msomelayu
ADA dua perkara yang mungkin tidak disedari oleh ribuan mereka yang berhimpun di kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim dan sekaligus mengecam tindakan pendakwaan ke atasnya berhubung kes liwat yang dilihat sebagai sengaja untuk menganggui prosesnya perjalanannya menunju ke Parlimen.
Dalam keadaan berasakan di kompleks berkenaan berlaku sebaik Anwar keluar dari mahkamah untuk pulang tiba-tiba sebutir peluru (dipercayai pistol) telah terjatuh dekat arah Nurul Izzah dan bergolek menghampiri kaki ibunya Dr Wan Aizzah Ismail yang juga sedang mengiring Anwar untuk keluar.
Kehadiran perluru berkenaan menjadi tanda tanya, apakah ianya sengaja dilempar ataupun tercicir dari mana-mana anggota polis atau mereka yang membawa senjata berkenaan? Kejadian ini turut disedari oleh ahli Parliemn Batu, Tian Chua yang kemudian memaklumkan kepada polis untuk mengambil dan menyiasatnya!
Sementara itu di dalam mahkamah semasa prosiding berlangsung, hakim SM Komathy Suppiah secara tidak sengaja atau sedar telah mengucapkan selamat hari jadi kepada Anwar Ibrahim. Kejadian ini berlaku ketika hakim berkenaan menyemak butiran diri Anwar dan menyedari mengenai hari jadi anwar jatuh pada 10 Ogos. 10 Ogos nanti Anwar genap 62 tahun.
"Selamat hari jadi," begitulah kira-kira lapaz hakim berkenaan kepada Anwar.
Tanpa prejudis kalau sifat hakim berkenaan ia memberi gambaran bahawa beliau seorang yang berpegang kepada fakta dan peka dengan tarikh. Apakah dengan memberi gambaran mesra begitu hakim berkenaan tidak akan melakukan tindakan ataupun aksi-aksi yang pernah berlaku ke atas hakim yang membiarkan Anwar dalam kes seumpama itu sebelum ini?
Dan semasa berarak untuk peluang saya berjumpa dengan seorang peguam senior yang mengenali hakim berkenaan. Peguam ini membuat sedikit ulasan dan memberi pandangannya berdasarkan pengalaman mengenai hakim itu.
Biarlah saya tidak mencatat apa-apa di sini tentang apa yang diucapkan itu bagi mengelakkan timbul prejudis. Tegasnya bagi saya ulasan peguam berkenaan memberikan harapan tinggi bahawa proses perbicaraan kelak (kalau berlaku) ianya tidak akan meributkan! Dan memang menjadi harapan semua agar Anwar mendapat keadilan. Keadilan paling awal ialah dengan membuang atau pun membatalkan pendakwaan berkenaan! [wm.kl 3:00 am 07/08/08]
Thursday, August 7, 2008
Sebutir Peluru Hidup dan Ucap Selamat Hari Jadi buat DSAI
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, msomelayu, polis
Anwar ada alibi - Peguam
Harakahdaily Salmiyah Harun, Nyza Ayob & Nuha Rahim Thu | Aug 07, 08 | 2:19:13 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - "Saya dah tanda tangan ikat jamin peribadi saya, dan pasport saya masih berada bersama saya . Saya hargai pendirian yang diambil peguam saya.Yang saya kesalkan ialah pendakwaan ini. Walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa seolah dipaksa. Kalau tidak mustahil pendakwaan itu dibuat," demikian antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 1 pada jam 11.15 pagi ini, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Penasihat KeADILan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu. Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya. "Dahulu dalam media tempatan dihebahkan bahawa ada penderaan dan paksaan. Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab mengatakan ada rogol, tetapi hari ini pendakwaan suka sama suka. "Jika suka sama suka, kenapa saya seorang yang kena dakwa. Jika suka sama suka, kena dakwa kedua-dua,"katanya yang berucap dihadapan kira-kira 40 media dan diiringi isterinya,Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak-anaknya yang turut memberi sokongan kepadanya. Jelas Anwar, tumpuannya kini pada Pilihan Raya Permatang Pauh. Katanya, beliau akan memulakan ceramahnya malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya. "Dari Taman Medan kita akan ke Permatang Pauh. Dan insya-Allah dari Permatang Pauh sampai ke Parlimen dan kita ambil alih kerajaan dan perbetulkan segala kekhianatan, penipuan dan rasuah yang ada," katanya. Anwar ada alibi Sementara itu, Menurut Peguam Anwar Ibrahim, Sankara Nair Anwar memiliki alibi yang kukuh pada masa kejadian (26 Jun) pada jam 3 petang sebagaimana yang didakwa oleh pembantunya, Saiful. Sankara yang ditemui di luar kamar sebaik sahaja prosiding tamat jam 10.30 pagi berkata, Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini dilihat berlaku adil kerana membenarkan anak guamnya diikat jamin setelah Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan liwat. Beliau salah seorang daripada sembilan peguam bela Anwar berkata, Hakim S.M Komathy memperlihatkan sifat adil dengan menggunakan budi bicaranya membenarkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin. Sankara juga berkata, pendakwaan kes liwat terhadap Anwar tidak akan menjejaskan proses pilihan raya kecil Permatang Pauh akhir bulan ini. Hakim menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama. Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar: Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan. Anwar diwakili sembilan peguam Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheefa Koya, Leela J Jesuthasan dan Mohd Razlan Jawaludin. Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun manakala pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi tuduhan liwat. Dalam kes pertama pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Terdapat juga peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok. Sementara itu beberapa orang pimpinan PAS turut mengikuti perbicaraan tersebut seperti Naib Presiden, Dato' Husam Musa; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; AJK PAS Pusat merangkap ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan AJK PAS Pusat yang juga ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menyambut baik keputusan mahkamah tersebut. Husam yang ditemui menyatakan keputusan tersebut menunjukkan mahkamah lebih bebas dan adil. "Kami bersyukur atas keputusan yang diambil oleh mahkamah tadi. Selepas ini, kita akan turun 'berperang' di parlimen Permatang Pauh bagi memenangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim,"kata Dr Lo' Lo'. Anwar meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah pada kira-kira 11.35 pagi. Laluan ke kompleks itu sesak seketika apabila lebih 2,000 penyokong Anwar berhimpun di luar dan dalam perkarangan kompleks menyebabkan Anwar sukar meninggalkan kawasan itu. - mks. _
|
0 comments Labels: DSAI, harga minyak, konspirasi
Anwar ketua pembangkang jika menang 26 Ogos
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah Othman | Aug 7, 08 4:21pm |
Pakatan Rakyat akan melantik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang sekiranya beliau menang dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos depan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ia adalah antara empat keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas majlis pimpinan Pakatan malam tadi. Sehubungan itu, beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, Anwar akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. "Kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan politik," katanya ketika membaca satu kenyataan bersama di luar bangunan kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Beliau membaca kenyataan tersebut di hadapan kira-kira 100 orang penyokong dan para petugas media, sejurus sebelum Anwar masuk ke bangunan mahkamah. Anwar turut berdiri sebelah Lim yang membaca kenyataan tersebut. Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak menantunya. Menurut Lim lagi, Pakatan menganggap kes Anwar sebagai satu kezaliman politik. Dibenar ikatjamin "Dalam kes ini, bukan sahaja Datuk Seri Anwar sahaja yang dibicarakan, tetapi seluruh negara sedang dibicarakan," katanya. Lim berkata, pihaknya telah sepakat, sekiranya Anwar tidak dibenarkan ikat jamin atau ditahan pada hari ini, maka Wan Azizah, akan bertindak sebagai penyelaras majlis pimpinan ini. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu. Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin. Sebelum itu, Anwar tiba bersama ahli keluarga dan barisan peguamnya pada 9.38 pagi. Selepas selesai Lim membaca kenyataan tersebut, Anwar menaiki lif pada 9.52 pagi untuk ke bilik mahkamah. Pada jam 11.26 pagi, penasihat PKR itu keluar dari lif kompleks mahkamah itu, dan terus dikerumuni oleh para wartawan, jurugambar dan penyokongnya. Laungan reformasi Dalam keadaan yang sesak tersebut, para penyokong beliau melaungkan 'reformasi' beberapa kali. Mereka kemudiannya turut membantu anggota polis membuka laluan kepada Anwar untuk berjalan menuju ke keretanya. Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mengetuai para penyokong melaungkan 'Reformasi', 'Hidup, hidup, hidup rakyat', 'Bebaskan Anwar'. Pada kira-kira jam 11.37 pagi, Anwar dan keluarganya menaiki kereta dan keluar meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Turut mengiringi beliau ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub. Pada kira-kira jam 12.30 tengahari, penyokong PKR mulai bersurai, manakala dua bas dan lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) serta dua meriam air, beredar dari situ. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, parlimen, PRK
'Tidak sabotaj pembangkang'
BINCANG SESUATU: Abdullah dan Najib berbual dengan pemimpin BN selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di Kuala Lumpur, semalam. |
Anwar wajar minta penyokong tak adakan demonstrasi jalanan: Abdullah
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan kononnya kerajaan cuba mensabotaj parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu atas tuduhan liwat.
Perdana Menteri berkata, tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam dan siasatan serta pendakwaan kes liwat terhadap Anwar itu adalah perkara berbeza, yang kedua-duanya dibuat mengikut proses undang-undang.
"Kita tidak umumkan tarikh pilihan raya kecil itu dan saya juga tidak mengarah supaya tarikh itu serentak.
"Jika SPR tidak umum tarikh, mereka akan kata (kita) bimbang... takut, lambat (umum) ni apa pasal. (Tempoh) 60 hari (untuk pilihan raya kecil) boleh masuk bulan kedua, akan ada macam-macam soalan. Buat awal pun timbul soalan.
"Ada juga orang kata mungkin peletakan jawatan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail (sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh) untuk tawarkan Anwar jadi calon itu sebagai satu helah, mudah-mudahan dengan itu Anwar tidak dibawa ke mahkamah, tidak dituduh, ada orang cakap macam itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.
Malah, Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata, pelbagai versi dibuat berhubung isu seperti itu.
"Cerita ini tak pernah satu versi, sekurang-kurangnya dua versi... kadang-kadang 3,4,5, 10 pun ada, ditambah dengan cakap-cakap dan yang keluar pada blog," katanya.
Ditanya sama ada beliau bimbang akan wujud ketidakstabilan politik dan demonstrasi selepas pendakwaan terhadap Anwar nanti, Perdana Menteri berkata, tidak perlu ada demonstrasi dan Anwar sepatutnya mengingatkan penyokongnya agar tidak bertindak sedemikian.
Sebaliknya, beliau berkata, Anwar harus berdepan dengan tuduhan itu dan membuktikan dakwaan berkenaan tidak benar.
0 comments Labels: Berita Harian, DSAI, konspirasi
Liwat: Dr. Muhamad buat akuan bersumpah, pertahan hasil periksa Saiful
Mstar Online
07-08-2008 04:13:56 PM
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, pula mengeluarkan akuan bersumpah dengan mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Ia merupakan akuan bersumpah ketiga melibatkan isu kontroversi dalam negara sejak dua bulan lalu, selepas dua yang sebelum ini berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia.
Sambil menegaskan beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, Dr. Muhamad Osman, rakyat Myanmar berkata, Saiful pada peringkat awal telah diserah untuk menemui seorang doktor wanita.
Bagaimanapun oleh kerana Saiful mahu dia hanya diperiksa doktor lelaki, dia diserahkan kepada Dr. Muhamad Osman.
"Melalui pengalaman saya, saya telah berhadapan dengan banyak kes yang serupa, yang diadu oleh pesakit (Saiful) dan oleh itu, saya telah menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit dan saya telah merekodkan penemuaan-penemuaan saya dalam fail pemeriksaan perubatan standard hospital," kata beliau dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos lalu.
Akuan bersumpah itu ditandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Mohd. Annuar Mohd. Salleh.
Dalam akuan bersumpah itu, beliau mengakui mempunyai status penduduk tetap Malaysia dan tinggal di B-24-3, Menara City One Condominium, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Beliau memperoleh kelulusan perubatan daripada Institute of Medicine 2, University of Rangoon pada 1977.
Dr. Muhamad Osman berhijrah ke Malaysia pada 1995 dan berkhidmat dengan RISEAP sebagai Pegawai Perubatan dan kemudian dengan HIKMAH (Harakah Islamiah) di Sarawak sebagai Pegawai Perubatan sehingga 1999, di Hospital Universiti (2000 hingga 2007) dan Hospital Pusrawi sejak awal tahun ini.
Katanya, Saiful telah diliwat oleh seseorang.
Kata Dr. Muhamad Osman, kemudiannya beliau difahamkan fail pemeriksaan perubatan ke atas Saiful telah disebarkan dalam media dan internet.
"Saya terkejut dan hairan apabila mengetahui fail perubatan dengan kandungan yang sama tanpa sebarang pindaan ditemui dalam media," katanya lagi.
Kata Dr. Muhamad Osman, beliau mengetahui sebaran laporan hasil pemeriksaan itu selepas mula bercuti.
Dr. Muhamad Osman bercuti selama dua minggu dan sepatutnya kembali kerja pada Isnin lalu tetapi pengurusan Hospital Pusrawi memaklumkan beliau tidak kembali melaporkan diri sehingga semalam.
"Untuk rekod, bagaimanapun, saya ingin mengesahkan bahawa saya perdirian teguh dengan penemuan-penemuan saya (ke atas Saiful)," katanya.
Pada minggu lalu, Hospital Pusrawi menjelaskan Dr. Muhamad Osman hanya melakukan pemeriksaan biasa terhadap Saiful tetapi bukan aspek yang berkaitan liwat.
Malah, pusat perubatan swasta itu turut menafikan ia pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi mengenai laporan perubatan Saiful yang mengadu telah diliwat Anwar.
Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, Dr. Muhamad Osman merupakan seorang pegawai perubatan am yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu dan bukannya seorang doktor pakar.
“Dr. Mohamad Osman telah menasihatkan pesakit Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan.
“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan liwat,” kata beliau.
Pusrawi melahirkan pandangan selepas kelmarin laporan perubatan yang tidak disahkan daripada hospital itu mendedahkan pemeriksaan ke atas Saiful, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.
Dalam akuan bersumpah itu, Dr. Muhamad Osman memberitahu, beliau tidak tahu siapa yang membocorkan laporan pemeriksaan ke atas Saiful.
Katanya lagi, pada awal bulan lalu, beliau telah dikunjungi seorang pegawai polis bernama ASP Rosmi Mat Derus dari Cawangan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.
"Saya telah ditemu siasat dan disoal berkaitan dengan perkara-perkara menyentuh pemeriksaan perubahan pesakit (Saiful), yang saya telah memberikan kerjasama yang baik," katanya.
Kenyataan itu ditulis dengan tangan dan apabila ia ditaip beberapa fakta yang tidak dibincangkan telah disertakan dalam kenyataan yang ditaip.
Dr. Muhamad Osman menyebut bahawa beberapa perenggan pada muka terakhir juga telah dimasukkan dalam bahasa Malaysia.
Beliau berkata, pertemuan kedua polis itu disusuli dengan kunjungan DSP Choo dari Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.
Dr. Muhamad Osman memberitahu, memandangkan keselamatan diri dan keluarganya teracam beliau memutuskan untuk kembali ke Myanmar - kira-kira seminggu selepas kunjungan DSP.
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, mstar online, sepol bodo
Penarik Beca dilanjutkan tahanan satu malam lagi
Harakahdaily Thu | Aug 07, 08 | 4:47:02 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi. Perkara ini disahkan isteri beliau, Salwa Abdul Samad kepada Harakahdaily sebentar tadi. Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam semalam di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini. Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan. "Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang. "Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya," kata Salwa. - mr _
|
0 comments Labels: bloggers united, Harakahdaily, penindasan, polis
Tarikh pilihanraya: Tektik kotor SPR susahkan pengundi Permatang Pauh
PETALING JAYA, 6 Julai (SK)- Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyelar tindakan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan 26 Ogos sebagai hari mengundi di pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Menurutnya, pemilihan tarikh tersebut, yang jatuh pada hari Selasa adalah merupakan hari bekerja bagi kebanyakkan pengundi di kawasan Parlimen tersebut.
Sebelum sidang media ini, Pengerusi SPR, Abdul Rashid Rahman, mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ditetapkan pada 16 Ogos manakala tarikh mengundi pula pada 26 Ogos, yang jatuh pada hari Selasa.
Pilihan raya kecil Permatang Pauh juga akan menyaksikan calon Pakatan Rakyat, iaitu Ketua Umum keADILan Anwar Ibrahim berdepan dengan isu pengundi hantu dan taktik-taktik kotor kerajaan BN bagi menyekat beliau memenangi pilihan raya kawasan itu.
“Keputusan SPR menetapkan tarikh mengundi pada 26 Ogos boleh menjejaskan kedatangan pengundi pada hari tersebut.
Saya rasa tujuan tarikh itu dipilih adalah kerana sengaja mahu menyusahkan pengundi dan kerana itu kami (KeADILAN) menyelar tindakan SPR berkenaan.” katanya lagi.
Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa kemungkinan akan berlakunya penipuan dan isu pengundi hantu di hari mengundi pada pilihan raya kecil tersebut.
Sehubungan itu, Tian menyeru penyokong-penyokong Pakatan Rakyat supaya senantiasa berwaspada dan menggandakan usaha bagi memastikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat, khususnya Anwar.
“Sudah pastinya, senario yang dihadapi ialah pertarungan sengit akan berlaku di Permatang Pauh, tetapi Pakatan Rakyat yakin akan memperolehi kemenangan,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata penetapan hari mengundi yang telah diumumkan SPR merupakan usaha terdesak BN dan Umno bagi tujuan mengurangkan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi.
“Saya sangat kecewa dan mempersoalkan kenapa SPR memilih Selasa, 26 Ogos iaitu pada hari bekerja untuk pilihan raya kecil di Permatang Pauh, sedangkan sebelum ini tidak pernah berlaku sama ada dalam pilihan raya umum ataupun dalam pilihan raya kecil yang mana hari mengundi ditetapkan pada hari Sabtu,” katanya kepada Suara Keadilan.
Mahfuz berkata, penetapan hari mengundi yang jatuh pada hari bekerja itu akan memberikan kesulitan kepada pengundi-pengundi terutamanya mereka yang bekerja di luar kawasan mengundi.
“Sudah tentu tarikh ini memberikan kesulitan terutamanya bagi pekerja kilang, kerajaan dan swasta kerana masa mereka sangat terhad iaitu hanya pada waktu rehat sahaja. Ada di antara pengundi yang bekerja di Pulau, di Georgetown, tetapi mereka sebenarnya pengundi dan penduduk yang menetap yang tinggal di Permatang Pauh. Tak mungkin mereka mengambil masa rehat yang pendek itu untuk mengundi. Tidak adil bagi mereka pula yang terpaksa mengorbankan cuti tahunan sedangkan SPR sepatutnya boleh memilih hari Sabtu atau Ahad untuk pilihan raya ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya memanggil SPR dan mengarahkan suruhanjaya itu memperbetulkan dan meminda tarikh tersebut kepada tarikh bukan waktu bekerja.
“Seharusnya pihak Suhakam yang bertanggungjawab terhadap hak asasi harus memanggil dan mengarahkan pihak SPR supaya memperbetulkan dan meminda tarikh itu kepada Sabtu atau Ahad,” katanya.
Mahfuz juga meminta agar pengamal undang-undang dalam Pakatan Rakyat melihat perkara ini dari sudut perundangan bahawa apakah terdapat tindakan undang-undang terhadap SPR yang mengenepikan hak demokrasi individu yang mahu mengundi.
“Saya minta pengamal undang-undang dalam Pakatan Rakyat melihat sudut perundangan berkaitan hak asasi manusia termasuk Bersih bahawa apakah ada ruang proses tindakan undang-undang terhadap perbuatan menafikan hak untuk orang mengundi,” jelas Mahfuz.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Pengarah DAP Lim Hock Seng dilaporkan sebagai berkata, penggunaan dakwat hitam dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh merupakan medan terbaik untuk dijadikan percubaan supaya diguna pakai pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, penggunaan dakwat di jari terbukti tidak mengundang keadaan huru hara sebagaimana dinyatakan oleh Pengerusi SPR, Abdul Rasyid Abdul Rahman menjelang pilihan raya umum ke-12 lepas.
Katanya, inilah masa terbaik untuk SPR menguji keberkesanan pelaksanaan dakwat di jari berbanding rasa ragu-ragu pada pada pilihan raya umum konon bimbang berlaku peristiwa yang tidak diingini.
“Inilah masanya SPR menggunakan kaedah penggunaan dakwat hitam di jari daripada menggunakan kaedah lama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Saya tidak mahu lagi mendengar rungutan dan pertuduhan seperti berlakunya undi berganda dan pengundi hantu,” tegas Lim.
0 comments Labels: PRK, SPR, suara keadilan
Mara Terus! - DSAI
Sekitar jam 10 pagi hari Khamis 7hb Ogos 2008, saya akan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta untuk mendengar pertuduhan ke atas jenayah yang tidak saya lakukan. Sebagaimana yang saya tegaskan di dalam kenyataan semalam, penjenayah sebenar yang terdiri dari apparatchik pemerintah berusaha untuk memalukan diri serta keluarga saya, dan sudah tentu matlamat utamanya, adalah untuk menggagalkan aspirasi rakyat.
Adakah sebegini miskin penjenayah-penjenayah ini? Tidakkah mereka merasai getaran perubahan ini? Ianya adalah tuntutan hasrat hati rakyat seluruhnya yang mahu institusi kenegaraan dipulihkan, kemakmuran dikecapi dan martabat negara kembali dijulang. Perubahan yang kita tuntut tidak pernah menjadi agenda milik peribadi. Ianya milik semua.
Propaganda dan plot yang direncana oleh elit pemerintah terutamanya di kalangan yang dekat dengan Perdana Menteri sememangnya tidak bertanggungjawab. Kerakusan serta ketamakan mereka kepada kuasa, membuatkan mereka sanggup untuk menodai institusi-institusi kenegaraan dan demokrasi di negara ini. Ini membuktikan mereka sedang menghadapi krisis moral dan keyakinan.
Mampukah mereka menahan Perubahan? Saya yakin tidak! Perubahan mesti terus mara. Biar Permatang Pauh menjadi saksi bahawa kita pasti mampu mencipta Malaysia yang adil, makmur dan aman.
ANWAR IBRAHIM0 comments Labels: DSAI, pemimpin rakyat
Anwar: Pejabat PM, polis terlibat
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Aug 6, 08 4:46pm |
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pertuduhan liwat yang akan dihadapkan kepada penasihat PKR itu di mahkamah sesyen esok. "Saya minta perdana menteri bertanggungjawab bagi kerosakan yang bakal dilakukan kepada negara ini dan integriti dan kehormatan orang Melayu," katanya di sidang media khas tentang kes mahkamahnya. Polis tengah hari tadi menyerahkan notis bertulis di rumah Anwar memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi esok untuk mendakwanya bawah kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Penasihat PKR itu juga mendakwa beberapa individu di keliling perdana menteri bertegas mahu beliau dituduh di mahkamah, selain pegawai-pegawai polis walaupun pandangan profesional di pejabat Peguam Negara berbeza. "Esok saya akan didakwa dengan satu jenayah yang saya tidak lakukan. "Penjenayah-penjenayah sebenarnya, dalam usaha mereka menghina saya dan mengalihkan hasrat orang ramai menyaksikan perubahan, bersembunyi di belakang tabir yang dicipta oleh media arus perdana," katanya. "Ia akan berlaku dengan sokongan aktif dan pembabitan berunsur jenayah peringkat tertinggi pasukan polis dan ahli politik - termasuk pejabat perdana menteri." Anwar menuduh Abdullah berbuat demikian kepadanya demi menyelamatkan imejnya yang merosot teruk, termasuk gagal memajukan ekonomi Malaysia. "Beliau sekarang membakar seluruh hutan demi menyelamatkan sebatang pokoknya sendiri," katanya. Mantan timbalan perdana menteri malah menyifatkan Abdullah sebagai "penasihat ulung" kepada "jaksa negara" ketika menjawab soalan seorang pemberita daripada media Indonesia. Diminta mengulas gesaan Mohd Saiful agar beliau bersumpah untuk membuktikannya tidak bersalah, Anwar berkata persoalan sumpah bukanlah isu politik, tetapi jenayah. Daripada segi Islam, tambahnya, tuduhan yang dibuat mesti dikemukakan dengan bukti. Mengulas lanjut soalan seorang wartawan Agendadaily.com berhubung perkara itu, Anwar berkata: "Sumpah hanya cadangan Putera Umno yang patut belajar baca al-Fatihah supaya betul. Sebab itu saya tanya, apa motif saudara bertanya, kalau nak bincang soal politik atau budaya Melayu, kita sumpah demi angin dan lautan dan jembalang, saya bersumpah." "Tetapi kalau hendak sebut (sumpah) guna nama Allah, jangan politikkan hal ini," katanya lagi, menyebabkan kumpulan wartawan ketawa. Mengulas kesediaan bekas setiausaha politiknya Mohamad Ezam Mohd Nor mendedahkan "rahsianya" jika dikaitkan dengan konspirasi terhadapnya, Anwar enggan mengulas. "Tidak mengapa, itu (isu Mohamad Ezam) pun macam sumpah juga," katanya. Pada 12 Julai lalu, Mohamad Ezam berkata beliau akan membongkar segala keaiban Anwar jika pemimpin PKR itu dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaitkan bekas ketua Pemuda PKR itu dengan konspirasi politik berhubung kes liwat. Ditanya bagaimana beliau akan membuktikan dirinya tidak bersalah di mahkamah, Anwar berkata: "Rakyat umum sudah tahu. Kamu buat tuduhan jahat tentang sodomi, sudah diperiksa duburnya (Mohd Saiful) tidak ada kesan (diliwat). "Bagaimanapun, saya hendak katakan, doktor itu (dari Hospital Pusrawi) didera berhari-hari (supaya) menukar keterangannya. Ini negara apa? Ini hukum rimba namanya." Cara Anwar menjawab soalan pemberita Indonesia menggunakan telo republik itu menyebabkan pemberita tempatan ketawa kecil. Ditanya lagi tentang bukti berbentuk dokumen, beliau berkata: "Dokumen itu bukan sekadar kuat. Sudah sah, 'nggak boleh dipertikai lagi. Sudah terlalu kuat. Sebab itu, mereka punya masalah tatkala mendapatkan pengesahan jaksa negara untuk memerintah supaya pendakwaan berlaku. "Kalau begitu, apa motif mereka meneruskan pendakwaan? Motifnya politik, (ia bertujuan) untuk mengalihkan pandangan (awam) bahawa Pak Abdullah gagal mentadbir negara dan tahap popularitasnya merudum jatuh." Selain Dr Wan Azizah, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan para pemimpin kanan PKR, kelihatan di sidang media itu peguam- peguamnya Sulaiman Abdullah dan Sankara Nair. |
2 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysiakini, Pak Lah undur, polis
Gambar berkaitan Anwar semalam
Mstar Online
07-08-2008 10:46:53 AM
Di rumah Anwar
Para wartawan mula mengerumuni rumah Anwar.
Wartawan menanti kedatangan pihak polis yang menyerahkan sapina kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ASP Jude Pereira tiba di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.
ASP Jude Pereira menyerahkan sapina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
Datin Seri Wan Azizah (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Sulaiman Abdullah (kanan) ketika menghadiri majlis sidang media
berhubung tuduhan liwatnya. Turut serta adalah anaknya, Nurul Izzah.
0 comments Labels: DSAI, gambar, konspirasi, mstar online
Cukup bukti dakwa Anwar
Berita Harian
JALANKAN TUGAS: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Deputi Superintendan Jude Pereira (kanan) keluar dari rumah Anwar di Bukit Segambut selepas menyampaikan sapina, semalam. |
Hadapi tuduhan liwat pembantu
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, hari ini.
Keputusan itu dibuat Pejabat Peguam Negara selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan polis berhubung kes berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang diminta mengulas perkara itu percaya polis mempunyai cukup bukti bagi mendakwa Anwar bersabit tuduhan itu.
"Polis bukan bodoh untuk mendakwa jika tiada bukti," katanya sambil menegaskan beliau tidak pernah
mengarahkan supaya Anwar didakwa bagi mengalihkan perhatian
rakyat terhadap masalah yang dihadapi negara.
Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam, Abdullah berkata, beliau sendiri pernah mengingatkan polis supaya menggugurkan kes itu jika tidak ada bukti.
"Jika ada bukti, dakwa... jika tidak, gugurkan. Itu yang saya katakan... terpulang kepada mereka untuk memutuskan berdasarkan siasatan yang sudah dilakukan.
"Jika mereka berasakan terdapat cukup bukti, mereka perlu mendakwa kerana ada orang, iaitu Mohd Saiful menuntut keadilan... mungkin anda terlupa Saiful dan berasakan Anwar lebih penting.
"Ini adalah persoalan undang-undang dan polis bertanggungjawab menjalankan siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful. Jika mereka ada bukti untuk mendakwa, kita tidak boleh menghalangnya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata polis semalam menyerahkan notis mengarahkan Anwar hadir di mahkamah pada jam 10 pagi ini.
"Polis sudah selesai menjalankan siasatan kes jenayah seksual membabitkan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii membabitkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada dalam sistem perundangan negara.
"Sehubungan itu, kertas siasatan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat nasihat dan keputusan. Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa Anwar," katanya.
Terdahulu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Deputi Superintendan Jude Pereira, menyerahkan notis itu kepada Anwar di kediamannya di Bukit Segambut, Segambut Dalam di sini.
Anwar sendiri menerima notis itu dan mengesahkan akan hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.
Pereira yang diiringi tiga pegawai dan anggota polis dengan menaiki dua kereta, dilihat memasuki kediaman Anwar seorang diri, kira-kira jam 12 tengah hari sebelum keluar 15 minit kemudian.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila dikerumuni lebih 30 wartawan dan jurugambar yang menunggu di luar kediaman Anwar sejak jam 8 pagi.
Polis menjalankan siasatan terhadap Anwar selepas Mohd Saiful, 23, membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun lalu mendakwa Penasihat PKR itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Damansara, 26 Jun lalu.
Pada 16 Julai lalu, Anwar ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan hari dan diarah melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada 18 Ogos ini. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
2 comments Labels: Berita Harian, DSAI, konspirasi, polis
Liwat: Anwar mengaku tidak bersalah, bebas dengan bon peribadi
Mstar Online
07-08-2008 12:02:04 PM
Oleh AFFIFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN HUSSEIN
Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada kira-kira 2,000 penyokongnya ketika meninggalkan perkarangan
mahkamah pagi ini. -foto REUTERS
(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.
Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.
Menurut peguam Anwar, Sankara Nair, Anwar ada alibi yang kukuh pada masa kejadian (26 Jun) pada jam 3 petang seperti yang didakwa oleh pembantunya, Saiful.
Dalam pada itu, Anwar memberi kenyataan kepada media bahawa beliau gembira dibebaskan dan menegaskan pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau adalah pertuduhan jahat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya gembira untuk dibebaskan dan ingin saya tegaskan pendakwaan ke atas saya hari ini berniat jahat dan dirancang oleh Abdullah," ujar Anwar.
Laungan "reformasi" bergema sebaik sahaja Anwar memberikan kenyataannya.
Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Anwar meninggalkan perkarangan mahkamah pada pukul 11.35 pagi sementara di luar mahkamah, kira-kira 2,000 penyokong Anwar mula bersorak dengan laungan "reformasi".
Terdahulu, Anwar tiba di mahkamah Jalan Duta pukul 9.42 pagi tadi.
Dalam pada itu tinjauan mStar Online pada 7.30 pagi mendapati unit polis trafik mengawal lalu lintas sejak pagi tadi di sekitar jalan menuju ke mahkamah.
Sementara itu di hadapan masuk, pasukan FRU mula mengambil tempat berkawal di perkarangan mahkamah. Para wartawan sudah berkumpul di luar mahkamah.
Anwar diwakili pasukan sembilan peguam termasuk R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.
Anwar dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.
Seksyen 377A dan 377C tidak membenarkan jamin diberikan. Bagaimanapun di bawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh membenarkan jamin.
Semalam, di satu sidang akhbar dengan ditemani ahli keluarga termasuk isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR dan pasukan peguamnya, Anwar memberitahu, beliau menerima sapina daripada polis kira-kira sejam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau tetap akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut walaupun ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraan kelak.
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, mstar online
Liwat: Anwar tidak mengaku salah...10 September bicara
TERBARU... Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit No 11-5-1 Kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang, pada 26 Jun 2008. Menurut beliau, hasil daripada siasatan itu tersebut, pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan. Pejabat Peguam Negara, katanya memutuskan untuk mendakwa Anwar di mahkamah.
Beliau membuat pengakuan itu apabila pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, SM Komathy.
Menurut pertuduhan, Anwar didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.
Ketika ditanya pengakuannya, Anwar yang berdiri di kandang orang kena tuduh berkata: "Tuduhan ini adalah berniat jahat dan khianat dan saya tidak bersalah yang arif."
Hakim kemudiannya membuat keputusan membenarkan Anwar diikat jamin dengan dikenakan jaminan persendirian sebanyak RM20,000.
Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk perbicaraan.
Pihak pendakwaan diketuai oleh Datuk Idris Harun manakala pasukan pembelaan diketuai oleh peguam Sulaiman Abdullah. – 7/8/2008
------------------
TERKINI... Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9.45 pagi Khamis dengan diringi oleh kira-kira 100 orang penyokongnya.
Kawalan keselamatan di kompleks berkenaan diperketatkan dan tiada sebarang kejadian tidak dingini berlaku.
Kira-kira 15 minit selepas ketibaannya, Anwar kelihatan memasuki Mahkamah Sesyen Jenayah 1 sambil diringi oleh beberapa pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husham Musa, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya.
Semasa melewati orang ramai yang berada di mahkamah, Anwar yang terkenal dengan
-------------------------
Liwat: Anwar dihadap ke mahkamah hari ini
Pejabat Peguam Negara akan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, hari Khamis yang melibatkan kes liwat.
Notis bertulis untuk Anwar hadir di mahkamah telah disampaikan kepada beliau tengah hari Rabu oleh polis.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan kes jenayah seksual yang melibatkan Anwar itu.
“Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara," katanya.
Sementara itu, polis tengahari Rabu telah menyerahkan sapina kepada Anwar bagi menghendakinya hadir ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur, hari Khamis.
Peguam Anwar, Sankara N. Nair ketika ditemui pemberita di hadapan rumah Anwar, enggan mengulas lanjut tujuan anak guamnya dikehendaki hadir ke mahkamah tersebut sama ada sapina itu ada kaitan dengan pendakwaan terhadap Anwar berhubung kes liwat yang dihadapinya.
Sejak jam 10 pagi kelihatan beberapa pegawai polis berpakaian biasa berada di luar perkarangan kediaman Anwar.
Deputi Supreitenden Jude Pariera yang tiba dengan kenderaan polis berada di dalam rumah Anwar kira-kira 15 minit bagi menyerahkan sapina berkenaan. - 6/8/2008
0 comments Labels: agenda daily, DSAI, konspirasi
Liwat: Abdullah nafi dakwaan PKR
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Aug 6, 08 3:22pm |
Perdana menteri menafikan terlibat mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah atas pertuduhan liwat untuk mengalihkan masalah negara yang dihadapinya seperti tuduhan penasihat PKR hari ini. "Kenapa harus saya mengalih pandangan rakyat tentang kelemahan kerajaan? Masalah kerajaan adalah besar. "Kes ini bukan untuk mengalih perhatian rakyat. Saya tidak berfikir begitu," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur petang tadi. "Bagaimana mungkin saya mendesak beliau dituduh? Jika tidak ada bukti (terhadap Anwar), polis tidak bodoh untuk mendakwanya semata-mata seseorang meminta 'dakwa'. Saya bukan yang menyuruhnya (Anwar didakwa)." Abdullah menambah, sekiranya polis mempunyai cukup bukti untuk menyeret Anwar ke mahkamah, maka pasukan itu wajar berbuat demikian. "Sekiranya tidak (ada bukti), gugurkan (kes itu)," katanya, sambil menambah prosedur itu ditetapkan oleh polis dan Jabatan Peguam Negara. Beliau juga menolak andaian Anwar bahawa pertuduhan terhadapnya bertujuan menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16 hingga 26 Ogos ini. Abdullah berkata, beliau tidak terlibat menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi - yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Tambahnya, orang ramai juga wajar mempertimbangkan hak pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga bekas pembantu Anwar, untuk menuntut keadilan. "Anda kelihatannya hanya melihat Anwar sahaja yang lebih penting. Isunya berkaitan undang-undang. Dia (pengadu) rasa dia berhak mendapat keadilan, oleh itu dia membuat laporan (polis pada 28 Jun)," kata perdana menteri lagi. Mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam petang tadi memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu, kata Abdullah. Bagaimanapun, katanya, BN tidak menentukan calon yang bakal bersaing dengan Anwar di kerusi tradisinya itu. "BN akan meletakkan seorang calon di Permatang Pauh. Namanya belum ditentukan siapa, tapi kita akan bincang dengan pihak bahagian Permatang Pauh. "Ini adalah kerusi untuk calon BN daripada Umno bertanding," kata Abdullah, yang juga pengerusi BN. Mengulas dakwaan penyertaan BN dalam pilihanraya kecil ini akan menghabiskan duit rakyat, beliau berkata: "Apa pasal pulak. Ini pilihanraya. Kita kena menghadapi pilihanraya, tentu kena belanja sedikit. Itu bukan duit rakyat, (itu) duit parti." Abdullah menjelaskan tidak ada sebab BN memulaukan pilihanraya kecil tersebut. "Kita tak dengar orang-orang Umno kata nak pulau atau orang BN nak pulau. "Tidak pernah kita tidak mahu bertanding dalam mana-mana pilihanraya kecil yang diadakan. Semuanya kita bertanding," kata Abdullah mengulas andaian BN kurang yakin bertanding untuk menentang Anwar. Berhubung dengan surat tunjuk sebab yang dikenakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP), Abdullah berkata BN akan memperhalusi jawapan parti tersebut yang diserahkan hujung bulan lalu. Parti dari Sabah itu diberikan notis tunjuk sebab kenapa tidak boleh dipecat sebagai komponen BN selama 30 hari selepas mengancam untuk mengeluarkan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat. SAPP, dalam jawapannya akhir bulan lepas, tetap mempertahankan usul tersebut. Sementara itu, di sidang media yang sama, timbalannya Datuk Seri Najib Razak juga menjelaskan jawatankuasa pengurusan BN telah mengesyorkan kepada dewan tertingginya bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan dalam surat SAPP itu akan dikaji lebih mendalam. "Dan kalau perlu kita akan jawab perkara-perkara tersebut secara terperinci. "Dan oleh itu kita akan hanya menghantar ketetapan kita apabila kita telah menjalankan proses mengkaji surat itu secara mendalam dan tentukan jawapannya dengan tepat," katanya. Najib menambah, BN tidak berniat menangguh mengambil tindakan disiplin terhadap SAPP hari ini. "Kita perlu jawapan komprehensif dan keputusan mantap atas jawapan yang diberikan oleh SAPP," katanya. Timbalan pengerusi BN juga menjelaskan bahawa jentera pilihanraya parti itu akan digerakkan untuk memastikan kemenangan calonnya. "Kita telah mendapat komitmen daripada ketua-ketua kompenen BN, khususnya mereka yang berada di Semenanjung, mereka akan komited untuk menggerakkan jentera masing-masing," katanya. |
2 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysiakini, Pak Lah undur
Bukti kukuh DSAI tak meliwat.
What the IGP and AG do not know......yet
Today, 7 August 2008, the government is going to charge Anwar Ibrahim for the alleged crime of sodomy. What they do not know yet is that we have a few surprises in store for them. One of them is the documents below. They will most probably deny Anwar bail just so that they can keep him in jail the entire duration of the trial. These documents, however, prove that there is no case against Anwar and the police are trying to build a case around fabricated evidence.
Download PDF version here [225k]
2 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysia today
Hadapkan ke mahkamah, usaha halang Anwar sertai pilihan raya kecil
Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed | Aug 06, 08 | 2:10:20 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Tindakan mengheret Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah sebaik sahaja pengumuman mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dibuat adalah usaha menghalang beliau menyertai pilihan raya tersebut. Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam respons awalnya terhadap perkembangan tersebut kepada Harakahdaily hari ini . Anwar dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta jam 10.00 pagi esok. Sebelum itu, Kamarudin telah mengirimkan satu SMS kepada Harakahdaily menyatakan Anwar akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Menurut Kamarudin, paling menghairankan tindakan ini dibuat sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pengumuman penting mengenai pilihan raya Permatang Pauh yang disebut Anwar menjadi medan kembali ke arena politik. Sementara itu Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin pula menyatakan bahawa tindakan itu berniat jahat dan sengaja dilakukan tatkala kerajaan melihat rakyat memberi sokongan penuh kepada Anwar. AMK turut kesal dengan perkembangan itu dan menyifatkan ia tindakan yang menyempitkan lagi ruang demokrasi, katanya. Justeru atas solidariti kepada Anwar, AMK telah menghubungi semua petugasnya untuk mengadakan himpunan menyokong Anwar di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9.00 pagi esok. Anwar dilaporkan akan dihadapkan ke mahkamah esok berikutan kertas siasatan dakwaan liwat yang dibuat Saiful Azlan pada 28 Jun lalu. Polis dilaporkan telah menyerahkan satu dokumen kepada Anwar berhubung pertuduhan itu. Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, tatkala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru sahaja menetapkan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini. Sumber KeADILan menyatakan bahawa, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira di rumah Anwar jam 12.00 tengahari tadi. Sementara itu, dalam satu sidang media di Putrajaya pagi tadi, SPR mengumumkan pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli Parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos. SPR yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos. Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN. Namun sejak 1998, kerusi itu disandang oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya. Beliau mengingatkan semua calon supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka. Abdul Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang. Permatang Pauh merupakan satu daripada 13 kersui Parlimen di Pulau Pinang, memang 'panas' sejak 1999. Majoriti pengundi kawasan ini terdiri daripada orang Melayu yang merupakan 68.5 peratus atau 40,039 daripada 58,449 pengundi kawasan itu, diikuti oleh kaum Cina seramai 14,489 orang atau 24.79 peratus dan India 3,581 orang (6.3 peratus) serta lain-lain 240 orang (0.41 peratus). Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kerusi Dun Seberang Jaya, yang diwakili oleh Datuk Arif Shah Omar Shah daripada BN, mempunyai 22,678 pengundi iaitu Melayu 14,163 orang (62.36 peratus), Cina 5,436 (23.97 peratus), India 2,978 (13.13 peratus) dan lain-lain 122 (0.54 peratus). Kerusi Dun Permatang Pasir yang diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS mempunyai 20,350 pengundi iaitu Melayu 14,715 orang (72.31 peratus), Cina 5,278 (25.94 peratus), India 328 (1.61 peratus) dan lain-lain 29 (0.14 peratus). Kerusi Dun Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR mempunyai 15,421 pengundi iaitu Melayu 11,181 orang (72.51 peratus), Cina 3,776 (24.49 peratus), India 375 (2.43 peratus) dan lain-lain 89 (0.57 peratus). Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu Wan Azizah mengalahkan calon BN Datuk Pirdaus Ismail dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 13,388 undi. Namun, 31 Julai lalu beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.- mks. _
|
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, konspirasi, PRK
Doktor Pusrawi periksa Saiful tidak pulang bertugas sejak Isnin
Mstar Online
06-08-2008 09:44:06 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, pegawai perubatan Pusrawi yang pertama memeriksa bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahin, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak melaporkan diri kembali untuk kerja, kelmarin.
Malah pengurusan hospital juga tidak dapat menghubungi doktor berkenaan.
Pengarah Perubatan Pusrawi, Dr. Kamaruddin Ahmad berkata, Dr. Mohamed Osman sepatutnya kembali bertugas kelmarin.
“Saya rasa dia takut untuk kembali bertugas,” kata beliau dalam nada bergurau kepada mStar Online hari ini.
Dr. Mohamed Osman sepatutnya bercuti selama dua minggu sehingga kelmarin.
Ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil pihaknya, Dr. Kamaruddin memberitahu, Pusrawi perlu bercakap dengannya terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat.
Dr. Mohamed Osman, rakyat Myanmar, telah menggemparkan negara apabila tersebarnya laporan perubatan beliau ke atas Mohd Saiful, yang mencatatkan tiada kesan dia diliwat seperti yang didakwa oleh mangsa pada 26 Jun lalu.
Laporan perubatan itu disiarkan oleh laman web Malaysia Today pada 29 Julai lalu.
Bagaimanapun pada keesokan hari, Pusrawi menafikan hospital berkenaan pernah membuat pemeriksaan liwat ke atas Mohd. Saiful.
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, mstar online, sepol bodo
Polis tahan Penarik Beca aka Bakaq
Siasah daily
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Sepasukan polis dari bahagian Jenayah Perdagangan menahan dan merampas komputer milik penulis blog Penarik Beca, Abu Bakar Mohamad Rashid jam 11 pagi semalam.
Beliau ditahan di rumahnya, di taman Koperasi Polis, dekat Gombak, kata isterinya, Puan Salwa, ketika dihubungi Siasah.
Namun ketika ditemui oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin malam tadi, polis memberitahu Abu Bakar disiasat di bawah Akta Hasutan.
Hari ini, kira-kira jam 2 petang, para sahabat dan penyokong beliau dikatakan akan berkumpul di perkarangan balai polis bersebelahan Bank Negara bagi memberikan sokongan moral kepada Abu Bakar.
0 comments Labels: bloggers united, polis, siasahdaily
Mengundi di Permatang Pauh 26 Ogos
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Aug 6, 08 12:08pm |
Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos. Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN. Isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu. Dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan yang menunggu di ibu pejabatnya di Putrajaya, pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihanraya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya. Beliau mengingatkan semua calon dan petugas-petugasnya supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka. Ab Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang. SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil itu dengan dibantu tiga penolong pengurus - Zainol Abidin Md Noh (setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai), Kamarul Haizal Koderat (ketua penolong pegawai daerah) dan Azizal Ahmad (penolong pegawai daerah). Sementara itu, lapor Bernama, Anwar mendakwa BN akan melakukan pelbagai cara bagi memastikan beliau kalah pada pilihanraya kecil nanti. Katanya, dalam satu ceramah di Bentong malam tadi, pemimpin- pemimpin BN dan jentera parti itu akan terus memburukkan namanya termasuklah dengan menaburkan fitnah. "Sudah jadi tugas mereka untuk melemparkan fitnah terhadap saya tapi saya sekali-kali tidak akan mengalah," katanya di depan lebih 3,000 orang di Chegar Medang. Ketika Anwar sedang berucap sekitar 11 malam, lampu tiba-tiba terpadam dan mencetuskan situasi panik seketika dalam kalangan penyokong-penyokongnya yang khuatir Anwar akan ditahan polis berhubung siasatan kes liwat. Sejurus selepas keadaan seperti sedia kala, Anwar meneruskan ceramahnya dengan mengajak semua ahli Umno dan parti komponen BN menyertai Pakatan Rakyat. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, PRK
Kes Anwar: Jika tak ada bukti…polis bukan bodoh – Pak Lah
Berbeza dengan kebiasaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bercakap agak panjang mengenai kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjabwab soalan di sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC petang Rabu.
Perdana Menteri antara lain mempersoalkan tumpuan umum hanya kepada Penasihat PKR itu dalam kes itu seolah nasib untung Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dia diliwat tidak penting langsung.
“Jangan lupa orang lain yang nampaknya dilupakan… Saiful. Anda fikir Anwar itu lebih penting," katanya.
Abdullah juga menyuarakan rasa hairannya bagaimana Anwar boleh menuduh beliau mengarahkan supaya kesnya dihadapkan ke mahkamah Khamis.
"Bagaimana saya boleh berkeras supaya dia didakwa. Jika tiada bukti, polis bukan bodoh hanya kerana si polan itu atau si polan ini mungkin berkata dakwa. Dan saya bukanlah orangnya yang meminta orang itu didakwa.
"Ini adalah isu undang-undang, seseorang itu yang berasa perlu keadilan, dia membuat laporan polis. Oleh itu, polis bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan," katanya.
"Apa yang saya kata adalah jika anda mempunyai sesuatu untuk mendakwa, jika mempunyai bukti untuk mendakwa, kamu dakwa. Jika tiada, gugurkan (dakwaan). Itu yang saya kata", katanya.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa keputusan kerajaan mendakwa dia di mahkamah adalah satu usaha untuk mengalih tumpuan ramai daripada krisis keyakinan yang dihadapi Perdana Menteri.
Abdullah berkata polis berhak untuk menyiasat dan ia terpulang kepada mereka untuk memutuskan bentuk tindakan berdasarkan daripada siasatan yang dijalankan.
"Jika mereka fikir mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa, mereka perlu mendakwa kerana jangan lupa orang lain yang nampaknya dilupakan, Saiful. Anda fikir Anwar itu lebih penting," katanya.
Abdullah berkata jika polis tidak mempunyai bukti, baru mereka perlu menggugurkan dakwaan dan keseluruhan siasatan itu.
"Jika mereka mempunyai bukti untuk mendakwa, anda tidak boleh menghalang mereka daripada berbuat demikian," katanya.
Menyentuh tindakan pihak polis mendakwa Anwar sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh hari ini sebagai satu unsur sabotaj untuk menghalang Anwar bertanding pada pilihan raya kecil itu, Abdullah berkata perkara terbabit adalah dua perkara yang berbeza.
Beliau berkata sekiranya tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak diumumkan oleh SPR hari ini, pelbagai persoalan juga tetap akan timbul mengenai dakwaan kes terbabit.
Katanya, siasatan tuduhan liwat Anwar telah dilakukan lebih awal daripada tarikh perletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh.
"
"Cerita-cerita begini tak pernah satu versi. Cerita ini sekurang-kurangnya dua versi. Kadang-kadang tiga, empat, lima, sepuluh versi. Begitulah selalunya ditambah dengan ratusan cakap-cakap yang keluar daripada blog dan khabar angin," katanya.
Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menafikan tindakan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah telah dirancang seperti yang didakwa oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya dipolitikkan dan bukan merupakan helah kerajaan untuk menghalang Anwar daripada bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
"Kita sendiri pun tidak ambil tahu beliau bertanding atau tidak. Sapina itu dikeluarkan bukan sebab mahu menghalang beliau daripada bertanding," katanya, dan menambah tindakan itu diambil berikutan siasatan ke atas laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan telah selesai.
"Beliau (Anwar) juga tidak sepatutnya khuatir sekiranya beliau betul-betul tidak bersalah dan tentunya beliau juga akan dibela oleh peguam-peguam yang hebat," katanya kepada para wartawan selepas menghadiri majlis Tilawah Al-Quran Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat kebangsaan di Maktab PDRM dekat Kuala Lumpur Rabu malam.
Beliau berkata kes tersebut sudah sampai ke peringkat mahkamah, dan semua pihak perlu menghormatinya dengan tidak membuat sebarang perbincangan ataupun spekulasi mengenainya, yang hanya akan menimbulkan prejudis terhadap kes itu.
"Janganlah ada cakap-cakap belakang lagi dan biarkan mahkamah yang menentukan keputusannya, semua keputusan bergantung kepada undang-undang," katanya.
Menyentuh mengenai keadaan keselamatan apabila Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta esok, Syed Hamid berkata polis sudah bersiap-sedia dengan segala kemungkinan termasuk juga anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), sekiranya ada pihak yang berkumpul dan mengganggu ketenteraman awam.
"Demi keselamatan dan keamanan orang awam, kita minta kepada semua pihak agar jangan berkumpul. Ini adalah kes mahkamah justeru ia tidak sepatutnya ada perhimpunan," katanya.
Menyentuh kes kehilangan sejumlah besar dadah rampasan jenis Syabu daripada bilik kebal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor minggu lalu, beliau berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tidak akan menerima apa jua alasan yang diberi.
Polis sedang menyiasat kes tersebut dan akan mengenalpasti individu yang terlibat yang telah mencemarkan nama baik PDRM, katanya.
"Kita tidak akan bertoleransi terhadap mereka ini dan akan ada lagi yang terlibat ditahan selepas ini," katanya.
Beliau juga mengingatkan media agar tidak mensensasikan berita berunsur jenayah tetapi perlu jujur dan tepat dalam setiap maklumat yang disampaikan kepada masyarakat.- 6/8/2008
0 comments Labels: agenda daily, DSAI, konspirasi, Pak Lah undur, polis
Dihadap ke mahkamah: Peluang Anwar dapat simpati rakyat lebih cerah
Harakahdaily Salmah Mat Husain Wed | Aug 06, 08 | 8:06:48 pm MYT | |
KOTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) - Peluang Dato' Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini lebih besar sekiranya beliau tidak dibenarkan ikat jamin pada sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok. Beliau dihadap ke mahkamah berhubung kes dakwaan liwat yang dibuat bekas pembantunya, Saiful Bahari Azlan pada 28 Jun lalu. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, sekiranya Anwar tidak diberi peluang dijamin, Pakatan Rakyat akan memastikan beliau menang lebih besar pada pilihan raya itu. "Sebaliknya kalau diberi peluang dijamin tiada sesuatu yang akan terjejas bagi membolehkan beliau bergerak bebas di Permatang Pauh. "Namun kalau tidak pula boleh dijamin, undinya kemungkinan besar akan bertambah kerana beliau akan mendapat undi simpati rakyat. "Peristiwa ini pernah berlaku ke atas Pak Nik Lah (Nik Abdullah Arshad), di mana dia tidak dapat hadir pada penamaan calon, dan hanya diedarkan songkoknya sahaja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Oleh itu kata beliau cara yang sama kemungkinan besar akan berlaku sekiranya Anwar tidak dapat dijamin. ��� "Diharap Datuk Seri Anwar dapat dijamin esok, jika tidak kita akan menggunakan songkok yang beliau pakai untuk kempen dalam pilihan raya kecil itu nanti,� katanya. Husam juga berkata, sekiranya Ketua Umum KeADILan itu menang kes di mahkamah, kemenangan di mahkamah rakyat lebih bermakna lagi. Beliau juga melihat ada kesilapan berlaku di pihak kerajaan untuk terus mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar. Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, Badan Perhubungan PAS Negeri akan menghantar anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah meninjau perkembangan awal di Permatang Pauh. "Kita akan mengatur strategi untuk membantu kempen calon Pakatan di Permatang Pauh. "Kita juga berharap semua sayap parti Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Pemuda turut membantu," ujarnya. Beliau juga berkata, biar pun penamaan calon berlaku ketika muktamar PAS belum berakhir, namun ia tidak akan mengganggu perjalanan muktamar. Beliau juga berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon mereka pada pilihan raya itu memandangkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berpendapat BN akan menemui laluan sukar untuk memenangi pilihan raya itu. "Saya bersetuju kenyataan Tan Sri Annuar baru-baru ini, di mana katanya ada tiga sebab BN tidak perlu mengambil bahagian untuk bertanding," ujarnya. Baru-baru ini, Annuar dilaporkan berkata, ada tiga sebab BN perlu boikot pilihan raya itu, pertama bagi mengelak kerugian wang rakyat, kedua BN tidak mengikut strategi Anwar dan pilihan raya tidak kecil tidak perlu diadakan kerana semuanya dalam keadaan baik. Sehubungan itu, Husam mencadangkan Majlis Tertinggi Umno menimbang cadangan Annuar kerana ia begitu munasabah berdasarkan situasi sekarang bagi memberi laluan mudah kepada Anwar. "Ini kerana Datuk Seri Anwar begitu penting untuk membantu negara dalam menghadapi beberapa masalah yang berlaku antaranya ekonomi, hubungan kaum dan hilang kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman. "Kenapa kita perlu menghalang orang sepertinya untuk masuk dalam Parlimen bagi membela rakyat," ujarnya. - mj _
|
1 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, konspirasi
Gantikan Tugu Negara, kata mufti
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Aug 4, 08 7:09pm |
Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita", kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain," katanya kepada Malaysiakini. Beliau diminta mengulas sama ada monumen bersejarah itu wajar dirobohkan kerana didakwa mempunyai unsur-unsur keberhalaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jumaat lalu, mufti itu menyarankan perdana menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di tugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah. Menulis di blognya bersama foto Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan kalungan bunga (foto kiri), Dr Mohd Asri berkata: "Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan. "Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin. "Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. "Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar." Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. Dr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera. "Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini. Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis. "Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya. Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam. Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan. Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya. Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya. Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri. |
1 comments Labels: malaysiakini, mufti, syirik