TV3 Memfitnah Kerajaan dan Sultan kedah
Saturday, July 12, 2008
Koleksi Video - TV3 siar berita kutip tepi jalan....
TV3 Memfitnah Kerajaan dan Sultan kedah
0 comments Labels: bohong rakyat, kedah, koleksi video, TV3
TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah
Harakahdaily M Khaleel Kas Sat | Jul 12, 08 | 8:15:56 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) -Tindakan dan keghairahan media perdana di negara ini dalam menyiarkan berita-berita yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain daripada Barisan Nasional (BN) amatlah dikesali. Menurut Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid dalam proses untuk memenuhi agenda memburukkan lawan politik BN , media perdana sangat ketara cuba menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat juga turut menyalahgunakan wang rakyat untuk berbelanja mewah. "Dalam keghairahan untuk mencari apa sahaja isu yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain BN , didapati media perdana nampaknya tidak berhati-hati dalam memilih bahan berita. "TV3 baru-baru ini telah melakukan 'jenayah media' yang turut melakukan fitnah sedangkan hanya beberapa hari sebelumnya media tersebut telah memaparkan secara khusus isu fitnah yang dikaitkan dengan politik Malaysia. "Untuk kali pertama TV3 menyiarkan slot khas lengkapkan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran yang mendedahkan fitnah yang menjadi gejala politik di negara ini,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi ini. Tambahnya lagi,"akan tetapi hal yang sama jugalah yang dilakukan bila sebuah klip gambar yang membayangkan MB Kedah dikatakan mengguna pesawat khas dalam suatu penerbangan baru-baru ini." Katanya lagi, padahal yang sebenarnya seperti yang dilaporkan oleh Bernama , ia bukan seperti yang telah cuba digambarkan oleh TV3 dan ia dikatakan ialah sebuah penerbangan rombongan di raja Kedah untuk berlepas ke Brunei bagi mengundang Sultan Brunei hadir di sambutan jubli emas Sultan Kedah. "Teras kesal kenapa budaya fitnah media ini diamalkan oleh TV3, bukankah dengan cara yang sangat gelojoh ini akan memburukkan lagi keadaan berpolitik di negara ini. "Menfitnah dengan berita yang salah apatah lagi dengan membabitkan kelompok istana adalah gejala yang tidak dapat diterima oleh rakyat,"ujarnya yang kesal dengan kejadian tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa,ketelanjuran ini tidak boleh dibiarkan berlalu malah untuk tidak memangsakan pihak yang menjadi sasaran, permohonan maaf terbuka perlu dilakukan oleh media yang berkenaan. "Teras mengesa TV3 jangan terlalu ghairah dengan menyertai dan terlibat dalam politik fitnah yang sering dituduh pihak lawan BN yang melakukannya. "Pada pendapat Teras, amalan media yang tidak beretika dan tidak dikawal itulah yang menyebabkan budaya fitnah berleluasa di negara ini,"tegasnya. - mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, TV3
Ketua Pengarah kena tuduh rasuah direman
Berita Harian
Oleh Wan Hazmir Bakar dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
DISOAL SIASAT: Pegawai Kanan Imigresen bergelar Datuk keluar dari Mahkamah Majistret Kajang, di Putrajaya, semalam. |
Tiga Datuk antara tujuh ditahan BPR kes visa pekerja asing
PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pengarah ditahan reman empat hari oleh Mahkamah Majistret Kajang petang semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada pekerja asing.
Ketua jabatan bergelar ‘Datuk’ itu adalah antara tujuh individu berusia 35 hingga 64 tahun yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR), dalam satu operasi bermula Selasa lalu hingga malam kelmarin di sekitar Lembah Klang berhubung kes itu.
Dalam operasi itu, BPR turut menyita wang tunai hampir RM500,000 dan beberapa dokumen visa daripada individu terbabit. Enam yang lain, kebanyakan ahli perniagaan termasuk dua bergelar ‘Datuk’ kini ditahan reman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan.
Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata operasi itu dijalankan selepas menerima maklumat orang ramai mengenai kegiatan rasuah bagi urusan kemasukan pekerja asing ke negara ini.
“Satu operasi dibuat bermula Selasa lalu sehingga semalam (Khamis) dan BPR sudah menahan tujuh individu termasuk seorang ketua jabatan kerajaan. Kita juga sudah mengenal pasti syarikat dan individu lain yang terbabit bagi urusan mendapatkan pekerja asing itu.
“Saya minta mereka yang terbabit tampil untuk melaporkan kepada BPR,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat BPR di sini, petang semalam.
Terdahulu, di Istana Kehakiman di sini, ketua pengarah itu, yang berkemeja putih berpetak lengan panjang dan seluar biru gelap, tiba kira-kira jam 3 petang diiringi enam pegawai BPR menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam, sebelum beredar setengah jam kemudian.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mazuliana Abdul Rashid.
Mengikut kertas siasatan, beliau ditahan di kediamannya di Damansara, Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam kelmarin.
Difahamkan, BPR menerima aduan daripada seorang individu pada 1 Julai lalu mendakwa seorang ejen pekerja asing meminta bayaran RM350 bagi setiap pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini, sebagai ganjaran kepada pegawai imigresen bagi menyegerakan kelulusan visa.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 11 (A) Akta Pencegahan Rasuah (BPR) 1997, iaitu menerima suapan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Mohd Shukri ketika diminta memberi butiran lanjut berhubung ketua jabatan itu berkata: “Saya tak kata Ketua Pengarah, saya kata Ketua Jabatan... wang RM500,000 (yang dirampas itu) daripada semua tujuh individu, saya tak fokus pada individu.”
Beliau juga enggan menyatakan sektor pekerjaan pemegang visa berkenaan tetapi mengesahkan mereka tidak ditahan untuk siasatan. Bagaimanapun, wujud laporan mendakwa ada antara pemegang visa itu terbabit dalam aktiviti pelacuran.
Dalam operasi itu, BPR turut menyita wang tunai hampir RM500,000 dan beberapa dokumen visa daripada individu terbabit. Enam yang lain, kebanyakan ahli perniagaan termasuk dua bergelar ‘Datuk’ kini ditahan reman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan.
Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata operasi itu dijalankan selepas menerima maklumat orang ramai mengenai kegiatan rasuah bagi urusan kemasukan pekerja asing ke negara ini.
“Satu operasi dibuat bermula Selasa lalu sehingga semalam (Khamis) dan BPR sudah menahan tujuh individu termasuk seorang ketua jabatan kerajaan. Kita juga sudah mengenal pasti syarikat dan individu lain yang terbabit bagi urusan mendapatkan pekerja asing itu.
“Saya minta mereka yang terbabit tampil untuk melaporkan kepada BPR,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat BPR di sini, petang semalam.
Terdahulu, di Istana Kehakiman di sini, ketua pengarah itu, yang berkemeja putih berpetak lengan panjang dan seluar biru gelap, tiba kira-kira jam 3 petang diiringi enam pegawai BPR menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam, sebelum beredar setengah jam kemudian.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mazuliana Abdul Rashid.
Mengikut kertas siasatan, beliau ditahan di kediamannya di Damansara, Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam kelmarin.
Difahamkan, BPR menerima aduan daripada seorang individu pada 1 Julai lalu mendakwa seorang ejen pekerja asing meminta bayaran RM350 bagi setiap pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini, sebagai ganjaran kepada pegawai imigresen bagi menyegerakan kelulusan visa.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 11 (A) Akta Pencegahan Rasuah (BPR) 1997, iaitu menerima suapan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Mohd Shukri ketika diminta memberi butiran lanjut berhubung ketua jabatan itu berkata: “Saya tak kata Ketua Pengarah, saya kata Ketua Jabatan... wang RM500,000 (yang dirampas itu) daripada semua tujuh individu, saya tak fokus pada individu.”
Beliau juga enggan menyatakan sektor pekerjaan pemegang visa berkenaan tetapi mengesahkan mereka tidak ditahan untuk siasatan. Bagaimanapun, wujud laporan mendakwa ada antara pemegang visa itu terbabit dalam aktiviti pelacuran.
Dalam operasi itu, BPR turut menyita wang tunai hampir RM500,000 dan beberapa dokumen visa daripada individu terbabit. Enam yang lain, kebanyakan ahli perniagaan termasuk dua bergelar ‘Datuk’ kini ditahan reman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan.
Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata operasi itu dijalankan selepas menerima maklumat orang ramai mengenai kegiatan rasuah bagi urusan kemasukan pekerja asing ke negara ini.
“Satu operasi dibuat bermula Selasa lalu sehingga semalam (Khamis) dan BPR sudah menahan tujuh individu termasuk seorang ketua jabatan kerajaan. Kita juga sudah mengenal pasti syarikat dan individu lain yang terbabit bagi urusan mendapatkan pekerja asing itu.
“Saya minta mereka yang terbabit tampil untuk melaporkan kepada BPR,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat BPR di sini, petang semalam.
Terdahulu, di Istana Kehakiman di sini, ketua pengarah itu, yang berkemeja putih berpetak lengan panjang dan seluar biru gelap, tiba kira-kira jam 3 petang diiringi enam pegawai BPR menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam, sebelum beredar setengah jam kemudian.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mazuliana Abdul Rashid.
Mengikut kertas siasatan, beliau ditahan di kediamannya di Damansara, Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam kelmarin.
Difahamkan, BPR menerima aduan daripada seorang individu pada 1 Julai lalu mendakwa seorang ejen pekerja asing meminta bayaran RM350 bagi setiap pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini, sebagai ganjaran kepada pegawai imigresen bagi menyegerakan kelulusan visa.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 11 (A) Akta Pencegahan Rasuah (BPR) 1997, iaitu menerima suapan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Mohd Shukri ketika diminta memberi butiran lanjut berhubung ketua jabatan itu berkata: “Saya tak kata Ketua Pengarah, saya kata Ketua Jabatan... wang RM500,000 (yang dirampas itu) daripada semua tujuh individu, saya tak fokus pada individu.”
Beliau juga enggan menyatakan sektor pekerjaan pemegang visa berkenaan tetapi mengesahkan mereka tidak ditahan untuk siasatan. Bagaimanapun, wujud laporan mendakwa ada antara pemegang visa itu terbabit dalam aktiviti pelacuran.
Dalam operasi itu, BPR turut menyita wang tunai hampir RM500,000 dan beberapa dokumen visa daripada individu terbabit. Enam yang lain, kebanyakan ahli perniagaan termasuk dua bergelar ‘Datuk’ kini ditahan reman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan.
Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata operasi itu dijalankan selepas menerima maklumat orang ramai mengenai kegiatan rasuah bagi urusan kemasukan pekerja asing ke negara ini.
“Satu operasi dibuat bermula Selasa lalu sehingga semalam (Khamis) dan BPR sudah menahan tujuh individu termasuk seorang ketua jabatan kerajaan. Kita juga sudah mengenal pasti syarikat dan individu lain yang terbabit bagi urusan mendapatkan pekerja asing itu.
“Saya minta mereka yang terbabit tampil untuk melaporkan kepada BPR,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat BPR di sini, petang semalam.
Terdahulu, di Istana Kehakiman di sini, ketua pengarah itu, yang berkemeja putih berpetak lengan panjang dan seluar biru gelap, tiba kira-kira jam 3 petang diiringi enam pegawai BPR menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam, sebelum beredar setengah jam kemudian.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mazuliana Abdul Rashid.
Mengikut kertas siasatan, beliau ditahan di kediamannya di Damansara, Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam kelmarin.
Difahamkan, BPR menerima aduan daripada seorang individu pada 1 Julai lalu mendakwa seorang ejen pekerja asing meminta bayaran RM350 bagi setiap pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini, sebagai ganjaran kepada pegawai imigresen bagi menyegerakan kelulusan visa.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 11 (A) Akta Pencegahan Rasuah (BPR) 1997, iaitu menerima suapan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Mohd Shukri ketika diminta memberi butiran lanjut berhubung ketua jabatan itu berkata: “Saya tak kata Ketua Pengarah, saya kata Ketua Jabatan... wang RM500,000 (yang dirampas itu) daripada semua tujuh individu, saya tak fokus pada individu.”
Beliau juga enggan menyatakan sektor pekerjaan pemegang visa berkenaan tetapi mengesahkan mereka tidak ditahan untuk siasatan. Bagaimanapun, wujud laporan mendakwa ada antara pemegang visa itu terbabit dalam aktiviti pelacuran.
0 comments Labels: Berita Harian, rasuah
Ezam ulangi amaran...jangan jolok sarang tebuan
Agenda daily
Apa ada dalam ‘poket’ Ezam Mohd Noor. Setakat ini sudah dua kali Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini keluarkan amaran itu.Ramai yang ternanti-nanti apa yang nak diletupkannya itu.
Dari gaya cakapnya semasa berucap di pada satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran UMNO Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 Jumaat malam Ezam nampaknya dah geram sangat.
Para hadirin di ceramah itu terus dikejutkan dengan kata duanya beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan bekas Timbalan Perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat.
"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya.
Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu berkata beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.
Katanya berkata beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam UMNO dan diberi habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak.
Ezam berkata beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.
Beliau juga berkata, anggota-anggota UMNO juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpin-pemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar.
Ezam berkata dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lepas sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja.
Katanya perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.- 12/7/2008
0 comments Labels: agenda daily, DSAI, Ezam
Samy sedia undur, cabar perwakilan kemuka usul tidak percaya
Mstar Online
12-07-2008 02:49:43 PM
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Selepas tersinggung dengan kerenah perwakilan ketika majlis makan malam semalam sempena Perrhimpunan Agung MIC Ke-62, pagi ini Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengejutkan ramai dengan berkata, beliau sanggup meletakkan jawatan jika itu yang ahli-ahli parti tersebut inginkan.
Justeru, Samy Vellu juga meminta para perwakilan supaya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya.
"Kalau perwakilan setuju, saya sanggup letak jawatan. Perwakilan yang hadir boleh buat undi tidak percaya terhadap saya petang ini," kata beliau yang sambung berucap selepas majlis Perhimpunan Agung MIC Ke-62 dirasmikan.
Selepas Samy Vellu mengeluarkan kenyataan itu, wakil media telah diminta keluar dewan perhimpunan agung berlangsung.
Perhimpunan Agung MIC dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pukul 10 pagi tadi.
Perhimpunan agung kali ini hanya berlangsung sehari berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Samy Vellu merupakan Presiden MIC paling lama memegang jawatan itu.
Beliau tewas dalam pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu dengan gagal mempertahankan kerusinya Sungai Siput.
Sebulan lalu, Samy Vellu telah mengumumkan pendiriannya untuk mempertahankan jawatannya untuk satu lagi penggal.
BERITA TERDAHULU:
Majlis makan malam MIC tukar detik singgung Samy Vellu
Menjelang Perhimpunan Agung MIC Ke-62 yang berlangsung hari ini, majlis makan malam yang diadakan untuk meraikan para perwakilan semalam bertukar menjadi detik menyinggung perasaan dan mengecewakan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang meninggalkan program itu lebih awal daripada sepatutnya
Ini kali pertama majlis makan malam berakhir satu setengam jam lebih awal daripada dijadualkan.
Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi ini.
Samy Vellu yang turut tersinggung dengan tindak-tanduk sesetengah perwakilan yang tidak menghormati majlis persembahan kebudayaan yang berlangsung keluar dewan majlis makan malam kira-kira lima minit sebelum pukul 10 malam.
Samy Vellu hanya berucap kira-kira lima minit - sesuatu yang berlainan sejak beliau memimpin MIC hampir 30 tahun.
Samy Vellu, Presiden paling lama memegang jawatan itu, ketika berucap mengatakan bahawa beliau tidak akan berucap lama dan akan meninggalkan majlis dalam lima minit.
- PM umum langkah segera bantu pendidikan kaum India
- BN perlu kikis amalan parti perkauman - Samy Vellu
- Bekas Ketua Pemuda: 'Saya bukan anak emas, Samy bapa emas'
Sebelum meninggalkan majlis, Samy Vellu sempat berucap kepada hadirin dengan berkata beliau tidak akan lagi menganjurkan majlis seumpama itu sekiranya para perwakilan tidak berminat.
Laporan Bernama menyebut beliau juga meminta maaf kepada para perwakilan.
Bekas Timbalan Presiden Datuk S. Subramaniam berkata, Samy Vellu "agak tersinggung apabila perwakilan mula bersembang sesama sendiri tanpa memberi tumpuan kepada persembahan yang diadakan."
Para perwakilan mula bercakap di kalangan mereka sebaik sahaja menu selesai dihidangkan dengan cepat dan tidak mahu mengikuti persembahan, katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun difahamkan perasaan kecewa Samy Vellu bermula dengan tindakan Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan meninggalkan dewan majlis itu berlangsing iaitu dewan konvensyen Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Saravanan yang memasuki dewan itu kira-kira pukul 8.30 malam keluar tidak sampai 15 minit kemudian.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu mengesahkan keluar awal dewan tetapi enggan menyebut mengapa berbuat demikian.
Difahamkan Saravanan, Ahli Parlimen Tapah bertindak keluar apabila beliau tidak ditempatkan di meja utama, yang turut menempatkan mereka yang tidak memegang jawatan kanan dalam parti.
Tindakan Saravanan menyebabkan hampir 30 peratus perwakilan turut mula meninggalkan dewan.
Perhimpunan agung MIC ke-62 hari ini merupakan yang pertama selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.
Perhimpunan kali ini hanya akan berlangsung sehari berbanding dua hari masa-masa lalu.
Samy Vellu sebelum ini pernah memberitahu bahawa persidangan sehari itu akan memberi tumpuan kepada penjenamaan semula parti bagi membolehkan lebih semua ketua cawangan parti yang hadir memahami konsep itu.
0 comments Labels: MIC, mstar online, pemimpin haprak
Parlimen ditutup pada orang ramai Isnin ini
Malaysiakini |
Jul 12, 08 5:24pm |
Kesemua anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dinasihatkan supaya tidak membawa tetamu mereka ke kawasan Parlimen seperti yang dibenarkan sebelum ini pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah keselamatan itu terpaksa diambil selepas beliau mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen, Isnin ini. Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul itu, Isnin ini. "Saya difahamkan, sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini," katanya. Nazri berkata pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama. "Saya telahpun menghubungi Speaker memaklumkan tentang tindakan yang saya ambil ini, semata-mata untuk keselamatan ahli-ahli Parlimen dan juga kawasan Parlimen. Terpulang pada polis "Keselamatan Anggota-anggota Parlimen dan keselamatan kawasan Parlimen adalah diutamakan dan kita tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan Parlimen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Ngok, Beluru di Kuala Kangsar hari ini. Ditanya sama ada pihak media yang membuat liputan akan turut terjejas dengan langkah keselamatan tersebut, Nazri berkata perkara itu adalah terpulang kepada pihak polis. "Media, memanglah mereka bertugas. Jadi apa juga tindakan yang diambil oleh pihak polis itu terpulang kepada budi bicara mereka kerana akhirnya polis yang bertanggungjawab di atas keselamatan di kawasan itu," katanya. Beliau berkata orang ramai juga tidak akan dibenarkan memasuki kawasan Parlimen pada Isnin ini kecuali mereka yang perlu hadir kerana bertugas. Mohamed Nazri berkata sama ada langkah keselamatan tersebut akan dilaksanakan pada Isnin ini ataupun hari-hari berikutnya adalah bergantung kepada maklumat-maklumat yang diperolehi pihaknya mengenai perkara tersebut. Ditanya sama ada langkah keselamatan itu berkemungkinan akan menyebabkan ahli Parlimen pembangkang memboikot sidang Dewan Rakyat Isnin ini, Mohamed Nazri berkata, "dia nak boikot, boikotlah... itu dia punya hal lah tapi saya nak bagi nasihat kepada mereka supaya jangan membawa lima orang tetamu itu kerana polis akan membuat kawalan ketat," katanya. |
0 comments Labels: malaysiakini, parlimen
Kerjasama PAS Umno lagi
penarikbeca
Ada kawan hantar pesanan ringkas mengenai apa pandangan saya terhadap luahan rasa hati Tok Guru Presiden dalam temubual yang disiarkan Harakah keluaran terbaru (Lihat Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?") Kepada saya, kalau Tok Guru tak puas hati, dia berhak. Tok Guru tu orang, bukan plastik. Kalau patung plastik, sepak tendang pun dia tak gaduh.
Tapi dalam hati, saya teringat apa yang saya baca zaman sekolah rendah atau sekolah menengah dulu. Tak ingat dah majalah mana. Mungkin majalah Dian atau Readers Digest. Masa tu, abang saudara saya banyak beli majalah-majalah tu. Saya tumpang belek.
Penulis tu kata, kalau kita bermasalah dengan persekitaran kita, kita jangan harap sangat persekitaran kita akan berubah untuk accomodate kita. Kitalah yang kena berubah. Kalau kena gaya, perubahan kita akan membantu merubah persekitaran kita.
"You cant change the world, but you can change your heart". Begitulah lebih kurang kata-kata itu. Satu lagi kata-kata yang saya baca zaman sekolah dulu yang saya tak lupa sampai sekarang ialah "aim the star, at least you'll hit the coconut tree". Saya nak kata, "you'll only hit the coconut tree if you change your heart!"
Kepada saya, orang tak akan buat tak ketahuan kat kita kalau kita tak bagi peluang. Kita tak boleh paksa orang hormat kat kita. Hormat orang datang sendiri kalau kita kena gaya.
Macam saya la, kalau saya tak lapor apa yang orang tak nak dengar atau tak suka dengar, orang tak akan kata saya kaki fitnah. Saya tak heran sangat apa orang kata. Selalunya, perkembangan selepas itu mengesahkannya. Kalau saya tulis tak betul, saya mohon maaf macam di sini. Yang saya tak tahan sangat ialah witch hunting - siapa bocorkan "rahsia parti" kepada bakaq. Memang rahsialah, buat kerja dalam gelap tanpa keputusan mesyuarat.
Kita kena tanam dalam hati kita, orang tak akan perlakukan PAS seperti parti M Kayveas, PPP, di dalam Barisan Nasional (BN) kalau kita tak bagi peluang kepada orang lain melakukannya.
Orang boleh desak Haji Ir Mohamad Nizar Jamaluddin masuk PKR dulu sebelum dia diterima jadi Menteri Besar Perak, kononnya supaya DAP boleh terima. Orang boleh kata "PAS doesnt exist in Penang". Orang boleh kata ceramah dia lagi ramai orang datang dari "ceramah Hadi Awang". Orang boleh kata apa pun. Orang boleh telunjuk lurus kelinking berkait. Tetapi, kalau kita tak bagi peluang orang perlakukan kita seperti PPP di dalam BN, orang tak akan boleh buat gitu.
Ada juga kawan-kawan dari Umno yang kata, baik PAS kerjasama dengan Umnolah! Katalah PAS setuju kerjasama dengan Umno, apa jaminan Umno tak akan buat PAS seperti anjing kepala buruk seperti yang berlaku menjelang pengusiran PAS dari BN pada tahun 1978 dahulu?
Kepada saya, kerjasama terbaik PAS dan Umno ialah seperti yang saya tulis dalam posting bertajuk "Umno itu kafir ka, bakaq?!"
0 comments Labels: bloggers united, PAS, UMNO
Mesyuarat tergempar
Bila baca temuramah Hj. Hadi, komen Nik Abduh, peraduan cari benda tersembunyi Bakaq, aku rasa keadaan semakin hot.
Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan diLondon gagal, dia buat kenyataan. "Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah." Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitnah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?
Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.
Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya. Bukan aku nak salahkan Hadi Awang, sebab sapa-sapa pun boleh merancang, tapi apa yang berlaku ialah takdir yang telah ditentukan. Sebahagian dari evolusi yang tak dapat dielakkan. Kalau Tuhan kata nak berpecah, maka berpecahlah ia. Isu-isu hanya menjadi penyebab.
Mampuih pi la. Aku pun tak minat, hangpa nak join Umno ka, nak join Najib ka, itu hangpa punya pasai. Sebelum menang dulu, hangpa minta undi untuk menang. La ni dah menang sikit pun hangpa tak tau macam mana nak uruskan kemenangan. Lebih baik kalah sebab hangpa tak layak jadi pemimpin.
