+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 9, 2008

Kerajaan pusat mula mendiskriminasikan lima negeri

Harakahdaily

Intan Abdullah

Wed | Apr 09, 08 | 6:57:35 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 April (Hrkh) - Tindakan kerajaan pusat yang melancarkan beberapa langkah berbentuk diskriminasi terhadap lima buah negeri yang diterajui kerajaan pakatan rakyat adalah bertujuan untuk menafikan kuasa kerajaan pakatan rakyat.

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ir Amiruddin Hamzah berkata kerajaan pusat perlu bersifat profesional dalam membentuk hubungan dan kerjasama dengan kerajaan negeri yang diperintah pakatan rakyat.

"Tindakan menyekat sesetengah Adun dan ahli parlimen daripada kerajaan pakatan rakyat membuktikan kerajaan pusat seolah-olah tidak menghormati kehendak rakyat," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Jelasnya, dalam tempoh sebulan selepas pilihan raya umum ke-12, banyak isu yang mendedahkan kelemahan kerajaan pusat di bawah kepimpinan Umno-BN tidak dapat ditangani lantas mengakibatkan mereka bertindak secara tidak bijak dengan mengalihkannya kepada bentuk sekatan kepada kerajaan pakatan rakyat.

"Rakyat sendiri sedang menyaksikan pelbagai usaha mereka yang mahu menyusahkan kerajaan pakatan rakyat dengan menghalang projek pembangunan dan menghalang rakyat mengadakan pertemuan dengan pemimpin mereka," katanya.

Bahkan,ujarnya sebelum ini pihak sekolah kelolaan kerajaan persekutuan pernah menjemput Ketua Bahagian Umno bagi merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu bapa Guru.

"Sekarang ini, kenapa pula wakil rakyat sah yang dipilih dalam pilihan raya tidak dibenarkan merasmikan program seumpama itu?

"Apakah mereka masih sukar untuk menerima hakikat kekalahan dalam pilihan raya umum lalu yang menjadi tamparan hebat kepada mereka?" ujarnya.

Dalam jangka masa panjang ujarnya, tindakan tersebut akan memakan diri mereka serta merugikan rakyat secara umumnya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan dibuat di peringkat beliau terhadap kerajaan pusat, Amiruddin menegaskan bahawa pihaknya hanya mahu menjalinkan kerjasama yang lebih baik demi kebaikan rakyat pada masa akan datang.

"Kita tidak mengamalkan sikap konfrontasi kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak terutamanya rakyat.

"Kepada pihak yang mengamalkan sikap tersebut, saya harap mereka lebih cerdik, ikut kehendak rakyat dan hormatilah hak parti yang dipilih kerajaan untuk mentadbir di sesebuah kawasan," katanya lagi.

Isu mengenai diskriminasi timbul ekoran pembatalan Memorandum Persefahaman (MOU) pelancongan di lima negeri yang ditawan pembangkang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengemukakan permintaan yang mahu pihak kementerian Pelancongan mempertimbangkan kembali keputusan membatalkan Mou tersebut.

Semalam, Khalid dan Lim mengkritik serta melahirkan kebimbangan berikutan tindakan Kementerian Pelancongan menamatkan semua Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani dengan kontraktor dan pengusaha pelancongan berkaitan pelaksanaan aktiviti pelancongan di lima negeri yang dikuasai pakatan partiparti pembangkang.

Khalid dan Lim dilaporkan sebagai berkata tindakan Azalina itu bertentangan dengan langkah Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu semua program yang dirancang kerajaan pusat bagi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, diteruskan.

Azalina baru-baru ini membuat pengumuman mengenai penamatan MOU berkenaan kerana bimbang strategi dan pelaksanaan pelancongan negara tidak dapat diterima oleh pemimpin di lima kerajaan negeri tersebut.

Beliau lantas berkata, "pembatalan MOU tersebut adalah keputusan daripada kerajaan pusat dan pihak kementerian hanya melaksanakannya. Kita bakal mengguna pakai polisi yang digunakan di Kelantan selama ini." - mks.

Read More...

Kedah MB cool about car plates


NST Online



ALOR STAR: His car number plate, which has Jawi writings on it, may be against the law but Kedah Menteri Besar Azizan Abdul Razak is unruffled by the controversy.
"We will wait for the state Road Transport Department to send us a directive.

"When we get it, we will act on it," he said when asked to comment on his officers flouting the law by adding the word "Menteri Besar Kedah Darul Aman" in Jawi on the number plate of his official car.

Meanwhile, state Road Transport Department director Jaafar Mohamad said the laws and regulations on the matter were clear.

"Everyone should just adhere to it strictly," he said.

Read More...

DAP: Apa lagi selain negara Islam?

Malaysiakini

Apr 9, 08 4:43pm

Apa lagi isu yang lebih besar daripada hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia? - pengerusi DAP Karpal Singh menjawab gesaan agar beliau "menutup mulut" daripada mengulas isu tersebut.

Menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak, hari ini dilaporkan berkata "saya harap dia (Karpal) jangan bercakap lagi mengenai hal ini jika dia belum benar-benar faham apa itu hukum hudud."

Menjawab tempelakan itu, Karpal berkata negara Islam menjadi isu
awam yang paling penting kerana Malaysia kini sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan jaminan perlembagaan semua agama boleh diamalkan secara aman dan harmoni.

"Isu ini tidak boleh, dan tidak wajar, disapu bawah permaidani," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika usaha PAS menukar Malaysia menjadi negara Islam menjadi kenyataan, ia bermakna undang-undang hudud akan dikenakan terhadap bukan Islam."

Kenyataan Karpal ini, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, siri terbaru dalam perang mulut antara DAP dengan PAS susulan cadangan penubuhan Pakatan Rakyat pada 1 April.

Azizan menggesanya tidak meneruskan isu itu selepas Karpal menjawab kenyataan menteri besar Kelantan, yang juga mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz pada Ahad.


Berikut rentetan 'perang mulut' dua parti pembangkang itu:

1 April: Tiga pemimpin utama pembangkang mengumumkan cadangan penubuhan Pakatan Rakyat. Pengumuman itu disertai penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

2 April: Timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub dilaporkan berkata "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam."

3 April: Kenyataan ini disokong Pemuda PAS Kelantan.

4 April: Merujuk kenyataan Ahmad dan setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir, Kit Siang berkata PAS belum mengambil iktibar krisis dalam Barisan Alternatif sehingga mendorong DAP meninggalkan pakatan tersebut pada 2001

5 April: Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa Abdul Hadi bertanggungjawab atas kenyataan Ahmad.

Karpal dilaporkan berkata: "Bagaimana mungkin PAS menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika kerusi parlimen yang dimenangi mereka adalah yang paling sedikit jumlahnya berbanding DAP dan PKR."

6 April: Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa Karpal memperkecil-kecilkan usaha PAS mempromosikan pentadbiran Islam di negeri itu.

Kenyataan Ahmad, setakat ini, menerima dukungan Pemuda PAS, sekurang-kurangnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

7 April: Karpal menafikan tuduhan Nik Abdul Aziz. Karpal berkata: "Saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun, memperkecil-kecilkan Islam.

"Kami tidak berbalah dengan PAS melainkan berhubung ideologi asas parti itu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan memperkenalkan undang-undang hudud."

Ahmad - yang dilaporkan memulakan kenyataan kontroversi itu minggu lalu - berkata beliau tidak bermaksud memaksa DAP dan PKR menerima PAS sebagai teras utama Pakatan dan menyalahkan media atas kekeliruan yang berlarutan.

Datuk Husam Musa, naib presiden PAS dan exco Kelantan, memberi jaminan negara Islam hanya menjadi idealisme parti itu dan tidak terdapat dalam agenda Pakatan Rakyat.

8 April: Pemuda PAS Kedah meminta Karpal tidak membesar-besarkan isu tersebut, sementara menteri besarnya Azizan Abdul Razak menggesa pengerusi DAP tidak bercakap sesuatu isu yang tidak difahaminya, termasuk isu hudud.

Read More...

