+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 9, 2008

Bekas peguam Bala buat laporan polis

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jul 8, 08 3:58pm

Peguam Americk Singh Sidhu hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan untuk mengetahui orang dan/atau orang-orang yang menyebabkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyatakan yang akuan berkanun yang pertama dibuat secara paksa.

Dalam akuan berkanun 1 Julai, Balasubramaniam mengaitkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariiibuu.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, penyiasat persendirian itu telah menarik balik akuan berkanun pertamanya dan membuat akuan berkanun baru tanpa bahagian yang merujuk kepada Najib.

amrick sidhuAmerick membuat laporan itu di balai polis Brickfields kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Dalam aduannya itu, Americk (foto kiri) berkata beliau turut hadir ketika pengesahan akuan bersumpah pertama dibuat.

Beliau percaya berlaku konspirasi jenayah sehingga menyebabkan berlaku jenayah fitnah terhadapnya oleh orang dan/atau orang-orang berkenaan.

Kumpul fakta

Americk hadir di sidang akhbar ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Julai lalu - yang dihadiri oleh Balasubramaniam - sebagai peguam penyiasat tersebut.

Akuan tersebut setebal 16 halaman dan mengandungi butiran dakwaan yang menggemparkan itu diedarkan kepada media.

Menurut akuan tersebut, dakwaan serius terhadap Najib itu diperolehinya sewaktu beliau bekerja dengan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder caseDalam laporan polisnya, Americk berkata beliau telah diarahkan oleh Balasubramanian (foto kanan) berhubung pengumpulan fakta-fakta dan keadaan-keadaan yang membabitkan bekas anggota polis Cawangan Khas itu dengan kes Altantuya.

Peguam itu berkata, ia membawa kepada pengesahan akuan berkanun tersebut oleh Balasubramanian pada 1 Julai lalu.

Americk menambah, beliau hadir ketika pengesahan akuan itu dibuat dan beliau mempunyai pengetahuan mengenai fakta-fakta dan keadaan-keadaan yang membawa kepada penyediaan dan pengesahan akuan berkanun tersebut.

Katanya, beliau mengetahuinya melalui laporan-laporan media bahawa satu lagi akuan berkanun yang dibuat oleh Balasubramanian - bertarikh 4 Julai 2008 - telah diumumkan.

'Niat baik'

Menurutnya, kandungan akuan berkanun kedua menganjurkan bahawa akuan berkanun pertama (1 Julai) dibuat "secara paksa".

Sebaliknya, Americk berkata, beliau telah menjalankan tugas mengumpulkan fakta-fakta tersebut dengan niat baik dan "saya berpuas hati bahawa ia dibuat secara sukarela dan tanpa sebarang paksaan".

Menurut laporan itu lagi, Americk berkata, berasaskan kepada sebab-sebab di atas, beliau mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa akuan berkanun kedua itu (4 Julai) "meragukan".

Kandungan dokumen tersebut, dakwanya, mempunyai unsur-unsur jenayah fitnah terhadap dirinya secara peribadi dan profesional.

Katanya, beliau percaya ada orang dan/atau orang-orang yang telah memujuk, mengancam dan menyebabkan akuan berkanun kedua "dibuat secara tidak sah".

Sehubungan itu, Americk meminta supaya satu siasatan dijalankan untuk menentukan orang dan/atau orang-orang yang secara tidak sah, memujuk, mengancam dan menyebabkan Balasubramanian menyatakan bahawa akuan berkanun pertamanya telah dibuat secara paksa.

3 comments:

Unknown said...

Come out Bala. This case should be settled and investigate properly. Without Bala, no one will know what really happen to him. Doesn't he himself wants justice and safety for him and his own family?

Unknown said...

Hello all,

If Bala is to reveal out in front of the public, he must seek protection form the authorities. Hiding wont solve the issue in the long run.

Berani kerana benar, takut kerana salah. what is that to afraid? If afraid, why put yourself into such risk?

Sang Pemantau said...

masalahnya, Bala memang le nak keluar terangkan perihal sebenar....

tapi takut le kena bom C4 kalo cakap yang sebetulnya...:)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |