jadi, jika dikatakan Pak Lah bertindak terlalu keras, saya rasa perlu diimbau kembali sejarah. Saya juga masih ingat ahli MT tak boleh 'ditabal' pada peringkat bahagian masing-masing. Ketua bahagian di Kelantan tak boleh ditentang oleh lawan.
"Ini semua pada zaman Dr Mahathir dan pada waktu itu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, tetapi hari ini beliau menyatakan Umno sekarang tak demokratik, seolah-olah masa beliau demokratik sangat," katanya.
Ahmad Shabery berkata, Dr Mahathir juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa sekarang ahli peringkat akar umbi mulai marah kepada Umno kerana kononnya Bahagian Umno tidak mendengar pendapat ahli bawahan.
"Sebenarnya, masa pilihan raya umum baru-baru ini, masyarakat peringkat akar umbi tiada masalah, orang Felda gembira harga sawit naik, harga getah naik. Yang mungkin marah sikit ialah orang di Lembah Klang kerana harga minyak dan barang lain naik," katanya.
Beliau juga memberikan contoh pada Pilihan Raya Umum 1999, berlaku penolakan pengundi besar-besaran terhadap Dr Mahathir termasuk kira-kira 22 peratus undi dari Selangor berbanding Pilihan Raya Umum 1995 dengan dua negeri tumbang kepada pembangkang.
"Cuma pada waktu itu, Dr Mahathir diselamatkan oleh pengundi Cina. Namun, beliau tidak berhenti walaupun akar umbi marah. Memang benar orang Melayu marah, tetapi Dr Mahathir tidak berundur, malah menyarankan tiada pertandingan menentang beliau," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, pula mendakwa tindak tanduk Dr Mahathir sendiri yang sebenarnya menjadi punca Umno semakin berpecah dan lemah sekarang, sama seperti ketika beliau mula menerajui parti itu pada awal 1980-an.
"Contohnya, pada awal 1980-an, Dr Mahathir selaku Presiden mahu Tun Musa Hitam menjadi timbalannya hingga mengetepikan kehendak ahli yang mahukan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga menyebabkan parti berpecah.
"Pada 1998 ketika Umno semakin pulih dan kuat, Dr Mahathir menghadapi masalah pula dengan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memecatnya menyebabkan sekali lagi Umno berpecah.
"Sekarang, beliau sekali lagi campur tangan walaupun sudah bersara dengan menggesa Pak Lah meletak jawatan, malah mahu supaya pemilihan Presiden parti pada Disember ini tak perlu menggunakan sistem kuota sedangkan beliau sendiri yang perkenalkan.
"Saya sebenarnya bersetuju dengan pendapat bahawa Umno kuat, tetapi yang mencederakan parti itu ialah Tun Mahathir," katanya pada majlis penyampaian sumbangan bantuan untuk mangsa ribut di Parit Buntar, Perak, semalam.
Nazri berkata, Dr Mahathir mahu sistem kuota pemilihan Presiden yang diperkenalkannya selepas menang tipis, iaitu hanya 41 undi terhadap pencabarnya Tengku Razaleigh pada pemilihan 1987, dimansuhkan.
"Saya masih ingat apa yang Dr Mahathir mahu ketika itu kerana sekarang saya masih jadi Ahli Parlimen, Menteri dan Ahli MT. Bagaimanapun, ketika itu tiada sesiapa pun memintanya meletak jawatan malah parti terus memberi sokongan kepada beliau.
"Dulu Dr Mahathir berkata walau menang satu atau dua undi beliau tetap menang. Jadi macam mana bila Pak Lah menghadapi keadaan seperti sekarang, beliau mahu Pak Lah letak jawatan sedangkan mandat yang diperoleh cukup selesa. Inilah yang dikatakan Melayu mudah lupa," katanya.
0 comments Labels: Berita Harian, UMNO haprak
DAP: Ingat punca BA retak
Malaysiakini |
Fathi Aris Omar | Apr 5, 08 11:06am |
Pakatan Rakyat, nama yang dicadangkan untuk gabungan tiga parti pembangkang, wajar berlajar punca keretakan Barisan Alternatif (BA), kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang. "Kenyataan-kenyataan dalam tempoh tiga hari ini membangkitkan persoalan sama ada ketiga-tiga parti ini benar-benar telah mengambil iktibar daripada krisis BA pada 2001, ketika DAP meninggalkan gabungan itu kerana sikap tidak berganjak PAS untuk menunaikan matlamat negara Islam, yang tidak termasuk dalam manifesto BA," kata Lim dalam satu kenyataan, semalam. Kenyataan yang dimaksudkannya termasuklah yang dibuat timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub bahawa "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam." Ahmad dilaporkan berkata "memang ideologi PAS, DAP dan PKR tidak sama, tetapi kita yakin masih ada ruang yang mampu mewujudkan persefahaman bagi memastikan Pakatan Rakyat ini dapat dilaksanakan." Ahmad juga berkata tidak timbul halangan untuk PAS mewujudkan kerajaan Islam walaupun pakatan itu turut dianggotai oleh parti bukan Islam. "Tiada halangan untuk PAS wujudkan kerajaan Islam kerana Islam tidak akan mengabaikan mana-mana pihak, apa yang penting ialah kita saling memahami dan sekali gus menjadikan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada BN," katanya seperti laporan Bernama. Keputusan menubuhkan pakatan tersebut dibuat dalam satu perjumpaan awal minggu ini yang dihadiri oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim sendiri. "Dalam perjumpaan hari ini, kami telah mencadangkan untuk menggabung kerjasama antara ketiga-ketiga parti tersebut di bawah nama Pakatan Rakyat," kata para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama. Mereka berkata, nama tersebut dicadangkan sementara menunggu pengesahan parti-parti terbabit. Selain itu, tambah Lim dalam kenyataan di blognya, setiausaha akhbar presiden PAS Roslan Shahir Mohd Shahir pula berkata "nilai-nila negara Islam sedia terjalin dalam (manifesto) Negara Berkebajikan" dan "di negeri-negeri PAS sebagai parti (pemerintah) utama, kita akan cuba menegakkan negara Islam." Menyedari gabungan tiga parti berlainan ideologi dan sasaran pengundi, Lim berkata cadangan Pakatan Rakyat itu harus bergerak kedepan dengan berhati-hati dan semua lapisan kepemimpinan parti-parti itu memahami sepenuhnya asas kerjasama antara mereka bagi mengelak timbul perselisihan dalaman dan antara parti. Beliau juga berkata usaha mencetuskan Pakatan Rakyat wajar menyedari wujud "eksploitasi oleh musuh-musuh politiknya, selain cuba mengelak berulang lagi keretakan BA pada 2001." Daripada tiga parti ini, DAP dan PAS mempunyai sejarah perbezaan ideologi yang paling jauh jaraknya - dan sekali gus mudah dilaga-lagakan, antaranya akibat kecuaian mengeluarkan kenyataan, keinginan melayan kehendak penyokong tegar serta pengikut bawahan dan kegagalan membaca sentimen politik. Tidak lama selepas kejayaan besarnya pada 1999 khususnya merampas Terengganu, PAS mula membuka wacana Islam (baca: PAS) lawan sekularisme (BN) tanpa menyedari lingkungan krisis politik dalaman Umno pada tahun-tahun sebelumnya bukanlah digerakkan sepenuhnya oleh ideologi parti Islam itu. Era laungan reformasi sejak 1998 - susulan pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno - ditandai gerakan