Aku lebih minat dengan peraduan mencari benda tersembunyi anjuran Bakaq. Dan semalam aku mengadakan mesyuarat tergempar dengan Pak Nawi, untuk mencari benda tersembunyi. Sehari suntuk aku duduk dengan Pak Nawi, mentelaah kitab Tajul Muluk, nak tau apakah yang tersembunyi. Rupanya, lebih susah daripada nak cari Bala. Bukan pasai apa, Pak Nawi minta macam-macam. Last last, dia suruh aku buat homework, cari sendiri. Dia cuma bagi petua.
Agenda utama mesyuarat tergempar aku dengan Pak Nawi ialah untuk mengetahui, apa akan terjadi pada PR? Pak Nawi jawab, "tak boleh tahan lama!". Agenda kedua, macam mana dengan BN?. Pak Nawi jawab, "masih boleh bertahan!" Agenda ketiga, sapa bakal menggantikan Pak Lah?, Pak Nawi jawab, "Najib!". Puuui! Tak gila ka?
Posting kali ini, aku cuma cakap pasai agenda pertama. Tapi aku tak mau kongsi pendapat Pak Nawi saja! Aku nak hangpa tolong kira sama.
Pak Nawi pakai kitab Tajul Muluk. Ni kitab lama orang Melayu tapi telah difatwakan oleh Persatuan Ulama Malaysia, sebagai, "baca boleh tapi jangan percaya." Kali terakhir Pak Nawi buat study tentang kitab Tajul Muluk ialah sebelum pembinaan Istana Seri Menanti, kat Negeri Sembilan. Istana tu tak pakai Feng Shui, tapi pakai kitab Tajul Muluk.
Ini kunci utama dia.
1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R
Pertama sekali, semua huruf huruf mesti ditukar menjadi nombor.Kemudian campur nombor-nombor itu sehingga ia menjadi satu nombor. Contoh: ANWAR : 15519 = 1+5+5+1+9 = 21. 2+1=3.
Nombor peribadi Anwar ialah 3.
Kemudian, kita tengok nombor-nombor parti-parti politik yang ada.
UMNO: 3456 = 18 = 9
PAS: 711 = 9
PKR: 729 = 18 = 9
DAP: 417 = 12 = 3
MCA: 431 = 7
MIC: 493 = 16 = 7
GERAKAN: 7591215 = 30 = 3
"Kamu tengok Mat. Pertembungan antara parti ini bukan disebabkan oleh prinsip atau kepimpinan, tapi pasai takdir. Tu pasai, orang dulu-dulu, sebelum bagi nama pada anak-anak, dia pergi jumpa Tok Halaq, orang India pun dia pi jumpa sami, tengok sama ada nama tu sesuai atau tidak. Kalau tak sesuai, dia bagi nama lain." jelas Pak Nawi.
"Umno, Pas dan PKR sampai mati pun tak boleh bersatu, sebab masing-masing nak tunjuk kuat. Dan depa ada kekuatan masing-masing, depa akan lawan sampai yang lain mati. Hang tengok, Umno, Pas dan PKR, masing-masing bernombor 9. Kalau dicampur ketiga-tiganya, jadi 27. 2+7=9. Tak boleh!
Tapi cuba kamu tengok BN, depa masih boleh tahan sebab Umno yang kontrol. Yang lain cuma ikut. Kalau Pas masuk BN, salah satu mesti out, kalau tidak, BN lingkup.
Tengok pulak BA, tahun 99, masa tu ada Pas, Keadilan (PKN) dan DAP. BA menang banyak masa tu. PKN masa tu, nombor dia ialah 725. 7+2+5=14. 1+4=5. PAS 9, PKN 5, DAP 3. Jadi, BA dah boleh kuat, walaupun masih belum boleh nak lawan BN.
Tahun 2003, PKN tukar jadi PKR. Nombor dia pun dah tukar jadi 9, sama macam Pas. Mana boleh dua-dua sama kuat. Kalau laki bini, gerenti bercerai! Tengok la, apa jadi tahun 2004?
Tapi tahun 2008, DAP masuk balik jadi geng tiga serangkai. DAP masuk sebab dia tahu, dia mesti untung kali ini. Pas 9, PKR 9, DAP 3. campurkan semua jadi 21. 2+1=3. Ini nombor DAP!
Itu pasai sekarang ni, DAP tak ada masalah, yang jadi masalah ialah Pas dan PKR!.
Kalau Pas nak keluar PR, tak jadi masalah. Memang baik. Itu lah yang sebaiknya" Kata Pak Nawi.
"Kalau Pas join dengan UMNO?" aku tanya.
"Serupa jugak. Lingkup! Tak percaya, kamu tengok masa Pas bergabung dengan Semangat 46. Berapa nombor Semangat 46?" Pak Nawi tanya kat aku.
15415712 46. 1+5+4+1+5+7+1+2+4+6=36. 3+6=9!!!!!! Patut la S46 dengan Pas tak boleh ngam!
"Habis, apa ketetapan agenda kita yang pertama ni, Pak Nawi?" aku tanya Pak Nawi.
"Tukar nama." jawab Pak Nawi. "PAS kena tukar jadi PIS. Baru betul, Parti Islam Semalaysia. 7+9+1=17. 1+7=8.
Ataupun, UMNO kena tukar jadi PEKEMBAR. 75254219.7+5+2+5+4+2+1+9= 35. 3+5=8.
PIS boleh kerjasama dengan UMNO tapi dia akan kena buli sebab nombor UMNO ialah 9.
Kalau PAS nak lead, dia kena minta Umno tukar nama kepada PEKEMBAR. PAS 9, PEKEMBAR 8.
PIS juga boleh bekerjasama dengan PKR, tapi PKR kena lead.Sebab PKR 9, PIS 8.
Tapi kalau PAS dan PKR masing-masing tak mau tukar nama, siap kain kapan la.
OK Mat, lepas asar nanti kita masuk Agenda kedua." Pak Nawi menangguhkan mesyuarat.
0 comments Labels: bloggers united, minda rakyat, PAS, UMNO
ANWAR LIVE ON TV3
Zul4kulim
A'km to all.
Anwar akan berbahas secara langsung dalam debat bersama Dato Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan pada hari Selasa 12 Rejab/15 Julai depan. Tajuk bahas tersebut "HARI INI BENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAK".
Bahas akan berlangsung selama 1 1/2 jam. Moderator bahas adalah Dato Johan Jaafar dengan masing-masing pembahas membawa seorang moderator. Bahas akan dibuat dalam bentuk 7 pusingan. So all of you out there, jgn lupa tengok debat ini. Saya difahamkan Anwar akan menyentuh antaranya mekanisme penurunan harga minyak saperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.
Adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments Labels: bloggers united, debat, DSAI, harga minyak
Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?
Malaysiakini |
Jul 11, 08 4:30pm |
Presiden PAS tidak senang isu berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibesar-besarkan di media, dengan alasan kematian wanita Mongolia ini - yang dianggap kes berprofil tinggi - tiada bezanya dengan kehilangan nyawa orang lain. Laporan polis Saiful Rundingan PAS-Umno? Peranan dan sumbangan PAS Abdul Hadi juga menuntut peranan dan sumbangan PAS dalam pilihanraya umum lalu - yang menyaksikan kemenangan besar parti itu bersama PKR dan DAP - dihargai dengan alasan ia tercapai melalui kerja keras PAS. |
0 comments Labels: Altantuya, malaysiakini, PAS, TGHA
Bala ke luar negara bukan 'lakonan polis', kata Bakri
Mstar Online
11-07-2008 03:20:32 PM
KUALA LUMPUR: Tindakan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam dan keluarganya melarikan diri ke luar negara bukanlah atas arahan atau 'lakonan' pihak polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin.
Sambil menegaskan tuduhan yang mengaitkan tindakan Balasubramaniam dengan polis sebagai tidak berasas, beliau berkata tuduhan itu tidak seharusnya timbul kerana polis menjalankan siasatan secara telus dan profesional dalam mencari kebenaran tanpa mempunyai sebarang motif lain.
"Mengapa mesti heret pihak polis sekali dalam situasi seperti ini? Janganlah perkara ini dijadikan sebagai 'media court', ini bukan satu lakonan, inilah kenyataan, realiti yang perlu disiasat secara profesional dan teratur untuk kita mengetahui kebenaran sesuatu perkara.
"Polis bukan pelakon...saja-saja berlakon untuk jadi popular, tetapi hakikatnya kita siasat dan beri informasi yang benar untuk memastikan orang awam sentiasa peka dengan senario sebenar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan seminar pada Simposium Sains Forensik dan Undang-Undang Jenayah di sini hari ini.
Sebelum ini dilaporkan bahawa polis berjaya mengesan Balasubramaniam serta keluarganya di sebuah negara jiran selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas dan mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian itu berhubung akuan bersumpahnya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam berkata Balasubramaniam meninggalkan negara ini bersama keluarganya ke luar negara kerana bimbang keselamatan mereka terancam selepas membuat dua akuan bersumpah berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mohd Bakri turut menafikan andaian bahawa siasatan telah dihentikan selepas Balasubramaniam dan keluarganya ditemui.
"Siasatan kita tidak berhenti di sini, sekiranya sudah cukup semua bukti yang nyata, kita tiada masalah untuk bawa perkara tersebut kepada peguam negara.
"Siasatan kita punya asas (bukti), jika tiada asas kita akan siasat lebih lagi dan sekiranya kita mempunyai sebarang kes, kita akan cadangkan pada peguam negara untuk mendakwa. Polis hanya menyiasat tetapi pendakwaan di bawah kuasa peguam negara," katanya. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, polis, sumpah
Lanskap baru politik negara bermula Isnin ini - Anwar
Harakahdaily Lanjusoh Sat | Jul 12, 08 | 2:53:19 pm MYT | |
PENGKALAN CHEPA, 12 Julai (Hrkh) - Mungkinkah Isnin ini bakal mencatat satu lagi lanskap politik negara apabila usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibincangkan di parlimen? Usul tersebut dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Khamis lalu. Ketua Umum Parti KeADIlan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim berharap usul tersebut diterima Speaker untuk dibahas bagi kepentingan seluruh rakyat. "Sekarang rakyat berdepan dengan banyak kes kezaliman yang berlaku dan ditambah pula dengan masalah ekonomi ekoran kenaikan harga minyak," katanya pada ceramah perdana di Putik malam tadi. Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa; Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan; Pengerusi Perhubungan KeADIlan Kelantan, Aziz Abdul Kadir dan anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail. Kawasan kompleks Putik penuh sesak dengan orang ramai. Kenderaan yang diletak di kiri kanan jalan sepanjang satu km menghala ke Putik. Rekod kehadiran agak luar biasa sejak sejarah bangunan Putik beroperasi. Anwar berkata, usul tersebut begitu penting bagi memulihkan kembali suasana politik negara yang semakin tidak selesa sekarang. Beliau juga menjelaskan selagi keadaan politik negara tidak dipulihkan semakin ramai pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara ini. "Ketika saya menghadiri perjumpaan dengan kira-kira 700 pelabur dan pengurus dana di Singapura baru-baru ini mereka memberitahu sudah tidak yakin dengan suasana politik di Malaysia sekarang. "Keadaan politik yang tidak menentu menyebabkan mereka tidak berminat. Begitu juga pelabur dan pengurus dana dari negara-negara Arab. "Malah ada pelabur terkenal dari Arab memberitahu sekiranya kerajaan baru dapat dibentuk di Malaysia, dia bersedia melabur di negara ini," katanya. Menurutnya selain keadaan politik yang tidak stabil sekarang, gejala rasuah dan penyelewengan membabitkan pemimpin dan pegawai kerajaan begitu berleluasa. Malah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Dato' Nazir Razak juga mengakui perkembangan politik semasa negara telah menggugatkan keyakinan pelabur. Anwar juga memberitahu isu liwat yang cuba dipalitkan terhadap dirinya bertujuan melarikan pemikiran rakyat terhadap masalah kegawatan politik dan ekonomi yang berlaku sekarang. "Isu pokok sekarang ialah masalah negara dengan kehidupan rakyat yang semakin terbeban. Oleh itu bagi mengalih perhatian rakyat mereka khianati saya kononnya terbabit kali kedua dengan kes liwat. "Biarlah orang yang hendak percaya atau tidak, apa yang penting tuduhan itu hanya ulangan daripada cerita lama," katanya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tuduhan terbabit dengan seks pernah dialami Nabi Yusof a.s apabila difitnah bersama isteri raja yang bernama Siti Zulaikha. Husam juga memberitahu isteri Nabi Muhammad s.a.w., Siti Aisyah pernah juga cuba difitnah dengan kes yang serupa namun kebenaran akhirnya berpihak kepada orang yang jujur. Menteri Besar berkata, rakyat Kelantan cerdik apabila datang beramai-ramai mendengar isu semasa pada ceramah yang diadakan itu bagi mendapatkan berita sebenar. - mj/mks. _ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily
Anwar tuntut Hamid 'RM100 juta' maaf
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Jul 11, 08 5:06pm |
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar surat tuntutan kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya memohon maaf kerana memanggilnya "tukang lapor" Amerika Syarikat. Syed Hamid diberi tempoh 48 jam untuk berbuat demikian. Surat tuntutan tersebut telah dikirim melalui faksimili ke pejabat Syed Hamid oleh peguam Anwar, Sankara Nair pada jam 1 tengahari tadi. "Jika kami tidak menerima apa-apa jawapan yang memuaskan dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat ini, kami akan mengambil tindakan undang-undang (saman fitnah)," kata Sankara dalam suratnya. Surat itu diedarkan dalam sidang media di pejabatnya di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur. Anwar juga menuntut RM100 juta daripada Syed Hamid berhubung kenyataan yang dianggap menjejaskan nama baiknya, selain menuntut menteri itu tidak mengulangi lagi dakwaan seumpamanya. Anwar berkata, melalui tuntutan itu, perkataan yang digunakan oleh Syed Hamid, seperti laporan The Star 3 Julai lalu, memberi maksud bahawa beliau (Anwar) seorang pengkhianat dan tidak setia kepada negara, agama dan bangsa. Tokoh pembangkang itu juga berkata, perkataan-perkataan tersebut membawa makna bahawa beliau tidak boleh dipercayai dan tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin negara dan bahawa beliau seorang boneka Amerika Syarikat yang boleh memusnahkan negara, agama dan bangsa. Syed Hamid dipetik sebagai berkata, Anwar bertindak sebagai "tukang lapor" negara kuasa besar itu ketika mengulas kenyataan Washington berhubung laporan polis kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu, akhir bulan lepas. Menurut akhbar tersebut, menteri itu berkata setiap kali Anwar berdepan dengan krisis politik dalam negara, beliau akan mengadu perkara itu kepada negara tersebut. Bagaimanapun, pada 8 Julai, beliau menafikan memanggil Anwar sebagai "spy" atau pengintip Amerika Syarikat. Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, beliau tidak pernah berkata yang Anwar seorang "spy" atau pengintip. Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, peguamnya itu juga menyatakan Anwar "berasa sangat kecewa" dengan tindakan polis yang enggan menyerahkan satu salinan laporan yang dibuat oleh bekas pembantu sukarelanya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun. Selepas cuba mendapatkannya dua kali sejak 29 Jun lalu, tambah Sankara, polis tetap enggan berbuat demikian dalam jawapan pihak berkuasa itu pada 2 Julai. Polis kemudian berubah sikap pada 3 Julai, katanya lagi, bagaimanapun enggan berbuat demikian sekali lagi sehari kemudian. "Mereka sehingga kini berdiam diri," katanya. Sankara menambah, salinan laporan itu sangat penting untuk mengetahui butiran lengkap dan tepat dakwaan Mohd Saiful bagi menyediakan kes terhadap anak guamnya. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, saman
Petronas syarikat ke-8 paling untung di dunia
Berita Harian
Oleh Suffian A Bakar
suffian@bharian.com.my
Duduki tangga pertama di Asia senarai Fortune Global 500
PETRONAS berada di kedudukan kelapan senarai syarikat paling untung di dunia dan yang pertama di Asia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune.
Syarikat petroleum kebangsaan berkenaan yang dalam nilai dolar Amerika Syarikat (AS) meraih keuntungan AS$18.118 bilion tahun lalu, mengatasi syarikat terkemuka dunia lain seperti Microsoft, Toyota, Bank of America, Total dan JP Morgan.
Senarai syarikat paling untung di dunia itu didahului oleh Exxon Mobile diikuti Royal Dutch Shell, General Electric, BP, Gazprom, HSBC Holdings dan Chevron.
Syarikat minyak Itali, Total dan bank pelaburan antarabangsa JP Morgan pula berada di tempat kesembilan dan ke-10.
Petronas juga berada di kedudukan ke-95 dalam senarai keseluruhan Fortune Global 500 berdasarkan pendapatan syarikat.
Di kalangan syarikat Asia, Petronas yang meraih pendapatan dalam nilai dolar AS AS$66.22 bilion tahun lalu berada di kedudukan ke-16.
Senarai 10 syarikat paling besar dunia tahun lalu didahului oleh Wal-mart Stores yang meraih pendapatan AS$378.799 bilion, diikuti oleh Exxon Mobile, Royal Dutch Shell, BP, Toyota Motor, Chevron, Ing Group, Total, General Motors dan Conoco Philips.
Senarai 10 syarikat paling besar di Asia pula dikuasai firma dari Jepun, China dan Korea didahului Toyota Motor (Jepun); Sinopec, State Grid dan China National Petroleum (China); Samsung Electronics (Korea Selatan); Honda Motor, Hitachi, Nissan Motor, Nippon Telegraph (Jepun) dan LG (Korea Selatan).
Sementara itu, syarikat automotif terbesar AS, General Motors, mendahului senarai mencatat kerugian paling besar, iaitu AS$$38.732 bilion.
0 comments Labels: Berita Harian, PETRONAS
Hati-hati membuat laporan: "Azizan sertai rombongan Diraja Kedah" SU Akhbar
KLpos |
Oleh Bernama | |
Jumaat, 11 Julai 2008 | |
ALOR STAR: Pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak semalam adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa ini. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Hilmi Khalid, hari ini berkata rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri. Beliau berkata, petikan berita sebuah stesen televisyen swasta yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat. "Kita kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu dan kita mohon supaya stesen televisyen itu tidak lagi membuat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan rasmi terlebih dulu kerana ia membabitkan kepentingan istana," kata Hilmi. Semalam, laporan berita stesen swasta itu menyebut Azizan bersama rombongannya telah menaiki pesawat khas yang disewa bagi tujuan perjalanan rasmi. |
0 comments Labels: klpos, MB Kedah, TV3
‘Bala telah memberitahu kami enam bulan yang lalu’ – Kumaresan dan Segar
|
Ditulis oleh Editor | |
Tuesday, 08 July 2008 | |
Kumaresan, 27, dan Segar, 24, dua anak saudara P Bala memberitahu bahawa bapa saudaranya telah memberitahu semua perincian yang terkandung dalam akuan bersumpah yang pertama P Bala termasuk perkara yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya kepada mereka enam bulan yang lalu. Adik beradik tersebut berkata demikian kepada pihak media selepas memberikan keterangan di Balai Polis Gombak berkaitan laporan polis berkenaan kehilangan bapa saudara P Bala yang dibuatnya Sabtu lalu. |
0 comments Labels: buletin online, penjelasan isu, sumpah
Tembakan peluru kapur TV3
Harakahdaily Zukifli Yahaya Fri | Jul 11, 08 | 7:34:57 am MYT | |
Selepas 100 hari, baru tembakan yang ditunggu-tunggu dari pembangkang bermula. Bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid membidas Ustaz Azizan Abdul Razak yang kononnya tidak tahu mengurus sumber pendapatan kerajaan negeri dengan baik. Akibatnya, kerajaan negeri mengambil jalan singkat menebang balak di kawasan tadahan air bagi memperoleh pendapatan. Media yang taksub dengan isu alam sekitar, TV3, dalam laporannya baru-baru ini membongkar kegiatan penebangan balak yang berlaku secara berleluasa sejak lima tahun lalu di kawasan tadahan air di negeri Kedah. Ustaz Azizan baru tiga bulan menjadi Menteri Besar. Bermakna, kegiatan memusnahkan kawasan tadahan air itu berlaku sejak Dato' Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar dan berlarutan di zaman Mahdzir. Itu intisari dari laporan yang dibuat oleh TV3. Meludah ke muka Ustaz Azizan, terkena batang hidung menteri besar terdahulu. Situasi jadi kelakar apabila Mahdzir yang di bawah pentadbirannya balak rakus ditebang di kawasan tadahan air, tiba-tiba mengecam Menteri Besar sekarang, yang sejak mengambil alih kerajaan, sebatang balak pun belum lagi di tebang di kawasan tersebut. Sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu saat Mahdzir mula mengkritik Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila seorang bekas Menteri Besar mengecam kerajaan selepasnya, maka orang ramai selalunya akan menilai kerja yang dia buat dahulu. Dia jadi hebat jika kritikannya betul. Maksudnya, apa yang berlaku sekarang lebih teruk berbanding dahulu. Tapi jika kritikannya tidak lebih dari mengulangi kritikan yang dibuat terhadapnya dulu, lantaran kini dia tidak lagi terajui kerajaan, itu 'gila talak' namanya! Membalak di kawasan tadahan air bukannya isu baru di negeri ini. Ia dimulakan di zaman Syed Razak. Bagi pihak kerajaan negeri beliau memohon pampasan �Payment for Enviromental Services� sebanyak RM100 juta setahun. Ia sebagai 'gantirugi' terhadap langkah tidak melakukan penebangan balak di kawasan tadahan air, mengorbankan sumber pendapatan negeri, demi untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dan Perlis. Pulau Pinang menerima bekalan air daripada Kedah tetapi kecekapan pengurusan mereka berjaya meletakkan Pihak Berkuasa Air (PBA) Pulau Pinang di papan utama BSKL. Pembekal juga yang gigit jari. Kedah pernah menuntut bayaran dari kedua-dua negeri tersebut kerana membekalkan air. Tahun pertama, Perlis membayar RM200,000. Selepas itu Dato' Seri Shahidan Kassim menghentikan pembayaran. Hujahnya, air dari Tuhan, kenapa mesti bayar. Memang dalam dunia ini ada suatu mazhab yang berfahaman, semua yang datang dari Allah halal belaka. "Anak dara orang, bini orang semua tu mereka anggap 'halal' belaka. Sebabnya Allah yang buat." Apabila Mahdzir ambil alih pentadbiran, tuntutan PES dilupakan. Tentu sukar bagi orang yang pernah duduk di bawah dagu Pak Lah untuk membuat tuntutan, walaupun itu hak negeri Kedah. Apabila Ustaz Azizan melanjutkan tuntutan pentadbiran Syed Razak RM100 juta setahun, maka tuntutan itu amat munasabah. Jika kerajaan Pusat enggan membuat pembayaran tersebut, munasabah pula jika kerajaan negeri mengugut untuk menebang balak di kawasan tadahan air. Tebangan yang dibuat bukan secara rakus seperti yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini sehingga menggondolkan seluruh hutan. Ia menggunakan kaedah 'heli-harvesting' yang mengambil cuma tiga hingga empat pokok sehektar. Tidak terjejas pun alam sekitar. Itu pun, bersyarat. Syaratnya jika mendapat kelulusan dari Environmental Impact Assessment (EIA). Tanpa kelulusan, projek dibatalkan. Hakikatnya, isu balak sangatlah mudah. Bukan besar sangat, sampai perlu disensasikan TV3 demikian rupa dengan menyeret semua pihak yang tidak tahu keadaan sebenar untuk turut berpolemik. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan, diajukan gambaran yang salah, kemudian diminta komen. Itulah modus operandi yang digunakan media-media primitif sejak berzaman untuk melagakan sesama manusia. Sebenarnya, selepas 100 hari pun pihak musuh masih tercari-cari ruang untuk menyerang kerajaan negeri Kedah. Bunyi tembakannya macam kuat sangat, tapi cuma peluru kapur. - mks._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, MB Kedah, TV3