Husam: Gred petrol hanya 'menipu'

Malaysiakini

Fathi Aris Omar & Beh Lih Yi | Apr 9, 08 1:57pm

Memperkenalkan gred baru minyak - dengan alasan mengurangkan subsidi untuk golongan kaya - hanya satu bentuk "penipuan", kata naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

"Pada pendapat saya, ia suatu bentuk 'penipuan', ia bukan menurunkan harga minyak secara yang sebenar, ia hanya menurunkan mutu minyak dan dengan itu mengurangkan kos petroleum tersebut," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini kelmarin.

husam musa bangsar 080408 drinks latteMenurutnya, hanya kenderaan tertentu boleh menggunakan petrol yang bermutu rendah tetapi kebanyakan kenderaan, khususnya model terbaru, menggunakan gred tinggi.

Sedangkan, katanya lagi, cadangan ini bermakna minyak bergred tinggi akan menjadi lebih mahal akibat kurangnya subsidi.

"Kita lihat kenderaan diesel - banyak digunakan oleh kenderaan pengangkutan - yang dikeluarkan di Eropah kini tidak lagi menggunakan diesel bermutu rendah ...

"Thailand telah menggunakan diesel bermutu tinggi, Malaysia masih mengguna diesel mutu rendah, jadi kenderaan yang menggunakan diesel bermutu tinggi tidak boleh lagi dibawa masuk ke Malaysia kerana enjinnya akan rosak jika guna diesel di negara ini.

"Jadi, (kerajaan) kita sekarang sedang mengelabui mata rakyat tentang kedudukan ini.

"Ia tidak sebenar-sebenarnya tidak menolong rakyat Malaysia umumnya, bukan sahaja golongan miskin," kata Husam lagi, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan.

Beliau dminta mengulas cadangan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad untuk memperkenalkan dua gred petrol, RON 95 dan RON 99, memberi lebih subsidi bagi petrol biasa untuk manfaat rakyat berpendapatan rendah.

Shahrir berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah menimbang cadangan memansuhkan petrol RON 92 dan RON 97.

Ketika ini, petrol jenis RON 92 kebanyakannya digunakan oleh motosikal, manakala kenderaan lain menggunakan RON 97.

Mengikut sistem baru yang dalam kajian, lebih subsidi akan diberi kepada petrol RON 95 yang digunakan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana, manakala petrol RON 99 yang lebih mahal sesuai untuk kenderaan mewah dan pengguna yang mementingkan kuasa pemanduan serta prestasi.

Read More...

Semoga Sang Kelembai mampu menyelamatkan Umno

Harakahdaily

Roslan SMS

Wed | Apr 09, 08 | 7:40:24 am MYT

Seorang rakan memaklumkan saya berkenaan suatu artikel dalam KL Pos berkenaan kenalan saya Sang Kelembai atau Zaharin Md Yasin.Kata beliau blogger Sang Kelembai telah konar baring di Kota Kinabalu. Dalam keadaan percaya tak percaya saya segera melayari KL Pos. Kemudian saya baru teringat yang MSO juga berada di Kota Kinabalu, untuk membuat liputan kunjungan Dolah ke sana.

Apabila melayari Merah Tinta MSO, saya lihat sendiri 3 gambar yang dipost oleh MSO menunjukkan aksi Sang Kelembai bersama Dollah ( 1 darinya saya turunkan di sini). MSO turut merakamkan apa yang diucapkan oleh Sang Kelembai semasa mengucup tangan Dollah di Lapangan Terbang KK itu:

ImagePak Lah saya akan berama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji!

Bila saya amat-amati gambar-gambar MSO itu, kalau tidak silap baju batik yang Sang Kelembai gunakan adalah baju yang sama ketika berceramah dengan saya atas pentas PAS sebelum PRU 12 lalu. Ketika itu Sang Kelembai bukan hanya memaki hamun Dollah malah habis suku sakat dan keturunan Dollah dimaki hamun dan disumpah serapah. Mujurlah nama sahaja Sang Kelembai tetapi kuasa Sang Kelembai itu tidak diwarisinya jika tidak entah-entah yang disumpah serapahnya danh pun bertukar menjadi batu!

Saya segera pergi pula ke laman blognya, ternyata beliau belum sempat meng "update" blognya yang sarat dengan serangan peribadi terhadap Dollah dan dinastinya. Satu artikel yang masih tersangkut diblognya bertajuk:

Dari bodoh ke nyanyuk; yang menceritakan darihal krisis MB di Terengganu. Di kaki artikelnya dicatatkan ulasannya:

Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.

Itulah Sang Kelembai yang saya kenal, rupanya Abang Zaharin akhirnya keletihan dan kini memilih untuk kembali mengucup dan mencium Dollah yang beliau popularkan sebagai Abdullah Hj Ahmad (kata beliau mana ada Badawi dalam IC nya) itu. Lalu apa lagi nak dikata. Selamat jalan Abang, semoga Abang berjaya dalam bahtera "titanic" (artikel terakhir beliau bertajuk Umno dan "titanic" nya) Abang itu.

Senang-senang boleh kita minum teh tarik, nak dengar cerita baru Abang. - n32.blogspot.com

Read More...

Kami tidak perlukan Dr Mahathir'

'Malaysiakini

Apr 9, 08 6:19pm

Pakatan pembangkang tidak memerlukan tokoh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjuarai perjuangan mereka, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

mahathir malaysiakini interview 070207"Dr Mahathir sewajarnya berhenti berperanan sebagai jurubicara tidak tentu hala," katanya, dipercayai mengulas surat mantan perdana menteri itu semalam di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

"Tiba masanya beliau berdiam diri dan biarkan barisan pembangkang mengawasi kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."

Dengan 82 ahli parlimen, pembangkang boleh berbuat demikian tanpa sokongan Dr Mahathir, katanya, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, dalam satu kenyataan hari ini.

"Dr Mahathir sewajarnya, mungkin, menghabiskan masanya bersama cucu-cucunya di ambang senja usianya," kata Karpal lagi.

Dalam surat kepada The Sun, Dr Mahathir menulis: "Bagi Param Cumarawamy dan Karpal Singh, kebencian mereka terhadap saya memang sudah diketahui umum dan nyatalah tidak surut-surut walaupun setelah saya tidak lagi menjadi perdana menteri."

Beliau juga menulis: "Jika Param atau Karpal tidak yakin (bahawa saya tidak terlibat) mereka sepatutnya menggunakan kemahiran guaman mereka untuk menutup mulut saya."

Param, bekas pegawai khas pemantau kebebasan hakim di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan Karpal menggesa mantan perdana menteri itu disiasat berhubung dakwaan campur tangannya dalam badan kehakiman ketika krisis 1988 dan juga siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1998.

karpal singh parliament 150604Reaksi negatif dan sinis Karpal hari ini juga didorong kenyataan keras Dr Mahathir dalam surat peribadinya kepada pemimpin DAP itu baru-baru ini.

Mendedahkan surat bertarikh 3 April, Dr Mahathir menggelarkan Karpal "the most contemptible of politicians and individuals" (orang dan ahli politik yang paling hina).

Surat itu dikirim kepada Karpal sebagai jawapan kepada suratnya pada 27 Mac.

Dalam surat itu, Karpal mendakwa Dr Mahathir telah menyalahgunakan peruntukan Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan dua tribunal bagi membicarakan ketua hakim negara Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim kanan.

"Pada pandangan saya, anda seorang diri telah memusnahkan badan kehakiman yang sehingga kini (imej baiknya di rantau ini) gagal dipulihkan," surat Karpal dipetik.

"Jadi wajarlah sangat anda memohon maaf. Tindakan anda telah menyebabkan hakim-hakim itu dan anggota-anggota keluarga mereka keperitan dan kepayahan yang sukar digambarkan."

Surat ini dikirim susulan keengganan Dr Mahathir berbuat demikian apabila wujud cadangan agar kerajaan BN memohon maaf kepada Salleh dan hakim-hakim itu atas tragedi 20 tahun lalu.

Read More...

Idris Jusoh tolak jadi Exco: MB Terengganu

Berita Harian

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata beliau menawarkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menganggotai barisan Exco baru kerajaan Terengganu tetapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan terhadap kawasannya.

“Saya buat tawaran kepada beliau (menjadi Exco)...dia (Idris) tak nak kerana nak berehat selain hendak tumpu pada kawasan,” katanya ketika ditanya sama ada beliau menawarkan jawatan itu kepada Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan senarai portfolio 10 Exco kerajaan negeri, yang mengangkat sumpah jawatan di Istana Maziah di sini, pagi ini dan portfolio yang dipegangnya.


Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, di sini.


Ditanya mengenai kedudukan bekas Exco pada penggal lalu yang kini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Exco, Ahmad berkata, perkara itu adalah biasa dalam politik.

“Biasalah, ada menteri jadi timbalan menteri...ada Ketua Menteri, bila pergi ke (kerajaan) Pusat jadi Setiausaha Parlimen. Dalam politik ini ada naik dan turun...itu biasa,” katanya.

Dua bekas Exco yang kini dilantik sebagai timbalan pengerusi Exco ialah Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam (Adun Bukit Besi).

Rosol dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi manakala Din sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Pada penggal lalu, Rosol adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan sementara Din memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri. - Bernama

Read More...

First Korean goes into space

Asian News Net

By Kim So-hyun and news reports
The Korea Herald
Publication Date: 09-04-2008





The Russian Soyuz spacecraft carrying the first Korean astronaut lifted off from Kazakhstan's Baikonur Space Center at 8:16pm yesterday (Apr 8), Seoul time.

Yi So-yeon and cosmonauts Sergei Volkov and Oleg Kononenko are on board the Soyuz TMA-12 which had been attached to a launching vehicle.

The nation became the 36th country to send a person into space.

The spacecraft reached an altitude of about 240 kilometers above the Earth's surface less than 10 minutes after launch, and will approach the International Space Station within the next two days.

The Soyuz TMA-12 is scheduled to dock at the ISS at 10pm on Thursday (Seoul time) after circling the Earth 34 times to adjust its orbit.

Live footage broadcast from inside the capsule showed Yi smiling, waving and giving the thumbs-up sign.

Ahead of the launch, Yi told cheering Russian and Korean well-wishers, including her family, that she felt great as she was escorted to the launch facility.

Originally a reserve candidate, Yi was picked for the flight last month after Russia accused Ko San, the primary crew member, of removing sensitive documents from a training center. Ko later apologized for his actions.

Thousands of people gathered in front of Seoul City Hall in the evening to watch and celebrate the historic event. President Lee Myung-bak and first lady Kim Yoon-ok also attended the celebrations.

The preflight ceremonies, countdown and takeoff at the Baikonur cosmodrome, Moscow's control center, along with the cheering in Korea, were broadcast live by SBS.

The broadcaster gained exclusive rights to air the space flight.

Yi and the Russian ISS flight engineers went on board the spacecraft two hours and 30 minutes before launch yesterday, after meeting with their families and delegates from Korea, then reporting to the Russian space agency chief.

Five days before taking off into space, the astronauts did over four hours of physical training each day to get used to weightlessness. For 50 hours, the three crewmembers will breathe oxygen from Earth, until they reach the ISS. They will eat sterilized and dehydrated space food, including 10 types of Korean delicacies such as kimchi and soybean soup.

Apart from eating and sleeping, Yi's days after docking at the ISS will be devoted to scientific experiments, various demonstrations and interviews for television and radio broadcasts. The first live interviews will be aired shortly after midnight on April 11.

The Soyuz TMA-11, which has been docked at the ISS for the past six months, will bring Yi back to Earth on April 19, along with the US astronaut Peggy Whitson and Russian cosmonaut Yuri Malenchenko.

Yi is scheduled to leave the ISS at 2:20pm (Seoul time) and arrive at Kazakhstan about three hours later on April 19. She will return to Korea at the end of this month after going through two weeks of recovery treatment in a Moscow hospital.

President Lee celebrated Yi saying that April 8 will go down in history as the start date of Korea's march toward space.

"The coming of Korea's first astronaut is celebrated by the entire nation. It will give big hope to young people, in particular," Lee said in a TV interview broadcast ahead of the launch.

Lee said that the nation is on track to become the world's seventh-largest space powerhouse in 2020, when the nation is to launch its own lunar exploration satellite from its own soil.

Read More...

Sidang Parlimen: PM, Menteri mesti hadir untuk jawab soalan

Harakahdaily

Roy Rasul

Wed | Apr 09, 08 | 5:22:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 April (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata, jika kerajaan dapat memastikan semua menterinya boleh hadir di setiap kali persidangan Dewan Rakyat nanti, PAS mengalu-alukan langkah penukaran hari Rabu kepada hari Jumaat sebagai hari mesyuarat mingguan kabinet.

Katanya, ini kerana mereka tidak mahu lagi kerajaan menghantar wakilnya untuk menjawab persoalan yang dibangkit Ahli-ahli Parlimen nanti.

"Bagi saya perkara itu cukup bagus tetapi kita hendak pastikan para menteri kena hadir.

"Jangan pula bila mesyuarat kabinet diubah pada hari Jumaat tiba-tiba sidang parlimen tak ada juga menteri yang hadir," katanya mengulas langkah kerajaan menukarkan mesyuarat mingguan kabinet mereka kepada hari Jumaat.

Bernama, semalam dipetik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri akan diadakan setiap Jumaat bagi membolehkan semua menteri hadir pada setiap sesi sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata lagi, perubahan itu juga berkaitan siaran langsung selama 30 minit yang diadakan pada sesi soal jawab Parlimen yang akan bermula akhir bulan ini.

Menurut Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, yang penting Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, hadir setiap hari pada hari persidangan.

"Kalau pun tak boleh setiap hari, sekurang-kurangnya dua hari dalam seminggu. Beliau juga kena duduk dalam dewan dan bukannya untuk tempoh siaran langsung TV saja," katanya.

Katanya, yang penting lagi ialah peraturan mesyuarat itu harus dirombak atau dipinda iaitu supaya diwujudkan satu ruang seperti mana berlaku di parlimen British (Britain) iaitu sesi soal jawab bersama Perdana Menteri .

Katanya, walaupun tidak setiap hari tetapi dalam tempoh seminggu itu sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.

"Dalam sesi soal jawab itu mesti peruntukan sekurang-kurang satu jam atau sejam setengah ataupun dua jam untuk bersama Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya ini perlu kerana Perdana Menteri perlu menunjukkan beliau mempunyai keupayaan, kemampuan dan pengetahuan secara menyeluruh dalam semua hal.

Katanya, rakyat mahu melihat Perdana Menteri tidak dikuasai oleh orang lain sebagaimana diperkatakan bahawa beliau dikuasai oleh menantunya, Khairy Jamaluddin.

Katanya, ini sangat penting untuk beliau membuktikan kebolehannya.

Sementara itu mengulas mengenai, siaran langsung perbahasan oleh RTM nanti beliau berkata, kerajaan tidak perlu bimbang mengenai kos penyiarannya.

Ini katanya, jika ia menarik penonton tentunya, syarikat-syarikat iklan akan menaja siaran tersebut.

Sehubungan itu katanya, ia boleh dilanjutkan sehingga satu jam atau dua jam.

Ini katanya tempoh setengah jam adalah terlalu singkat bahkan tidak sempat Ahli-ahli Parlimen membuka mulut.

Menyentuh mengenai tatacara perbahasan yang dibimbangi berlaku keceluparan semasa berbahas beliau berkata, soal kesopanan sangat perlu.

Namun katanya, kesopanan itu sangat umum bahkan ketegasan, kelantangan seseorang ahli parlimen tidak boleh dianggap tidak sopan percakapannya. - mks.

Read More...

Ke mana Anwar selepas 14 April?

Mstar online

09-04-2008 07:05:13 PM
Oleh G. MANIMARAN

PADA November 2006, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Impiannya tidak kesampaian.

Pilihan raya umum 8 Mac telah berlangsung awal berbanding tanggal 14 April. Tempoh larangan bertanding yang dikenakan terhadap Anwar, 61, berakhir Isnin ini.
Selepas dibebaskan daripada penjara empat tahun lalu. Apakah langkah Anwar selepas ini?

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, sebenarnya telah menjangkakan akan berpeluang besar untuk menyaingi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-12.

Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertindak sebagai Presidan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak parti itu ditubuhkan setelah Anwar ditahan dan dipenjarakan, mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Wan Azizah menyandang kerusi itu sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO.

Selain Wan Azizah, anak Anwar Nurul Izzah juga kini merupakan Ahli Parlimen.
Pendirian memberi laluan yang diluahkan oleh Wan Azizah berdasarkan kedudukan beliau sebelum pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen - pencapaian terbaik pihaknya dalam mana-mana pilihan raya.

Pada pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen tetapi hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
Malah, pada hari ini dua anggota keluarga Anwar berada di Parlimen.

Apakah Anwar masih mahu bertanding menjadikan tiga anggota keluarganya menganggotai Dewan Rakyat?

Jika dua bulan lalu Wan Azizah mengatakan beliau sanggup memberikan laluan kepada Anwar, kini wujud desas-desas Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar Selangor pula bakal mengosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya.

Khalid menafikan akan berbuat demikian. Jika Khalid sanggup berbuat demikian bermakna Wan Azizah yang baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen akan kekal di Permatang Pauh.

Di sebalik teka-teki kerusi Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak dikosongkan untuk Anwar berterusan, bekas Menteri Kewangan ini juga dua minggu lalu telah dilantik sebagai pemimpin untuk mengepalai barisan pembangkang atas nama yang baru - Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat menggantikan nama barisan alternatif.

Anwar yang kini dilihat sebagai 'king maker' bagi barisan pembangkang juga dikatakan tidak mahu bergopoh dalam pergerakan politik dalam suasana semasa.
Penyusun strategi dan penyokong Anwar menyedari bahawa Anwar tidak seharusnya bertindak ghairah apabila melakukan gerakan politik semasa.

Kemungkinan Anwar lebih selesa dianggap sebagai ‘king maker’ berbanding kedudukannya selaku ‘king’ ataupun perdana menteri.

Memang wujud spekulasi pembangkang khususnya PKR sedang berusaha untuk memancing sekumpulan Ahli Parlimen untuk menyertai parti itu, sekali gus membentuk kerajaan. Sabah dan Sarawak telah pun menafikan akan berbuat demikian.

Perlukah Anwar melakukannya? Wajarkah Anwar bertindak sedemikian untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri ketika ada pihak yang menganggap beliau sebagai "bakal Perdana Menteri" ('leader in waiting')?

Adakah Anwar sanggup menerima sebuah kerajaan yang dibentuk menerusi pintu belakang? Pemerhati-pemerhati juga menyimpulkan Anwar tidak mahu jawatan Perdana Menteri yang diterima menerusi kerja lompat-melompat.

Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dengan mengetepikan Tun Ghafar Baba, sekali gus menjadi orang nombor dua dalam kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada tahun 1998 beliau disingkirkan oleh Mahathir.

Selepas perselisihan pendirian kedua-dua mereka, pemerhati juga berperdapat salah satu punca yang membawa kepada kejatuhan Anwar ketika itu, yang turut dilabelkan sebagai “bakal Perdana Menteri”, ialah sikap gopoh Anwar sendiri. Anwar dikatakan didesak oleh orang keliling dan penyokongnya supaya bergerak dengan cepat untuk menggantikan Mahathir.

Malah sikap beliau ini juga pernah digambarkan oleh satu karikatur yang disiarkan dalam majalah mingguan antarabangsa ketika Anwar memangku jawatan Perdana Menteri. Itu senario kira-kira 11 tahun yang lalu.

Hari ini Anwar dikatakan sudah berubah. Anwar bukan lagi pemimpin yang bergopoh merebut jawatan.

Malah, rakyat sudah mula menilai kemampuan pembangkang untuk melaksanakan program yang dijanjikan dan janji-janji dilontarkan semasa kempen pilihan raya.
Pembangkang juga menyedari sebahagian undi yang diterima mereka adalah ekoran rasa marah terhadap parti pemerintah, dan bukannya pemilih mencinta barisan pembangkang bulat-bulat.

Justeru, gerak-geri Anwar selepas 14 April lebih penting agar beliau sekali lagi tidak dicap sebagai pemimpin tidak sabar.

Tanggungjawab politik Anwar sebenarnya lebih berat selepas 14 April ini.
Selain berupaya mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan, Anwar perlu memastikan barisan pembangkang kekal dalam hati para pemilih menjelang pilihan raya umum akan datang. Malah, ada desas-desus menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal - kemungkinan dalam tempoh tiga tahun.

Tempoh tiga tahun ini bukan sesuatu yang lama. Ia kurang daripada 1,000 hari.
Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai tempoh yang terlalu singkat untuk memikat penyokong dalam pilihan raya umum ke-13.

Jadi, Anwar dilihat akan menggunakan tempoh yang sedia ada untuk mengukuhkan kedudukannya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang berbanding menjadi Perdana Menteri menerusi jalan belakang dalam keadaan tergopoh.

Anwar juga tetap mahu mengikut jejak Lim Guan Eng yang bertanding buat kali pertama selepas larangan politik selama lima tahun. Beliau kini Ketua Menteri Pulau Pinang - negeri kelahiran Anwar.

Read More...

Siaran langsung sidang Parlimen tiada tapisan


Berita Harian


Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek

Kerajaan beri peluang rakyat nilai sesi perbahasan: Shabery

KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen yang akan disiarkan secara langsung di RTM 1 mulai 30 April ini, akan dilaksanakan tanpa sekatan, garis panduan mahupun tapisan bagi membolehkan rakyat menilai sendiri keseluruhan sesi perbahasan.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata RTM, yang diberi hak oleh Parlimen menyiarkan persidangan itu selama setengah jam, bermula jam 10 pagi setiap hari, memberi jaminan akan meningkatkan kualiti mutu rakaman bagi memenuhi standard ditetapkan.


Katanya, menerusi usaha itu, rakyat boleh menilai dan membuat teguran prestasi wakil rakyat mereka, sekali gus membuktikan kerajaan bersikap terbuka selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

"Perkara ini sudah dipersetujui Kabinet Rabu lalu dan akan bermula pada 30 April ini, tiada tapisan dan dibuat secara biasa. Kita cuba menambah kamera untuk mendapatkan gambar dan suara yang lebih jelas serta terang.

"Maklum balas Ahli Parlimen juga baik... ini era baru dalam sistem demokrasi berparlimen dan kebebasan media yang menunjukkan konsep keterbukaan kerajaan," katanya selepas melancarkan Seminar Penyiaran Awam 'Mengubah Landskap Penyiaran' di sini, semalam.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah RTM, Datuk Abdul Rahman Hamid.

Seminar sehari sempena ulang tahun RTM yang ke-62 itu bertujuan mendedahkan peserta kepada pembangunan digital dan teknologi baru dalam dunia telekomunikasi serta peranan penyiaran awam di Malaysia.

Seramai 350 pengamal media dan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam dan luar negara menghadiri seminar itu yang membentangkan 10 kertas kerja.

Ditanya mengenai kesan baik dan buruk membenarkan siaran langsung persidangan itu, Ahmad Shabery berkata, kelulusan Kabinet itu bukan untuk tujuan politik sebaliknya langkah ke hadapan kerajaan untuk bersikap lebih terbuka.

"Parlimen ialah tempat ahli politik, sudah tentu mereka berada di situ untuk agenda masing-masing dan kita mesti berpandangan positif. Dalam sistem demokrasi, rakyat harus diberi peluang mendengar pandangan secara rasional dan tersusun," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak perlu berasa bimbang siaran langsung persidangan itu memberi kesempatan kepada parti pembangkang untuk mencari kelemahan kerajaan.

"Saya tidak fikir kerajaan takut kepada pembangkang. Kerajaan sekarang mempunyai keyakinan, tiada apa yang perlu disembunyikan dan sedia diperiksa serta menjawab. Salah satu prinsip demokrasi ialah kerajaan sedia menjawab," katanya.

Mengulas lanjut, beliau yakin persidangan secara langsung itu kelak akan menarik perhatian ramai kerana menteri atau timbalan menteri yang akan terbabit dalam sesi soal jawab berikutan pemansuhan jawatan Setiausaha Parlimen.

Ditanya mengenai hasil perjumpaan beliau dengan penulis blog, Ahmad Shabery berkata, pihaknya sudah berjumpa sebahagian daripada mereka dan bersetuju untuk memberi peluang kepada mereka meluahkan pendapat menerusi siaran langsung RTM pada 20 April ini.

Mengulas mengenai permintaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu kerajaan bersikap lebih terbuka dan memberi kebebasan media kepadanya, Ahmad Shabery berkata, media kini lebih terbuka berbanding pada zaman pemerintahan Dr Mahathir.

"Saya berasa rakyat tidak lupa, pada zaman beliau menjadi Perdana Menteri, banyak akhbar diharamkan. Itu cara keterbukaan Tun, jika dia minta lebih terbuka... kita sentiasa terima pandangannya," katanya.

Read More...