bantahan popular yang disertai secara meluas oleh pelbagai latar belakang organisasi, khususnya badan bukan kerajaan (NGO), ideologi dan wawasan demi melihat ruang demokrasi yang lebih terbuka. PAS memberi sumbangan dalam gerakan itu tetapi bukan penafsir utama gerakannya - kecuali mengambil kesempatan atas kemarahan orang Melayu terhadap layanan yang diterima Anwar. Bagaimanapun PAS gagal (atau enggan?) melihat sudut pandang yang luas walaupun DAP kemudiannya meninggalkan BA. Dalam keadaan BA hanya didukungi dua buah parti, PAS terus melancarkan keyakinan awalnya itu dalam pilihanraya umum 2004 - dokumen negara Islam. Keputusan pilihanraya itu akhirnya menunjukkan DAP membuat pilihan yang tepat - setidak-tidaknya berjaya mengembalikan Lim dan pengerusi DAP Karpal Singh ke Dewan Rakyat. Kedua-dua pemimpin kanan itu tewas pada 1999 - padah akibat menubuhkan BA. Kenyataan Ahmad itu, jika benar seperti dilaporkan, tidaklah sepenuhnya "salah" memandangkan wujud "keresahan" dalam kalangan orang Melayu, termasuk penyokong dan simpatisan PAS dan PKR, selepas 8 Mac apabila melihat pakatan pembangkang "didominasi" (sama ada benar atau salah) oleh "wakil-wakil rakyat Cina". Mereka melihat jumlah kerusi DAP di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlalu besar di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan - kononnya, kuasa politik Melayu "telah lemah" kerana pembangkang ditunjangi wakil rakyat bukan Melayu. Jumlah wakil rakyat Umno - kini di barisan pembangkang DUN - di tiga negeri tersebut tidak pula dianggap "kuasa politik Melayu"! Ahmad dan beberapa lapisan pemimpin PAS mungkin bermain dengan kad perkauman seperti itu tanpa menjelaskan kepada penyokong tegarnya bahawa dinamika politik sudah berubah, dalam beberapa hal, dan memerlukan "fekah baru" untuk memahaminya supaya serasi dengan paradigam keislaman PAS. Contoh ketegaran penyokong itu termasuklah bantahan PAS kawasan Besut ketika kerjasama parti itu dengan DAP menjelang pilihanraya umum ke-10. Sekali pun tanpa permainan media arus perdana, atau "eksploitasi oleh musuh-musuh politik" seperti kenyataan Lim, memang selama ini sentiasa ada keresahan dalam kalangan orang Melayu tentang penguasaan bukan Melayu dalam politik. Sentimen kecurigaan ini disedari oleh Umno dan media arus perdana. Sewaktu kempen pilihanraya baru-baru ini, apabila PAS tidak lagi memalu gendang slogan negara Islam dan hudud, parti itu dituduh telah meninggalkan ideologi keislamannya dan (secara tidak langsung bermaksud) menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP. Jumlah kerusi PAS yang sedikit di Perak dan Selangor, misalnya, membuktikan bahawa dakwaan pemimpin Umno itu ada benarnya. Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, "belum sampai seminggu cadangan penubuhan Pakatan Rakyat diumumkan, gabungan itu sudah mula retak apabila DAP dan PKR membantah hasrat PAS yang mahu menjadi tunjang kepada pakatan berkenaan serta merealisasikan penubuhan negara Islam." "Beberapa pemimpin kanan DAP dan PKR semalam masing-masing membidas hasrat PAS itu dan menyifatkan kenyataan yang dibuat mengenainya tidak sesuai kerana boleh mengelirukan, selain menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat," laporan itu dipetik. Karpal, menurut laporan itu, menggesa Abdul Hadi bertanggungjawab dan memberi penjelasan berhubungan isu berkenaan bagi mengelakkan wujud prasangka terhadap Pakatan Rakyat. "Bagaimana mungkin PAS menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika kerusi parlimen yang dimenangi mereka adalah yang paling sedikit jumlahnya berbanding DAP dan PKR," beliau dipetik sebagai berkata. Perang mulut antara DAP dan PAS melalui media pula tentunya menimbulkan kegusaran kepada pembangkang, khususnya Anwar - tokoh yang diuar-uarkan sebagai aktor politik utama menyatukan tiga parti itu menjelang 24 Februari sehingga membuahkan hasil cemerlang pada 8 Mac. Sepanjang sebulan pasca pilihanraya umum ke-12, seorang sahaja pemimpin besar pembangkang yang menunjukkan sensitiviti apa yang digelar "tsunami politik": Menteri Besar Kedah. Bercakap kepada media sewaktu lawatannya ke Kelantan, Azizan Abdul Razak berkata: "Kami (Kedah) tidak boleh terus menutup premis judi secara segera seperti yang Kelantan buat dan begitu juga masalah penjualan arak. "Kedah tidak macam Kelantan kerana tukar kerajaan sudah perkara biasa di sini (Kelantan) tetapi di Kedah ini kali pertama PAS memerintah dan kerana sokongan bukan Islam juga PAS dapat menumpaskan BN." Beliau cuma berjanji kerajaan PAS di Kedah bersedia memperkenalkan dasar baru yang tidak dibuat era pentadbiran BN tetapi boleh diterima semua pihak. Pilihan kini di tangan Pakatan Rakyat sebelum ia dikembalikan ke tangan pengundi. Bukan sahaja keretakan BA pada 2001, seharusnya tokoh utama DAP itu mengingatkan PAS bahawa Terengganu - yang berketuakan presiden PAS kurang lima tahun - juga terlepas daripada tangan pembangkang. |
0 comments Labels: DAP, malaysiakini, Pakatan Rakyat, PAS
‘Saya bertanggungjawab’ -Ada banyak sebab kita kalah, penjelasan akan dibuat esok – PM
Utusan Online
Oleh FAUZI JAAFAR
KUCHING 4 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau bertanggungjawab di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan lima negeri tewas di tangan parti pembangkang.
“Ia betul, kita telah kalah daripada apa yang kita sasarkan, tapi kita ada banyak sebab kenapa kita kalah... saya bertanggungjawab,” kata beliau.
Pengerusi BN itu berkata, sehubungan itu satu pertemuan dengan ahli UMNO akan diadakan pada Ahad ini untuk beliau menjelaskan keadaan dan apa yang sebenarnya berlaku dalam parti.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin BN negeri yang mewakili Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di sini hari ini.
Abdullah bagaimanapun, enggan mengulas lanjut perkara itu.
Menurutnya, rakyat sebenarnya tidak mahu melihat pergeseran di antara pemimpin kerana ia boleh merugikan negara.
“Rakyat tidak mahu selepas mereka bagi mandat tapi pemimpin sibuk dengan hal sendiri berkelahi sesama kita, tak ada kerja lain sibuk dengan hal bergaduh sesama sendiri,” katanya.
Dalam nada serius, beliau berkata, ada orang yang membuat tuduhan terhadapnya dan pihak media pula melaporkan banyak perkara mengenai hal itu.
“Kita faham mesej rakyat,” kata beliau ketika diajukan soalan mengenai sama ada beliau terjejas dengan desakan untuk meletak jawatan berikutan kekalahan BN di negeri-negeri tersebut termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Abdullah dalam hal ini sekali lagi mengulangi yang beliau tidak akan meletak jawatan kerana masih mendapat mandat yang besar untuk meneruskan agenda pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, apa yang penting kini ialah meneruskan agenda pembangunan termasuklah merapatkan jurang kemiskinan di luar bandar dengan di bandar.
