Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya. ---------------------------- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.
Beliau kata demikian kepada Agendadaily di bangunan Parlimen ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.
Najib menjadi sasaran fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang dengan mengaitkannya dengan kes pembunuhan Altantuya. Malah bukan Najib sahaja yang difitnah tetapi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut dikaitkan kes berkenaan.- 8/7/2008
Allah akan tentukan kebenarannya - Najib
Timbalan Perdana Menteri berkata hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.
"Allah yang akan menentukan yang benar, Allah yang akan membalas di Akhirat, silap-silap di dunia pun dah dapat balasannya nanti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Berkelompok Tahunan Umno bahagian Pekan , Sabtu.
"Saya tidak gentar, tidak takut untuk hadapi fitnah, kebenaran akan terbukti, saya dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) akan hadapi segala-galanya dan yakin kebenaran akan timbul," katanya.
"Sejarah sendiri akan menilai atau menghukum apa yang kita buat (jika kita bersalah)," katanya.
Bernama melaporkan Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada laporan mengenai kes pembunuhan wanita
Kepada Umno anggota bahagian Pekan, Najib secara berseloroh berkata: "Janganlah buat saya rungsing hati dan kepala untuk serabut fikir hal di (bahagian Umno) Pekan. Dah banyak cabaran sehari dua ini, jangan ada kerenah pula di Pekan ini," kata Najib sambil tersenyum.
Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut berharap mesyuarat Umno peringkat cawangan bahagian itu pada Julai ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"Kita bawalah nilai baru, semangat baru, terus berjuang dengan semangat baru dan jadiakan Umno parti yang segar, dinamik, anggun dan menarik kepada masyarakat," katanya.
Sebanyak 139 cawangan Umno di Pekan akan mula bermesyuarat pada 17 Julai ini dan bahagian Pekan merupakan bahagian Umno paling ramai keanggotaannya di Pahang iaitu seramai 32,087 ahli.
Najib berkata kemenangan besar Parlimen Pekan pada pilihan raya umum lepas perlu dipertahankan bagi memastikan Pekan dan Pahang terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional.
Sementara itu Timbalan Ketua Umno bahagaian Pekan Datuk Ishak Muhamad berkata Umno Pekan akan terus berdiri teguh di bawah kepimpinan Najib bagi menghadapi sebarang fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang terhadapnya.- 5/7/2008
Wednesday, July 9, 2008
Saya dah lafaz demi Allah tak pernah jumpa Altantuya - Najib
4 comments Labels: agenda daily, Altantuya, najib razak, sumpah
Protes 'serik' berdemo dalam stadium
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Jul 9, 08 11:08am |
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) sudah "serik" mengadakan perhimpunan di tempat tertutup, khususnya di stadium kerana ia kurang mendapat sambutan. 'Perhimpunan Sejuta Rakyat' sempena membantah kenaikan harga bahan api anjurannya Ahad lalu yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya hanya dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang pada sebelah siangnya. Manakala acara kemuncak berupa ucapan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat, terutama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadiri oleh kira-kira 25,000 orang. Pada mulanya dijadual diadakan di KLCC tetapi kemudiannya dipindah ke Padang Timur, Petaling Jaya. Tarikhnya pula diubah dari 5 ke 6 Julai. Bagaimanapun, tempat perhimpunan itu ditukar pada saat-saat akhir ke stadium tersebut. Perubahan itu dibuat atas keputusan pimpinan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor. Dalam mesyuarat Protes lewat petang semalam bagi menilai program tersebut, pelbagai perkara, termasuk faktor sambutan itu, serta insiden yang membabitkan kumpulan pemuzik jemputan, telah dibincang secara panjang lebar. Ambil pengajaran Ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan memberitahu Malaysiakini bahawa gabungan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan itu memutuskan tidak akan mengadakan lagi sebarang perhimpunan di tempat tertutup, seperti stadium. Katanya, tempat seumpama itu tidak sesuai untuk mengadakan perhimpunan bantahan seperti yang terbukti hujung minggu lalu apabila kehadiran orang ramai kurang daripada sasaran. Mengenai insiden membabit kumpulan pemuzik punk rock Carburetor Dung pula, Arutchelvan berkata, pihaknya kesal dengan insiden kekecohan itu dan mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku. Bagaimanapun, beliau menganggap ia hanyalah satu insiden kecil yang tidak mengganggu keseluruhan program tersebut. |
2 comments Labels: malaysiakini, perhimpunan rakyat
Husam : Jangan Salahkan Carburetor Dung
KOTA BHARU : Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa meminta supaya semua pihak tidak menyalahkan kumpulan underground Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan Protes anjuran parti Pakatan Rakyat kerana kumpulan itu berani membawa mesej kepada kerajaan.
“Cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu,” jelasnya.
Katanya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengadakan bantahan dengan cara keluar di jalanan khuatir pelabur berasa takut dan bimbang berlaku kekecohan dan terus menuduh PR sengaja menimbulkan ketidakstabilan kepada negara.
Beliau berpendapat bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan tidak semestinya dengan berkasar sedangkan pendekatan secara ‘gentle’ boleh dilakukan.
“Pada pandangan saya perbuatan (melondehkan seluar) boleh diperbetulkan, janganlah kita hukum dia sampai tinggal mesej lantang kepada mereka,”
Katanya, kumpulan tersebut telah membawa mesej yang bersifat kritikal kepada kerajaan dan jika didengar semula lirik lagunya ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.
“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya.
Beliau menambah perhimpunan itu adalah bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin suarakan bantahan. Baginya mesej yang cuba disampaikan pada perhimpunan tersebut sudah sampai matlamatnya tidak sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.
Ahad lalu, vokalis kumpulan Carburetor Dung telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan melondehkan seluar ketika mengadakan konsert pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Lagu yang dinyanyikan ketika itu Mari Nyanyi Menjilat.
PROTES 6.7.08 : Pengalaman Penulis
Heboh satu negara diatas insiden yang berlaku semasa perhimpunan Protes Sejuta RAKYAT Turun. Ramai yang menelefon, mengemail dan sms saya tentang insiden tersebut. Ada yang bersimpati, ada yang marah dan ada yang memberikan pandangan mereka.
Kepada semua, saya mengucapkan terima kasih. Dalam posting kali ini, saya akan menjelaskan tentang insiden yang berlaku pada Protes Sejuta RAKYAT Turun dari pandangan dan kacamata saya selaku salah seorang penganjur.
Sebelum membicarakan tentang insiden tersebut, saya ingin menceritakan juga tentang apa yang berlaku sebelum perhimpunan tersebut berlangsung.
Umum telah mengetahui, jawatankuasa PROTES pada awalnya berniat untuk menganjurkan protes harga minyak pada 12 Julai 2008 di KLCC. Tetapi diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tarikh dan tempat terpaksa ditukar dan akhirnya perhimpunan tersebut diadakan di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 6 Julai 2008.
Pertukaran tempat dan masa telah menyebabkan banyak kesukaran berlaku. Tidak dinafikan juga ramai yang marah kepada kami selaku penganjur program. Akan tetapi, diatas sebab “kepentingan negara” dan ingin memuaskan hati semua pihak, kami tetap tegas untuk berpindah ke Stadium Kelana Jaya.
Perlu diingatkan bahawa Gabungan Protes terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Saya bersama-sama dengan Gabungan Protes diatas kapasiti saya sebagai wakil NGO dan penulis bebas.
Oleh kerana tujuan Gabungan Protes ialah menentang kenaikkan harga minyak, saya dan beberapa orang teman-teman bersama dengan Gabungan Protes.
Berbalik kepada insiden yang berlaku semasa perhimpunan Protes Sejuta Rakyat turun berjalan.
Dalam isu ini saya mengambil sikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Pada pandangan saya masalah timbul oleh kerana “pertembungan diantara dua budaya”.
Ketika kejadian berlaku, saya berada diluar stadium. Saya meninggalkan stadium sebelum kumpulan Carburetor Dung memulakan lagu terakhir mereka yang bertajuk “Mari nyanyi menjilat”.
Saya keluar meninggalkan stadium kerana terlalu haus dan ingin ke gerai jualan untuk membeli minuman. Sedang saya berjalan-jalan melihat gerai jualan diluar, saya terdengar bunyi kecoh dan riuh. Tanpa berlengah, saya terus berlari masuk kedalam stadium dan menyaksikan keadaan sudah kecoh dan riuh.
Saya terlihat Alak, penyanyi Carburetor Dung dan seorang lagi anak muda dikerumuni oleh sebahagian hadirin yang berbaju merah dan biru dipukul dan diludah dan dibawa keluar stadium.
Saya yang tidak faham apa yang berlaku terus berlari kearah Alak dan temannya yang dikerumuni oleh berpuluh orang pemuda yang berbaju merah dan biru.
Alak dan temannya dibawa masuk kedalam stadium. Joe Kidd, Bullet dan pemain bass Carburetor Dung telah pun dikawal oleh Skuad AMK. Alak dan seorang lagi teman diletakkan bersama dengan teman-teman Carburetor Dung yang dikawal oleh Skuad AMK.
Selepas diberi jaminan oleh Shamsul Iskandar bahawa Skuad AMK akan memastikan keselamatan kumpulan Carburetor Dung, saya berlari kearah pentas ketika Hishamuddin Rais memberikan pidato untuk mengambil tanggungjawab diatas kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada hadirin diatas apa yang berlaku.
Saya membawa Hishamuddin Rais keluar dengan kereta saya. Dalam perjalanan membawa Hisham keluar dengan dengan kereta, seorang provokator menghentam cermin belakang kereta saya sehingga retak. Begitulah serba sedikit kejadian tersebut yang saya saksikan.
Lihat video dari Malaysiakini:
Selepas menonton video dari Malaysiakini, saya lebih jelas mengenai apa yang berlaku. Pertembungan budaya yang saya maksudkan diatas ialah pertembungan diantara anak muda muzik underground dan penyokong Pakatan yang majoritinya daripada PAS.
Daripada video diatas jelaslah bahawa Alak, penyanyi kumpulan Carburetor Dung tidak memahami “crowd” atau hadirin di Stadium Kelana Jaya.
Selain daripada itu, Carburetor Dung juga gagal menarik penyokong-penyokongnya untuk bersama-sama menyertai Protes Sejuta Rakyat Turun. Ini telah menyebabkan majoriti hadirin yang dari latarbelakang yang berbeza tidak faham dan tidak mengerti gaya bentuk persembahan mereka.
Pada saya, jika Alak bijak dan memahami latarbelakang hadirin, insiden kekecohan tersebut tidak akan timbul. Isu pakaian dan rambut panjang tidak timbul dalam perkara ini. Masalah sebenar ialah sikap Alak sendiri yang tidak pandai menilai penonton.
Cuba kita lihat satu contoh. Rahmat Haron seorang penyajak turut serta membacakan puisinya dan menyanyikan lagu. Walaupun Rahmat berambut panjang ala “Bob Marley” dan “bertatu”, dia diterima oleh penonton ketika membuat persembahan. Malahan penonton turut bersama-sama menyanyikan lagu Rahmat ketika beliau membuat persembahan.
Anggota Carburetor Dung yang lain seperti Fendi, Joe Kidd, Bullet pemain bass kumpulan tersebut tidak dilihat menimbulkan masalah. Mereka dilihat lebih matang dan memahami “crowd”.
Tidak hairanlah jika ada pihak menganggap Alak ialah “agen provokator” yang diupah oleh Umno dan Barisan Nasional.
Disatu sisi yang lain, saya menentang dan tidak bersetuju dengan cara penyokong Protes yang tidak berpuas hati menangani insiden ini. Tindakan memukul, maki hamun dan meludah Alak dan temannya bukanlah satu tindakan yang waras.
Tindakan ini tidak ada bezanya dengan tindakan jahat polis dan SB yang mengendalikan perhimpunan aman. Jika kita menentang keganasan polis, kita juga harus menentang tindakan segelintir hadirin yang memukul dan meludah Alak dan kumpulan Carburetor Dung. Jika begini tindakan yang diambil apabila berhadapan dengan perbezaan, Malaysia belum layak untuk berubah.
Hegemoni Umno/BN dan polis masih lagi kuat dikalangan masyarakat kita.
Saya sendiri melihat salah seorang yang paling bersemangat memukul Alak dan kumpulan Carburetor Dung ialah seorang pemuda berkepala botak, berbaju putih dan memakai seluar pendek. Sepanjang pengalaman saya melibatkan diri dengan gerakan Reformasi semenjak 1998, belum pernah lagi saya melihat penyokong Reformasi dan Pakatan memakai seluar pendek semasa menghadiri perhimpunan.
Saya percaya lelaki tersebut ialah agen “provokator” yang diupah oleh Umno dan Barisan Nasional bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Protes. Yang menyedihkan lagi apabila sebahagian penyokong-penyokong Protes terpengaruh dengan provokasi dari lelaki tersebut.
Dalam isu ini, kedua-dua pihak bersalah! Alak yang tidak memahami “crowd” dan segelintir penyokong Protes yang tidak waras!
Bermubahalah atau bersumpah dengan Al Quran: Apa kata tokoh agama?
Mstar Online
09-07-2008 02:47:25 PM
INSIDEN cabar mencabar agar bersumpah atau bermubahalah membabitkan isu dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kian hangat diperdebatkan.
Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.
Adakah Islam membolehkan umat Islam bersumpah? Dalam keadaan manakah, kaedah bersumpah ini dibolehkan? Bagaimana pula kaedah bersumpah dengan menjunjung al Quran, adakah ini dianjurkan? Atau adakah ini sebahagian dari tradisi orang Melayu yang masih kuat dipegang hingga ke hari ini.
Tidak pernah lagi terjumpa satu ayat pun yang mengatakan kita dibolehkan bersumpah dengan menjunjung Al-Quran untuk membuktikan kebenaran.
Beberapa ulamak dan tokoh agama bercanggah pendapat apabila diajukan tentang al-Quran dijadikan sebagai alat untuk membuktikan seseorang itu berada di pihak benar atau tidak.
Bolehkah penyelesaian pintas menyelesaikan sesuatu masalah fitnah dengan memaksa individu yang didakwa terbabit dengan melafazkan sumpah mubahalah atau sumpah laknat?
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin:
Lafaz sumpah wajar dijadikan jalan terakhir selepas mereka yang saling tuduh-menuduh tidak dapat membuktikan kebenaran dakwaan itu melalui proses lain dalam mencari keadilan.
Dalam kes isu tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya, mana-mana pihak mesti berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menggunakan al-Quran dan lafaz sumpah laknat ketika mahu menyelesaikan masalah berkenaan.
"Cuba usahakan cara lain dulu yang boleh mengait atau mengelakkan seseorang itu daripada tuduhan berkenaan. Biarlah proses perundangan menentukan kebenaran tuduhan ini melalui proses pencarian bukti, saksi dan sebagainya.
"Jika tuduhan itu berlanjutan, melarat dan tiada jalan keluar, barulah lafaz sumpah itu digunakan," katanya diminta mengulas kewajaran cadangan untuk bersumpah menjunjung al-Quran bagi membuktikan kebenaran masing-masing.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid:
Islam tidak pernah mensyariatkan supaya orang yang terbabit dalam fitnah bersumpah dengan menjunjung al-Quran tetapi cukup hanya bersumpah dengan nama Allah SWT.
"Tidak wajar dan haram hukumnya untuk seseorang Islam menjadikan al-Quran sebagai alat untuk bersumpah kerana yang diharuskan agama ialah bersumpah dengan melafazkan nama Allah sebanyak tiga kali," katanya.
"Hanya Allah SWT yang berhak menggunakan nama makhluknya seperti al-Quran dan alat lain dalam mempertahankan kebenaran sesuatu perkara. Manusia pula disyariatkan bukan bersumpah dengan alat atau al-Quran sekalipun ketika mempertahankan diri mereka daripada fitnah atau penipuan tetapi cukup dengan menyebut tiga nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
"Kalimah sumpah itu adalah yang termasyhur dan biasa disebut semua orang sama seperti lafaz sumpah yang digunakan ketika pemimpin politik mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri," katanya.
Isu fitnah seperti dakwaan kes liwat yang sedang hangat diperkatakan ini wajar ditangani di mahkamah.
"Ia akan membabitkan lebih ramai pihak berwibawa dalam menentukan keputusan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak," katanya.
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin
Bersumpah dengan menjunjung Al Quran bukanlah kaedah Islam.
"Bukan itu yang dianjurkan oleh Islam. Nabi pun tidak pernah buat begitu. Bersumpah dengan menjunjung Quran adalah tradisi orang Melayu. Yang dianjurkan ialah bermubahalah atau bersumpah dengan berkata, "Jika benar saya yang melakukannya, laknatilah saya." Dan pihak yang satu lagipun perlu berkata sedemikian.
"Dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi - Saya tidak melakukannya," kata Dr Asri.
Menurut beliau, "Kedua-dua mereka, baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah. Inilah cara yang pernah Nabi buat dulu," jelasnya Dr Asri lagi.
Beliau turut menegur kesilapan fakta berhubung mubahalah yang dikaitkan sebagai kaedah "menjunjung al-Quran" sedangkan menurutnya dalam mubahalah, setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika berada di pihak yang salah.
Mufti Perlis itu percaya mubahalah yang tidak memerlukan wang atau modal akan menghapuskan prasangka dan hukumannya adalah adil.
Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."
"Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah," kata Asri.
Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat
Beliau menyokong cadangan bermubahalah cuma cara bersumpah yang dianjurkan ialah bermubahalah sambil menjunjung Al Quran.
"Bermubahalah atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.
"Tapi kalau ada prosedur lain, lakukan dahulu yang lain itu, pihak mahkamah tentu tahu apa yang sepatutnya," katanya.
Mursyidul Am PAS itu berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.
"Bersumpah atau bermubahalah merupakan langkah paling akhir yang perlu dibuat selepas proses perundangan dijalankan.
"Tapi biarlah pihak mahkamah siasat dulu. Bersumpah adalah langkah yang terakhir," kata Tok Guru itu.
Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.
"Namun Anwar perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya.
Dr Harussani berkata yang menuduh kena mengemukakan empat orang saksi di mahkamah. Kalau tidak boleh dikenakan sebatan 80 kali.
Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman
Perbuatan bermubahalah (sumpah laknat) adalah bercanggah dengan ajaran Islam terutama jika ia membabitkan unsur-unsur politik.
Beliau berkata, sumpah adalah suatu perkara yang tidak boleh dipermain-mainkan dan hanya perlu dilakukan ketika dalam mahkamah membabitkan peruntukan undang-undang atau kanun tertentu.
''Sumpah bukan boleh dibuat sewenang-wenangnya, jika yang bersumpah itu mahu menunjukkan bahawa kalau dia benar-benar bersalah maka akan turun azab daripada Tuhan.
''Tetapi bagaimana pula keadaannya jika orang yang bersumpah itu tidak dikenakan azab (di dunia), adakah itu menunjukkan dia benar-benar tidak bersalah.
''Sedangkan ajaran Islam hanya mempercayai bahawa azab Allah kepada umat-Nya akan dikenakan di akhirat dan bukannya di dunia," katanya.
0 comments Labels: mstar online, sumpah, tokoh Islam
Kenaikan minyak bakal undang kegawatan ekonomi lebih dahsyat - Husam
Harakahdaily Salmah Mat Husain Wed | Jul 09, 08 | 7:37:10 pm MYT | |
KOTA BHARU, 9 Julai (Hrkh) - Kerajaan diminta mengkaji semula cadangan menaikkan lagi harga minyak sekiranya tidak ingin kehilangan lebih banyak pelabur. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan lagi harga minyak akan menyebabkan lebih banyak kilang menutup operasi kerana bebanan kenaikan bahan bakar dan tarif elektrik tidak tertanggung lagi. Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini berkata, penutupan kilang Nikko di Pulau Pinang disebabkan kenaikan harga minyak kerana kos operasinya meningkat begitu tinggi. �Lebih banyak kilang termasuk milik pelabur luar negara akan berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap kerajaan Malaysia, terutamanya dalam keadaan sekarang. �Pelabur akan mencari negara lain seperti Vietnam dan China yang tidak membebankan pelabur. Bila perkara itu berlaku ia akan menyebabkan malapetaka ekonomi lebih dahsyat bakal melanda negara kita. �Kalau banyak kilang ditutup, orang ramai akan kehilangan kerja sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara,� ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. Oleh itu beliau meminta, kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut bagi mengelakkan negara menjadi lebih kritikal. Beliau juga berkata, mesej yang disampaikan rakyat melaui himpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat baru-baru ini sebenarnya sudah sampai kepada kerajaan. Kata beliau memprotes kenaikan harga minyak menjadi hak semua rakyat dan kerajaan seharusnya berfikir kesanggupan semua lapian masyarakat turun ke padang membantah. �Saya bukan pro band rock tu, tetapi kalau kita baca balik lirik lagu yang dinyanyikan oleh golongan itu ia mempunyai mesej yang tertentu kepada kerajaan. �Cuma yang silapnya dia buka seluar, sebelum ni pun kat konsert lain memang dia dah buat macam tu, tapi pada pendapat saya perkara itu boleh diperbetulkan. Apa yang penting mesej rakyat tanpa mengira kedudukan mereka telah sampai kepada kerajaan,� ujarnya. Katanya, lirik lagu berkenaan terkena atas batang hidup kerajaan sendiri. �Jadi kerajaan kena fahamlah, kalau budak-budak macam tu pun boleh sindir kerajaan, faham sendirilah,� ujarnya. Mesej Protes boleh dilakukan berbagai cara tetapi tidak bertindak kasar. Menurutnya kerajaan harus menangani segera perkara tersebut dengan menurunkan semula harga minyak dan tarif elektrik. Beliau juga berkata, Kijang Care akan berusaha menjejaki dua keluarga yang kesempitan hidup selepas kilang Nikko ditutup operasinya baru-baru ini. �InsyaAllah kita akan cuba memberi sedikit bantuan pada keluarga terbabit bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka,� ujarnya. - mj _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, harga minyak, Husam Musa
Majoriti percaya Bala cakap benar
Malaysiakini |
Jul 9, 08 4:16pm |
Sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam semalam, percaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan. Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta). Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar. Manakala 86 peratus berpendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan - remaja berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh bekas bosnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lebih kurang jumlah yang sama - 5,102 atau 80 peratus - menolak andaian yang Anwar sengaja berpakat dengan Saiful untuk membuat tuduhan liwat tersebut - untuk mendapatkan simpati masyarakat. Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang "melindungi" Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu. Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu. Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih "berada di Malaysia".
|
4 comments Labels: bancian, malaysiakini
Malaysian Inflation Exceeded 6% in June, Zeti Says
By Soraya Permatasari
July 9 (Bloomberg) -- Malaysia's central bank said inflation probably exceeded 6 percent in June, higher than earlier estimated and bolstering expectations it will raise interest rates as early as this month.
``While domestic inflation is expected to remain elevated for the remaining part of this year and early next year, it is expected to moderate in the second half of 2009,'' Governor ZetiAkhtar Aziz said in a speech in Kuala Lumpur today.
Record crude prices forced Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to announce a 41 percent increase in petrol prices and 63 percent jump in diesel costs in June, and allow higher electricity rates this month. Surging food and oil prices have already prompted neighboring Indonesia and the Philippines to raise borrowing costs this year to tame inflation.
``There's little that they can do but to increase rates,'' said Gundy Cahyadi, an economist at Ideaglobal in Singapore. ``The concern is if they don't do that, the market's confidence on Malaysian inflation is going to be hurt.''
The central bank had estimated last month that the fuel price increases would cause inflation to accelerate to 5 percent in June. The last time the inflation rate was above 6 percent was June 1998, when the central bank's then benchmark three- month intervention rate was 11 percent.
Bank Negara Malaysia, which kept its overnight policy rate at 3.5 percent for a 17th straight meeting on May 26, next meets on July 25.
Lasting Impact
The impact of higher fuel prices on inflation will be ``quite lasting'' and may not ease until the later part of 2009, said Cahyadi, who expects the central bank to raise its benchmark rate by half a percentage point to 4 percent this year.
The ringgit climbed to 3.2490 per dollar as of 12.22 p.m. in Kuala Lumpur from 3.2615 late yesterday, according to data compiled by Bloomberg.
``We have to evaluate the risks to inflation,'' Zeti told reporters after her speech. ``We will look for signs of second- round effects and these are whether there are pressures for wage adjustments to take place and whether there are other secondary price increases.''
The central bank will also evaluate the risks to growth from a potential further slowdown in the external environment, and watch for a ``deflationary impact arising from higher energy prices on the economy,'' she said.
The central bank may not raise borrowing costs if inflation stayed below 7.5 percent in June, said Alvin Liew, an economist at Standard Chartered Plc in Singapore, who expects Bank Negara to keep interest rates on hold this year to avoid hurting domestic demand and investment.
``If we see inflation in June going up towards double digits, then the risk is that they might have to hike rates,'' Liew said. ``However, the probability for that is very low.''
0 comments Labels: inflasi, Media luar
'Bala hubungi saya beritahu diri selamat'
Berita Harian
Oleh Jalal Ali Rahim, Irwan Shafrizan Ismail dan Ifwan Tun Tuah
bhnews@bharian.com.my
R Kumaresan |
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai keadaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, berikutan kehilangannya sejak Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila beliau menghubungi anak saudaranya, malam kelmarin.
Balasubramaniam menghubungi anak saudaranya, R Kumaresan, pada jam 11.30 malam dan mengesahkan beliau serta isterinya selamat.
Kumaresan yang ditemui pada satu perhimpunan di Brickfields di sini, malam tadi, berkata bapa saudaranya itu bagaimanapun enggan memberitahu lokasi beliau dan keluarganya berada.
"Balasubramaniam memberitahu dia tak boleh bercakap secara bebas. Sebelum talian terputus, saya juga sempat bercakap secara ringkas dengan isterinya tetapi dia juga tidak mahu memberitahu di mana mereka berada," katanya.
Kumaresan berkata, beliau tidak dapat mengesan nombor telefon yang digunakan bapa saudaranya itu kerana Balasubramaniam menghubunginya menerusi talian peribadi.
Sabtu lalu, Kumaresan membuat laporan di Balai Polis Brickfields selepas gagal mengesan Balasubramaniam dan keluarganya.
Sehari sebelum itu, Balasubramaniam membuat akuan sumpah kedua bagi menafikan tuduhannya sebelum itu yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar juga percaya Balasubramaniam berada dalam keadaan selamat.
"Kita pasti akan mengetahui jika sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya," katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Peralatan Polis Asia 2009 di sini. Turut Hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Wahid Md Don.
Wahid bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan Balasubramaniam sudah meninggalkan negara ini.
Di KUANTAN, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, tidak menolak kemungkinan Balasubramaniam berada di luar negara dan polis antarabangsa (Interpol) serta polis Asean (Aseanpol) sudah diminta membantu mengesannya.
"Malah, kita sedaya upaya mendapatkan keterangan mereka yang terakhir bercakap dengannya, selain mengarahkan kawalan lebih ketat di pintu masuk negara," katanya selepas menyaksikan Majlis Persaraan dan Serah Tugas Ketua Polis Pahang, Datuk Ayob Mohamed kepada Timbalannya, Datuk Robiah Abdul Ghani.
Mengenai dakwaan seorang lagi anak saudara Balasubramaniam, R Sega yang tidak menolak kemungkinan bapa saudaranya disembunyikan seseorang, Mohd Bakri menegaskan polis tidak menyiasat berdasarkan andaian.
"Kami adalah pegawai polis yang profesional dan perlu melakukan penyiasatan dan tidak ada motif lain. Kami menjalankan penyiasatan bertujuan mencari kebenaran kerana itu tanggungjawab polis," katanya.
Bakri berkata, tindakan polis mencari penyiasat persendirian itu juga bukan bertujuan meletakkannya dalam keadaan tertekan.
"Dia sudah membuat akuan bersumpah dan kami perlu mencarinya secepat mungkin bagi diambil keterangan segera. Kalau dia takut, boleh datang dengan peguamnya. Jika dia mohon kita jamin keselamatannya, kita akan beri kerjasama penuh untuk itu," katanya.
Mengenai perkembangan siasatan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bakri berkata, lebih ramai lagi saksi akan dipanggil untuk direkodkan keterangan mereka.
"Polis juga akan terus memberi perlindungan kepada pengadu sehingga dirasakan tiada lagi kemungkinan ancaman kepadanya," katanya. Setakat ini, polis sudah merekodkan keterangan 18 saksi termasuk doktor yang membuat pemeriksaan ke atas Mohd Saiful.
3 comments Labels: Berita Harian, penjelasan isu, sumpah
Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai kes fitnah Anwar Ibrahim
Harakahdaily Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim Wed | Jul 09, 08 | 4:43:07 pm MYT | |
Soalan Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah. Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan? Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani: Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya: 4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya: "11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; - Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab). Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang. Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka. Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?. Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT. Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�. Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya. Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah. Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu. Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya). Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar. Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. - mr_ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, penjelasan isu
Kes cabul di Johor serius
|
|
JOHOR BAHRU 8 Julai - Johor mencatatkan kes cabul ketiga tertinggi iaitu sebanyak 103 kes atau 9.59 peratus daripada keseluruhan 1,073 kes yang dilaporkan di seluruh negara sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, secara purata lebih daripada satu kes cabul dilaporkan di negeri ini dalam tempoh dua hari.
Bagaimanapun, statistik PDRM juga menunjukkan bilangan kes itu menunjukkan penurunan berbanding sepanjang 2006 dengan negeri itu mencatatkan kes cabul kedua tertinggi iaitu sebanyak 262 daripada keseluruhan 1,972 kes yang dilaporkan.
Adakah statistik itu menggambarkan keadaan sebenar jenayah cabul di Johor mahupun seluruh negara dan kenapa ia berlaku? Bagi mendapatkan jawapan itu, wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini menghubungi pakar perunding psikologi di Hospital Pantai Indah Kuala Lumpur, Dr. Leong Huey Mei.
Menurut Huey Mei, bilangan kes cabul sebenar yang berlaku mungkin lebih tinggi berbanding yang dilaporkan kerana kebanyakan mangsa atau keluarga mereka berasa malu untuk membuat laporan polis.
''Sepatutnya, mangsa tidak perlu berasa malu kerana mereka tidak bersalah, malah dengan tidak melaporkan kepada polis, maka ia hanya akan menggalakkan pencabul meneruskan jenayah itu.
''Lebih malang, ada yang menyatakan cabul tidak menyebabkan kesan besar kepada mangsa seperti yang berlaku kepada mangsa rogol, jadi tidak perlu laporan dibuat.
''Ini tidak benar kerana mangsa turut berasa trauma dan terhina yang boleh menyebabkan gangguan pada emosi mangsa sehingga menjejaskan kerja dan kehidupan hariannya,'' katanya.
Huey Mei berkata, pencabul boleh disifatkan sebagai manusia yang tidak normal memandangkan mereka mengetahui perbuatan yang dilakukan adalah salah, namun tetap melakukannya bagi memenuhi tuntutan nafsu yang gagal dikawal.
Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila perkembangan teknologi pada masa ini turut menyumbang kepada kes cabul kerana bahan lucah mudah diperoleh daripada Internet.
Sementara itu, beliau memberitahu, bagi sesetengah golongan pencabul juga tidak mempunyai kemahiran sosial sehingga menyebabkan mereka tidak dapat bersosial dengan rakan dewasa yang lain, sebaliknya memilih untuk mendampingi golongan kanak-kanak untuk melepaskan nafsu.
''Kanak-kanak adalah sasaran senang dan mudah percaya kepada orang dewasa. Sehubungan itu, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak dan mengingatkan mereka supaya berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali,'' katanya.
Tambahnya, jenayah cabul juga dilakukan oleh mereka yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kedudukan, malah menggunakan status mereka itu untuk melakukan pencabulan terhadap pekerja bawahannya.
Kes itu, katanya lagi, melibatkan masalah salah guna kuasa dan kebanyakan mangsa tidak melaporkan jenayah terbabit kerana khuatir diambil tindakan yang boleh menjejaskan 'periuk nasi', sedangkan terdapat undang-undang yang dapat membela mangsa.
Dalam pada itu, sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, statistik PDRM menunjukkan laporan kes cabul tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu sebanyak 226 kes diikuti Kuala Lumpur (134), Johor, Perak (103) dan Pulau Pinang (79).
Kedah mencatatkan bilangan laporan kes cabul sebanyak 68 kes, Pahang (61), Negeri Sembilan (60), Sabah (59), Melaka (56), Sarawak (49), Kelantan (35), Terengganu (30) dan Perlis (10).
Berdasarkan statistik itu, secara purata antara lima hingga enam kes cabul dilaporkan setiap hari di seluruh negara.
0 comments Labels: Johor, rosak akhlak, utusan
JPN tidak patuhi fatwa
Berita Harian
Oleh Salina Abdullah dan Norfatimah Ahmad
bhnews@bharian.com.my
Abdul Shukor Husin |
Larangan gabung nama anak, bapa angkat belum dilaksana
NILAI: Selepas lapan tahun Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan penggabungan nama anak angkat dengan nama penuh bapa angkat tanpa menggunakan bin atau binti Abdullah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didapati belum mematuhinya.
Malah, saranan majlis itu supaya Akta Pengangkatan 1952 (Akta 253) dipinda segera supaya tidak bercanggah dengan hukum syarak, juga masih tidak dilaksanakan oleh jabatan berkenaan.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata fatwa itu dikeluarkan pada 2000 selepas majlis berkenaan mempertimbangkan permohonan JPN untuk membenarkan penggabungan nama anak angkat dengan bapa angkat dalam sijil pengangkatan dan kad pengenalan.
"Walaupun alasan yang diberi untuk menyelesaikan masalah sosial dan perasaan anak serta keluarga angkat, ia bercanggah dengan hukum syarak berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud 'panggil mereka dengan nama bapa mereka'."
"Majlis Fatwa turut menyarankan JPN supaya meminda Akta 253 supaya lebih jelas dan memenuhi hukum syarak," katanya kepada Berita Harian.
Ketika ini, pendaftaran nama anak angkat di kalangan keluarga Islam hanya berpandukan garis panduan JPN yang membenarkan keluarga angkat memilih sama ada meletakkan bin atau binti Abdullah atau menggabungkan nama anak angkat dengan mana-mana nama pilihan ibu bapa angkat.
Keadaan ini menyebabkan ramai pasangan Islam cenderung menggabungkan nama anak angkat dengan nama penuh bapa angkat tanpa menggunakan bin atau binti Abdullah.
Abdul Shukor menjelaskan, nama memang tidak semestinya dilengkapkan dengan bin atau binti, tetapi hanya sebahagian nama bapa angkat boleh digabungkan dengan nama anak angkat.
Beliau memberi contoh, jika anak angkat diberi nama Abdul Halim dan bapa angkatnya, Zainal Abidin bin Omar, maka gabungan nama yang dibenarkan tanpa menggunakan bin ialah Abdul Halim Zainal, bukannya Abdul Halim Zainal Abidin.
"Isu ini bukan baru, malah sudah lama dibincangkan kerana ia menimbulkan pelbagai masalah kepada ibu bapa dan anak angkat dari segi pergaulan dalam keluarga angkat, perkahwinan dan harta pusaka," katanya.
0 comments Labels: Berita Harian, fatwa, JPN
Bekas peguam Bala buat laporan polis
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Jul 8, 08 3:58pm |
Peguam Americk Singh Sidhu hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan untuk mengetahui orang dan/atau orang-orang yang menyebabkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyatakan yang akuan berkanun yang pertama dibuat secara paksa. Dalam akuan berkanun 1 Julai, Balasubramaniam mengaitkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariiibuu. Bagaimanapun, pada hari berikutnya, penyiasat persendirian itu telah menarik balik akuan berkanun pertamanya dan membuat akuan berkanun baru tanpa bahagian yang merujuk kepada Najib. Americk membuat laporan itu di balai polis Brickfields kira-kira jam 2.40 petang tadi. Beliau percaya berlaku konspirasi jenayah sehingga menyebabkan berlaku jenayah fitnah terhadapnya oleh orang dan/atau orang-orang berkenaan. Kumpul fakta Dalam laporan polisnya, Americk berkata beliau telah diarahkan oleh Balasubramanian (foto kanan) berhubung pengumpulan fakta-fakta dan keadaan-keadaan yang membabitkan bekas anggota polis Cawangan Khas itu dengan kes Altantuya. 'Niat baik' |
3 comments Labels: malaysiakini, polis, sumpah
Apakah taktik serangan Iran?
Kosmo Online
TEHERAN – Iran akan menyerang bandar raya Tel Aviv, kapal Amerika Syarikat (AS) di rantau Teluk dan kepentingan Amerika jika diserang berhubung isu nuklear, kata seorang pembantu Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei semalam.
Spekulasi meningkat bahawa Iran bakal diserang berhubung isu itu selepas satu laporan menyatakan Israel sudah melakukan latihan untuk melakukan satu serangan.
Terdapat beberapa taktik yang mungkin digunakan Iran seperti melakukan serangan hendap di rantau Teluk.
Beberapa pakar menyatakan Pasukan Pengawal Revolusi Iran kini dalam proses untuk melakukan taktik seumpama itu yang kerap melibatkan bol-bot laju dilengkapi sebuah peluru berpandu.
Ketika perang antara Irandan Iraq pada 1980-an, pihak tentera Iran melakukan serangan hendap ke atas kapal tangki dan lain-lain kapal di rantau Teluk.
Pada masa lalu, pasukan Pengawal Revolusi Iran memberi amaran bahawa anggota-anggota sukarelawannya yang mahu menjadi syahid mungkin mencetuskan kemusnahan di Selat Hormuz.
Tentera Iran menyatakan, ia mempunyai peluru berpandu yang mampu memusnahkan kapal perang besar dan lain-lain dengan jarak sasaran di rantau Teluk termasuk pangkalan tentera AS di Qatar serta Bahrain.
Peluru berpandu jarak jauh Iran, Shahab 3 mampu tiba di wilayah Israel.
Washington menuduh Iran menyokong pejuang-pejuang di Iraq tetapi dinafikan oleh Teheran.
Para diplomat Barat berkata, Iran mungkin membenarkan senjata dibawa keluar dari sempadannya ke Iraq dan mencetuskan masalah tambahan kepada AS.
Ketua Komander Pasukan Pengawal Revolusi, Mohammad Ali Jafari berkata dalam sebuah akhbar pada Jun lalu, rakan-rakan Iran seperti Hezbollah mampu menyerang Israel jika Iran diserang.
– Reuters
0 comments Labels: kosmo, Negara Islam, peperangan
Malaysiakini muncul laman berita No 1
Malaysiakini |
Jul 8, 08 6:21pm |
Malaysiakini muncul sebagai laman berita paling popular di negara ini, demikian menurut perkhidmatan pemeringkatan portal internet, Alexa.com.
Yang menarik, antaranya, blog Tun Dr Mahathir Mohamad - Chedet.com - yang hanya berusia beberapa bulan berada di tangga ke-60. |
0 comments Labels: malaysiakini, media bebas
Turki bantu Anwar bukan sebab politik - Ali Babacan
Utusan Online
|
|
KUALA LUMPUR 8 Julai - Keputusan membenarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki minggu lalu dibuat bukan sebab politik sebaliknya semata-mata atas dasar kemanusiaan, kata Menteri Luarnya, Ali Babacan.
Beliau menjelaskan Anwar sebenarnya berlindung di kediaman duta dan bukannya kedutaan negara itu seperti yang dilaporkan oleh media.
"Tidak ada aspek politik berhubung dengannya. Ia 100 peratus atas dasar kemanusiaan. Isu berkenaan telah diselesaikan, kini ia telah dilupakan," katanya kepada pemberita semasa Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di sini hari ini.
Menurut Babacan, Anwar yang membuat permohonan kepada kedutaan di sini untuk mendapatkan perlindungan, atas alasan bimbang dengan keselamatannya.
"Duta kami di sini membuka rumahnya kepada beliau (Anwar), beliau tinggal di rumah duta itu selama 26 jam dan bukan di kedutaan kami.
"Apabila dia (Anwar) rasa selesa, dia sendiri yang membuat keputusan untuk meninggalkan rumah duta itu," tambah beliau.
Anwar memohon perlindungan daripada kedutaan Turki di Jalan Ampang di sini pada 30 Jun lalu, setelah mendakwa beliau menerima ancaman bunuh selepas laporan dakwaan liwat yang dikemukakan oleh pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
0 comments Labels: DSAI, negara luar, penjelasan isu, utusan
Wang Petronas dibazir selagi BN masih berkuasa
Harakahdaily MD Hakimi Wed | Jul 09, 08 | 2:41:24 pm MYT | |
PENGKALAN CHEPA, 9 Julai (Hrkh) � Sehingga kini pemimpin Umno masih enggan menerima hakikat kemampuan Pakatan Rakyat mengurangkan harga minyak, berbanding dengan apa yang berlaku sekarang. Tanpa perlu berfikir panjang, guna wang milik Petronas secara berhemah dan bukannya membazir seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang. Lihat contoh pembaziran wang Petronas yang digunakan kerajaan BN untuk membiayai Orkestra Filharmonik Malaysia dikatakan melibatkan kos sehingga RM500 juta. Anggota Parlimen Parit Buntal, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pembaziran begitu berlaku kerana Petronas hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri seorang sahaja. �Sepatutnya Petronas kena bertanggungjawab kepada Parlimen, maka selagi khazanah milik rakyat boleh dibelanjakan sesuka hati wang milik Petronas hilang begitu sahaja. �Sepanjang tempoh 10 tahun sebanyak RM500 juta dibazirkan Petronas hanya untuk membayar gaji pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia yang rata-rata rakyat asing,� katanya di sini, baru-baru ini. Menurutnya setiap bulan sebanyak RM3.5 juta dibelanjakan untuk membayar gaji pemuzik yang mana setiap seorang menerima gaji sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 sebulan. Sebaliknya kata Dr Mujahid apabila harga minyak di pasaran dunia naik kerajan BN mengambil kesempatan untuk menaikkan harga minyak bagi pasaran tempatan. Menurutnya keadaan itu menyebabkan keuntungan terus bertambah, sebaliknya kehidupan rakyat pula terbeban. �Apa yang berlaku sekarang keuntungan besar Petronas tidak digunakan oleh kerajaan bagi menstabilkan harga minyak di pasaran tempatan. �Perkara itu berlaku kerana wang keuntungan Petronas dibazirkan kepada projek-projek mewah, projek-projek yang gagal dan tidak mendatangkan faedah kepada rakyat,� ujarnya. Beliau berkata, keadaan yang berlaku sekarang sudah cukup untuk menggambarkan pemimpin kerajaan BN sangat lemah dalam menguruskan hal ehwal negara khususnya ekonomi dan khazanah rakyat. Sementara itu anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya memerintah bukan memulihkan dasar sekarang tetapi menggantikannya dengan dasar lebih baik. Antaranya kata beliau Petronas tidak lagi bertanggungjawab hanya kepada Perdana Menteri sebaliknya di letak di bawah Parlimen. �Syarikat itu mesti melaporkan secara terperinci operasinya dalam negara termasuk operasinya di 23 negara luar seperti di Iran, Sudan dan Tukmenistan kepada Parlimen. �Petronas juga perlu memberitahu ke mana wang keuntungan disalurkan untuk membolehkan rakyat tahu. Namun perkara itu tidak berlaku sekarang selagi kerajaan BN tidak ditumbangkan,� katanya. - mj _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, kerajaan BN, PETRONAS
Bung Mokhtar: Ya, memang saya buat, tapi...
Malaysiakini |
Rahmah Ghazali | Jul 9, 08 1:15pm |
Datuk Bung Mokhtar (BN-Kinabatangan) hari ini mengaku membuat isyarat tangan yang dianggap lucah di Dewan Rakyat sewaktu bertikam lidah dengan ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam. "Ya, memang saya buat tetapi bukan itu maksudnya. Setiap orang ada persepsi sendiri dan ia bukan biadap dan bukan apa yang orang fikirkan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu ketika ditemui di lobi Parlimen. Gelagat beliau itu ditayang di RTM1 sewaktu siaran langsung sesi soal jawab tetapi mereka di dewan tidak perasaan kerana kamera di situ tidak memfokus ke arahnya. Semalam, beliau menafikan membuat isyarat lucah tangan yang dianggap lucah itu. Beliau sebaliknya berkata, ia merupakan pergerakan tapak tangan memukul tangan yang digenggam. Bung Mokhtar juga mengulangi hari bahawa beliau marah dengan beberapa ahli Parlimen Pakatan yang memanggilnya 'bodoh' dan secara spontan berbuat demikian. "Saya jadi marah (dengan mereka). Dan saya pukul tangan saya macam ini (memukul tangannya ke belakang tangan yang lagi satu). Ada apa salahnya?". |
2 comments Labels: malaysiakini, parlimen, pemimpin haprak
"Harga minyak tak naik lagi tahun ini" Mohamed Yakcob
KLpos |
2 comments Labels: harga minyak, klpos
Hari ini perintah Malaysia, esok turun harga minyak - Anwar
Harakahdaily Ekmal Yusof Wed | Jul 09, 08 | 7:26:48 am MYT | |
TAIPING, 9 Julai (Hrkh) - "Hari ini saya nak ulang lagi, kalau kita dapat ambil alih. Menang Kerajaan Persekutuan hari ini, percayalah pada saya, saya tak cakap bohong. Menang hari ini kita ambil alih, esok harga minyak turun." Demikian Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulanginya sekali lagi semasa berceramah di Changkat Jering dekat sini malam tadi sambil menegaskan bahawa kalau Pakatan Rakyat mengambil alih memerintah seluruh Malaysia maka harga minyak akan turun serta- merta esoknya. "Pedulikan cakap-cakap 'depa' yang iri hati jika Pakatan Rakyat dapat perintah semua negeri yang mereka rasa tak yakin saya boleh turunkan harga minyak itu. Cuba tengok, cuba tengoklah nanti. Kalau tak percaya cubalah jangan halang kami ambil alih perintah semua negeri di Malaysia. Hari ini jadi kerajaan baru, esok diturunkan harga minyak dan bahan bakar lainnya,"cabarnya di hadapan kira-kira 20,000 orang penyokong parti. Beliau yang menegaskannya dalam program "Tour Anwar Ibrahim Seluruh Malaysia" menyatakan, kalau tidak percaya maka tunggulah pada 15 Julai ini di televisyen dan beliau akan kupas dengan panjang lebar dan terperinci bagaimana cara untuk turunkan harga minyak dan bahan bakar lainnya. "Saya memang minta kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak berdebat di TV pada hari itu nanti supaya semua rakyat negara ini boleh lihat berhujah dengan mereka berdua dengan tajuk 'Bagaimana Hendak Turunkan Harga Minyak',"katanya malam tadi. Tambahnya,"di TV siaran langsung itu nanti saya katakan formula untuk turunkan harga minyak, kerana saya tahu dan yakin buat yang benar. "Saya tidak akan rosakkan ekonomi Malaysia. Saya tahu, insya-Allah, kita ambil pelabur China, pelabur Arab, pelabur Eropah dan serampang tiga mata untuk bangkitkan semula ekonomi Malaysia." Tapi sayang, katanya beliau yakin Perdana Menteri dan Timbalannya takut bersemuka dalam siaran tersebut dan dinyatakan tempat mereka akan diambil alih oleh Menteri Penerangan sebagai wakil kerajaan. "Tak apalah, tak dapat tanduk akar pun boleh, saya tak pilih,"sindir Anwar dikuti tepukan gemuruh hadirin. - mks. _ |
2 comments Labels: bela rakyat, DSAI, Harakahdaily
Mahathir: Pembodek kerajaan masih nyanyi lagu lama!
Mstar Online
09-07-2008 03:22:14 PM
PETALING JAYA: Tun Mahathir Mohamed hari ini membidas golongan yang disifatkannya sebagai pembodek-pembodek kerajaan yang masih menyanyikan lagu lama. Beliau juga musykil kenapa ramai yang masih menggelarnya diktator sehingga sekarang.
Mantan Perdana Menteri itu meluahkan ini di dalam blognya www.chedet.com hari ini
Katanya lgi, pada sidang akhbar untuk menerangkan berkenaan laporan polis terhadap Hakim Ian Chin, seorang pemberita asing masih menyalahkan beliau kerana pentadbiran kuku besi yang berlaku sekarang.
"Kononnya sikapnya ini diperturunkan daripada saya. Malahan pemberita itu juga mengatakan yang saya lebih buruk daripada pemerintah sekarang. Media Barat dan pengkritik-pengkritik saya di kalangan pembangkang dan sesetengah pihak di kalangan media tempatan telah melabelkan saya sebagai diktator semasa saya menjadi Perdana Menteri," kata Mahathir.
Label adalah satu cara untuk burukkan imej pemimpin bagi mengurangkan popularitinya.
Malah Lee Kuan Yew juga pernah melabelkan Mahathir sebagai "Malay Ultra" dan rakyat Malaysia berketurunan Cina terkejut atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn, kata Mahathir.
"Mereka jangka yang saya akan merampas kekayaan dan hak mereka untuk diberikan kepada orang Melayu. Tetapi selepas saya mengambil alih, mereka bertukar fikiran dan sokong saya. Sebelum saya letak jawatan, pengundi-pengundi Cina telah pastikan saya dapat majoriti 2/3 pada 1999, pilihanraya umum terakhir yang saya terajui.
"Tetapi pemberita barat masih kekal dengan khayalan mereka yang saya ini diktator, anti kaum Cina dan perasuah disamping memberi keistimewaan kepada kroni-kroni saya. Pemberita mereka akan membaca laporan-laporan lama dan akan menganggap ianya sebagai benar.
"Mereka tidak pernah membuat sebarang penyelidikan. Sebab itu setiap kali saya mengkritik rejim sekarang, mereka dan pembodek-pembodek akan tuduh yang saya ini lebih buruk semasa menjadi Perdana Menteri.
"Terutama sekali tuduhan berkenaan pentadbiran kuku besi yang kononnya saya amalkan dalam Kerajaan dan parti. Hakikat yang mereka tidak mahu lihat ialah semasa saya pegang kerusi Presiden UMNO, pemimpin-pemimpin lain tidak takut melawan saya," kata Mahathir.
Katanya lagi, semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau tidak perlu dapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk bertemu sesiapa. Begitu juga dengan empat Timbalannya, mereka tidak perlu dapatkan kebenarannya.
"Mereka bebas berjumpa sesiapa yang mereka suka. Walaupun kerap berlaku tentangan dan kritikan terhadap saya semasa mejadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, walaupun ahli UMNO dan pemimpin parti jelas menentang saya dan hampir menjatuhkan saya, walaupun pemimpin UMNO bertanding melawan saya, pembodek-pembodek dan media Barat masih lagi berkeras mengatakan bahawa saya diktator yang lebih buruk," jelasnya.
Mahathir berkata, beliau telah meletak jawatan tanpa paksaan, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana diktator, ini tidak sedikitpun mengurangkan dakwaan diktator terhadap saya.
"Tuduhan yang saya lebih buruk daripada pemerintah sekarang akan dibangkitkan setiap kali saya mengkritik atau menunjukkan penguasaan kuku besi rejim Abdullah. Jika orang terlalu buta dan tidak dapat melihat siapa diktator dan siapa bukan, itu adalah hak mereka.
"Tetapi apabila kita sengaja menolak kebenaran kita akan hilang kredibiliti. Itulah sebabnya kenapa hari ini tidak ramai yang membaca akhbar arus perdana yang dikawal Kerajaan atau menonton laporan berita di stesen televisyen yang dikawal Kerajaan. Blog telah mengambil alih peranan media konvensyenal sebagai sumber maklumat," katanya lagi.
Dan sebab itulah juga, menurut Mahathir, beliau mulakan blog cheddet.com.
"Pengunjung yang saya terima (tiga juta dalam masa dua bulan) dan maklumbalas yang mereka buat mencerita keadaan sebenar tentang apa yang mereka rasa. Kepada majoriti yang besar di kalangan mereka saya bukan diktator. Bagi saya ini penting.
"Pembodek akan terus ulang lagu lama tetapi ini tidak akan membawa mereka kemana-mana. Jelas sekali rakyat sudah tidak percaya," kata Mahathir.
0 comments Labels: dr det, kerajaan BN, mstar online
Anwar bawa isu liwat ke JAWI
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Jul 9, 08 10:53am |
Dakwaan liwat pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya hari ini bertukar menjadi isu qazaf - kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu. Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI selepas 45 minit membuat aduan. |
2 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysiakini, sumpah