Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tegaskan, dakwaan ancaman bunuh terhadap Penasihat parti keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa disertakan bukti akan membuka andaian ia hanya isu politik.

“Serba kemungkinan boleh berlaku kalau tidak bukti, kalau tak ada nak buat aduan mengenai fakta maka itu boleh dianggap satu percubaan untuk mempolitikkan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tidakkah dakwaan wujudnya ancaman bunuh terhadap Anwar tanpa disertakan bukti boleh dikatakan sebagai cubaan mempolitikkan isu berkenaan.

Sidang media beliau diadakan selepas Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah pantai menemui Abdullah di bangunan Parlimen petang Selasa.

Menurut Abdullah, sekiranya meraka mempunyai maklumat wujudnya ancaman terhadap Anwar mereka seharusnya membuat laporan polis dengan mengemukakan bukti .

“Kalau mereka ada sesuatu yang berhubung kait dengan keselamatan atau ancaman terhadap Datuk Seri Anwar mereka perlu buat laporan polis yang betul jangan hanya buat andaian dan cakap yang tak baik ini.

“Dalam kes seperti ini jangan ada pihak buat anadaian, buat spekulasi nak lemapar tuduhan kepada mana-mana pihak. Biarlah kes ini siasatannya dijalankan dengan baik dengan professional dan adil,” ujar beliau.

Ditanya mengengai pertemuan beliau dengan Dr Wan Azizah, Abdullah berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memaklumkan kepadanya mengenai kes yang melibatkan suaminya dan meminta beliau memastikan suaminya selamat dan tidak dizalimi.

Kepada soalan sama Dr Wan Azizah ada meminta kerajaan menggugurkan tuduhan terhadap Anwar, Abdullah berkata, apa yang dinyatakan oleh Wan Azizah ialah beliau berharap ada jaminan keselamatan dan keadailan terhadap suaminya.

“Kalau setakat pihak Wan Azizah nak nyatakan ia minta kepastian keselamatan saya boleh kata InsyaAllah dia akan selamat dan tidak dizalimi,” jelasnya sambil menambah baliau tidak akan campur tangan dalam siasatan yang dijalankan oleh polis.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Anwar terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, Abdullah berkata setiap laporan yang dibuat sudah tentu akan disiasat secara adil dan professional oleh polis.

Mengenai adakah siasatan dapat dijalankan dengan adil dalam kes Anwar kerana ia melibatkan Musa dan Gani, Abdullah yakin terhadap tahap profesionalisme Musa dan Gani kerana mereka ada tugas dan tanggungjawab tahu kerja mereka berdasarkan undang-undang.

“Saya tidak akan campur tangan dalam siasatan kerana yang menyiasat akan menjalan tugas masing-masing. Mereka professional dan mereka tahu kerja dan tanggungjawab mereka. Mereka tahu apa yang dibenarkan dan apa yang menjadi kesalahan apa yang mereka tidak boleh lakukan, mereka adalah orang berpengalaman dalam menjalankan kerja,” tambah beliau.

Ditanya tentang bantahan Amerika Syarikat yang tidak mahu tuduhan liwat dikenakan ke atas Anwar, Abdullah berkata, pendirian Amerika itu jelas memperlihatkan cubaan negara itu untuk campur tangan dalam urusan undang-undang negara ini.

“Itu satu cakap yang saya angap cuba tangan dalam hal negara kita. Kita ada peraturan, kita ada undang-undang, kita ada penguatkuasaan kita tahu apa yang perlu kita laksanakan dan memanglah memastikan apa-apa juga siasatan dijalankan dengan baik dan adil dan melindungi mana-mana pihak menjadi matlamat kita. Itu yang menjadi amalan kita

“ Saya dah minta Menteri Luar menulis bantahan kepada Amerika Syarikat. Kenyataan itu membayangkan ada perasaan prejudis terhadap sistem kita… terhadap undang kita dan penguatkuasaan kita,” jelasnya. – 1/7/2008