0 comments Labels: Pak Lah undur, utusan
Umno hancur akibat tiada demokrasi, bersifat perkauman dan akhlak buruk - Ku Li
Harakahdaily Anis Nazri Sat | Apr 05, 08 | 6:41:08 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 5 April (Hrkh) - Tiada demokrasi dalam Umno, dasar dan visi Umno yang bersifat perkauman serta perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang Umno merupakan tiga faktor kekalahan Umno dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Demikian dinyatakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Khas Umno Bahagian Gua Musang, di Balai Rakyat, Gua Musang, semalam. Menurut Ku Li, kemusnahan demokrasi dalam Umno bermula apabila Perlembagaan Umno dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian Umno. "Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian Umno. Tujuannya, kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain," dakwa beliau. Umno tidak amal demokrasi Kata Ku Li lagi, sebelum kuota itu diperkenalkan, Umno pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja, yang jelas 'peraturan' yang munasabah dan tidak terlalu 'undemocratic'. Beliau menambah, parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa. Katanya, parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik. "Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku. Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik," tegas Ku Li. Beliau turut menyatakan bahawa dengan amalan tersebut lahirlah banyak 'pak turut' dan 'tukang ampu' dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah. Beliau mengakui inilah keadaan yang berlaku dalam Umno hingga sekarang, di mana setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi. Justeru, tegas beliau untuk menyelamatkan Umno dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam Umno. Umno tidak pentingkan semua kaum Dalam pada itu, Ku Li turut menyatakan bahawa dasar dan visi Umno hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja. Menurutnya, dasar dan visi Umno hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum. "Kita mahu Umno menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan 'visi tradisionalnya': iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan," tegas beliau. Menurutnya, imej Umno selama beberapa tahun ke belakangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis, di mana imejnya kepada orang Melayu ialah Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala, di samping Umno dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Selain itu, katanya orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen Umno untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu. Beliau turut menyentuh imej Umno di mata orang bukan Melayu, di mana mereka menganggap Umno ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain, yang mana Umno dianggotai oleh orang Melayu yang 'fanatik Melayu' - suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain. Begitu juga katanya dengan imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti 'orang kaya' di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum. "Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu. UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. Umno mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu," tegas beliau. Dalam pilihan raya umum lalu, beliau mengatakan ada orang dari kaum India dan Cina, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, serta mengundi calon PAS di kawasan kuat Umno. "Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau diIslamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada Umno terhadap kaum bukan Islam. Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan," jelas beliau. Katanya, inilah cabaran yang dihadapi oleh Umno hari ini, di mana ia terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. Calon Umno tiada adab, maki hamun Nik Aziz Tambahnya, Umno terpaksa menyaingi parti baru seperti KeADILan yang dilihat oleh semua kaum - termasuk orang Melayu generasi baru - sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka. Faktor ketiga kekalahan Umno, katanya berkenaan perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang Umno yang perlu diadabkan. Berdasarkan pemerhatian, kata beliau dalam kempen pilihan raya lalu, kelakuan beberapa calon Umno tidak beradab. "Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen Umno memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit. Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan, kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di KL, memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Dato' Nik Aziz," tegas beliau. Bahkan, katanya seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam 'perang salib' terhadap PAS, seperti perang yang dilakukan oleh Presiden Amerika, George Bush terhadap negara Islam. "Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu - bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun - meluat dan menyampah dengan perangai dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng yang menyebabkan kita kalah lebih teruk dari tahun 2004," tegas beliau. Keadaan itu, dakwa beliau berlaku kerana terlalu yakin pada kekuatan parti, sehingga tidak nampak kelemahan parti. Jelasnya, orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi 'Aku akan menjadi Menteri Besar' atau akan menjadi menteri jika dipilih. 'Roh perut' kuasai Umno, wang jadi mainan Beliau turut mendakwa bahawa ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik Umno untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam Umno untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi Umno. "Jiwa dan roh Melayu orang Umno mulai digantikan dengan 'roh perut'. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam Umno," dakwa beliau. Justeru, untuk menyelamatkan Umno, Ku Li menegaskan bahawa parti perlu membuang segala anggota Umno 'di atas' itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana. "Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh Umno untuk menjadi pemimpin mereka. Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai 'roh atau semangat Melayu' yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat," tegas beliau. Katanya, mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu. - mks. |
0 comments Labels: Harakahdaily, ku li, UMNO haprak
Gerak blames Dr M for crisis in the judiciary
NST Online
KUALA LUMPUR: Gerak, an anti-corruption non-governmental organisation, fully supports a probe into Tun Dr Mahathir Mohamad's alleged interference in the governance system.
He said putting the blame on Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was illogical.
"His (Abdullah's) administration did not create our mess overnight. He inherited the system from his predecessor.
"To move forward as a nation, we must rectify the deficiency in our system by looking at the root cause and attacking it head-on."
Ezam said a recent statement in a local newspaper by former United Nations special rapporteur Datuk Param Cumaraswamy showed how Dr Mahathir was complicit in damaging the governance system.
He said based on former ACA director-general Datuk Shafee Yahya's testimony in the Datuk Seri Anwar Ibrahim sodomy trial in June 2000, there was sufficient evidence to investigate Dr Mahathir for abuse of power and interference of justice.
"If the ex-president of Peru, Alberto Fujimori, can stand trial for abuse of power and corruption, so can Dr Mahathir," he said.
Ezam, a former key associate of Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim, resigned from all party posts in February last year due to political differences with the top leadership.
Param had said Shafee had testified before the then High Court justice Ariffin Jaka in Anwar's trial in June 2000 that the former prime minister had ordered him to close a file.
He said Param produced the records of the trial as "sufficient evidence" to show that Dr Mahathir had interfered with the duties and responsibilities of the ACA.
He also said several parties had later, in the interests of justice, lodged police reports over Dr Mahathir's alleged interference in the ACA's probe.
0 comments Labels: dr det, GERAK, NST online
Ku Li bidas pemimpin lulusan Oxford
Malaysiakini |
Apr 4, 08 2:10pm |
Tidak jelas arah kritikannya tetapi Tengku Razaleigh Hamzah dipercayai secara lembut membidas menantu perdana menteri Khairy Jamaluddin - serangan pertama secara terbuka terhadap pemimpin kanan Pemuda Umno itu. "Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. "Orang ini tidak layak diangkat oleh Umno untuk menjadi pemimpin mereka. "Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat," kata Tengku Razaleigh di mesyuarat khas perwakilan bahagiannya Gua Musang pagi ini. Mesyuarat itu dipanggil bagi membincangkan ketewasan mengejut Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac - dan masa depan parti itu. Ia juga meluluskan cadangan pemindaan 13 perkara - sebahagian besar melibatkan pelantikan pemimpin atasan - dan empat fasal baru. Beliau, yang dikenali juga Ku Li, berkata, "jadi, untuk menyelamatkan Umno, kita kena buang segala anggota Umno di (barisan) atas itu yang jahat, yang korup, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana." "Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu," tambahnya. Ku Li juga menyifatkan parti itu "kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya." Beliau sebelum itu menyifatkan kelakuan buruk pemimpin Umno, khususnya ketika berkempen baru-baru ini, antara punca pengundi menolak parti itu. "Kita perhatikan dalam kempen pilihanraya umum ke-12, kelakuan beberapa calon Umno tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. "Seorang calon parlimen Umno memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit. Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu," katanya. Ku Li juga menyifatkan strategi kempen Umno untuk merampas Kelantan seumpama "perang salib" terhadap PAS dan gayanya seakan-akan peperangan presiden Amerik Syarikat, George Bush terhadap negara Islam. "Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di Kuala Lumpur memaki-hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan. "Bahkan seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam." Tentang parti pembangkang, ahli parlimen Gua Musang itu berkata pengundi melihat PAS sebagai parti yang adil kepada semua kaum dan pemimpinnya tidak mengamalkan rasuah - berbeza dengan imej Umno yang dilihat mementingkan Melayu sahaja dan korup. "Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. "Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan," katanya. Tentang PKR pula, menurut tafsiran Ku Li, pengundi semua kaum melihat parti itu – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka. |
0 comments Labels: KJ beruk, ku li, malaysiakini