Saya Tidak Berdendam Dengan Sesiapa Termasuk Idris …. Cuma saya tidak senaraikan dia

Buletin Online




Ditulis oleh SM Noor
Wednesday, 09 April 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita/raptaiexco1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto: Raptai angkat sumpah Exco di Istana Maziah hari ini, Idris tiada)

Mad Said, pada 28 Mac lalu sebagaimana laporan agensi Bernama berkata beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap 22 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini menentang perlantikan beliau, dan menyokong Idris Jusoh. Beliau seterusnya menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Idris mengenai perlantikan barisan Exco yang baru selepas beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada Ahad ini (30 Mac).

"Tidak ada masalah kerana dia (Idris) pemimpin hebat, dia sahabat dan belajar pun satu universiti, saya juga ada bersalaman dan bercakap dengan beliau di Putrajaya dua tiga hari lepas.

"Kami tidak pernah bermusuh dan jika ada pihak yang kata saya bermusuh dengan beliau, itu perkara tak betul. Malah, saya akan bincang dengan Idris untuk bentuk barisan Exco dan kita akan kenal pasti ADUN yang berkelayakan bagi membantu saya untuk sama-sama mentadbir negeri ini," kata Mad Said.

Begitulah sedap mulut Mad Said dengan kata-kata manis yang di ucapkannya!

Namun realiti penyenaraian Exco Terengganu seperti dilaporkan oleh Buletin Online serta akhbar media perdana tidak belaku sebagaimana yang diucapkan oleh Mad Said.

Benarkah Mad Said berbincang dengan Idris sebagaimana kata-katanya pada 28 Mac lalu ? Sekiranya dia dan Idris berbincang, maka senarai Exco tidak mungkin sebagaimana yang ada sekarang.

Sekiranya Mad Said tidak berbincang, maka jelaslah, Mad Said ‘bohong’ dalam kenyataannya kepada media pada 28 Mac lalu.

Mad Said mungkin memang tidak berdendam dengan 17 orang dari 24 orang ADUN UMNO/BN, walaupun 17 orang ini termasuk dalam Geng 23 yang menentang beliau.

Dari 17 orang inilah Mad Said memilih 10 orang sebagai Exco untuk membantunya didalam mentadbir kerajaan Terengganu.

Tujuh orang telah disenarai hitamkan oleh Mad Said adalah Idris , Rosol dan Din Adam campur 4 orang lagi yang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan cubaan Mad Said membeli sokongan mereka.

Memang Mad Said tidak berdendam dengan mereka, Cuma setakat ini, mereka tidak disenaraikan untuk dilantik sebagai Exco kerajaan Terengganu !

Read More...

10 Exco Terengganu angkat sumpah

Berita Harian

KUALA TERENGGANU: Selepas lebih sebulan berjaya mengekalkan pemerintahan di Terengganu pada pilihan raya umum lalu, 10 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Sepuluh anggota Exco berkenaan, yang termasuk tiga muka lama mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah di sini.

Tujuh muka baru yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri itu ialah Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman; Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan); Ashaari Idris (Langkap); Datuk Zaabar Mohd Adib (Rantau Abang); Khazan Che Mat (Batu Rakit); Rozi Mamat (Telemong); dan Dr Abdul Rahman Mokhtar (Kuala Besut).


Sementara tiga Adun yang dilantik semula sebagai Exco ialah Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Toh Chin Yaw (Bandar).


Pada istiadat itu, mereka menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Exco kerajaan negeri dan disusuli dengan menandatangani surat pelantikan masing-masing.

Hadir sama pada istiadat yang bermula jam 11.15 pagi itu ialah Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, dua anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Adun Jertih turut menghadiri istiadat itu yang berlangsung kira-kira 30 minit.

Bagaimanapun, portfolio semua Exco belum ditetapkan dan ia akan diputuskan pada mesyuarat pertama Exco itu, petang ini.

Khamis lalu, Ahmad dilaporkan berkata, beberapa portfolio baru dan perubahan akan dilakukan pada pembentukan barisan Exco sebagai langkah untuk menyesuaikan fungsi selain memastikan wujud penyelarasan dan kesesuaian tugas berdasarkan latar belakang mereka yang akan diberi tanggungjawab memegang portfolio masing-masing. - Bernama

Read More...

Mufti Perlis terkejut, kenapa tiba-tiba sensitif dengan fitnah terhadap Islam

Siasah Daily

Tuesday, April 8, 2008

KUALA LUMPUR, 8 April: "Di Malaysia agak menarik, mereka yang sebelum ini tidak pernah sensitif dalam isu-isu yang seperti itu (filem fitna), tiba-tiba muncul mengangkat sepanduk bantahan di muka hadapan akhbar. Mungkin semangat baru telah muncul dalam diri masing-masing untuk membela Islam. Itulah yang kita harapkan.


"Atau, sebagai salah satu ubat yang cuba ditelan bagi memulihkan diri akibat hentakan demam pilihan raya yang ramai belum dapat ‘kebah’."

Demikian tulis Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin dalam laman webnya, drmaza.com.
Beliau dipercayai mengulas langkah Pemuda Umno yang membuat demonstrasi membantah filem 'fitna' yang diterbitkan oleh seorang ahli politik ektremis kanan Belanda, Geert Wilders (gambar).

"Namun, seperti biasa saya ingin mengajak kita melihat isu ini dari sudut-sudut yang lain juga. Kita perlu jelas, bahawa apa yang kita bantah bukanlah hak untuk individu atau syarikat menerbitkan sesebuah filem. Kita percaya kepada hak dan kebebasan yang dimiliki oleh individu, atau syarikat atau negara dalam batasan yang wajar.

"Sebenarnya, yang kita marah adalah pembohongan, pengkhianatan dan penyelewengan fakta. Itu yang dibantah oleh kita. Sama seperti seseorang yang menggunakan haknya untuk mendengar radio, namun dia telah menguatkan suara sehingga mengganggu jiran tetangga. Maka anak kecil yang sedang tidur menangis, ibunya terjaga, yang sedang membaca terganggu dan sedang berehat sesak pendengaran. Lalu mereka membantahnya," tulis Asri lagi.

Read More...

"Saya ditemani buya Hamka di penjara" Anwar Ibrahim

Klpos

Cetak E-mail
Oleh TEMPO Interaktif
Rabu, 09 April 2008



JAKARTA: Ketua Parti Keadilan Rakyat Malaysia Anwar Ibrahim menyatakan sangat mengagumi ulama besar Indonesia Profesor Haji Abdul Malik Karim Amrullah alias Buya Hamka. Karya sastra berupa novel yang ditulis Hamka, sangat diminati.

“Buku Buya Hamka, Tafsir Al Azhar menemani saya selama dua kali di penjara,” ujar dia dalam jumpa media sempena 100 tahun Buya Hamka di Jakarta, Selasa (8/4).

Karena kekagumannya itu, mantan Deputi Perdana Menteri Malaysia itu menyarankan agar anak-anak sejak dini dikenalkan dengan karya-karya sastra Buya Hamka. “Sastera itu baik, dan harus dimulai dari kecil.”

Rektor Universitas Muhammadiyah Prof. DR. Hamka, Suyatno menyatakan Buya Hamka merefleksikan sosok yang begitu kompleks. Ia bukan hanya sastrawan, tapi juga sejarawan, seniman, orator, politikus, dan pendidik. “Meski tidak tamat sekolah dasar, Buya Hamka tidak pernah berhenti belajar selama hidupnya,” ujar dia.

Kelemahan sistem ajar saat ini yang mengharuskan peserta didik menelan semua kurikulum yang disediakan, tambah Suyatno, menyebabkan hilangnya sosok seperti Buya Hamka. “Prinsip belajar orang Indonesia umumnya terhenti pada suatu masa,” katanya.

Motivasi belajar Buya Hamka, Suyatno melanjutkan, juga sulit ditemukan pada orang Indonesia kebanyakan. Meski fasiliras berlimpah, motivasi tidak lantas ikut-ikutan berlimpah. “Buktinya siswa pasti senang kalau guru tidak masuk ngajar,” katanya

Read More...

BPR tidak pernah siasat Mahathir

Malaysiakini

Apr 8, 08 4:17pm

Pengarah bahagian siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata beliau tidak pernah menerima sebarang laporan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sejak mengambil jawatan tersebut pada 2006.

Shukri menyatakan demikian dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Mengenai siasatan terhadap ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman, beliau berkata, ia dimulakan pada 1998 dan disiapkan pada 2001.

mohd shukri abdullShukri berkata, laporan siasatan tersebut telah diserahkan kepada peguam negara ketika itu, yang kemudiannya berpendapat bahawa keterangan saksi tidak konsisten dan tiada bukti sokongan.

Berikutan itu, katanya, peguam negara mengarahkan supaya fail siasatan ditutup.

Berhubung isu keterangan bekas ketua pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di mahkamah pada 2000 terhadap Dr Mahathir, Shukri berkata ia sedang disiasat oleh pihak polis.

Shukri berkata, BPR tidak terbabit dan beliau meminta supaya perkara itu dirujuk kepada pihak polis.

Tiada campur tangan

"Bagaimanapun, atas inisiatif kami sendiri, kami menghubungi Datuk Shafee Yahaya untuk memberikan lebih banyak maklumat mengenai dakwaan terhadap Dr Mahathir dan beliau memberitahu kami yang beliau telah memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada polis," kata Shukri.

Beliau berkata, sejak beliau menjadi pengarah negeri pada 1996, pengalamannya mendapati tidak berlaku sebarang campur tangan mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam siasatan BPR.

mahathir general generic smile smiling happy 011106Sementara itu, Bernama melaporkan Shukri memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa BPR tidak pernah menyiasat Dr Mahathir atas dakwaan cuba campur tangan dalam siasatannya terhadap pengarah EPU pada 1998.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan bahawa Dr Mahathir telah mengarahkan kes tersebut ditutup disiasat oleh polis dan bukannya oleh BPR, tidak seperti mana laporan media hari ini.

"Ini merupakan dua kes berbeza. Satu ialah mengenai pegawai kanan di UPE yang disiasat oleh kami dan keduanya mengenai Tun Dr Mahathir didakwa mengarahkan kes pertama ditutup.

"Kami hanya menyiasat kes pertama. Dakwaan kedua - iaitu yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir - tidak disiasat oleh BPR tetapi oleh polis pada masa itu," katanya.

Dengan penjelasan itu, Shukri berkata, BPR berharap salah tanggapan bahawa BPR yang menyiasat Dr Mahathir tidak lagi berbangkit.

Kertas siasatan


"Saya juga ingin menjelaskan bahawa BPR tidak boleh campur tangan dalam penyiasatan polis. Oleh kerana penyiasatan itu dikendalikan oleh polis, Ketua Polis Negara mungkin dapat memberikan penjelasan mengenai perkara ini," katanya.

Mohd Shukri juga berkata sejak dilantik sebagai pengarah siasatan, beliau tidak pernah menerima sebarang arahan daripada perdana menteri supaya tidak meneruskan sebarang penyiasatan BPR terhadap mana-mana kes.

"Biasanya, sebaik sahaja kita buka kertas siasatan, tiada apa yang boleh menghentikan penyiasatan itu. Kertas siasatan perlu diselesaikan dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) tidak pernah mengarahkan saya menghentikan mana-mana penyiasatan pada bila-bila masa sejak saya menjadi pengarah penyiasatan," katanya semasa menjawab soalan sama ada Perdana Menteri sekarang pernah mengeluarkan arahan sedemikian.

Katanya, penyiasatan BPR adalah berdasarkan fakta dan bukti kerana sebaik sahaja kertas siasatan sampai ke Pejabat Peguam Negara, ini amat penting jika orang itu dituduh rasuah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bagi suku pertama tahun ini (Januari-Mac), BPR menerima 3,834 maklumat berkaitan rasuah dan daripada jumlah itu, sebanyak 357 kertas siasatan dibuka.

"Kami menahan 145 orang bagi pertuduhan berkaitan. Jumlah sebenar yang disiasat membabitkan RM11.2 juta.

"Dan bagi tempoh yang sama, kami merampas harta benda bernilai RM900,000 dan menyita harta benda bernilai RM700,000 atas perintah mahkamah.

"Kami juga ada permohonan kes rampasan bernilai RM700,000 sedang menunggu perbicaraan di mahkamah," katanya.

Katanya daripada 145 orang yang ditahan oleh BPR, 72 terdiri kakitangan awam, 44 pekerja sektor swasta dan 29 orang awam.

Daripada 72 kakitangan awam itu, 13 ialah pegawai kanan kerajaan.

Read More...

Hadi Tidak Tolak Kemungkinan Pakatan Rakyat Ambil Alih Kerajaan Pusat Lebih Cepat

Bernama

PULAU PINANG, 8 April (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui pakatan pembangkang sedang memujuk anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan pembangkang bagi mendirikan kerajaan pusat tetapi beliau mahu usaha itu bebas daripada unsur rasuah atau penggunaan wang.

"Kita harap tidak ada beli atau rasuah tetapi (anggota Parlimen) BN menyertai kita," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di pejabatnya di sini.

Pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS memenangi 82 daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lepas.

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 30 anggota Parlimen BN menyertai pakatan mereka untuk memperoleh majoriti mudah. BN memenangi 140 kerusi.

Ditanya bilakah usaha mereka itu akan berhasil, Abdul Hadi berkata beliau tidak dapat menyatakan berapa lama masa yang akan diambil.

"Mungkin cepat daripada tempoh enam bulan, mungkin lama lagi.

Kita atur tapi Tuhan menentukan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang dilaporkan berkata pakatan tersebut dijangka dapat mengambil alih kerajaan pusat dalam tempoh lima hingga enam bulan lagi.

-- BERNAMA

Read More...

Isu ladang babi: Tidak salah untuk kawal alam sekitar - Mufti

pas.org




Oleh : Kelantankini
Wednesday, 09 April 2008


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok boleh diterima jika ia bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.

Bagaimanapun katanya tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.

“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.

“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, dua Exco PAS yang turut menyokong ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek bernilai RM100 juta yang akan dilaksanakan di Sepang itu sebenarnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya, barisan Exco negeri yang bermesyuarat Rabu lalu merasakan amat wajar untuk meneruskan projek berkenaan memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri itu.

Bagaimanapun Utusan Malaysia melaporkan bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau meluluskan projek ternakan babi bernilai RM100 juta seperti yang didakwa.

Menurutnya, walaupun perbincangan mengenainya pernah dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 30 Januari lalu, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan mahupun memberikan kelulusan.

“Ini kerana katanya, saiz ladang yang dicadangkan terlalu besar.

“Dasar kerajaan negeri ketika itu adalah menetapkan setiap ladang ternakan babi hanya untuk menampung keperluan rakyat negeri Selangor iaitu sekitar 250,000 ekor dan bukan bagi tujuan eksport secara besar-besaran,” menurut laporan itu.

Bekas Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Dato’ Abdul Rahman Palil, mendakwa masyarakat Cina di Selangor turut membantah cadangan kerajaan negeri membina ladang ternakan babi secara berkelompok itu.

Katanya, mereka membantah kerana bimbang ladang ternakan babi itu akan menimbulkan pencemaran teruk kepada alam sekitar berikutan najis kumbahan haiwan berkenaan sukar dilupuskan sekali gus mampu mengganggu keselesaan penduduk sekitar.

“Kerajaan perlu mengkaji dengan teliti cadangan ini dengan memastikan kaedah yang bakal digunakan tidak membawa kepada pencemaran alam sekitar,” katanya.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata tindakan Exco PAS itu boleh dilihat sebagai usaha menunjukkan bahawa mereka bukannya taksub sehingga menidakkan keperluan bukan Islam.

“Mereka ingin membuktikan bahawa PAS yang sinonim dengan perjuangan Islam juga boleh menjadi liberal dan terbuka seperti parti lain iaitu DAP dan PKR serta mengambil kira keperluan kaum lain seperti Cina dan India,” katanya

Kemaskini terakhir ( Wednesday, 09 April 2008 )

Read More...

Isu Ketua Kampung, Muhammad Taib 'tidak siuman'?

Harakahdaily

Ekmal Yusof

Wed | Apr 09, 08 | 7:32:09 am MYT

TAIPING, 9 April (Hrkh) - Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa membantah sekeras-kerasnya di atas tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang telah melakukan majlis pelantikan semula Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Seri Iskandar, Perak baru-baru ini.

"Perbuatan sedemikian adalah perbuatan seorang kurang akal atau pun tidak siuman sahaja kerana pada bila masanya pula bahawa mereka yang berkenaan itu telah meletakkan jawatan? Kerana dari maklumat yang saya tahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah memaksa mereka untuk meletakkan jawatan sehingga tamat tempoh kontraknya pada 31 Disember tahun ini nanti,"katanya di ceramah perdana, Tapak Pasar Malam, Kamunting dekat sini malam tadi.

Tegasnya, "setahu saya, hanya seorang Penghulu sahaja telah meletak jawatan dengan menunjukkan surat bersedia untuk berhenti di Majlis Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berjumpa Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak, Ipoh 20, Mac lalu.

"Saya tidak sangka seorang Bekas Menteri Besar Selangor dan pernah popular di suatu ketika di zaman Tun Dr Mahathir dahulu sanggup buat kerja seperti perbuatan budak-budak kerana apa hak dia hendak campur urusan negeri Perak. Ini bukan di bawah Umno-BN lagi tetapi telah beralih kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang diperkenankan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah," tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional menegaskan bahawa segala urusan mengenai Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK adalah di dalam kuasa kerajaan negeri Perak maka dan orang luar tidak boleh campur tangan atau tiada hak langsung ke atas perkara tersebut sama sekali.

"Ingin saya mengulangi lagi kenyataan Menteri Besar Perak, katanya, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah dan belum lagi memaksa sesiapa dari mereka untuk meletak jawatan kerana mereka boleh meneruskan kerja sehingga 31, Disember depan. Juga mereka boleh meneruskan kerja jika ada keserasian untuk bersama-sama membangunkan kerajaan yang ada sekarang,"tambahnya.

Tegasnya,"jika terdapat kekosongan nanti, maka Menteri Besar Perak telah menyatakan banyak kali iaitu caranya untuk memilih jawatan-jawatan berkenaan adalah dilakukan dari pemilihan penduduk kampung tempatan itu sendiri dengan cara demokrasi dan seadilnya. Untuk mengelakkan daripada berlakunya orang yang dilantik itu nanti tidak disukai oleh masyarakat tempatan." - mks.

Read More...

Alih projek ke tempat majoriti makan babi

kosmo

KLANG - Projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta perlu dialihkan ke kawasan yang majoriti penduduknya terdiri daripada mereka yang mengamalkan pemakanan daging ternakan itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, projek di daerah Sepang itu tidak sesuai kerana ia boleh mengundang masalah khususnya dari segi sensitiviti masyarakat beragama Islam yang juga majoriti penduduk di kawasan terbabit.

Katanya, haiwan ternakan seperti babi tetap haram kepada umat Islam dan sudah tentu penduduk tidak mahu projek ternakan itu dilaksanakan di kawasan mereka walaupun akan dilaksanakan mengikut cara moden dan canggih.

"Pandangan saya, siapa mahu ladang babi diwujudkan berhampiran kawasan penempatan mereka yang dikhuatiri akan menjejaskan persekitaran serta kualiti hidup seperti bau, pencemaran air seperti kes-kes yang dilaporkan dan kita pernah dengar sebelum ini.

"Kerajaan negeri perlu mengadakan kajian mendalam serta mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan atau melaksanakan ke kawasan lain yang boleh diterima oleh penduduk di situ sekiranya benar-benar ingin menjalankan projek ini," katanya.

Abdul Rahman yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan kerajaan negeri yang bersetuju untuk meneliti semula projek ternakan babi di Sepang.

Sebelum ini, projek berkenaan pernah dicadang dan dibincangkan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan membabitkan sebuah syarikat swasta tempatan yang menggunakan teknologi dari Jerman.

Bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan kerana kerajaan negeri ketika itu tidak mempersetujuinya kerana sebab-sebab tertentu. - Bernama

Read More...

Ketua Kampung Letak Jawatan Diserap Semula Di Bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Bernama

SERI ISKANDAR, 8 April (Bernama) -- Semua ketua kampung yang meletak jawatan di empat negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan diserapkan semula di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Menterinya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata empat negeri yang diperintah kerajaan Pakatan Rakyat yang dimaksudkan itu ialah Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang mempunyai kira-kira 2,000 ketua kampung.

Beliau berkata nama untuk jawatankuasa itu belum diputuskan lagi namun berkemungkinan menggunakan cadangan yang dibuat Persatuan Ketua-ketua Kampung Perak hari ini iaitu Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Kementerian akan membayar semua elaun mereka dan semua projek persekutuan akan disalurkan terus kepada JPPP masing-masing tanpa melalui kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 817 ketua kampung di Perak di Institut Latihan Kemas di sini hari ini.

Muhammad berkata sebagai permulaan, 817 ketua kampung dan 11,438 anggota JKKK di Perak yang meletak jawatan berkuatkuasa 1 Mei ini akan berurusan terus dengan kementerian itu tanpa melalui kerajaan negeri.

Beliau berkata perincian mengenai penubuhan JPPP yang mempunyai bidang tugas yang sama di kampung bagi menggantikan JKKK, akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat untuk dibincangkan seterusnya diluluskan.

Katanya elaun RM400 juga akan dibayar terus kepada mereka dan kementerian sedia mengkaji untuk menambah jumlah elaun sedia ada kerana ketua kampung yang meletak jawatan tidak lagi akan menerima elaun antara RM50 dan RM200 yang dibayar oleh kerajaan negeri.

-- BERNAMA


Read More...

Bukan sabotaj tapi undi protes untuk selamatkan Malaysia

Harakahdaily

Azamin Amin

Wed | Apr 09, 08 | 10:38:37 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 April (Hrkh) -Protes ahli Umno terhadap kepimpinan Presidennya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bukanlah satu sabotaj tetapi dilihat sebagai usaha untuk menyelamat negara daripada ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang lemah termasuk mahukan sebuah kerajaan yang telus.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Nasir Mustafa berkata maklum balas yang diterima daripada kalangan ahli Umno ialah mereka sudah jelak dengan 'kelembutan' Abdullah yang seolah-olah 'tunduk' kepada nasihat orang tertentu yang berkepentingan termasuk menantunya Khairy Jamaludin yang menjejaskan negara.

"Mereka (ahli Umno) kesal kerana sudah tidak dapat membantah mengikut saluran parti lalu tidak ada jalan lain melainkan memberi undi protes kepada parti Pakatan Rakyat malah ada yang tidak keluar mengundi.

"Saya ucapkan terima kasih kepada ahli Umno Kedah kerana usaha mereka untuk menyelamatkan Malaysia, namun ianya bukan faktor utama kekalahan mereka di sini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengulas kenyataan Abdullah yang mendakwa punca Kedah dimenangi parti Pakatan Rakyat adalah disebabkan sabotaj.

Nasir menjelaskan punca lain menyumbang kepada kekalahan Umno dan BN di Kedah ialah perubahan pengundi bukan Melayu yang begitu besar yang sudah tidak percaya lagi dengan janji-janji manis yang ditaburkan keepada mereka di samping gagal meyelesaikan masalah berbangkit.

Buktinya peningkatan undi sebanyak 1,387 di Dun Kubang Rotan yang diletak sebagai tempat ke-28 tangga Dun yang sukar ditembusi PAS telah menunjukkan pengundi bukan Melayu telah memberi sokongan yang besar kepada beliau semasa pilihan raya umum lepas.

Selain itu, kesan kritikan pemimpin Umno terhadap Abdullah seperti Tun Dr Mahathir, Tengku Razaliegh memainkan peranan kepada kekalahan BN di negeri ini.

"Ramai yang melihat seolah-olah Abdullah dikawal oleh Khairy dan kuncu-kuncunya dan ini tidak disukai oleh ahli Umno.

"Apa lagi yang nak dibangga Abdullah kerana sudah hilang lima negeri dan dua menteri besar BN yang dipilih awalnya di negeri Perlis dan Terengganu juga tidak mendapat sokongan," kata Nasir.

"Dengan 'signal' ini, sepatutnya Abdullah mengambil langkah 'gentleman' berundur diri bukannya mendabik dada menyatakan masih lagi mempunyai sokongan ramai," katanya

Dalam pada itu Nasir turut memberitahu setelah kejayaan PAS di Kedah,hubungan antara kaum semakin erat malah sikap curiga dan tohmahan api perkauman tidak wujud di negeri ini.

"Rakyat Kedah masih lagi bergembira dengan kemenangan PAS di sini termasuk orang bukan Melayu yang turut sama meraikan kejayaan kita.

"Mereka (pengundi Cina dan India) terus-menerus hadir ke program yang kita anjurkan seperti majlis sambutan Maulidur Rasul juga di majlis kenduri dan kesyukuran.

Sementara itu, beliau berkata akan turut bersama-sama rakyat dan kakitangan kerajaan untuk memastikan semua masalah yang sudah tertumpuk lama semenjak BN memerintah 50 tahun di Kedah akan dapat diselesai dalam jangka masa terdekat.

"Dengan rasa tanggungjawab,kesabaran dan kerajinan..insya-Allah kita akan berjaya menyelesaikannya secara bersama," katanya. - mks.

Read More...

Lulus ladang saiz kecil saja


Berita Harian




Khir persoal projek ternak babi RM100j

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mendakwa ladang ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat diluluskan kerajaan negeri sebelum ini dan pihaknya hanya meneruskan projek itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan kerajaan negeri pimpinannya pernah meluluskan projek ternakan babi moden sebesar itu.


Dr Khir menjelaskan, mesyuarat Exco yang dipengerusikannya pada 30 Januari lalu ada membincangkan perkara itu tetapi pada dasarnya meluluskan pembinaan ladang babi bersaiz kecil saja.

"Ketika itu, kita tidak bersetuju dengan saiz kawasan ladang kerana kita mahu kawasan yang lebih kecil untuk menempatkan ternakan babi. Lokasinya belum kita lulus kerana mahu mendengar pandangan penduduk kampung.

"Kita tidak mahu wujud ladang besar sehingga menjadi pengeksport babi. Sebab itu, kita minta (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan) Datuk Tang See Hang, membuat kajian terperinci berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam bagi mengulas keputusan kerajaan negeri meluluskan projek itu.

Abdul Khalid, memberitahu pemberita semalam, mesyuarat Exco pada 2 April lalu meluluskan projek itu, yang dijangka siap dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun, kerana rakyat mahukan kerajaan negeri membuat keputusan segera mengadakan penternakan babi secara moden.

Katanya, kerajaan negeri hanya meneruskan projek yang diluluskan kerajaan negeri sebelum ini dengan mengambil kira tapak berkenaan menjadi ladang babi utama di Selangor.

"Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, 30 Januari lalu," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin di pejabatnya di Shah Alam semalam.

Beliau menolak dakwaan bahawa persetujuan untuk melaksanakan projek itu kerana pihaknya didesak pihak lain, sebaliknya menegaskan ia keputusan bersama semua parti yang membentuk kerajaan negeri campuran.

"Projek ini wajar diteruskan bagi memantapkan proses pelaksanaannya berikutan tapak yang dicadangkan sudah menjadi tapak utama ladang babi di Selangor yang mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta kerajaan negeri," katanya.

Abdul Khalid juga berkata, ladang ternakan babi itu tidak akan mencemarkan alam sekitar kerana semua bahan buangan akan diguna semula dalam bentuk bio gas untuk menjana elektrik dan air bagi pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak.

"Justeru, tiada bahan makanan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang berkenaan," katanya yang enggan mendedahkan teknologi yang bakal digunakan untuk melaksanakan projek itu.

Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan keputusan Kerajaan Selangor meluluskan projek projek ternakan babi bernilai RM100 di Sepang sebagai tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Prof Datuk Dr Hamdan Adnan, berkata pihaknya ingin melihat sendiri laporan spesifikasi piawaian atau environmental impact assesment (EIA) mengenai kemudahan kawasan ternakan babi itu.

"Tempat ternakan itu mestilah jauh dari penduduk setempat kerana bau babi boleh dihidu dari jauh. Kemudahan yang disediakan mesti lengkap dan menepati piawaian antarabangsa seperti dijanjikan. Selain masalah bau, sistem pengairan juga mesti yang terbaik supaya tidak timbul pencemaran sungai dan laut.

"Kita tidak mahu timbul isu orang ramai mahu berkelah tapi berakhir dengan berbalah. Sekiranya isu alam sekitar seperti di Negeri Sembilan dan Melaka berulang, Fomca tidak akan teragak-agak untuk menggesa Kerajaan Selangor menarik semula lesen syarikat pengusaha terbabit.

"Kerajaan negeri juga mesti memastikan masyarakat Islam di situ tidak teraniaya dengan apa-apa masalah berkaitan ternakan ternakan berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Datuk Seri Dr Salleh Mohd Noor, berkata ternakan kontroversi itu boleh menimbulkan kesan negatif terhadap persekitaran.

"Pemantauan yang ketat perlu dibuat awal-awal lagi jika tidak mahu isu alam sekitar dan kesihatan berulang. Lebih baik menghindar daripada mengubati.

"Jika pemantauan rapi dilakukan, pihak yang terbabit dapat membuat andaian awal untuk mengesan masalah bakal berlaku tetapi isu alam sekitar ini bukan kecil dan sensitiviti semua pihak perlu diambil kira," katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George, berkata pihaknya mendapat banyak maklum balas daripada pengguna dan majoritinya tidak bersetuju dengan projek itu.

"Seharusnya sebelum kerajaan negeri meluluskan projek ini, mereka harus menetapkan kuota jumlah ternakan itu dan mengadakan perbincangan dua hala dengan pelbagai pihak berhubung kesan alam sekitar, kesihatan, teknologi yang digunakan, keagamaan dan kesan yang bakal timbul.

"Hal seperti ini bukan saja orang Islam malah bukan Islam juga kebanyakannya kurang senang kerana tidak mendapat maklumat terperinci mengenainya. Ia bukan isu agama saja tetapi faktor kebersihan mesti dititikberatkan.

George berkata, latar belakang syarikat perlu diteliti dan rekod mereka sebelum ini juga mesti diambil kira.

"Ketelusan mesti wujud, kerajaan negeri seharusnya hanya meluluskan projek yang mencerminkan minat masyarakat. Banyak lagi industri lain yang lebih sesuai dan menguntungkan untuk Selangor.

"Saya minta kerajaan negeri mengkaji semula projek ini dan berbincang. Jangan terlalu cepat meluluskan projek kontroversi seperti ini dan ketepikan sensitiviti rakyat kerana ini bukan projek kerajaan tapi pihak swasta yang lebih bermotifkan keuntungan.

"Cassa juga akan mengambil tindakan undang-undang termasuk membawa syarikat pengusaha terbabit ke mahkamah jika ada masalah yang timbul kesan ternakan itu," katanya.

Read More...

SU Umno Pahang letak jawatan

Malaysiakini

Apr 8, 08 7:22pm

Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, yang menggesa semua ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) meletakkan jawatan, berundur daripada menjadi setiausaha badan perhubungan Umno Pahang.

Peletakan jawatan beliau itu berkuatkuasa serta-merta, lapor Bernama.

Ahmad Tajuddin, yang juga ketua bahagian Paya Besar, dilaporkan mengirim surat peletakan jawatan itu melalui faksimili kepada ketua perhubungan Umno negeri Datuk Seri Adnan Yaakob pagi ini.

Semalam, beliau dipanggil oleh Adnan, yang juga menteri besar Pahang, untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataannya minggu lalu.

Dalam kenyataannya, Ahmad Tajuddin menggesa ahli-ahli MT meletak jawatan sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan Umno susulan kekalahan terus parti dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Fasal tersebut menyebut, jika semua ahli MT berhenti serentak, pengerusi tetap atau timbalannya perlu mengadakan perhimpunan agung khas bagi menubuhkan semula MT dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.

pas pahang members joining umnoMenurutnya, gesaan itu dilakukan berikutan kegagalan pucuk pimpinan Umno dan ahli MT mempertahankan empat daripada lima negeri yang kini berada di tangan pembangkang pada pilihanraya lalu.

Difahamkan, Adnan akan merujuk kes tersebut kepada presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum sebarang tindakan diambil ke atas Ahmad Tajuddin berhubung kenyataannya itu.

Menurut agensi berita itu lagi, Ahmad Tajuddin berkata tiada sebarang respon diterima setakat ini daripada Adnan berhubung keputusannya itu.

Beliau berkata peletakan jawatannya itu sejajar dengan gesaannya agar anggota MT Umno bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk parti itu.

"Saya merupakan pemimpin rantaian daripada MT sedia ada, jadi biarlah saya bertanggungjawab dengan meletak jawatan dulu," beliau dipetik sebagai berkata pada sidang akhbar di Kuantan, hari ini.

Ahmad Tajuddin, yang memegang jawatan itu sejak 1999, berkata peletakan jawatannya juga tidak didorong oleh tekanan pihak lain dan juga bukan kecewa selepas tidak terpilih sebagai calon pada pilihanraya umum ke-12.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |